DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Sabtu, 31 Mei 2014

BN Menang Di Teluk Intan...TAHNIAH...!!!


Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong yang dipilih sebagai wakil di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan hari ini berikrar bekerja rakyat bermula esok.

"Ini satu kemenangan dalam pertandingan yang memang saya rasakan sungguh yang sengit. Tentulah perkara pertama yang akan saya lakukan esok adalah berjumpa dengan rakyat dan berterima kasih kepada rakyat," kata Siew Keong.

Siew Keong ditemui selepas mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja pengumuman dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihraya, Datuk Ibrahami Ahmad di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

Siew Keong berkata, kemenangan berkenaan merupakan satu titik perubahan kepada parti Gerakan yang dipimpin beliau.

"Ini adalah satu titik perubahan kepada Gerakan dan saya berasa bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh parti-parti komponen sepanjang kempen ini berlangsung.

"Kerjasama yang erat inilah yang memberikah hasil kejayaan yang terbaik. Terima kasih kepada Perdana Meneteri, Timbalan Perdana Menteri dan pucuk pimpinan yang banyak memberi nasihat," kata Siew Keong dengan gembira.

Pada PRK Teluk Intan yang berlangsung hari ini, Siew Keong mendapat 20,157 undi dengan majoriti 283 undi mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud yang mendapat 19,919 undi.

Tahniah Barisan Nasional.

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 30 Mei 2014

Pilihanraya Teluk Intan : Lelaki India mengamuk dakwa dipanggil "paria" oleh jentera DAP?



Warna-warni politik
Torashah

#76 Teluk Intan : UNDILAH BARISAN NASIONAL.


 ORANG TELUK INTAN UNTUK TELUK INTAN

 UNDILAH MAH SIEW KEONG
CALON BN

Warna-warni politik
Torashah

Sultan Perak, Raja Nazrin Shah menziarahi makam almarhum ayahanda baginda.




Sultan Nazrin, Sultan Perak yang baru tidak dapat menahan rasa sebak dan sayu ketika menziarahi makam Almarhum ayahanda baginda Tuanku Sultan Azlan Shah.

Semuga Allah swt merahmati almarhum Sultan Azlan Shah...Al-Fatihah.

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 28 Mei 2014

Al-Fatihah...Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah Mangkat.


Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah, 86, mangkat pada jam 1.30 tengah hari Rabu dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis.Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

“Penghormatan terakhir oleh pembesar-pembesar negeri akan dilakukan pada pukul 9 pagi Khamis, manakala bagi orang ramai pula antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.

“Seterusnya, sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing boleh memberi penghormatan terakhir mulai pukul 2 petang hingga 3 petang,” katanya menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 3.45 petang Rabu.

Bagi menghormati istiadat pemakaman Almarhum baginda, Zambry berkata, kerajaan negeri Perak mengisytiharkan Khamis sebagai cuti umum di negeri berkenaan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula petang Rabu, manakala bendera Malaysia pula dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari.

“Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan,” katanya.

Zambry berkata, sesungguhnya seluruh rakyat di negeri Perak merasai kehilangan sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.

“Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin,” katanya dengan sebak.

Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 27 Mei 2014

#P76 Teluk Intan : Ibu Dyana Sofya umum tidak lagi bersama Perkasa?


Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, mengumumkan secara rasmi beliau tidak lagi bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama anaknya di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini.

Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang. Yammy berkata beliau meninggalkan pertubuhan itu secara tidak rasmi sejak lebih setahun lepas apabila mendapati parti itu cenderung kepada politik.

"Perkasa tidak sepatutnya terlibat dalam politik. Sudah lama saya meninggalkan Perkasa," katanya, dan turut menafikan pernah menjadi Ketua Wanita pertubuhan itu.

Ditanya bila Dyana Sofya mengetahui tentang keanggotaannya dalam Perkasa, Yammy berkata anaknya dimaklumkan berhubung keanggotaannya dalam pertubuhan itu baru-baru ini selepas isu itu ditimbulkan pihak media.

Semalam, Dyana Sofya mengakui Yammy adalah anggota pertubuhan itu.

Sebelum ini Dyana Sofya berkata beliau tidak mengetahui tentang keanggotaan ibunya dalam persatuan itu, walaupun beliau pernah terlibat membantu ibunya mengendalikan satu program anjuran pertubuhan itu.

Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 25 Mei 2014

#P76 Teluk Intan : Benarkah Dyana dan Hajah Yam@Yammy Abdul Samat ahli Perkasa?


Puan Yammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008.

Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.

Untuk rekod, Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari

Sumber : taipingmali

Warna-warni politik
Belantan

#76 Teluk Intan : Gimik Dyana Sofya, strategi lompatan imej DAP?


Dalam wawancara dengan akhbar ini pada September 2012 selepas meletakkan jawatan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menceritakan bagaimana beliau tertipu dengan agenda DAP sebagai parti untuk semua. Tunku Aziz menyertai DAP pun atas dasar itu, parti yang disangkanya berpegang kepada etika dan teguh integritinya.

"Tetapi itu cuma retorik sahaja." katanya yang sekarang berjuang membetulkan kesilapan lampau dengan menjelaskan siapa sebenarnya DAP. Dalam setiap penampilannya, Tunku Aziz membawakan mesej bahawa DAP parti yang tidak boleh dipercayai.

Bagaimana orang sehebat dan sekaliber Tunku Aziz boleh tertipu dengan gimik DAP adalah sesuatu yang perlu diteladani. Apa yang tidak ada pada Tunku Aziz. Kerabat diraja Kedah ini adalah tokoh berprofil tinggi untuk melonjakkan imej DAP sebagai parti demokratik dan memusuhi rasuah semasa itu.

Atas faktor itulah Tunku Aziz diberi tempat istimewa sebagai Naib Pengerusi DAP pada 2008. Tidak banyak orang Melayu yang mempunyai karisma sebegitu rupa serta mahu pula bekerjasama dengan DAP.

Tunku Aziz pernah menjadi penasihat di Bank Negara, pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Panel Penasihat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan Naib Presiden Transparency International (TI).

Tetapi lihatlah apa yang DAP telah lakukan kepada orang sebegini. Setelah 'mempergunakan' imej berintegriti, telus dan bersih Tunku Aziz dalam tempoh hampir tiga tahun, DAP mudah menyisihkannya gara-gara kritikan jujur beliau kepada pendirian parti itu terhadap demonstrasi jalanan.

Strategi

Kini DAP menggunakan strategi yang hampir sama. Mereka sedang mempergunakan aura gadis Melayu lulusan institusi bumiputera UiTM yang baru sahaja diangkat sebagai Setiausaha Politik kepada supremo mereka, Lim Kit Siang pada 2013 setelah menjadi ahli dua tahun sebelum itu.


Dyana Sofya Mohd. Daud, gimik baharu DAP memang telah membangkitkan suasana berbeza dan luar biasa dalam politik negara. Puteri ayu DAP ini diakui berjaya membangkitkan sensasi yang membuatkan rakan sekutu dan seteru perlu menata semula strategi politik masing-masing.

Jika PKR ada ikon Puteri Reformasi yang kini semakin hilang daya magnetnya, DAP membuka langkah di luar jangkaan malah terkesan berani dan berisiko. Tetapi itulah politik demi cubaan untuk membuat lompatan bagi membuang imej cauvinis kepada sebuah parti terbuka untuk semua kaum dan golongan serta mesra bumiputera.

Dyana Sofya yang lahir dalam lingkungan keluarga UMNO ditatang dalam dulang emas DAP untuk dijadikan senjata ampuh meruntuhkan tembok kekuasaan pesaing politik. Apakah Dyana Sofya nantinya akan menerima nasib ‘habis madu, sepah dibuang’?

Atau adakah seperti pemimpin Melayu DAP terdahulu yang akhirnya menyedari perjuangan dan matlamat sebenar parti cauvinis ini tidak seperti yang mereka sangkakan? Selalu ada muslihat dalam setiap gerak parti ini. Selalu ada udang di sebalik batu. Tiada demokrasi dalam parti demokratik ini sudah menjadi kata-kata biasa untuk DAP.

Dyana mungkin sahaja boleh menang kerusi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil ini. Dan, Dyana Sofya boleh berbangga dalam usia semuda itu sudah bergelar Yang Berhormat.

Beliau tentu akan berterima kasih kepada DAP kerana tidak mungkin parti lain akan memberi peluang yang sama kepada anak muda dan perempuan pula sepertinya. Peluang sebegini tidak pernah berlaku. Sungguh satu perubahan dan pembaharuan yang luar biasa.

Cuma soalnya adakah semua itu dilakukan secara ikhlas. Jika melihat kepada keluarbiasaan itu, jawapannya mudah ditelah.

Strategi DAP dalam usaha untuk melonjakkan imej parti kali ini kena pada masanya. Sedang hudud menjadi penghambat untuk menarik lebih besar sokongan orang Melayu, Dyana Sofya hadir menjadi penyelamat.

Sedang DAP dicela sebagai parti cauvinis Cina dan anti bumiputera, pemilihan Dyana Sofya menjadi calon pilihan raya dapat menafikan label sebegitu. Langkah ini dapat mengelabui mata rakyat supaya tidak lagi mempersoalkan komposisi ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang menjadi pusat kuasa dan didominasi oleh satu kaum sahaja.

Pilihan raya itu pula dilangsungkan sedang trend orang Cina di Teluk Intan menguasai 42 peratus jumlah pengundi, masih tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN). Kali ini DAP memang dalam kedudukan terbaik untuk membuat lompatan imej itu.

Sebab itu Dyana Sofya dijaga sebegitu rupa. Sidang akhbar dan pendangan calon ini dikawal agar tidak melangkaui kehendak DAP. Dyana Sofya tidak lebih hanya burung kakak tua bahkan ada yang melihatnya sebagai boneka dinasti Lim. Apa yang Kit Siang cakap, itulah yang beliau katakan. Apa yang Lim Guan Eng dan DAP pertahan, itulah yang diperjuangkan Dyana Sofya. Beliau hanya alat.

Adegan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman diberi tekanan selepas terlepas cakap dengan menggelar Guan Eng sebagai angkuh, sombong dan tokong dalam satu mesyuarat tertutup terasa masih segar dalam ingatan kita. Akhirnya dalam satu sidang akhbar, Mansor hanya menuruti sahaja arahan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Entah berapa kali lagi untuk kita menyedari bagaimana liciknya parti ini memperdayakan khalayaknya. Kali ini, sekali lagi strategi DAP itu mungkin berjaya kerana kita nampaknya terlalu lemah untuk menolak ajakan indah dan muluk-muluk itu.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 24 Mei 2014

#P76 Teluk Intan : PANAS...lihat video didalam...!!! Pendedahan mengenai DAP oleh bekas Melayu DAP?




Fikir dan renongkanlah wahai bangsa ku...!!!

Warna-warni politik
Torashah

Dyana Tidak Bercakap Benar Tentang Sijil Peguam?


Ekoran pendedahan yang dilakukan oleh Suara.TV berhubung kelayakan calon DAP, Dyana Sofea sebagai seorang peguam, pihak kami menerima pelbagai maklum balas berhubung isu tersebut.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan menyelar tindakan Dyana itu.

Menurut Haezreena seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” katanya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

“Pada saya sekiranya wakil calon yang tidak berterus terang berkenaan dengan professionnya secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannnya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

“Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukannya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesion guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam” katanya lagi.

Dyana sebelum ini mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik.

“Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah di panggil non-practicing lawyer (dan) saya (seorang) peguam” ujarnya lagi.

Paling menarik pihak kami turut menerima maklumbalas dari seorang yang mendakwa sebagai rakan sekelas Dyana.

Menurutnya yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ira berkata, Dyana adalah seorang peguam sejak tahun 2010.

“Saya seorang peguam dan saya merupakan ex-class mate Dyana masa di UiTM dahulu.

“Dyana called to the bar pada tahun 2010 and i was there during her the ceremony” jelas Ira di ruangan komen.

Namun Dyana sebelum ini mengatakan dirinya menjadi Peguam pada tahun 2011.

Berikut adalah rakaman kenyataan Dyana ketika sidang media semalam.



Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 23 Mei 2014

DAP tolak hudud, Pas tetap bersekongkol?


APA agaknya perasaan kita jika individu yang membantah keras hasrat kita - apa lagi terkena parti besar kita - hanya berada selang seorang daripada kita.

Dan individu itu pula memang ‘totok’ menentang ideologi parti kita. Agaknya kita nak bertentang mata dengannya tak?

Tetapi apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berganding tangan de­ngan Lim Guan Eng dan calon DAP kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh pada 12 Mei lalu di Pulau Pinang, apa pula agaknya perasaan para penyokong dan pengikut Pas? Bertepuk tangan, kagum atau terdetik meluat di hati?

Ramkarpal secara terbuka menentang hudud. Anak ketiga Karpal Singh ini awal-awal lagi tidak mahu dikaitkan dengan hudud.

Abdul Hadi seperti biasalah, ada sahaja jawapannya apabila ditanya tentang pendirian DAP itu termasuk yang terang-terang keluar dari mulut Ramkarpal.

"Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh rakan dalam pakatan kerana kita ‘tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR’ untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu," kata Abdul Hadi.

Di Teluk Intan, demikian juga nada yang datang daripada calon DAP di situ, Dyana Sofya. Dia pun sama sekali tidak akan menyokong hudud dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan pengundi Cina. Malah, lagi teruk dan dangkal lagi kata calon DAP itu, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.

Ke mana tahap pemahaman Islamnya, walhal hudud adalah penawar kepada banyak pe­nyakit sosial, jenayah dan pelbagai lagi?


Apabila ‘kita’ (merujuk kepada para penyokong Pas) mendengar ungkapan Abdul Hadi, kita barangkali boleh ‘sejuk’. Tetapi itu cuma di bibir kerana faktanya Pas tidak pernah pun mengatasi DAP, apatah lagi PKR dari segi jumlah kerusi Parlimen dalam dua pilihan raya umum lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Pas di tangga tercorot. Cuma me­raih 21 kerusi Parlimen, berbanding DAP (38) dan PKR (21). Ini mengulangi pencapaian PRU-12, dengan posisi DAP (28), PKR (31) dan Pas, 23 kerusi.

Macam mana Abdul Hadi boleh me­ngatakan; "Kalau DAP dan PKR tidak bersetuju, kami jalankan sahaja hudud?" Eh! di Selangor tempoh hari apabila kerusi Pas mengatasi PKR di Dewan Undangan Ne­geri (DUN), Pas menikus sahaja dalam isu kedudukan menteri besar. Itu belum lagi isu-isu semasa dan lepas yang menyak­sikan Pas hanya umpama melukut di tepi gantang.

Maafkan penulis kalau bahasa yang digunakan agak kasar. Tetapi dalam hal ini, Abdul Hadi kena berterus-terang. Nyatakan yang betul dan fakta. Apakah Pas boleh melaksanakan hudud tanpa dukungan sekutu mereka, DAP dan PKR?

Pada PRU 2013 di kerusi yang kedapatan menara condong ala Pisa itu, calon BN, Datuk Mah Siew Keong menerima 74 peratus undi Melayu, 15 peratus undi Cina dan 50 peratus undi India meskipun BN kalah de­ngan 7,313 undi.

Kebanyakan undi untuk DAP datang dari kawasan DUN Pasir Bedamar sementara DUN Changkat Jong adalah kawasan BN.

Oleh itu, untuk menang, jentera pilihan raya BN perlu bekerja keras memandangkan sokongan orang Cina untuk BN telah berkurangan dengan banyaknya.

Di kawasan pilihan raya yang majoriti­nya Cina iaitu DUN Pasir Bedamar, sokong­an untuk BN hanya kira-kira 28 peratus sementara DAP mempunyai kelebihan 72 peratus atau 10,749 undi.

Dengan 57 peratus sokongan BN datang dari Changkat Jong, ia masih belum cukup untuk menandingi kelebihan 10,749 undi untuk DAP.

DUN Pasir Bedamar dan DUN Changkat Jong adalah dua kerusi di bawah Parlimen Teluk Intan. Pada PRU-13, BN memenangi kerusi Changkat Jong sementara Pasir Bedamar dimenangi DAP.

BN tidak mempunyai pilihan selain mendapatkan lebih banyak sokongan orang Melayu, apa lagi pengundi Cina seperti yang mereka lakukan sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Pengundi kerusi Teluk Intan boleh swing ke parti yang mereka sukai. Itupun jika kena pada kaedah berkempennya. Pada PRK 1997, Gerakan tewas di Teluk Intan dengan 2,916 undi tetapi pada PRU 1999, BN menawannya balik menerusi Siew Keong dengan 2,783 undi.

BN sekali lagi menerusi Siew Keong mengekalkan kerusi itu pada PRU 2004 dengan majoriti 9,836 undi. Cuma pada PRU 2008 dan 2013, BN melihat perubahan dalam pola pengundian dengan pengundi muda terutamanya di bawah umur 50 tahun mengundi DAP.

Di Teluk Intan, pengundi Melayu tentu sekali ada ramai dalam kalangan para penyokong Pas. Teliti dan fikirkanlah apa yang penulis utarakan di atas tadi.

Beristighfarlah banyak kali.

Warna-warni Politik
Torashah

Khamis, 22 Mei 2014

#P76 Teluk Intan : Buat pengundi-pengundi Teluk Intan, Lim Kit Siang pun kaki songlap duit tabung rupanya?



Laporan Polis oleh Tony Tan bekas ahli DAP, keatas Lim Kit Siang kerana penyelewangan wang sumbangan kempen PRU13 pada 15 Mei 2014!

Bermula dengan masalah selewang wang oleh Teresa Kok, kini melarat pula kepada Lim Kit Siang dalam isu kutipan dana kempen PRU13 melalui pelbagai tabung. Nampak gaya nya Tony Tan, bekas ahli DAP Seputih istiqamah dalam usaha beliau mendapatkan keadilan.

DAP kini telah diketahui umum sebagai tidak telus dan tidak pernah akan melayan ahli mereka sendiri yang menuntut keadilan. Saman menyaman dan membuang ahli adalah kaedah yang mereka paling gemari untuk menutup sesuatu isu. Ikuti rakaman yang berikut nya...!



Selanjutnya sila lawat ke sini.

Warna-warni Politik
Torashah

Selasa, 20 Mei 2014

Kit Siang Sentap Mic Halang Dyana Bercakap. Bukti Lembu Di Cucuk Hidung?


Seperti yang dijangka Dyana diperalatkan oleh Kit Siang untuk memainkan sentimen bangsa didalam kempen DAP. Rata rata berasa skeptikal dengan tindakan DAP menjadikan Dyana sebagai calon di Teluk Intan. Ramai beranggap ini semua satu lakonan oleh DAP untuk mengaburi sikap rasis chauvanis dan ultrakiasu..!

Semua ini terdedah didepan wartawan apabila Lim Kit Siang menarik mic dari Dyana apabila disoal mengenai Tunku Abdul Aziz Timbalan Setiausaha Agong DAP yang keluar parti.

Inilah kebebasan versi ultrakiasu chauvanis rasis DAP. Yang menjadi wakil rakyat mereka hanya seperti lembu dicucuk hidung.. Ini yang diidamkan oleh Dyana..?



AgendaDaily melapurkan, King control…Kit Siang tunjuk siapa bos depan Dyana?

Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP di PRK Parlimen Teluk Intan kena akui siapa boss atau ketua apabila dasar parti itu dipersoal.

Dan bagi memastikan dasar DAP serta komen-komen dibuatnya tidak menjejas imej parti itu, ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sentiasa mengiringi pekerjanya itu.

Kit Siang sentiasa memerhati serta mengawasi dari jarak dekat komen-komen setiausaha politiknya itu khusus membabitkan sidang media Dyana.

Komen-komen Dyana setakat ini menguntungkan DAP dikaca mata kaum Cina apabila Dyana seiring dengan dasar-dasar DAP seperti isu hudud, UiTM dan sebagainya.

Tetapi agak malang komen-komen terbuka Dyana nampaknya telah menghiris hati kaumnya sendiri kerana belum jadi wakil rakyat, dia sudahpun menunjukkan belangnya.

Pendek kata komen Dyana kurang disenangi dikalangan orang-orang Melayu. Ini nyata merugikan peluang mendapat undi dari pengundi berbangsa Melayu. Sokongan PAS padanya tidak bererti penyokong serta ahli PAS akan memberikannya undi.

Antara komen negatifnya mengenai isu UiTM yang mana menurutnya tidak patut ditubuhkan semata-mata untuk orang-orang Melayu—ini dasar rasis UMNO.

Menyedari komen ini membakar dirinya, Dyana dalam kenyataan media terbaru mencadangkan sebuah universiti ala-ala UiTM ditubuh untuk bangsa lain pula.

Sebelum ini Dyana mengkritik UiTM yang ditubuhkan hanya untuk orang-orang Melayu serta anak ahli-ahli UMNO sehingga mereka yang tidak berkelayakanpun diberi keutamaan.

Untuk rekod Dyana adalah pelajar UiTM dalam bidang undang-undang manakala ibunya pula ialah bekas Setiausaha kerja UMNO bahagian Ipoh timur di Perak.

Ibunya mengesahkan dia adalah ahli UMNO seumur hidup.

Sebelum itu (Sabtu) Kit Siang hadir di majlis pengumuman calon DAP yang diumumkan anaknya Lim guan Eng, begitu juga dalam banyak program dihadiri Dyana.

Pagi Selasa di sidang media Pusat Operasi Utama DAP berlaku ‘adegan yang tidak ingin kita lihat’ apabila Kit Siang tidak membenarkan Dyana jawab soalan wartawan yang ditujukan kepada calon DAP itu.

Perkara itu menjadi rungutan dikalangan wakil media kerana ditanya kepada orang lain, orang lain pulak menjawab.

Sidang media yang sepatutnya menjadi tempat untuk Dyana mempamerkan kebolehan menjawab soalan berdasarkan pemikiran sendiri terjadi sebaliknya.

Kisahnya begini, seorang wartawan bertanya soalan kepada Dyana iaitu, berkaitan dakwaan tindakan DAP mencalonkan beliau adalah untuk memperalat Melayu dan apakah Dyana bersedia untuk menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz jika berlaku pada dirinya.”

Secara tiba-tiba Lim Kit Siang mengambil mikropon dan menjawab soalan berkenaan.

Tak puas hati dengan jawapan Kit Siang, wartawan itu terus ‘shot’ lagi bertanya apakah prinsip serta mampukah Dyana menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz.

Kit Siang mencelah lagi dan mengajukan semula soalan kepada wartawan berkenaan “adakah anda tahu apa yang terjadi terhadap Tunku Aziz?

Pada masa sama ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mencelah dan membidas soalan wartawan berkenaan.

Akhirnya tiada jawapan daripada mulut Dyana. Bukan itu saja, persoalan tadi tidak dijawab sepenuhnya oleh DAP. Sidang media tamat.

Rumusan pihak media ialah Dyana seperti tidak bebas bersuara sebaliknya dipantau dan diperhati.

Yang nyata Kit Siang seperti takut jawapan Dyana akan menjejaskan imej parti.

Selama ini Dyana mengikut rentak DAP termasuk dalam isu hudud yang mana apabila ditanya media Dyana berkata jika terpilih sebagai ahli parlimen Teluk Intan, dia akan mengundi mengikut DAP.

Ironinya PAS tidak hirau komen atau reaksi DAP dan Dyana sebaliknya secara terbuka menyokong Dyana sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan pada hujung bulan ini.

PAS sebelum ini memperlihat sokongan apabila Timbalan Presidennya Mat Sabu hadir di majlis pengumuman calon oleh Guan Eng Sabtu lalu.

Sikap terbaru PAS juga memeningkan kepala para penyokongnya di Teluk Intan apabila Naib Presidennya Salehuddin Ayub juga secara terbuka dipetik berkata:

“PAS menyokong Dyana di Teluk Intan.

Katanya PAS tidak boleh menghalang hak Dyana untuk mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada partinya meskipun ia bersifat penentangan terhadap apa yang diperjuangkan PAS.

“Ini bukan perkara baru. Merujuk pada DAP sejak hari pertama kita kenal,mereka memang tidak pernah sokong hudud. Namun ini tidak menggugat pendirian PAS terus bersama DAP dalam perkara-perkara yang diperjuangkan bersama, juga tidak akan menjejaskan usaha PAS untuk terus perjuangkan hudud.

“Dyana calon DAP, tentu dia sokong pendirian parti dia. Takkan dia buat kenyataan sokong PAS.”

Warna-warni politik
Torashah..

Isnin, 19 Mei 2014

# P76 Teluk Intan : Agenda DAP untuk tutup kemelut dalaman?


Tindakan DAP meletakkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini merupakan sandiwara semata-mata demi menyelesaikan masalah dalaman parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, isu dalaman parti itu terlalu banyak sehingga terdapat ahli dalam kalangan DAP yang berpuak-puak kerana mahu berebut menjadi wakil rakyat di Teluk Intan.

Oleh demikian katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sanggup menggunakan dakyahnya untuk menyelesaikan kemelut parti itu.

"Rakyat lebih mementingkan perkhidmatan dan pembangunan di Teluk Intan lebih daripada mengambil tahu masalah DAP selain berharap wakil itu nanti mampu memberikan kesinambungan.

"Presiden parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong merupakan calon terbaik Barisan Nasional (BN) kerana pengalaman beliau sendiri yang pernah bertanding dan menjadi wakil rakyat di Teluk Intan," katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Pejabat MCA dan Pusat Khidmat Komuniti Bahagian Bandar Tun Razak.


Beliau mengulas berkenaan langkah DAP yang mengumumkan Dyana, 27, sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan kerana melihatkan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebagai pilihan terbaik untuk parti tersebut mempertahan kerusi Parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MCA dan Gerakan akan bergan­ding bahu dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN selain menasihati pengundi agar tidak terjerat dengan dakyah pembangkang.

"Kita akan memaklumkan kebenaran sebenar kepada rakyat selain memberikan janji yang boleh ditepati untuk berkhidmat di kawasan Teluk Intan.

"Rakyat lebih yakin kepada BN kerana parti ini amat konsisten dalam menunaikan janji dan bukan seperti pembangkang yang gemar beromong kosong termasuk mempunyai pelbagai kerenah," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 18 Mei 2014

#P76 Teluk Intan : Agenda perguna Melayu?


Langkah DAP meletakkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini me­rupakan satu lagi agenda pemimpin parti itu untuk mempergunakan orang Melayu dalam menentang pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak mendakwa, langkah seumpama itu adalah cara halus yang digunakan oleh parti tersebut dalam memastikan orang Islam sendiri akan menentang hukum Allah. “Sepatutnya calon ber­kenaan tidak harus menerima pencalonannya terlebih dahulu.

“Persoalannya sekarang mampukah dia mempengaruhi keluarga Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) supaya bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang bakal dibawa rakan sekutu mereka, Pas atau bersekongkol dengan ketua­nya untuk menentang hukum Allah?" katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.



Hari ini, DAP mengumumkan Dyana, 27, sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan kerana melihatkan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebagai pilihan terbaik untuk parti itu mempertahan kerusi Parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, Rahmad menjelaskan, pihaknya yakin pengundi campuran di Teluk Intan terutamanya 37 peratus pengundi Melayu tidak boleh diperbodohkan dengan strategi DAP yang hanya bertujuan mahu memperdagangkan maruah umat Islam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mencabar Dyana membakar ijazah yang diperolehnya daripada UiTM kerana menganggap penubuhan institusi pendidikan tinggi (IPT) itu mendiskriminasi kaum Cina.

“Kita juga mencabar Dyana meletakkan jawatan sebagai peguam kerana ijazah yang membolehkannya menjadi seorang peguam datangnya daripada UiTM," katanya.

Warna-warni politik
Torashah