tag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post5919038568403164153..comments2023-11-02T05:09:58.014-07:00Comments on UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak: Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu!torashahhttp://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post-86418642197603799462009-01-16T02:06:00.000-08:002009-01-16T02:06:00.000-08:001. Jika dulu penempatan semula Kampung Baru pada t...1. Jika dulu penempatan semula Kampung Baru pada tahun 1950 dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu. Maka pemberian tanah secara kekal pada ketika ini dianggap apa?.

2. Si pemberi tanah secara kekal pula dianggap apa?

3. Tindakan seorang remaja membakar bendera Malaysia ketika Tragedi Batu Buruk dianggap tindakan yang melampau. Namun tindakan Nizar ini lebih melampau, kejam dan zalim dari si pembakar bendera kerana menyerahkan tanah kepada bangsa lain.

4. Rancangan Nizar ini lebih jahat daripada Rancangan Briggs kerana Briggs sekadar membuka penempatan untuk 400,000 penduduk setinggan Cina. Manakala Nizar memberi tanah secara kekal selama 999 tahun, “mati hidup semula” pun belum tentu dapat semula tanah itu.

5. Kerajaan tidak dapat mengambil semula tanah tersebut untuk tujuan pembangunan kerana tanah tersebut adalah hak milik secara kekal. Maka tanah milik orang Melayu di kampung akan menjadi mangsanya kerana tanah mereka berstatus sementara.

6. Apakah Nizar telah diugut oleh DAP Perak sehingga menjadi MB Boneka dengan menuruti sahaja kehendak mereka?. Beliau bukan tidak tahu, masih ramai orang Melayu yang tidak mempunyai tanah dan merempat di tanah setinggan.

7. Apakah Nizar mahu tarik balik kelulusan tanah kepada penduduk Kampung Baru setelah Karpal tidak mahu menyokong HUDUD. Perkara yang menghairankan, DAP konsisten menolak HUDUD tetapi PKR dan PAS tidak konsisten menolak DAP kerana masih mahu menjalin bibit kepentingan politik.

8. Jika dulu Raja-Raja Melayu tidak senang dan sedih dengan Rancangan Briggs. Pada hari ini sudah tentulah mereka lebih sedih kerana orang Melayu sendiri yang menggadaikan tanah tersebut. Benarlah kata pepatah “Menang Sorak Kampung Tergadai”.

9. PAS dilihat bertuankan DAP, sepatutnya cadangan pemberian tanah secara kekal dirujuk dulu kepada Sultan Perak. Jelas sekali PAS membelakangkan Sultan Perak.

10. Nizar tidak belajar daripada sejarah. Titah Tuanku ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) mengajak kita menjadikan sejarah sebagai panduan, pedoman dan pengajaran.

Warisan PahangTaminsarihttps://www.blogger.com/profile/08748372161328837205noreply@blogger.com