DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Jumaat, 21 Januari 2011

Nizar lambai meroyan lagi : DUN Tenang - Buat fatwa undi BN haram!

Timbalan Perdana Menteri hari ini menempelak bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin kerana membuat 'fatwa' adalah haram mengundi calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyifatkan isu itu 'cerita' lama yang sengaja dimainkan pemimpin Pas setiap kali calon Pas menentang BN pada pilihan raya.

"Soal pokok, ini adalah hak rakyat. Dalam perlembagaan negara dan sistem berparlimen, apabila ada pilihan raya, rakyat berhak untuk buat pilihan.

"Ini bukan hak Nizar untuk kata ia (undi) haram. Siapa dia pula nak jatuhkan hukum? Saya fikir orang Tenang ini bijak (memilih calon), sejak dari dulu tak ada masalah," katanya diminta mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang mendakwa mengundi calon BN adalah haram pada PRK DUN Tenang hujung bulan ini.

Muhyiddin ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak bangunan tambahan Sekolah Agama Labis, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas sendiri sebenarnya telah 'melanggar' fatwa mereka kerana sebelum ini tidak membenarkan calon wanita bertanding pada pilihan raya.

"Dulu dia (Pas) kata wanita haram bertanding, tapi sekarang dia kata boleh bertanding. Sekarang dia sudah tak tahu nak pakai fatwa mana, tak tahu nak pakai asas agama apa," katanya.

Masih meroyan lagi rupanya bekas MB yang gila talak ni!!!..kesian bebeno nampaknya pulak!..lantak kome lah Yeop?

Warna-warni politik
Torashah..

Khamis, 6 Januari 2011

Intelektual, prihatin seorang Raja.

Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim menghadiri majlis makan malam Outward Bound Malaysia di Petaling Jaya pada 7 September 2007.

SEORANG putera raja yang tinggi daya intelektualnya dan berjiwa rakyat. Mungkin itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambar keperibadian Raja Dr. Nazrin Shah, putera sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Ini disebabkan baginda yang berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) tidak pernah jemu memberikan nasihat dan mencetuskan pelbagai idea baru untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

Pendirian baginda untuk sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa status bangsawan tidak harus menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk memberikan pandangan terbuka berkaitan isu-isu masyarakat jelas terserlah dalam titah-titah yang disampaikan.

‘‘Raja-raja merasakan peranan mereka dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan.”

Dalam titah sempena pidato Institusi Beraja di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kuala Lumpur pada 2008 itu, Raja Dr. Nazrin Shah menegaskan bahawa pandangan berterus-terang raja-raja dalam pelbagai isu adalah berdasarkan hasrat untuk memastikan bahawa negara ini kukuh dan aman serta warganya terus sejahtera.
Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr.

Zainal Kling, kegigihan Raja Muda Perak itu untuk bersuara telah mengimbau kenangan sejarah lampau yang menyaksikan istana menjadi pusat pencetus pemikiran, perkembangan minda, pembangunan kesarjanaan dan pertumbuhan intelektualisme orang Melayu.

‘‘Walaupun fungsi istana pada era moden dan zaman demokrasi ini telah berubah, baginda telah membuktikan bahawa golongan bangsawan masih boleh memainkan peranan sebagai penghujah, sama ketika era zaman kegemilangan Islam apabila ada tokoh tertentu yang diberi gelaran sebagai Hujjatul Islam,” ujarnya.

Menurut beliau, ketinggian daya intelektual baginda cukup terserlah apabila titah yang diberikan telah memberikan pencahayaan terhadap pelbagai kemelut yang dihadapi masyarakat dalam bidang ekonomi, pendidikan dan juga politik.

‘‘Saya fikir Raja Dr. Nazrin Shah ialah satu-satunya tokoh daripada kalangan bangsawan Malaysia pada saat ini yang mempunyai tahap daya intelektual amat tinggi.

‘‘Selain ketinggian daya intelektual, baginda juga telah menunjukkan keprihatinan amat mendalam tentang nasib dan masa depan rakyat dan negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor, Siti Hendon Chik menyifatkan baginda sebagai berjiwa rakyat kerana bukan sahaja sering memberikan pandangan sangat bernas, malah turut mencemar duli turun padang bagi melihat sendiri masalah rakyat.

Beliau berkata, rata-rata rakyat melahirkan kekaguman dengan keistimewaan baginda untuk membuatkan orang berasa selesa apabila bersamanya dan boleh berbual dengan sesiapa sahaja, daripada orang kenamaan kepada rakyat biasa.

Pada September lalu, kata Siti Hendon, berdukacita dengan pelbagai aduan rakyat jelata melalui ruangan aduan di akhbar tempatan berhubung kebersihan, Raja Muda Perak itu telah mencemar duli turun padang meninjau ke kawasan tapak pembuangan sampah haram serta pembakaran terbuka di Taman Rapat Koperasi dan Taman Harmoni, Ipoh, Perak.

Jelas Siti Hendon, sifat penyayang baginda kepada rakyat jelata turut terserlah apabila menitahkan bahawa perbelanjaan perkahwinannya dengan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim pada 2007 ditanggung sendiri olehnya atau oleh keluarga diraja itu.

Katanya, baginda menolak peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan menitahkan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali supaya menggunakan peruntukan yang disediakan itu untuk pembangunan bagi kepentingan rakyat jelata.

Malah Raja Dr. Nazrin Shah turut menitahkan supaya keraian perkahwinan baginda dibuat secara sederhana selain menasihati syarikat dan orang perseorangan untuk tidak berlumba-lumba membeli ruang iklan ucap tahniah di akhbar-akhbar.

Baginda turut menasihatkan agar perbelanjaan tersebut disumbangkan untuk tujuan amal terutama didermakan kepada rumah-rumah ibadat, badan-badan kebajikan, rumah orang tua dan anak yatim serta sekolah-sekolah di negeri Perak.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Malike Brahim pula berkata, titah Raja Dr. Nazrin Shah turut dinantikan oleh masyarakat dunia apabila baginda hadir di forum-forum antarabangsa.

Katanya, penyertaan baginda bagi membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa turut membantu membina imej positif negara dan meningkatkan keyakinan dunia luar terhadap Malaysia.

Najib Tun Razak bersama Raja Dr. Nazrin Shah dan Dr. Zeti Akhtar Aziz menghadiri Global Islamic Finance Forum di Kuala Lumpur, 25 Oktober 2010.

‘‘Baginda telah menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik bahawa pihak istana juga turut memainkan peranan bagi memastikan dunia yang kita diami akan menjadi lebih baik pada masa depan,” ujarnya.

Katanya, antara penglibatan baginda ialah memenuhi peranan sebagai Utusan Khas Kerajaan Malaysia dengan mengetuai delegasi di Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) Berhubung Dialog Antara Kepercayaan dan Kerjasama Untuk Keamanan Dan Pembangunan di Manila, Filipina pada Mac lalu.

Sebagai Duta Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), baginda sering bertitah bahawa sistem kewangan Islam mampu menjadi pilihan kepada sistem konvensional kerana ia mempromosi pengurusan kewangan secara beretika.

Baginda juga sentiasa mengingatkan para peniaga Islam terutama yang berada di Barat supaya membantu membetulkan persepsi salah tentang Islam dengan bertindak menjadi ahli korporat yang bertanggungjawab.

Menurut Malike, baginda juga turut menyampaikan titah sebagai wakil khas Kerajaan Malaysia pada Dialog Antara Agama Dan Peradaban pada Forum Pakatan Peradaban Ketiga di Rio de Janeiro, Brazil pada Mei lalu.

Ketika dialog itu, baginda menegaskan pemimpin keagamaan dalam dunia globalisasi hari ini tidak harus terbatas kepada soal berdakwah sahaja malah mereka perlu memainkan peranan memupuk keamanan dan pembangunan.

‘‘Jika pemimpin seti ap agama boleh digerakkan untuk memperkukuhkan struktur keamanan masyarakat dan syarat pembangunan, maka mereka akan menjadi kuasa mantap untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik.

‘‘Pemimpin agama digesa supaya menyokong inisiatif yang boleh membentuk kesedaran, memupuk persefahaman dan dialog antara pelbagai masyarakat, kepercayaan keagamaan dan kebudayaan,” titah baginda.

Sementara itu, Raja Dr. Nazrin Shah juga telah menyampaikan titah utama bertajuk “Jambatan Antara Islam dan Dunia Barat Bagi Tujuan Keamanan Serta Pembangunan” sempena Forum Kepimpinan Dunia Islam di London.

Dalam forum pada Oktober lalu, Raja Muda Perak itu meminta pentadbiran AS di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama menjalankan tanggungjawabnya sebagai ‘orang tengah’ dalam isu Palestin-Israel secara lebih jujur dan saksama.

Baginda turut bertitah, sekiranya AS tidak mampu memikul tanggungjawab itu atas sebab masalah politik dalaman, tugas sebagai ‘orang tengah’ perlu segera diberikan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 1 Januari 2011

Kuasa punya pasal, Cikgu Rahim ( PAS ) sanggup mati pertahankan Karpal!

Sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh pernah memberi amaran 'langkah mayatnya dahulu' jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Kini seorang wakil rakyat Pas turut memberi amaran 'langkah mayat saya dahulu' jika ada pihak yang ingin 'mengusik' Pengerusi DAP itu.

Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkata, pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setia kawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Difahamkan juga Wan Abd. Rahim berkata demikian semasa berucap di konvensyen pakatan pembangkang di Dewan Millenium Kepala Batas pada 19 Disember lalu, yang mana, majlis tersebut turut dihadiri Karpal dan beberapa pemimpin pembangkang lain.

Karpal merupakan pemimpin DAP yang paling lantang menentang sebarang usaha Pas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang berteras hukum hudud dengan mengatakan Pas perlu 'melangkah mayatnya terlebih dahulu' jika mahu menyaksikan cita-cita itu tercapai.

Malah, nada Karpal tidak pernah kendur walaupun Pas telah bergabung dengan DAP dan PKR di bawah pakatan pembangkang. Beliau berterusan mempertahankan pendirian tegas tersebut kerana bagi Pengerusi DAP itu, Malaysia lebih sesuai dengan sistem sekular.

Apa yang boleh dikatakan ialah PAS memang sanggup mati demi kafir DAP! Inilah ciri-ciri puak khawarij! Sesama Islam dikafirkan....dikatakan munafik, kafir, dimaki hamun, dengan kafir sangat mesra bagai saudara!!!! MasyaAllah..

Warna-warni politik
Torashah..