tag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post972727197730388622..comments2023-11-02T05:09:58.014-07:00Comments on UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak: Gempar : Harussani dedah kewujudan 'perlembagaan baru'!torashahhttp://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post-85392576248925602022010-08-17T21:04:51.915-07:002010-08-17T21:04:51.915-07:00Salam..
Mufti Perak wajar beritahu Perdana Menter...Salam..

Mufti Perak wajar beritahu Perdana Menteri

SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada Sahibul Samahah Mufti Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Harussani Zakaria, atas keberanian beliau mendedahkan kewujudan 'Perlembagaan Persekutuan Kedua' yang digubal oleh pihak-pihak tertentu yang hanya diketahui oleh beliau.

Ini bukannya perkara main-main. Pendedahan ini amat serius dan ia sepatutnya diambil perhatian oleh pihak berkuasa. Keengganan Harussani menyatakan pihak-pihak yang terlibat dengan 'pengkhianatan' ini ada asasnya dan saya sanjungi.

Di samping sokongan saya atas tindakan Harussani mendedahkan 'pengkhianatan' ini, saya juga ada komen ikhlas yang tersendiri menyentuh perkara ini.

Saya bukannya seorang ahli perundangan. Tetapi kalau tidak silap saya tindakan mewujudkan 'Perlembagaan Persekutuan Kedua' adalah satu kesalahan jenayah.

Jika saya betul, maka wajarlah pengetahuan atau memiliki maklumat seperti ini oleh Harussani dirahsiakan daripada umum. Sebaliknya beritahu kepada pemimpin tertinggi di Malaysia iaitu Perdana Menteri.

Terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan yang beliau fikirkan berpatutan supaya perkara ini tidak memberi kesan kepada keselamatan negara dan membimbangkan rakyat. Inilah jalan yang sebaiknya diambil oleh Mufti Perak tersebut dan tidak melalui pentas ceramah.

Tindakan mewujudkan sebuah lagi Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang ini adalah salah dan patut dipatahkan. Mendedahkan satu 'pengkhianatan' negara di tempat umum tanpa merujuk kepada pihak berkuasa boleh memberi persepsi yang serong kepada sesetengah rakyat di mana mereka boleh membuat andaian ia hanyalah satu lakonan sensasi.

Oleh kerana tindakan mengumumkan 'pengkhianatan' ini dilakukan di tempat awam maka keberkesanannya boleh dipersoalkan.

Oleh itu kerana Harussani mempunyai maklumat yang kritikal dan yang mempunyai hubungan dengan keselamatan negara, saya menasihati beliau agar jangan melengahkan lagi untuk menyampaikan maklumat yang ada di dalam tangan beliau kepada Perdana Menteri supaya tindakan sewajarnya akan diambil oleh Perdana Menteri.

Saya yakin Perdana Menteri mengetahui apa yang patut beliau lakukan dengan maklumat tersebut demi keselamatan dan kemakmuran negara. Insya Allah.

Mohd. Ghazali Osman

Ipoh, Perakwasabihttps://www.blogger.com/profile/08237976226069811656noreply@blogger.com