DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Selasa, 30 Julai 2013

DUN Manong, Pasir Panjang kekal milik BN!


Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong dan Pasir Panjang selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen terhadap dua kerusi itu sebentar tadi.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu dengan kos ditanggung oleh pempetisyen.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, calon BN, Mohamad Kamil Shafie memenangi kerusi DUN Manong dengan majoriti 231 undi manakala Rashidi Ibrahim memenangi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi.

Warna-warni Politik
Torashah

Isnin, 22 Julai 2013

Lawatan Tuanku Raja Nazrin Dan Keluarga Ke Bazar Ramadhan Medan Gopeng - 21/07/2013






Pengunjung serta peniaga di Bazar Ramadhan Medan Gopeng cukup bertuah kerana berpeluang membeli juadah berbuka bersama keluarga diRaja Perak.

Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semalam, bekenan untuk turun padang dan melihat sendiri keadaan rakyat di Bazar Ramadhan Medan Gopeng.

Tuanku bersama isterinya, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim bersama-sama dua anak mereka cukup prihatin dengan rakyat Perak dalam melaksanakan ibadat puasa.

Mengiringi tuanku, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata rakyat Perak begitu bertuah kerana tuanku bekenan untuk mengadakan lawatan ke bazar ramadhan terbabit.

"Pada hari ini peniaga dan masyarakat begitu bertuah sekali kerana Tuanku Raja Muda sekeluarga telah melawat ke bazar ramadhan ini dan tuanku cukup prihatin dengan peniaga dan pengunjung disini.

"Kita rasa gembira kerana bazar ramadhan di Medan Gopeng ini adalah antara yang terbesar di Ipoh dan dilawati oleh tuanku selain yang kita ada di Stadium Indera Mulia.

Beliau menambah, seperti tahun lalu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak mengenakan bayaran lesen kepada peniaga di bazar ramadhan kendalian agensi itu.

Katanya, MBI hanya mengenakan bayaran sewa khemah kepada peniaga iaitu sebanyak RM300.

"Kita cuma kenakan bayaran khemah sebanyak RM300 dan ini adalah untuk keselesaan peniaga yang kita nak mereka dapat buat sesuatu atau pendapatan yang lebih baik dalam bulan Ramadhan ini.

"Setakat ini, responnya begitu baik dan kita telah sediaka 198 lot khemah dan yang lainnya adalah dikendalikan oleh pihak swasta.

"Kita amat berbangga dapat membantu peniaga di Medan Gopeng dan nampaknya juadah yang disediakan begitu baik,"katanya kepada media selepas mengiringi Tuanku Raja Dr Nazrin Shah sekeluarga melawat Bazar Ramadhan Medan Gopeng.





Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 14 Julai 2013

DAPig Kor Ming sengaja sakitkan hati orang Melayu?


Penolong Bendahari DAPig, Nga Kor Ming sengaja menyakitkan hati orang Melayu selepas mendesak Jabatan Peguam Negara mencampuri urusan pentadbiran agama Islam di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Ahli Parlimen Taiping itu mengetahui Jabatan Peguam Negara tidak akan berbuat demikian kerana urusan pentadbiran agama Islam di tiga negeri terbabit terletak di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu.

Menurut beliau, kenyataan Kor Ming itu membuktikan DAP tidak mementingkan sokongan orang Melayu kerana hasrat sebenar mereka bukan untuk memerintah negara.

“DAP hanya mahu mempertahankan Pulau Pinang, merampas Sarawak dan menjadi ‘king maker’ di negeri-negeri yang pemimpin parti itu tidak berpeluang menjadi Menteri Besar seperti di Perak dan Selangor.

“Yang kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri hanyalah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen 11 Julai lalu, Kor Ming menggesa kerajaan negeri di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Melaka dan Sarawak meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam masing-masing berhubung peruntukan mengenai persetujuan ibu bapa memberi izin menukar status anak di bawah umur kepada Islam.

Kor Ming juga meminta Peguam Negara menasihati kerajaan-kerajaan negeri terlibat mengambil langkah sewajarnya bagi meminda peruntukan tersebut supaya selaras dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Mohd. Puad, desakan Kor Ming itu dianggap luar biasa dan didakwa memainkan api perkauman kerana mustahil beliau naif tentang Perlembagaan Persekutuan.

“Kor Ming secara jelas mencabar dan menghina Raja-raja Melayu di negeri-negeri berkenaan. Kebiadapan ini juga berpunca daripada tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013.

“Bagi DAP ini adalah kejayaan mereka. DAP akan meneruskan angkara jahat itu sebagai tekanan mewujudkan persepsi kerajaan sekarang lemah dan mudah mengalah," katanya.

Dalam masa sama, beliau mendakwa, Ahli Parlimen DAP Kampar, Ko Chung Sen mempunyai motif serupa selepas mendesak kerajaan membatalkan Tamadun Islam sebagai subjek wajib di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Pendekatan DAP ialah parti itu mendesak dan kerajaan membatalkan. Sikap bertolak ansur kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menambahkan lagi kekecewaan orang Melayu," katanya.

Mohd. Puad memberitahu, lebih malang strategi politik DAP itu akan dilakukan secara berterusan bagi membangkitkan semangat tsunami Cina kedua dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Warna-warni politik
Torashah