DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Rabu, 26 November 2008

Dimanakah Fatwa Pas Untuk Undi Bukan Islam Kepada Pas!

Tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional ( BN ) yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihanraya Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin. Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN. "Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka. Bagaimana pula undi bukan Islam kepada Pas? Halal ke Haram ?

Bagi saya persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas? Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja? Jadi apa sebenarnya tujuan Pas menubuhkan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-ratanya bukan orang Islam. Abdul Hadi dengan bangganya melancarkan Kelab Penyokong Pas sebelum pilihanraya ( PRU – 12 ) baru-baru ini dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tak haram ke?

Bila UMNO buat dituduh kafir, tapi bila Pas buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke, janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada Pas yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke Pas dengan Kelab Penyokong Pas mereka yang rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam. Sebenarnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini, malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula oleh ahli.

Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut Pas yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul,' maka Pas – Abdul Hadi dan Nik Aziz perlu menjawab persoalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.

Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. ``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: ``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sebelum ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. Pas atau UMNO.

Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang mengadakan kerjasama dengan DAP dan Keadilan dalam Barisan Alternatif dikecualikan? Mungkin itu sebabnya Hadi boleh berpelukan dengan Lim Kit Siang, pemimpin yang secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas. Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya. Orang kampung boleh dianggap sebagai kumpulan yang tertutup minda kerana sikap percayakan tok guru sahaja, tidak baca akhbar atau majalah dan mengehadkan pergaulan kepada kelompok mereka sahaja, tetapi bagaimana pula dengan cerdik pandai dan golongan profesional yang menyokong Pas?

Adakah mereka juga menjadi golongan taksub sehingga tidak mampu berfikir? Mereka mungkin menyokong sebagai satu eskapisme akibat persoalan hati - mungkin merajuk, mungkin marah, mungkin kecewa dan mungkin juga gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati - tetapi tidakkah boleh mereka fikirkan soal percanggahan dan keanehan fatwa yang dibawa oleh Pas? Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.

Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa' dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya lalu. ``Kita anggap dia ( Kit Siang dan Karpal Singh ) tokoh yang sudah luput masa, macam ubat yang habis tempoh,'' adalah ayat yang disuarakan. Tetapi apabila Karpal Singh dan Lim Kit Siang menang di tempat masing-masing keadaan berubah. Sekarang kedua-duanya adalah kawan baik Abdul Hadi.

Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR. Halal ke Haram ? Ingatlah PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan pemimpin-pemimpin mereka. Perjuangan mereka sebenarnya tak jelas. Banyak kepada politik berdendam dan perjuangan individu. Salahkah Pas bergabung dengan UMNO yang telah lama berjuang dan terang-terang mempertingkatkan syiar Islam itu sendiri daripada bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak negara Islam di Malaysia. Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa,hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.

Slogan undi Pas masuk syurga tidak akan membolehkan parti itu menyaingi UMNO yang diterima oleh semua kaum kerana pendekatannya yang adil dalam soal agama dan dinamik dalam membangunkan negara. Malah Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah diiktiraf pula oleh negara-negara Islam dan bukan Islam di persada antarabangsa sebagai negara Islam contoh. UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara paling pesat membangun, tetapi turut menjadi pemimpin dalam perbankan Islam, takaful dan kini sedang merobah sistem kewangan antarabangsa ke arah sistem Islam melalui penggunaan dinar emas.

Pada penyokong-penyokong Pas yang fanatik dan para profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri. Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga kerana beliau sendiri pun tiada kepastian. Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.

Mudah-mudahan Allah Taala memberi petunjuk kepada mereka yang semakin keliru itu kembali kepanggal jalan. Insya Allah.
Amin.

TAMINSARI
Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.

DIGUGUR AKIBAT TIDAK TAHAN DITEGUR

Bagi kebanyakan penyokong pembangkang jika berita ini keluar dari media massa mereka akan katakan ini sebagai dakyah kerajaan. Tetapi jika menunggu media mereka mengeluarkan artikel yang tidak baik pasti umpama pungguk rindukan bulan yang tidak akan kunjung tiba. Kini menjadi trend media pembangkang untuk menyatakan hanya yang betul tentang mereka... walaupun mereka menuduh media massa dalam masa yang sama. Mereka kini hanya menyebarkan berita-berita baik sahaja tetapi mengenai masalah dalaman mereka pasti tidak akan ditimbulkan.

Terbaru ialah berita pengguguran dua pemimpin kanan parti itu yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Nampaknya apa yang berlaku dalam parti ini menampakkan kelemahan dan perpecahan serta tidak mahu mendengar suara dan pendapat akar umbi.Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber... Persoalannya ini bukan isu Melayu sahaja bahkan isu agama Islam yang sepatutnya menjadi perjuangan PAS... Apakah Pas telah meninggalkan perjuangan Islam!?Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu. Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Nampaknya Dr Hassan terpaksa mengorbankan ahli yang tidak bersependapat dengan beliau yang terpaksa mengikut 'buntut' DAP dan PKR. Sungguh malang bagi orang yang mempunyai idea dan pandangan akar umbi ditolak oleh kepimpinan PAS Selangor. Namun itu hakikatnya demi kepentingan politik, kepentingan kaum Melayu dan agama Islam dipinggirkan walau terpaksa mengorbankan suata akar umbi. Pas kini tidak boleh lagi melaungkan slogan membangun bersama Islam kerana kini tidak relevan untuk selamanya.

Aspirasi Bangsa

Selasa, 25 November 2008

Terima adat tempatan

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menegaskan betapa pentingnya komuniti imigran di sesebuah negara menghormati dan menerima adat, sejarah serta sistem pemerintahan yang diamalkan di negara mereka berhijrah dan menetap sepanjang masa.

Baginda bertitah, mereka sepatutnya mempunyai garis sempadan dalam mempersoalkan sesuatu perkara yang membabitkan antara hak seseorang individu untuk memilih cara hidup pilihannya di negara mereka berhijrah atau keperluan untuk mewujudkan sebuah masyarakat bersatu padu. Titah baginda, dalam membuat pilihan itu, masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.’

“Anggapan bahawa beban tanggungjawab hanya terletak di bahu negara penerima mungkin tidak tepat,” titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Isu Kepelbagaian Mengenai Diaspora di Kalangan Negara Komanwel di Universiti Monash Kampus Sunway, Bandar Sunway di sini hari ini. Raja Nazrin bertitah, Malaysia merupakan contoh terbaik bagaimana diaspora atau penghijrahan besar-besaran orang Cina, India dan kaum-kaum lain yang membawa kepada sebuah bangsa yang makmur dan majmuk.

“Hari ini semua mereka menjadi sebahagian daripada landskap negara ini dan pada masa yang sama, warga Malaysia turut berhijrah ke serata dunia untuk meneroka pelbagai bidang,” titah baginda. Baginda menjelaskan, proses integrasi di antara golongan imigran di negara yang mereka berhijrah berlaku dari semasa ke semasa dan melibatkan banyak generasi. Bagaimanapun menurut baginda, secara umum, kemahuan dan keperluan imigran di mana-mana negara adalah sama iaitu makanan, wang, pendidikan untuk anak-anak dan kehidupan yang lebih bermakna, selain rumah dan perlindungan pada hari tua.

“Namun, generasi imigran yang seterusnya akan mengimpikan identiti dan semangat kekitaan yang lebih mendalam. Mereka juga mahu diserapkan dalam komuniti yang lebih besar dan tidak dilayan sebagai orang asing,” titah baginda. Dalam hal ini, Raja Nazrin bertitah, usaha sesetengah kerajaan negara Komanwel untuk memperkenalkan polisi yang pelbagai dalam perkhidmatan awam adalah pendekatan yang tepat dan responsif.

“Dalam sebuah negara yang mempunyai budaya majmuk, masyarakat daripada pelbagai budaya perlu dibenarkan hidup bebas tanpa dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak mahu,” titah baginda. Menurut baginda, kehidupan yang demokrasi bermakna seseorang itu boleh memilih untuk lebih menyesuaikan diri dalam masyarakat, diserap atau diterima dalam masyarakat atau tidak menunjukkan sebarang minat. “Pada masa yang sama, keperluan untuk mewujudkan masyarakat yang berkongsi nilai dan kepentingan tetap menjadi keutamaan,” titah baginda.


Nota: utusan malaysia

Isnin, 24 November 2008

Kenyataan Dangkal Seorang Profesor Bernama P. Ramasamy!

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kita dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu. Beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan.

P. Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja. Tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik. Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya.

Bagi penulis ini adalah satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji seolah-olah ianya satu mainan politik yang mahu memporak perandakan masyarakat majmuk di negara ini. Kenyataan P.Ramasamy ini seakan-akan senada dengan tindakan Hindraf yang menyalahkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO apabila masalah kaum India tidak dapat diselesaikan oleh mereka sendiri.

Sebagai seorang Profesor, sepatutnya P.Ramasamy membuat kaji selidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang telah menyakitkan hati orang Melayu kenapa pembabitan kaum India dan Cina sangat kurang didalam sektor awam di Pulau Pinang dan juga seluruh negara. Tidak cukupkah dengan tindakan Hindraf yang telah melukakan perasaan orang Melayu dengan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal?

Apakah P.Ramasamy telah lupa akan Kontrak Sosial tentang pengorbanan orang Melayu yang menerima kaum India dan Cina sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka? Apakah P.Ramasamy telah lupa akan kata-kata Tun V.T. Sambanthan Merangkap Menteri Kerjaraya, Pos Dan Telekom, semasa berucap di Dewan Rakyat Pada 1 Jun 1965.

P.Ramasamy perlu ingat sebelum “ revolusi industri ” berlaku dinegara ini iaitu zaman semasa Tun Mahathir mula-mula memerintah pada awal tahun 80-an peluang pekerjaan amatlah kurang sekali terutamanya di sektor swasta. Berapa ramaikah kaum India yang bekerja disektor awam pada ketika itu seperti JKR, JPT, LLN, Talikom dan majlis-majlis daerah dan perbandaran. Tentu ramaikan!

Berapa ramaikah diantara mereka yang menikmati faedah-faedah yang diterima sebagai kakitangan kerajaan semasa didalam perkhidmatan dan juga selepas pencen. Berapa ramai dikalangan anak-anak mereka yang berjaya didalam pelajaran dan kehidupan mereka. Adakah P.Ramasamy hendak menutup mata dengan menafikannya. Semasa revolusi industri bermula, pelabur-pelabur dari luar negara telah mula memindahkan operasi pengeluaran mereka ke Malaysia.

Semenjak dari itu hinggalah sekarang kaum India sudah mula menjauhkan diri dari sektor awam kerana hendak bekerja di sektor swasta yang memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan sektor awam. Ini adalah fakta. Sebab itu P.Ramasamy janganlah sewenang-wenangnya hendak salahkan kerajaan jika peluang pekerjaan disektor awam sekarang dipandang dingin oleh masyarakat kaum India.

Berapa ramai yang datang memohon apabila peluang pekerjaan dibuka kepada umum. Amat menyedihkan. Mereka lebih berminat di sektor swasta kerana pulangan yang tinggi. Penulis rasa P.Ramasamy sendiri tahukan jawapannya. Jadi tak perlulah cuba mencari isu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Beliau perlu tahu yang proses pemilihan kakitangan sektor awam diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

Jangan lupa ada juga ramai kakitangan pentadbiran awam yang menyokong pembangkang semasa PRU ke-12 yang lalu. Tengok sahaja keputusan pilihanraya di PutraJaya. Berapa banyak undi yang diperolehi oleh pembangkang? P.Ramasamy perlu ingat yang kenyataan dangkal seperti ini perlu dielakkan bagi mengelakkan sesuatu yang buruk akan berlaku dalam hubungan kaum dinegara ini.

Nasihat kepada P.Ramasamy supaya jangan lupa sejarah pembentukan Tanah Melayu. Ingat, kaum Melayu sudah banyak berkorban sejak sebelum merdeka supaya kaum-kaum lain dapat hidup dengan amam dan damai dinegara ini. Hormatilah sedikit perasaan orang Melayu.

Taminsari
Shah Alam

Apabila Kaum Lain Cuba Mencampuri Urusan Agama Islam

Hindu Sangam urges Fatwa Council to “ be more sensitive”

Sekarang ini, boleh dilihat sebagai sesuatu yang merbahaya bila satu golongan ugama lain mula mencampuri urusan ugama lain! Sepatut nya, pihak lain tidak layak untuk mencampuri urusan agama lain, apatah lagi jika perkara itu melibat kan agama Islam yang juga ugama rasmi negara!! Kita harap pihak berkenaan dapat bertindak sesuatu agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku!!

PETALING JAYA: The National Fatwa Council must respect the sensitivities and feelings of other religions in Malaysia while giving guidance to Muslims on the religion’s practices and tenets. “Many Hindus have been deeply disturbed by the Fatwa Council’s announcement,” Malaysia Hindu Sangam president Datuk A. Vaithilingam said in a statement Sunday.

He said it was regrettable that the Council had not consulted with the Malaysia Hindu Sangam first so that the religious and non-religious aspects of yoga could have been explained. The Fatwa Council on Saturday issued an edict banning Muslims from practising yoga on grounds that it involved chants and acts of worship in order to be one with the god of another religion.

“To call this ancient practice ‘haram’ and saying that it can ‘corrupt’ a person is very hurtful and demeaning,” said Vaithilingam. He added that as many Hindus and non-Hindus practised yoga together in a non-religious manner, the fatwa could drive a wedge between those of different religions. National Fatwa Council chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin on Saturday said yoga had been practised by the Hindu community for thousands of years and incorporated physical movements, religious elements together with chants and worshipping, with the aim of “being one with God”.

“Because of this, we believe that it is inappropriate for Muslims to do yoga. The council is declaring that practising yoga, when it comes together with the three elements, is haram,” he told a press conference. - IsuHot

Ahad, 23 November 2008

Adakah Ladang Babi Sistematik Akan Selesaikan Masalah Rakyat!

Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan.

"Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Komen :

Tak tahulah berapa banyak lagi kandang babi yang hendak dibina di negara yang agama rasminya Islam. Bagi penulis cara terbaik untuk menyelesaikan perkara ini adalah dengan “ mentiadakan “ lagi apa bentuk ladang babi. Ladang-ladang babi yang ada hendaklah dikurangkan atau dimusnahkan sama sekali. Pas kena fikirkan bagaimana hendak melenyapkan babi-babi ini dari bumi Malaysia. Import babi dari luar seperti mana yang dilakukan oleh Singapura.

Singapura kata mereka tak layak membela babi kerana babi ini kotor dan pengotor. Tapi mereka nak makan juga. Maka terpaksalah di impot dari negara luar seperti Malaysia, Thailand dan lain-lain negara. Terang-terang dah tahu babi ini kotor dan pengotor, ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi hendak menternak babi. Tak serik-serik lagi dengan serangan JE di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu. Malah ianya disokong pula oleh parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa Salahuddin kata perkara kerkenaan babi ini jangan diungkit? Kalau babi-babi ini kena penyakit siapa yang akan menghapuskannya sehingga ada diantara mereka terkena jankitan.

Tidakah Salahuddin terlupa yang pekerja-pekerja itu adalah terdiri dari orang-orang Melayu? Adakah Salahuddin hendak perkara ini berulang lagi. Semoden-moden mana ladang babi itu, kalau sudah diserang virus, tiada siapa yang dapat menghalang. Yang taukeh babi cuma tahu akan kerugian mereka sahaja. Yang nak menyempurnakan upacara “ pengkebumian babi “ adalah orang Melayu itu sendiri.

Takkan Salahuddin terlupa apabila semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi.

Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum". Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat.

Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004. Jadi kepada Salahuddin Ayob, sebelum hendak memberi alasan sila rujuk atau bertanya dahulu kepada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz supaya nanti tidak bercanggah dengan apa yang telah dikatakan oleh kedua-dua pemimpin utama Pas itu. Tak tahu jalan, jangan malu bertanya?

Torashah

Jumaat, 21 November 2008

UMNO Masih Pilihan Terbaik Semua Kaum

Kalau rakyat memilih UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang bermakna majoriti rakyat yakin seribu kali yakin dengan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam keperkasaan BN. Ia juga memberi petunjuk bahawa rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum menghormati dan menyanjung tinggi kepimpinan UMNO yang terus menerus menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan kemerdekaaan negara.

Sejak merdeka hingga sekarang majoriti orang Melayu tidak pernah menderhaka terhadap UMNO oleh kerana mereka menganggap UMNO itulah Melayu dan Melayu itulah UMNO.
Justeru itu Melayu tidak ada pilihan lain untuk memperjuangkan nasib mereka kecuali UMNO. Parti-parti pembangkang tidak boleh mendabik dada bahawa mereka adalah payung perlindungan orang Melayu oleh kerana mereka tidak pernah menerajui kepimpinan kerajaan di peringkat Pusat.

Sekiranya Melayu mengharapkan pembangkang memperjuangkan kepentingan mereka bermakna mereka merelakan diri mereka, orang Melayu, sebagai bangsa pinggiran yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan politik untuk memimpin Kerajaan. Memilih UMNO bererti hak dan kepentingan Melayu terjamin dan dengan sendirinya menjadikan Melayu sebagai pemimpin Kerajaan yang akan menentukan destinasi negara, agama dan bangsa.

Rakyat Malaysia bertuah dan patut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berbagai bangsa dan suku kaum yang menjadi warganegara sanggup menerima kepimpinan Melayu menerajui Kerajaan pusat sejak merdeka hingga sekarang. Sejak 51 tahun yang lalu orang Melayu memimpin Kerajaan dan membawa perubahan yang besar dalam kehidupan seluruh rakyat. Banyak negara berbilang kaum di dunia sukar menjamin kestabilan politik, perdamaian dan kesejahteraan untuk semua.

Tapi para pemimpin Melayu dalam UMNO telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa mereka berjaya mengekalkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum dan kepimpinan Melayu tidak pernah dipertikaikan oleh bukan Melayu. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 menjadi pengajaran kepada semua bangsa dan suku kaum bahawa tanahair kita yang tercinta ini perlu dipupuk dan disirami perasaan muhibbah dan hormat menghormati antara satu dengan lain demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta kedamaian untuk semua.

Oleh itu orang Melayu seharusnya sedar bahawa sekiranya mereka berpecah belah dan menyokong pembangkang bermakna mereka sendiri mengkhianati bangsa sendiri sekiranya orang Melayu hilang kuasa politik selepas pilihanraya diadakan. Orang Melayu harus sedar bahawa tidak ada parti politik Melayu yang lain yang dapat menguasai kepimpinan negara tanpa kerjasama dengan orang bukan Melayu.

Orang bukan Melayu memberi sokongan padu kepada BN kerana mereka yakin dengan kepimpinan UMNO yang mengutamakan perpaduan kaum dan bersifat adil kepada mereka.
Hari ini bukan Melayu tidak mempertikaikan kepimpinan BN sebagai Kerajaan tetapi mereka bimbang perbalahan di kalangan masyarakat Melayu boleh menyebabkan UMNO kehilangan sebahagian dari kerusi yang ia sandang sekarang.

Kalau ini berlaku bermakna wakil rakyat UMNO dalam Parlimen akan berkurangan dan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan orang Melayu sebagai pemimpin kerajaan. Mereka bimbang kestabilan politik akan tergugat sekiranya UMNO lemah. Sekiranya kuasa politik orang Melayu menjadi lemah akibat UMNO kehilangan sebahagian dari kerusi Parlimen yang dipegangnya sekarang bermakna maruah dan penghormatan Melayu juga tercemar.

Parti-parti pembangkang Melayu tidak boleh berbangga kerana UMNO hilang beberapa kerusi Parlimen yang dipegangnya sekarang bermakna maruah dan penghormatan Melayu juga tercemar. Parti-parti pembangkang Melayu tidak boleh berbangga kerana UMNO hilang beberapa buah kerusi yang berpindah kepada mereka. Sekiranya pembangkang Melayu memenangi beberapa buah kerusi dari UMNO mereka masih lagi kekal sebagai pembangkang dan selaku pembangkang mereka tidak boleh melaksanakan dasar untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Akibatnya Melayu menjadi lemah oleh kerana perpecahan di kalangan Melayu menyebabkan kekuatan Melayu dalam kepimpinanan kerajaan lemah dan tidak berdaya mengimbangi kekuatan dan pengaruh bukan Melayu. Perlulah diingat kejatuhan kerajaan-kerajaan Melayu di zaman silam dan penjelmaan kuasa-kuasa asing dalam kancah politik orang Melayu adalah disebabkan oleh perpecahan dan kerakusan raja-raja Melayu di zaman silam.

Sejarah tragedi ini akan berulang sekiranya masyarakat Melayu berpecah-belah dan meruntuhkan kekuasaan Melayu yang wujud dewasa ini. Memanglah rakyat boleh mengubah selera politik mereka sekali dalam lima tahun melalui pilihanraya. Ini jaminan demokrasi yang kita amalkan.

Tetapi sejak 51 tahun yang lalu rakyat telah memberi sokongan dan kepercayaan yang tulus ikhlas kepada UMNO untuk membela nasib mereka, dan kita dapat saksikan reformasi dalam berbagai bidang hidup rakyat yang dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO. Tentulah tidak masuk akal orang Melayu menolak UMNO yang banyak jasanya kepada mereka untuk menyokong PAS atau Parti Keadilan Nasional yang tidak punya rekod kepimpinan negara langsung.

Juga tidak masuk akal sekiranya orang Melayu terlalu taksub terhadap seorang pemimpin yang tercemar hingga sanggup menyingkirkan UMNO yang banyak berjasa dan berkorban untuk mereka. Fikirlah dengan mata hati yang terbuka. Janganlah bangsa kita dianggap sebagai bangsa yang tidak tahu membalas jasa orang lain, yang tidak tahu menilai antara intan dengan batu jalanan. Janganlah sekali-kali bangsa kita hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara tergadai.

Sepuluh tahun yang lalu pihak pembangkang membuat fitnah kononnya mereka membenci Tun Dr. Mahathir dan bukan UMNO. Bukankah Tun Dr. Mahathir pada masa itu adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia? Membenci Mahathir bermakna membenci kerajaan yang dipimpin Mahathir.

Ini bermakna pembangkang hendak mengelirukan fikiran rakyat supaya rakyat menolak UMNO/BN dan memilih pembangkang. Kita percaya orang Melayu tidak sebodoh itu.
Kita yakin orang Melayu inginkan perubahan nasib, kemajuan dan pemimpin yang dinamik memimpin kerajaan . Justeru itu mereka mesti memberi sokongan penuh kepada parti politik yang banyak berjasa dan banyak membawa reformasi dalam kehidupan mereka.

Jasa Tun Dr. Mahathir besar. Usah kita nafikan itu hanya kerana diruntun oleh kemarahan dan emosi yang tidak terkawal. Jangan marahkan pijat kelambu dibakar. Jangan kita menjadi Lebai Malang menang sorak kampung halaman tergadai. Bangsa yang berjiwa besar adalah bangsa yang tahu menghargai jasa-jasa pemimpin, mempunyai maruah negara, bangsa dan agama.
Kita bukan orang asing di tanahair kita tercinta, Malaysia. Inilah bumi subur yang memberi rezeki kepada kita dan langit biru yang kita junjung. Selama 51 tahun negara kita mencapai kemerdekaan rakyat tetap setia kepada UMNO/ BN.

Sekiranya pucuk pimpinan UMNO dianggap kurang memuaskan dan tidak mencerminkan perjuangan sebagai pembela rakyat sudah pasti UMNO sudah lama terkubur tanpa nisan dan tidak akan sampai 51 tahun memimpin kerajaan. Tetapi rakyat sedar dan tahu bahawa mereka tidak dapat mempercayai parti pembangkang yang ada untuk memimpin negara.

Ya, memang mereka mahu pembangkang menegur kerajaan tetapi mereka tidak mahu mana-mana parti pembangkang memimpin kerajaan. Mereka sedar pembangkang lebih banyak menabur angan-angan tentang jenis kerajaan yang mereka khayalkan dalam fikiran mereka.
Kerajaan yang ada dan banyak berbakti tetap UMNO/BN. Memanglah orang ramai amat gemar mendengar pembangkang mengecam dan memaki-hamun kerajaan kerana ia merupakan keseronokan dan hiburan dalam politik. Tapi bila memberi undi dan memimpin kerajaan majoriti rakyat tetap memilih UMNO/BN. Ini kenyataannya.

Orang Melayu tidak ada pilihan lain kecuali UMNO untuk mewakili kepentingan mereka. Kalau mengharapkan PAS mereka terlepas. Hanya sibuk berkuntau dengan serban leso mereka sahaja. Harapkan Keadilan mereka akan mati beragan sebab ia hanya ingin memulihkan Anwar ( Abang Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ). Ini yang dijaja oleh isteri Anwar, Wan Azizah.

Nampaknya PAS dan Keadilan lebih percaya kepada DAP untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dari UMNO hingga mereka sanggup menggugat kepimpinan UMNO yang banyak berjasa. Tapi majoriti orang Melayu tahu kilat dalam kilau mainan politik DAP dan mereka akan menghanyutkan PAS dan Keadilan seperti mana majoriti orang Melayu menghanyutkan DAP dalam beberapa pilihanraya yang lalu.

Yang lebih penting ialah sikap ahli-ahli dan para penyokong UMNO lebih dari 2 juta orang itu. Mereka mesti memberi sokongan padu kepada semua calon UMNO dan BN untuk mencapai kemenangan yang gemilang. Jangan sekali-kali menjadi gunting dalam lipatan atau talam bermuka dua. Jangan sekali-kali ada ahli UMNO sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan parti setelah menikmati rahmat Allah S.W.T dari perjuangan UMNO.

Sekiranya seluruh ahli UMNO memainkan peranan mereka memenangkan semua calon parti, besar kemungkinan parti-parti pembangkang tidak berjaya menumbangkan BN dan menubuhkan kerajaan baru di bumi bertuah ini. Pendayung sudah ada di tangan, perahu sudah di air dan marilah kita bersama-sama dengan penuh semangat, sebagai patriot bangsa dan negara, menjamin kemenangan yang besar kepada UMNO/BN. Hanya Allah S.W.T yang menentukan segala tetapi ikhtiar dan usaha mestilah di pihak kita.

Taminsari
Shah Alam

Selasa, 18 November 2008

Kasari Wartawan : Pemuda Selar Sikap Tidak Matang MB Perak

Ipoh -- Kepimpinan Pemuda UMNO Perak hari ini menyelar dan melihat tindakan kasar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin terhadap jurugambar Utusan Malaysia sebagai satu contoh kepribadian sebenar beliau. Malah mereka menyifatkan tindakan tersebut di luar kewajaran apatah lagi prinsip kebebasan media yang sering dilaungkan pakatan pembangkang selama ini.

Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Zainudin Helmi Baharudin berkata peristiwa berkenaan menyerlahkan sikap dan keperibadian Menteri Besar yang sebenarnya. Menurut beliau sebagai Ketua kerajaan negeri, YB Nizar sepatutnya menunjukkan sahsiah dan budi pekerti yang mulia sebagai tauladan kepada rakyat khususnya pengikut dan penyokong parti terbabit.

"Bukankah kita orang Melayu terkenal dengan adat dan budi bahasa. Adakah kerana kuasa dan jawatan yang disandang hari ini menyebabkan budi bahasanya luntur. "Jika inilah sikap MB Perak, kita benar-benar kecewa dan kesal kerana difahamkan beliau digelar ustaz dikalangan penyokong mereka”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin semalam bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Kejadian berlaku semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini apabila jurugambar, Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, merakamkan gambar Mohammad Nizar menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Lenggong, Mohamad Iruan Zulkifli pula berkata peristiwa berkenaan merupakan bukti betapa pemimpin pakatan pembangkang "cakap tak serupa bikin".
Soalnya dimanakah prinsip kebebasan media yang sebelum ini lantang diperkatakan oleh parti pembangkang terbabit.

"Sebelum ini merekalah kononnya juara kepada kebebasan media dan memperjuangkan demokrasi pemberitaan di negara ini. "Cara tindakan kasar terhadap wartawan ini sebenarnya mencerminkan sikap hipokrit pemimpin parti pembangkang yang akan dinilai rakyat", ujarnya.
Manakala bagi Ketua Pemuda Teluk Intan, Yuzaille Yusof berkata peristiwa tersebut tidak sepatutnya berlaku sungguh pun mereka dikatakan memboikot akhbar terbabit.

"Jika Nizar profesional, beliau seharusnya memahami tugas dan tanggungjawab seorang jurugambar biarpun beliau tidak selesa atau tidak suka dengan senario tertentu. "Malah beliau tiada hak untuk mengganggu dan menghalang tugas jurugambar terbabit. Kejadian MB menghalang tugas intistusi kewartawanan adalah kejadian pertama dan Nizar mencatat sejarah tersendiri", katanya.

Dalam kejadian semalam, jurugambar Utusan Malaysia telah diherdik dan diminta keluar dengan berkata ''Go.. go..". Selepas meminta Mohd. Najib keluar, Mohammad Nizar kemudian dengan memanggil semula Mohd. Najib. "Woi, mari sini. Saya nak 'memory card' kamera tu," katanya.


Laman Pemuda UMNO

Isnin, 17 November 2008

Kebajikan Nizar, DAP bajet menodai Melayu!

MB Nizar menyatakan bahawa kerajaan Negeri akan memperuntukkan pemberian 1,000 hektar tanah kepada Sekolah Agama Rakyat. Yang dinyatakan adalah "akan". Maknanya belum lagi. Maknanya juga, mungkin belum lagi ada keputusan Exco mengenainya. Bagaimana pula peruntukan tanah untuk sekolah Tamil. Hindraf takkan tak minta tanah dari MB Nizar?

Adakah penyataan itu hanya sekadar gimik politik berbanding perenggan 34, MB Nizar menyatakan bahawa "kerajaan telah meluluskan 1,000 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina. "Kebajikan" kah begini bila nasib Sekolah Agama Rakyat yang daif dimain-mainkan?

"Kebajikan"kah dasar kerajaan Negeri kerana meluluskan permohonan tanah seluas 1000 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina yang telah dikenali sebagai sekolah yang kaya dan hebat bergaya, yang mana, para penuntutnya boleh hadir ke sekolah menaiki kereta-kereta sendiri dan bapa-bapa mereka kebanyakkan adalah orang-orang yang berada. Dan ini adalah hakikat dan realiti. Sekolah Persendirian Cina telah telah diketahui umum mempunyai kekuatan dana tersendiri. Mereka semuanya hebat dan system pendidikannya moden jika dibandingkan dengan Sekolah Agama Rakyat.

MB Nizar juga menyatakan bahawa pemberian yang tersebut hanya akan berlaku setelah Badan Pentadbir dan Pemegang Amanah diwujudkan. Tidakkah pendaftaran Sekolah Agama Rakyat tersebut di Jabatan Agama Islam telah mewujudkan satu Jemaah Pengurusan yang sememangnya berperanan sebagai badan pentadbir dan Pemegang Amanah.

Kita berharap kerajaan Negeri bertegas memastikan tanah 1,000 hektar untuk Sekolah Agama Rakyat dikenalpasti dengan segera dan dipercepatkan kelulusannya. Pada perenggan 33, terlalu "kebajikan" kah kerajaan Negeri hanya kerana memberikan bekalan air percuma RM10 atau ini semua hanyalah polemik politik? Itupun hanya melibatkan lebih kurang 4 ribu akaun (bil air) berbanding hampir 3 juta kependudukan di negeri Perak.

"Kebajikan"kah kerajaan negeri yang kononnya telah memperuntukkan RM1 juta kepada Miskin tegar, yang mana pada sidang Dewan yang lepas isu ini dilihat lebih kepada nak memberikan "projek" kepada syarikat kroni. Syarikat Kroni yang supply kan....
Pada perenggan 36 dinyatakan bahawa Dasar Negeri Berkebajikan memperuntukkan hanya 12juta dan separuh daripadanya adalah peruntukan derma siswa hanya kepada 6,000 anak Perak.

"Kebajikan" kah dengan hanya 6 juta sahaja diperuntukkan bagi lain-lain program dan usaha. Inilah yang saya tegaskan bahawa Dasar Negeri Berkebajikan itu hanyalah polemik istilah politik semata-mata. Semua ini hanya untuk mengaburi mata rakyat. Kerajaan Negeri diminta agar lebih berhati-hati menggunakan istilah "kebajikan" itu kerana sekiranya ianya tidak membawa maksud sebenar kebajikan, maka istilah itu sendiri akan menjadi rosak.

Pada perenggan 37, kita mengalu-alukan peruntukan RM4.09 juta, antaranya, bagi menambah elaun penyelia dan guru KAFA. Tapi perlu dijelaskan di sini sumbangan asas sebanyak RM750 untuk penyelia dan RM500 untuk guru KAFA itu disediakan oleh kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional. Maknanya, kerajaan Barisan Nasional 8 ke 10 kali ganda lebih berkebajikan daripada kerajaan Negeri pimpinan parti Campuran PAS, DAP & PKR.

Menyentuh perenggan 11, tentang hasrat kerajaan Negeri dalam usahanya menzahirkan Negeri Berkebajikan juga adalah suatu penyataan yang cukup kabur tentang soal kebajikan yang ingin dinyatakan. Tanpa menyatakan ianya adalah kebajikan sudah pastilah pembentangan bajet oleh kerajaan sebenarnya bertujuan menjaga kebajikan rakyat. MB Nizar semakin dilihat keliru tentang apa yang ingin diterjemahkan tentang maksud kebajikan itu sendiri.

Merujuk kepada perenggan 10 berkenaan soal jaminan kerajaan Negeri untuk melaksanakan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan. Ditegaskan di sini Fasal tersebut yang berkenaan Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Merujuk kepada Sub Fasal (2) iaitu; Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

Dengan itu tidak nampak secara SERIUS kerajaan Negeri melaksanakan maksud Fasal 153 yang dinyatakan dalam soal MELINDUNGI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU.

Nizar, Kebebasan Akhbar dan Perak FM

MB Nizar dikatakan oleh ahli PAS Perak sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sanggup bersusah-payah membantu rakan separti yang dalam kesusahan. Contohnya menukar tayar kereta sahabatnya yang tayar keretanya pancit ketika melintasi negeri ini.

Oh! Itu dulu. Sekarang, hidungnya lebih tinggi dari Piramid Giza. Pemikirannya lebih senget dari Menara Pisa. Emosinya lebih tak stabil dari plat tektonik di Parit Sunda. Begitulah sifat seorang Menteri Besar yang mana akhlaknya dibunuh oleh golongan yang merayakan sesuatu dengan 'beer-tossing'. Berdiam pada isu yang mungkar, dan mempertikaikan isu rakyat yang lebih makruf. Berskandal dengan isu dan polemik yang memalukan diri.

Juga berisi dendam kesumat yang membarah serta cuba mencedok fahaman Barat mengenai demokrasi sementara isi hati bercampur baur dalam memberi erti sebuah percaturan politik yang beliau sendiri bingung menangani. Tindakan meminta memory card dari jurugambar Utusan Malaysia kelmarin merupakan satu lagi pertunjukkan emosi beliau.

Mengapa Pakatan Rakyat takutkan Utusan Malaysia sehingga terpaksa menyalahkan Utusan Malaysia dalam banyak perkara? Kerana seruan DAP? Kerana seruan Anwar Ibrahim? TIDAK! Ini kerana mereka sedar, hanya pengikut totok mereka yang menyahut seruan mereka memboikot akhbar Utusan Malaysia!

Utusan Malaysia kekal menjadi bahan bacaan sebahagian besar rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang mahukan kupasan dari pemerintahan Pakatan Rakyat di satu sudut yang tidak terlihat. Memboikot Utusan Malaysia bererti menutup mata rakyat pada buruk laku mereka. Sedangkan akhbar mereka seperti Suara Keadilan dan Harakah tidak pernah diboikot walaupun bersikap bias, penuh tohmahan keji dan langsung tiada berita masyarakat melainkan politik semata-mata dan tidak memperkasa syiar Islam. Sebenarnya, akhbar mana yang bertaraf sampah sarap? Dan pada sudut lain, mengapa paranoid sangat?

MB Nizar juga menuduh Perak FM, bersikap tidak sedar diri kerana tidak menyebarkan aspirasi Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak. Katanya Perak FM sepatutnya tidak melupa hakikat bahawa negeri Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat atas kuasa rakyat. Rakyat mana?
Dalam hal ini, beliau lupa bahawa golongan pendengar Perak FM adalah orang-orang Melayu manakala yang menjadikan Pakatan Rakyat memerintah Perak dan yang meletakkan beliau di kediaman Menteri Besar adalah orang-orang bukan Melayu. Mana ada Cina dengar Perak FM? Mana ada Tamil nak dengar Perak FM. Adoi.. apekeheinye Nizar ni? Sasau ke?

Jadi, siapakah yang cuba menggunakan medium penyiaran kerajaan persekutuan untuk menyebarkan propaganda Pakatan Rakyat terhadap majoriti orang Melayu yang telah meletakkan wakil rakyat dari UMNO seramai 26 dari 59 orang ahli Dewan Undangan Negeri? Lebih separuh orang Melayu Perak menyokong kerajaan Barisan Nasional!

Pakatan Rakyat tidak diundi oleh 100% dari 980,000 pengundi berdaftar di negeri Perak. Hampir 50% pengundi memilih Barisan Nasional. Jika Pakatan Rakyat GILA SANGAT nak menjaguhi kaum minoriti, perlu diingat, pengundi BN bukan seratus dua ratus orang di negeri ini. Mereka mewakili hampir separuh dari penduduk negeri dan majoritinya orang Melayu.
Siapa sebenarnya yang tidak berpijak pada bumi nyata? Engkau la Nizar!!.. Sapa lagi..??

Suara Politik

Bersatulah Umat Melayu

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah An-Nissa’-Ayat 59) . Demi Melayu dan demi Islam, tanganilah segera perpecahan yang sedang melanda umat Melayu hari ini. Memang segala yang telah berlaku ke atas orang Melayu ini mempunyai sebab-musababnya. Tetapi, perlu diingat bahawa memang sudah menjadi hukum alam ini bahawa sebab-sebab itu sebenarnya telah diatur oleh Allah Ázza Wa Jalla.

Begitulah hakikatnya di sisi Islam. Kalau Islam menuntut setiap umatnya supaya hanya Allah sahajalah yang kita sembah, Islam juga menuntut supaya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Oleh itu, usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini. Ikhtiarkanlah. Segala daya usaha itu dijalankan seiringan dengan restu dan hidayat yang dipohonkan dari Allah yang maha besar lagi maha sempurna.

Waspadalah, dalam sesuatu pertelingkahan, setiap pihak yang terbabit akan mengatakan bahawa dia berada di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya satu. Bukannya dua atau tiga. Dan kebenaran itu pula datangnya dari Allah SWT jua. Beginilah seharusnya perlawanan Melayu sesama Melayu hari ini berakhir. Kembalilah ke pangkal jalan. Berdamailah pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana.

Berwaspadalah, kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah sampai patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul usahlah pula sampai lekuk. Melayu harus berpadu. Melayu mesti bersatu. Melayu harus bersatu dan berpadu dalam politik dan seluruh aspek kehidupan yang sewajarnya. Perlu diingat bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang menjamin kesejahteraan masa depan.


Taminsari
Shah Alam

Henti guris Melayu

KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan. Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. ‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali. ‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak. Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah di sini bagi menyerahkan memorandum itu.

Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu. Sultan Azlan bertitah, kebimbangan orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkannya ke dalam Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan).

Titah baginda, ia termasuk klausa- klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Baginda menjelaskan, sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh raja- raja serta bidang kuasa raja merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat perkenan raja-raja.

Dalam hubungan ini titah baginda, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping memberikan keadilan kepada warga keseluruhannya. ‘‘Institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian. Raja-raja memahami bahawa perlembagaan merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

‘‘Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan. ‘‘Negara yang aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Titah baginda, untuk itu orang Melayu memerlukan jaminan dan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai pribumi tidak terancam.

‘‘Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita atau dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu dan nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. ‘‘Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia,” tegas baginda.


Utusan Malaysia
Torashah

Jangan Sampai Nyawa Jadi Gadaian Murah

Keharmonian hidup antara kaum adalah ciri-ciri utama yang diberi penegasan dalam setiap kali manifesto Barisan Nasional (BN). Ciri-ciri berkenaan bukanlah dirumus semata-mata untuk menghadapi pilihan raya umum, malah ia sudah menjadi dasar yang begitu penting bagi kehidupan setiap individu di negara ini.

Keharmonian kaum mempunyai hubungan rapat dengan soal keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran, kemajuan dan sebagainya. Tanpa keharmonian hidup, negara akan menjadi kucar-kacir. Dalam keadaan negara yang tidak tenteram, bermakna masa dan tenaga hanya dihabiskan untuk menyelesaikan masalah yang silih berganti. Ia akan membantutkan segala urusan harian.

Rakyat sentiasa berada dalam ketakutan, malah nyawa sering menjadi pertaruhan. Rakyat seharusnya belajar daripada peristiwa di beberapa negara yang pada masa ini menghadapi masalah. Dalam keadaan sentimen rakyat membara, manusia tidak lagi mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. Mereka menjadi buas seperti haiwan. Bunuh-membunuh menjadi permainan. Keadaan ini sudah pun berlaku di depan mata di beberapa negara yang sedang bergolak.

Seseorang yang kehilangan orang yang tersayang, akan melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Nyawa bukan lagi mempunyai harga yang perlu dinilaikan. Apakah ini yang diharapkan? Di Malaysia, keharmonian kaum diterima sebagai amalan hidup. Rakyat sentiasa menghormati antara satu dengan lain walaupun berlainan warna kulit dan agama.

Mereka boleh membeli-belah di pasar atau di gedung perniagaan bersama-sama tanpa mengira siapa yang berbelanja dan siapa pula yang berniaga. Mereka boleh bekerja sama tanpa mengira siapa menjadi pekerja atau siapa pula majikan. Hari ini, ibu-bapa tidak sedikit pun bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka sama ada ketika di sekolah atau melepaskan mereka untuk bergaul dengan rakan-rakan berlainan bangsa.

Keadaan ini sudah berlanjutan sekian lama, dengan mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969.Moto Keharmonian Hidup yang diterapkan oleh BN adalah sesuai dalam konteks hidup masyarakat Malaysia hari ini. Apa yang dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, penekanan kepada keharmonian hidup antara kaum adalah semata-mata untuk memastikan tidak timbul sebarang ketegangan sesama rakyat. BN sentiasa mengutamakan kebaikan kerana mahu rakyat hidup bersatu padu.Malangnya, parti-parti pembangkang mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza.

Apa yang cuba ditiupkan ialah api permusuhan. Mereka bukan saja cuba melaga-lagakan antara sesama orang Melayu, malah pergeseran kaum dan agama. Keharmonian hidup tidak akan wujud jika parti-parti pembangkang diberi peluang untuk memerintah negara ini.Percanggahan ideologi di kalangan parti-parti pembangkang sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka tidak mungkin dapat duduk semeja untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang membabitkan kepentingan semua rakyat.

Satu pihak akan membuat tuntutan yang melampaui batas hingga menyebabkan keadaan di luar kawalan.Hari ini pun sudah ada suara keras yang dikemukakan di kalangan parti pembangkang, sebagai syarat tolak ansur untuk bekerjasama. Parti yang radikal sifatnya itu tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sewaktu menolak kewujudan negara Islam di Malaysia. Rakyat seharusnya matang berfikir dan tidak terlalu mengikut perasaan ketika membuat keputusan. Dalam setiap percaturan, mereka seharusnya mengambil kira keseluruhan senario yang mungkin berlaku di negara ini.

Malaysia juga mempunyai musuh di sekelilingnya. Musuh Islam juga adalah besar dan mereka kini menunggu peluang saat paling baik untuk menghancurkan negara ini. Oleh itu, setiap rakyat harus mengambil kira apakah keputusan yang akan mereka lakukan kelak mengambil kira faktor keharmonian hidup atau mahu merosakkan apa yang sudah terjalin sekian lama.disebabkan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Semua tindakan ini akan hanya mengundang masalah lebih besar kepada rakyat.

Mendengarkan cakap pembangkang yang berapi-api memanglah menyeronokkan. Untuk mencari kesilapan orang lain memang mudah, tetapi begitu sukar untuk mengakui kesilapan sendiri. Rakyat perlu ingat, mereka yang mengecam kerajaan itu adalah atas landasan "membangkang sekadar membangkang" tapi tidak memikul sebarang tanggungjawab. Apa yang mereka fikirkan ialah semata-mata bagaimana cara menumbangkan kerajaan.

Mereka yang bercakap sesedap mulut itu tidak pernah memikirkan kesan tindakan mereka. Janji memang mudah ditaburkan, tetapi untuk menunaikannya, ia adalah satu masalah yang amat rumit, terutamanya dalam keadaan rakyat negara ini yang begitu tipis tahap kesabarannya.


Taminsari
Puncak Alam

Tiada Syurga, Neraka UMNO Untuk Mereka Yang Menyokong Dan Mengkhianati Perjuangan

Memang tidak dinafikan kadang-kadang ada juga benarnya pendapat di kalangan pemerhati politik bahawa setiap parti politik Melayu di negara ini, walau apapun faktor yang membawa kepada penubuhannya mempunyai tujuan murni, yang termaktub dalam perlembagaannya.

Jika boleh dianggap tujuan murni itu sebagai cita-cita dan hasrat pemimpin dan ahli parti berkenaan, dapatlah juga dikatakan bahawa perjuangan mereka membawa kebaikan untuk agama, bangsa dan negara.Keseluruhan parti politik Melayu berhasrat menegakkan agama, membela bangsa Melayu, mempertahankan kedaulatan negara, memperjuangkan kesejahteraan untuk rakyat dan berusaha bagi kemajuan negara.

Perjuangan menyatupadukan ummah menanamkan semangat perpaduan cintakan negara juga menjadi tujuan utama perjuangan parti politik Melayu berkenaan. Hubungan parti berkenaan itu dengan Islam begitu erat sekali malah berhasrat meletakkannya di tempat yang tinggi. Parti-parti berkenaan itu juga menyatakan hasrat untuk membela kedudukannya dan mendaulatkan hukum Islam samada secara langsung atau tidak.

Demi perjuangan murni itu, penubuhan UMNO adalah untuk menegakkan, mempertahankan kemerdekaan dan mendaulatkan negara Malaysia. Ia juga untuk mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri dan Raja-raja, menghormati prinsip kebebasan beragama, mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu.

UMNO juga diamanahkan untuk mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak asasi manusia dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Inilah hasrat dan tujuan murni perjuangan UMNO – pernyataan yang jelas dan terang malah dapat dilaksanakan. Walau apa pun yang dikatakan namun masyarakat Melayu dapat menilai antara parti politik Melayu yang selama ini banyak berjasa, mencemerlangkan bangsa Melayu, berusaha bagi kemajuan negara, kepemimpinan yang berkualiti dan berwawasan.UMNO sebagai parti yang besar dan kuat kerana sokongan bangsa Melayu dengan kecekapan kepemimpinannya.

Memang kita tidak menolaknya bahawa sejak UMNO ditubuhkan, parti itu tidak pernah sunyi daripada menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang datang menyerang samada dari dalam mahupun dari luar. Tetapi semuanya dapat diatasi dan diselesaikan dengan kebijaksanaan kepemimpinan UMNO.Sejarah akan menyaksikan dan memuji serta memberi nilai yang tinggi peranan UMNO, pemimpin dan ahlinya terhadap kejayaan pencapaian orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan pendidikan.

Ini adalah usaha dan tanggungjawab UMNO dalam menentukan nasib bangsa Melayu dan demi kepentingan agama negara Malaysia tercinta. Inilah cita-cita dan hasrat UMNO ditubuhkan.Wajar bagi setiap ahli UMNO mengingatkan diri masing-masing dan seluruh bangsa Melayu supaya sewaktu kita diberi mandat membantu Presiden UMNO hari ini, kita harus kenal serta menghayati falsafah perjuangan UMNO bahawa parti itu tidak mempunyai pilihan atau tujuan lain kepada wadah perjuangan Melayu di negara ini.

Ahli-ahli UMNO dan orang Melayu serta rakyat jelata perlu sedar, bahawa perjuangan politik yang berteraskan parti itu menjadikan negara Malaysia merdeka lagi berdaulat.Generasi Muda Melayu juga harus menerima kenyataan serta bersyukur kerana perjuangan UMNO berjaya meningkatkan syiar Islam.UMNO juga menaja segala gagasan kemajuan dasar pembangunan untuk membebaskan seluruh rakyat khususnya orang Melayu dari lingkaran kemiskinan.

UMNO juga penggerak utama dalam usaha menyatupadu dan memupuk semangat perpaduan segala bentuk rupa dan corak keturunan di negara ini.Kepada orang Melayu khususnya Ahli UMNO kita harus rela dan mampu menghayati falsafah perjuangan parti sebagaimana kita menghayati agama Islam yang suci. Memang kita sedia maklum bahawa UMNO tidak mempunyai syurga dan neraka bagi mereka yang menyokong atau mengkhianati perjuangannya.

UMNO juga tidak mempunyai hukum Tauhid dan ibadat untuk mempastikan proses perjuangan yang bersih dan berkesan. Namun demikian, UMNO mempunyai undang tubuh, adat dan etika. UMNO bergerak berlandaskan nilai dan susila yang wujud dalam institusi masyarakat Melayu, justeru UMNO mempunyai satu tekad politik yang murni.Hidup UMNO. Dulu, Kini Dan Selamanya.

Taminsari
Puncak Alam

TUN DR MAHATHIR

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO yang kelima, lahir pada 20 Disember 1925 di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Penglibatannya dalam politik bermula pada 1945 bila dia menyertai Saberkas, Kesatuan Melayu Muda Kedah dan seterusnya UMNO (1946). Pada 1965, beliau dipilih menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Selain pengharaman bukunya ‘The Malay Dilemma’, Dr. Mahathir juga pernah dipecat daripada UMNO pada 26 September 1969.

Dr.Mahathir yang pernah dilabel sebagai ‘Ultra Melayu’ diterima balik menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan kemudian dilantik sebagai ahli Dewan Negara (1973-1974). Pada 1974, beliau dlantik menjadi Menteri Pelajaran. Apabila Perdana Menteri/Presiden UMNO, Tun Razak Datuk Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976, penggantinya Tun Hussein Onn melantik Dr. Mahathir sebagai Timbalannya (5 Mac 1976). Ketika itu Dr. Mahathir merupakan Naib Presiden UMNO.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 1978, Dr. Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Beliau seterusnya dipilih menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun 1981 dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 bagi mengambil tempat Tun Hussein yang meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan kerana masalah kesihatan.
Sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir melakukan pelbagai perubahan dasar yang drastic dalam bidang pentadbiran, pemikiran dan per juangan.

Antara pembaharuan yang dilakukannya ialah mengemukakan Dasar Pandang ke Timur, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan, Persyarikatan Malaysia, pengeluaran kereta nasional pertama, penerapan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam, menyamakan waktu di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak serta Singapura dan Wawasan 2020.

(1) Syarikat Bekerjasama Kebajikan Am Saiburi (Saberkas).(2) Pada 28 Februari 1991, Dr. Mahathir mangemukakan Wawasan 2020, iaitu satu rancangan dan matlamat jangka panjang untuk menjadikan Malaysia Negara maju dengan acuannya sendiri pada 2020.

TUN HUSSEIN ONN

Tun Hussein Onn, Presiden UMNO yang keempat, dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru, Johor. Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 15 Januari 1976 ekoran kematian Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO pada 15 September 1978.

Pada 1950 dalam usia 28 tahun, beliau dipilih sebagai Ketua Hal Ehwal Pemuda UMNO dan kemudiannya sebagai Setiausaha Agung. Pada 1951 Tun Hussein mengikut bapanya meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaysia (IMP) dan Parti Negara, tetapi kembali semula ke pangkuan UMNO pada 1964.

Pada Jun 1969 beliau dilantik menjadi ahli jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan seterusnya Menteri Pelajaran (1970) dan kemudian dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO. Pada 8 Ogos 1973, Tun Hussein dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO menggantikan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 20 Ogos 1973.

Pada 11 Mei 1977, Tun Hussein melancarkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). Pada 21 April 1981, beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO yang seterusnya disandang oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Hussein meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan National (BN) pada 15 Julai 1981 dan pada keesokannya, dia melepaskan pula jawatan sebagai Perdana Menteri.Tun Hussein Onn meninggal dunia pada 29 Mei 1990 di Institut Jantung Pusat Rawatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat.

TUN ABDUL RAZAK

Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Presiden UMNO yang ketiga dan Perdana Menteri yang kedua lahir pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan Pahang. Tun Razak memulakan karier politiknya dalam UMNO pada 1950. Empat bulan selepas menyertai UMNO, beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda parti. Pada 1951, dalam usia 29 tahun, dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua UMNO.

Apabila kemerdekaan dicapai, Tun Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau mengubah sistem pendidikan berdasarkan Penyata Razak (1956) bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk semua kaum dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada 17 November 1959, Tun Razak dilantik menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Beliau mewujudkan dasar dan rancangan pembangunan Negara dengan mengemaskinikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), melancarkan ‘Buku Merah’ (6 Mei 1962), Gerakan Maju (Mac 1966), program Jayadiri serta Buku Hijau. Beliau turut melancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan Rancangan Malaysia Kedua.

Selepas tragedy 13 Mei 1969, Parlimen digantung dan Negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Razak. Beliau berjaya memulihkan ketenteraman awam dan mengembalikan semula Negara kepada demokrasi berparlimen. Sejajar dengan itu Rukunegara diperkenalkan. Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970 dan Presiden UMNO pada 23 Januari 1971.

Pada 1971 juga, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mengasaskan pembentukan Barisan National (BN) pada 1 Jun 1974 menggantikan Perikatan. Tun Razak kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah. Beliau melibatkan diri dalam UMNO sejak awal penubuhan UMNO pada 1946 dan dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO kedua pada 26 Ogos 1951 apabila Dato’ Onn Jaafar melepaskan jawatan tersebut kerana perbezaan pendapat berkenaan isu membukakan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu.

Tunku Abdul Rahman memegang jawatan selama kira-kira 20 tahun sebelum berundur pada Januari 1971. Selain menukar slogan UMNO dari”Hidup Melayu” kepada “Merdeka”, Tunku juga memulakan kerjasama di antara UMNO dengan Malayan Chinese Association (MCA) dan seterusnya dengan Malayan Indian Congress (MIC) melalui Parti Perikatan. Langkah tersebut diambil bagi memudahkan usaha mencapai kemerdekaan.

Tunku mendapat mandat penuh rakyat setelah berjaya meraih 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan pada pilihan raya umum Julai 1955, Tunku berjaya mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Tunku seterusnya dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama. Selepas merdeka, Tunku ‘melahirkan’ pula Malaysia pada 16 September 1963 dengan membawa masuk Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaya.

Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 dan sebagai Presiden Menteri pada 22 September 1970 dan sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung parti pada 23-24 Januari 1971. Tunku Abdul Rahman mangkat pada 6 Disember 1990.

DATO ONN JAAFAR

Yang Dipertua UMNO pertama, Dato’ Onn Jaafar di Johor Bahru pada 1895. Dengan inisiatif dan usahanya, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan pada awal 1946. Dato’ Onn telah dipilih untuk mempengerusikan Kongres Melayu SeMalaya yang pertama pada 1 -4 Mac 1946 dan dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama.

Bersama pemimpin lain, Dato’ Onn berjaya menumpaskan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor dan Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1951.


Di Mesyuarat Agung UMNO yang Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951 akibat percanggahan pendapat mengenai cadangannya membuka keanggotaan UMNO kepada orang bukan Melayu, Dato’ Onn telah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua dan terus meninggalkan UMNO.

Ekoran itu, dia menubuhkan parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan seterusnya Parti Negara (1954), tetapi gagal meraih sokongan rakyat. Pada pilihan raya 1959, Dato’ Onn berjaya merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan sebagai satu-satunya wakil Parti Negara yang menang pada pilihan raya tersebut.

Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962 di Johor Baharu.

Peristiwa Penting UMNO

Januari 1946

Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah.

3 Januari 1946

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.

4 Mac 1946

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

29 dan 30 Mac 1946

Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union.

1 April 1946

Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan.

11 dan 12 Mei 1946

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato’ Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua.

29 dan 30 Jun 1946

Mesyuarat Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab (Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera UMNO.

27 dan 28 Julai 1946

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera UMNO.

10-12 Januari 1947

Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan contoh perjanjian negeri-negeri Melayu telah disusun oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotaiseramai 12 orang.

11- 13 Mei 1947

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu, Kelantan berdebat mengenai perlunya parti menubuhkan cawangan di seluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-persatuan Melayu sahaja. Dato’ Haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin bin Abas.

2 – 4 September 1947

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak Melayu.

21 Januari 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di King’s House, Kuala Lumpur.

1 Februari 1948

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union.

28 dan 29 Mei 1949

Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong, Arau, Perlis telah memutuskan satu perlembagaan baru membolehkan orang perseorangan mendaftar terus dan UMNO tidak lagi terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya. Dengan itu juga, struktur pentadbiran UMNO berubah menjadikannya empat peringkat iaitu Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan. Terdapat tiga pertubuhan yang tidak bersetuju dengan perubahan untuk menjadi Ahli Bergabung dengan UMNO.

25 Ogos 1949

Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth, satu badan yang dikenali sebagai ‘Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO’ telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih sebagai Ketua. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, nama badan tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita.

26 Ogos 1949

Persidangan Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato’ Onn Jaafar sebagai Penasihat. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda. Keputusan untuk menubuhkan sebuah Pergerakan Pemuda sebenarnya telah ditetapkan di dalam Undang-undang tubuh UMNO yang diluluskan pada 29 Mei 1946.

20 Februari 1950

UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama Se-Malaya di Muar, Johor bagi memperjuangkan soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO.

11 Jun 1950

Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima. Persidangan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini telah menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kecaman dan tuduhan berat terhadap Dato’ Onn bin Jaafar berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC. Bagamaimanapun cadangan kerakyatan diterima dengan pindaan berikut:

Menambah syarat-syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap di sini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Melayu.

12 Jun 1950

Dato Onn yang kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terhadapnya telah meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua pada hari kedua Persidangan.

20 Julai 1950

Satu rombongan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian UMNO dan penduduk kampung telah berarak ke rumah Dato' Onn di Johor Bahru untuk memujuk beliau menyertai semula UMNO. Beliau bersetuju memimpin UMNO semula dengan syarat beliau tidak dikecam lagi.

27-29 Ogos 1950

Pada Persidangan tahun ke-5, Dato’ Onn bin Jaafar telah diberi sambutan yang meriah dan beliau memegang semula jawatan Yang DiPertua. September 1950 Cadangan UMNO mengenai Rakyat diluluskan dan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri Melayu. Ia telah menjadi asas kepada Undang-undang Kerakyatan 1951.

4 Februari 1951

Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan ‘Hidup Melayu’ ditukarkan kepada ‘Merdeka’, sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak diadakan.

23 dan 25 Mac 1951

Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan ‘Merdeka’ sebagai seruan rasmi UMNO.

Jun 1951

Pada November 1950, Dato’ Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat ‘Malayan’. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin ‘meMalayankan’ Tanah Melayu.

Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato’ Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.

25 dan 26 Ogos 1951

Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato’ Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.

8 Januari 1952

UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.

23 Ogos 1953

Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan.

1 Februari 1954

Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L.

Devaser telah mengadakan satu sidang khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar.

27 Julai 1955

Pilihan Raya Persekutuan diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan Perikatan memenangi 51 kerusi.

31 Julai 1955

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan. Pembukaan rasmi Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman) Kuala Lumpur oleh Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan.

26 dan 27 Disember 1955

Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan. Sebelum itu Tun Sardon telah ke Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas. Turut berada di situ ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan.

1 Januari 1956

Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Tun Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.

31 Ogos 1957

Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

19 Ogos 1959

Pilihanraya Umum yang pertama selepas Merdeka bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat. UMNO memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar.

27 Mei 1961

Tunku Abdul Rahman Putra menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura.

4 November 1961

Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur. Persidangan ini mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia.

21 Jun 1962

Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.

23-25 Jun 1962

Konvensyen Pergerakan Permuda UMNO diadakan bagi menyatukan tenaga Pemuda dalam memelihara masa depan negara.

25 April 1964

Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua diadakan. Dalam pilihanraya ini UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang dipertandingkan.

20 Mei 1964

Majlis Kerja Tertinggi UMNO membincangkan soal mengembangkan UMNO ke Sabah dan Sarawak.

2 Mac 1965

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan susunan pentadbiran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO diselaraskan dengan pentadbiran UMNO Malaysia.

10 Mei 1969

Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan. UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihanraya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi.

13 Mei 1969

Peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan.

22 September 1970

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru.

23 dan 24 Januari 1971

Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel, Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang DiPertua UMNO dan Tun Haji Abdul Razak Dato’ Hussein telah dipilih sebagai Yang DiPertua UMNO yang baru.

Februari 1971

Parlimen dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru serentak dengan Rancangan Malaysia ke-2 diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan Perlembagaan Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan.

11 Mei 1971

Perayaan 25 tahun UMNO disambut secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

1 Januari 1973

Penubuhan rasmi kerajaan Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat.

2 Ogos 1973

Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia dan Tun Hussein Onn memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

13 Ogos 1973

Rombakan kecil kabinet berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Ghazali Shafie sebagai Menteri Dalam Negeri.

17 Januari 1974

Perjumpaan antara beberapa buah parti dalam kerajaan campuran bagi membincangkan pelaksanaan konsep ‘Barisan Nasional’.

1 Jun 1974

Barisan Nasional didaftarkan secara rasminya.23 Ogos 1974Pilihan Rraya umum ke-4. Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang diperuntukkan iaitu sebanyak 61 kerusi.

30 November 1975

Sidang Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi kepercayaan kepada Dato’ Harun Idris selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

14 Januari 1976

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn mengantikanbeliau sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO.

5 Mac 1976

Pembentukan kabinet baru Tun Hussein Onn. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

17 Disember 1977

PAS terpecat dengan sendirinya dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan.

8 Julai 1978

Pilihanraya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 kerusi daripada 74 kerusi yang dipertandingkan.

11 Mac 1978

Pilihanraya Negeri Kelantan diadakan setelah pemerintahan darurat ditamatkan. Barisan Nasional berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959.

15 September 1978

Perhimpunan Agung UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur telah memilih Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Presiden.

30 Mei hingga 1 Jun 1980

Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO diadakan di Kuala Lumpur bagi merumuskan langkah-langkah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

15 Mei 1981

Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO.

Jun 1981

Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato’ Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.

22 April 1982

Dalam Pilihan Raya Umum yang ke-6, Barisan Nasional telah menang besar dengan memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan.

9 September 1982

Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menewaskan Dato’ Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10 undi, bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

25 Januari 1984

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju USNO dipecat daripada Barisan Nasional kerana menentang tindakan menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.

26 September 1985

Perasmian Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra, di Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

29 Februari 1986

Dato’ Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

29 Februari 1986

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membincangkan perletakan jawatan Dato’ Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat bersetuju memujuk Dato’ Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.

7 Mei 1986

YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Dato’ Musa Hitam.

3 Ogos 1986

Pilihan Raya Umum yang ke-7, peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung). Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 83 kerusi daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.

24 April 1987

Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. YAB Encik Ghaffar Baba pula menewaskan Dato’ Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

25 Julai 1987

Kumpulan 12 ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak sah.

4 Februari 1988

Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.

13 Februari 1988

Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

16 Februari 1988

UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional.

28 Januari 1989

Pilihan Raya kecil bagi kawasan Parlimen Ampang Jaya, calon BN dari MCA, Ong Tee Kiat menewaskan calon Semangat 46 iaitu Dato’ Harun Idris.

29 Mei 1990

Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn meninggal dunia di San Francisco kerana sakit jantung dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

21 Oktober 1990

Pilihan Raya Umum yang ke 8, diadakan dan Barisan Nasional memenangi 127 kerusi daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. UMNO memenangi 71 daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.

6 Disember 1990

Perdana Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya dikebumikan di Makam DiRaja Alor Setar, Kedah.

21 Februari 1991

Presiden UMNO , Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan UMNO Sabah dan YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang pertama.

15 Oktober 1993

YAB Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

4 November 1993

Perhimpunan Agung UMNO 1993, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, kemudian pada 1 Disember 1993 dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

April 1995

Pilihanraya Umum yang ke-9, UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan.

5 September 1997

Perhimpunan Agung Khas UMNO telah mencadangkan agar perkataan ‘Baru’ pada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) dimansuhkan. Dengan itu nama yang diguna pakai ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

2 September 1998

Mesyuarat Majlis Tertinggi telah memecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah guna kuasa dan perlakuan sumbang oleh mahkamah.

2 Januari 1999

Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

November 1999

Pilihan raya Umum yang ke-10, UMNO memenangi 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi yang dipertandingkan.

11 Mei 2000

Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Oktober 2000

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang dianggotai oleh ahli-ahli yang tidak mempunyai kepentingan tertentu dalam politik.

12 Januari 2001

Tokoh veteran UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru ditubuhkan.

8 Februari 2001

Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS mencadangkan tarikh 19 Februari 2001 sebagai tarikh pertemuan kedua-dua parti tersebut. Dalam pertemuan ini, setiap parti akan diwakili oleh enam orang ahli yang diketuai oleh Presiden parti.

16 Februari 2001

Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS bermesyuarat. PAS mengenakan tiga tuntutan untuk merialisasikan pertemuan ini iaitu:i - mengembalikan royalti minyak (wang ihsan) Kerajaan Terengganu yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.ii - membenarkan penerbitan akhbar rasmi parti Harakah dua kali seminggu dan menolak cadangan UMNO untuk membuang perkataan ‘Islam’ dalam parti politik.

Bagi pihak UMNO, pertemuan UMNO-PAS tersebut hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayu yang terbahagi kepada empat agenda seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu:

i - Hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
ii - Agama Islam sebagai agama rasmi, dan;
iii - Status Raja-raja Melayu Pertemuan UMNO-PAS gagal dilaksanakan pada tarikh yang dicadangkan dan ditangguhkan.

30 Mac 2001

Azalina Dato’ Othman Said dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri UMNO, dengan dianggotai oleh 20 orang Jawatankuasa Penaja. Tujuh orang daripadanya dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi manakala 13 orang yang lain dipilih melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri.

27 Julai 2001

Sekretariat bebas ditubuhkan bagi meneliti rayuan ahli-ahli UMNO berkaitan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sekretariat panel rayuan ini diketuai oleh Datuk Mohd. Zuki Kamaluddin.

10 Mei 2002

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju supaya Ketua Puteri UMNO diiktiraf sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO setaraf dengan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda kerana mereka juga adalah sebagai sayap UMNO.

22 Jun 2002

Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas diadakan bagi:

i - membincangkan pengumuman Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan serta mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berikutan pengumuman perletakan jawatan tersebut.
ii - bersetuju meminta semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri supaya memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai senario sebenar dan menyetujui bahawa Dato’ Seri Dr. Mahathir akan kekal memegang semua jawatan seperti biasa.

25 Jun 2002

Majlis Tertinggi menghormati hasrat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada Oktober 2003 dan menyokong rancangan peralihan kuasa yang digariskan.

3 Ogos 2003

Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

31 Oktober 2003

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Perdana Menteri dan Bendahari UMNO. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyandang jawatan sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

21 Mac 2004

Pilihan raya umum ke-11. UMNO memenangi 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah pencapaian paling cemerlang Barisan Nasional dalam sejarah pilihan raya.

16 September 2004

Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menutup pintu terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang usaha untuk membawanya kembali ke dalam parti.

23 September 2004

Perhimpunan Agung UMNO 2004 memilih Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden.

3 Disember 2004

Majlis Tertinggi menolak cadangan untuk menubuhkan Pergerakan Veteran UMNO sebagai sayap baru parti tetapi bersetuju supaya ia hanya berbentuk Kelab Veteran UMNO bagi membolehkan golongan tersebut terus menyumbang kepada parti 5 Februari 2005 Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menetapkan sasaran membentuk personaliti ‘Melayu Unggul’ (Towering Malays) dalam Majlis Amanat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.

25 Mac 2005

Majlis Tertinggi meluluskan penubuhan Putera UMNO sebagai satu gerakan baru Pemuda ke arah memantapkan lagi perjuangan parti dan ia lebih bersifat kepada aktiviti sosial.

11 Mei 2005

Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan 11 Mei sebagai ‘Hari UMNO’ dan dalam majlis yang sama Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Ismail dipilih sebagai penerima anugerah Melayu Terbilang.

19 Jun 2005

Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merasmikan penubuhan Putera UMNO, di Stadium Hang Tuah, Melaka.

21 Januari 2006

Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melancarkan kempen penambahan ahli baru yang dinamakan ‘Keluargaku Ahli UMNO’ di Dewan Merdeka, PWTC. Kempen ini mensasarkan peningkatan bilangan ahli sebanyak 10 peratus atau 330,000 anggota baru menjelang pertengahan tahun 2006 dengan menekankan kualiti ahli dan menggunakan kekuatan hubungan kekeluargaan ahli UMNO sendiri.

23 April 2006

Mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah dalam usia 81 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham mengabdikan hampir seluruh hidupnya dalam perjuangan politik tanah air termasuk menentang perjuangan menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1940-an. Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.