DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Selasa, 24 September 2013

Kerajaan Bimbang Tahap Polarisasi Semaking Teruk - Tan Sri Muhyiddin Yassin!


Kerajaan gusar dengan trend terkini dalam masyarakat terutama dalam konteks hubungan antara kaum yang dilihat mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan isu polarisasi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kelompok masyarakat hari ini lebih mudah sensitif sehinggakan usaha baik yang dirancang kerajaan dipandang serong.

Beliau menambah, initiatif kerajaan kadangkala bukan sahaja dianggap negatif dikalangan rakyat malah ianya turut dijadikan isu yang menyentuh perkauman seperti apa yang berlaku terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP).

"Perhimpunan konvensyen yang dibuat oleh Dong Zhong semalam dikatakan telah membuat resolusi untuk menghalang apa yang kerajaan buat dalam PIPP dimana ia dibentuk untuk memajukan sektor pendidikan.

"PIPP, kita rancang dengan niat yang baik, namun ia dipandang serong sesetengah pihak yang melihat usaha ini berbaur perkauman.

"Selama 13 tahun pelaksanaan PIPP, ia tetap dilihat sebagai usaha menghapuskan bahasa ibunda mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Pelatih Amanjaya Internship di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di sini.

Muhyiddin menambah, Dong Zhong melihat niat baik kerajaan itu sebagai sentimen perkauman walaupun telah kerajaan mengambil masa hampir dua tahun untuk mengumpul input PIPP agar ia sejajar dengan Akta Pendidikan serta Falsafah Pendidkan Negara.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata trend itu langsung tidak membantu kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam supaya mementingkan perpaduan, hubungan mesra serta persefahaman berikutan sentiasa berdepan cabaran hebat.

"Dalam suasana begini, masyarakat Islam perlu kukuhkan jemaah. Berikutan ada pihak yang anggapan bahawa masyarakat Islam tidak kukuh disebabkan wujudnya pelbagai puak Melayu, lantas ramai yang lantang sehingga berani mempersoalkan hak-hak dalam Perlembagaan, agama dan raja," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berupa kurma, air zam-zam, kain pelikat dan jubah kepada pengerusi dan anggota jawatankuasa masjid daerah dari seluruh negeri.

Selepas berbuka puasa, beliau dan Zambry, Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, exco kerajaan negeri serta umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak serta tarawih berjemaah yang diimamkan guru Al-Quran Masjidil Haram, Makkah, Sheikh Osama Mohammad Iqbal.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 23 September 2013

Pemimpin Pembangkang Jangan Terus ‘Bermain Dengan Api - Datuk Jamaludin Abdul Rahim!


PAKATAN Rakyat (PR) diminta supaya tidak terus ‘bermain dengan api’ menerusi provokasi termasuk menimbulkan perasaan benci di kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama di seluruh negara.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak, Datuk Jamaludin Abdul Rahim berkata, tindakan berkenaan khususnya di kalangan pemimpin DAP itu sangat merbahaya kepada keamanan negara.

Menurutnya, pihak pembangkang perlu menghentikan segera tindakan-tindakan provokasi yang sangat merbahaya demi masa depan negara.

“Mereka sedang menunjukkan kekuatan tetapi ia mengundang ke lembah yang sangat bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Doa Selamat dan Tahlil sempena projek pembangunan bercampur PKMM Perak di Meru Raya dekat Ipoh, hari ini.

Jamaludin mengulas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mencatatkan perubahan terhadap lanskap politik negara disebabkan ‘tsunami Cina’.

Menurutnya, masyarakat Cina di negara ini sangat bertuah kerana mereka mendapat pelbagai keistimewaan, berbanding dengan kaum Cina di negara lain.

“Masyarakat Cina di Malaysia berpeluang menguasai ekonomi negara di samping peluang-peluang lain dalam bidang pendidikan dan politik.

“Misalnya di Singapura yang mempunyai 97 peratus kaum Cina, tidak ada langsung sekolah Cina tetapi di Malaysia, ada sekolah Cina, Tamil dan lain-lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mencadangkan supaya orang Melayu di dalam UMNO dan PAS perlu bersatu bagi memastikan survival dan politik Melayu terus relavan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 22 September 2013

Pemuda UMNO Perak Setuju Keputusan PM Tidak Benarkan Abu Mendiang Ching Peng Masuk Malaysia - Khairul Azwan Harun!


Pergerakkan Pemuda UMNO Perak, bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan abu mendiang Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan seperti yang digambarkan oleh pemimpin pembangkang sebaliknya dia adalah seorang 'Terorist'.

"Berhubung dengan desakan daripada pihak pembangkang terutama pemimpin DAP yang mahukan abu Chin Peng ini dibawa ke Malaysia.

"Kami bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang tidak membenarkan abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke negara kita.

"Kerana Chin Peng ini merupakan seorang terorist bermakna walaupun beliau sudah meninggal tetapi terorist tetap dianggap terorist dan kita tidak boleh menerima terorist itu datang ke negara kita walaupun dalam bentuk abu.



Beliau menambah, rakyat perlu sedar akan akibat tindakan Chin Peng di dalam Parti Komunis Malaya telah menyebabkan begitu banyak nyawa terkorban.

"Kerana yang lebih penting adalah kita mengetahui disebabkan tindakan Chin Peng dalam Parti Komunis Malaya itu telah menyebabkan ramai yang terseksa dan dia tidak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.

"Bagaimanapun perkara ini sering diputar belit oleh pihak pembangkang dengan mengatakan kononnya Chin Peng telah berjuang menghalau British dari negara.

"Kita perlu ingat balik, tindakan komunis yang enggan meletakkan senjata walaupun setelah negara kita merdeka dan akibat daripada tindakan itu ramai rakyat yang diseksa oleh mereka.

"Bagaimanapula tindakan itu boleh dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan selepas negara kita merdeka pun mereka masih mengangkat senjata," katanya ketika mengulas mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mahukan abu mendiang Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 13 September 2013

Bantah pelantikan MB Perak :13 individu dihukum dipenjara?


Seramai 13 individu, masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah menyertai perhimpunan haram di kawasan Jalan Istana, Bukit Chandan di sini, empat tahun lepas.

Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti serta menimbang kesemua keterangan termasuk hujahan kedua-dua pihak.

Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47, didapati bersalah menyertai perhimpunan haram itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak.

Hakim Norsalha memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam Augustine Anthony yang mengetuai pasukan lapan peguam mewakili kesemua tertuduh, bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam penghakimannya, Hakim Norsalha beliau berkata hukuman yang dijatuhkan mahkamah adalah demi kepentingan dan ketenteraman awam serta institusi diraja selepas turut mengambil kira rayuan kedua-dua pihak.

"Ini sebagai satu pengajaran dan keinsafan kepada semua pihak dan mahkamah mendapati ia satu kesalahan serius," katanya.

Terdahulu, Augustine memohon mahkamah menggunakan budi bicara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 294, Kanun Prosedur Jenayah dengan mengambil kira fakta sebelum menjatuhkan hukuman kerana ini merupakan kesalahan pertama mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud berkata hukuman setimpal perlu dikenakan kerana kes itu telah mengambil tempoh hampir lima tahun yang melibatkan perbelanjaan serta masa mahkamah.

"Apa yang berlaku semasa kejadian adalah keadaan huru-hara kerana menentang satu proses perundangan, menimbulkan keadaan tidak aman dan banyak kerosakan. Seksyen 145 dilihat lebih serius sebab itu ayat yang digunakan dalamnya adalah "...shall be punish...", oleh yang demikian tidak timbul Seksyen 294 wajar diguna pakai," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang menerajui pentadbiran negeri selama 11 bulan selepas pilihan raya umum ke-12 turut hadir di mahkamah bagi mengikuti kes itu.

Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Pesuruhjaya Pas Perak Abu Bakar Hussain serta sejumlah penyokong Pas turut hadir di perkarangan mahkamah. - Bernama

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 11 September 2013

MIC bidas DAP politikkan tanah sekolah Tamil!


Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh membidas DAP kerana mempolitikkan pemberian tanah seluas 809 hektar oleh kerajaan negeri untuk pembangunan 134 sekolah Tamil di negeri itu.

Beliau berkata, tuduhan oleh Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Timbalannya, A. Sivanesan kononnya tanah tersebut diserahkan kepada kroni dan mereka yang tidak mempunyai kepentingan dalam pembangunan kaum India adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak yang diberikan tanggungjawab menguruskan tanah tersebut dianggotai mereka yang berpengalaman serta mempunyai kepentingan dalam pendidikan kaum India di negeri ini dan diiktiraf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pengerusi yayasan itu, S. Muniandy adalah Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Tamil Perak. Apa yang melucukan Sivanesan yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai selama dua penggal, kata, beliau tidak kenal Muniandy.

"Ini menunjukkan pemimpin DAP tidak mengambil berat atau tahu mengenai pembangunan kaum India di Perak. Mereka hanya mementingkan politik tohmahan dan kritik bagi mengaut laba politik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membuat pengumuman secara rasmi bahawa tanah tersebut diserahkan kepada Yayasan Pembangunan Pendidikan India Perak yang dianggotai oleh lapan individu yang dihormati dalam kalangan masyarakat India.

Pengumuman tersebut sekali gus menamatkan polemik mengenai siapa yang bakal menguruskan tanah itu yang telah berlarutan sejak 2009 sehingga tidak dibangunkan sehingga sekarang.

Mengulas lanjut, Sivarraajh berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dipolitikkan kerana polemik yang berpanjangan hanya akan merugikan kaum India di negeri itu.

"Peruntukan tanah untuk pembangunan sekolah merupakan salah satu cara yang paling penting dalam memastikan sekolah pelbagai aliran dapat berdiri sendiri tanpa mengharapkan sangat dana daripada kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau, semasa 11 bulan memerintah negeri ini, pembangkang hanya memberi tanah untuk pembangunan sekolah persendirian Cina tetapi tidak kepada sekolah Tamil.

"Saya percaya inilah bezanya antara pemimpin yang mementingkan rakyat dengan pemimpin mementingkan survival politik mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Koo Ham dan Sivanesan supaya memohon maaf kepada Menteri Besar dan kaum India kerana tindakan yang mengelirukan serta fakta salah.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 2 September 2013

Produk Perak Agro Dan Pegro Mampu Bersaing Di Pasaran Tempatan - Dr Zambry Abd Kadir!


Produk jenama Perak Agro dan Pegro keluaran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang dilihat berupaya bersaing di pasaran tempatan dijangka menyumbang pendapatan bernilai RM1.4 juta kepada agensi itu, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Perak Agro akan membantu memasarkan produk-produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi untuk diketengahkan tetapi tidak mampu dilakukan sendiri oleh pengusaha.

Katanya, faktor itu berlaku lantaran kurangan pengetahuan, pengalaman serta modal bagi meningkatkan jualan serta bersaing di pasaran besar dikalangan pengusaha terbabit.

"Pengusaha mungkin kurang terdedah dengan pasaran yang lebih luas dan atas sebab itu Perak Agro akan memainkan peranan mereka untuk membantu pengusaha ini.

“Aspek produk termasuklah yang boleh kita guna, pasar dan pakejkan untuk menjadi satu produk yang baik dengan menggunakan hasil alam juga diambil kira kerana ia dilihat semakin relevan dan berpotensi menjadikan agensi ini berkembang dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melancarkan Perak Agro dan Pegro di Ipoh.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman. Menurut Zambry lagi, Perak Agro adalah jenama yang digunakan bagi memasarka produk-produk makanan manakala Pegro pula dikhaskan untuk minuman keluaran Perak Agro Herba Sdn. Bhd.

“Sebagai langkah merancakkan lagi aktiviti pemasaran produk-produk ini, SADC juga akan membuka kedai Perak Agro di Silibin yang sedang diubahsuai dan dijangka beroperasi pada bulan Januari 2014 bagi memasarkan produk segar serta hiliran,” katanya lagi.

Antara produk yang dikenalpasti termasuklah kordial asam jawa, kordial rock melon, kordial mangga, kerepek daun kesum dan kerepek daun kunyit.

Dalam pada itu, beliau berkata, sumber-sumber pertanian yang berpotensi juga akan dibangunkan berdasarkan hasil kajian terhadap beberapa jenis tumbuhan tropika.

Warna-warni politik
Torashah