tag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post4825235167809249802..comments2023-11-02T05:09:58.014-07:00Comments on UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak: Gantung MB Perak tak sah!torashahhttp://www.blogger.com/profile/17263805996889487027noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post-19071904223893459672009-02-20T21:47:00.000-08:002009-02-20T21:47:00.000-08:00Sivakumar boleh ditahan - Ibrahim : "Ini satu kesa...Sivakumar boleh ditahan - Ibrahim :

"Ini satu kesalahan jenayah. Beliau (Sivakumar) boleh ditahan."

Itu reaksi spontan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berhubung tindakan (DUN) Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

Kata Ibrahim, larangan itu satu kesalahan jenayah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang mana pesalah boleh dihukum penjara selama tujuh tahun dan denda.

Menurutnya, seksyen itu menjelaskan seseorang boleh didakwa kerana menyerang Ahli Parlimen dan lain-lain dengan niat memaksa atau menahan mereka daripada menjalankan kuasa yang sah.

"Jika tindakan itu membawa keadaan huru-hara, beliau boleh ditahan tanpa memerlukan waran selain berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Sivakumar mengambil tindakan mengejut yang dianggap tidak masuk akal apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Ibrahim, keputusan Sivakumar itu salah dan tidak sah kerana ia satu bentuk tindakan yang menghalang Zambry dan Exco terbabit menjalankan tugas rasmi.

Beliau menasihatkan Zambry dan barisan Exconya agar terus menjalankan kerja-kerja pentadbiran negeri di bawah kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.

Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, Sivakumar cuba membangkitkan kemarahan rakyat dengan mengapiapikan sentimen politik yang sudah basi.

Katanya, Speaker DUN itu bertindak di luar lunas-lunas undang-undang selain tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.

Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan memberitahu, usaha menggantung Menteri Besar dan barisan Exco negeri itu mungkin jalan terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak.

"Sivakumar cuba mengeruhkan keadaan dengan mengelirukan rakyat Perak tentang kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang dan ini amat berbahaya jika dibiar berterusan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.oyabunhttps://www.blogger.com/profile/02113168678310578441noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post-16338374981191998712009-02-20T21:45:00.000-08:002009-02-20T21:45:00.000-08:00Hina sultan: Lucutkan kerakyatanKerakyatan Speaker...Hina sultan: Lucutkan kerakyatan

Kerakyatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar wajar dilucutkan berikutan tindakannya yang disifatkan menghina Sultan Perak, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Beliau berkata, ini kerana tindakan menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir serta enam anggota Exco kerajaan negeri itu daripada menghadiri sidang dewan didapati bercanggah dengan titah Sultan Azlan Shah.

Mohd. Ali berkata, dalam hubungan ini Sivakumar telah bertindak di luar bidang kuasanya sedangkan pelantikan Zambry dan enam Exco adalah sah daripada segi undang-undang.

"Sebagai rakyat Perak, beliau sepatutnya tidak didorong emosi sehingga sanggup menghina sultan.

"Jika beliau (Sivakumar) enggan mentaati baginda, adalah lebih baik kerakyatan beliau dilucutkan (kerakyatan) atau dilarang memasuki negeri itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Sivakumar menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN Perak selama 18 bulan manakala enam ahli Exco itu pula selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta.

Mohd. Ali menjelaskan, Speaker DUN Perak itu juga boleh didakwa mengikut artikel 121 dan 124 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak kerana menderhaka kepada Sultan Perak.

"Jika sabit kesalahan beliau (Sivakumar) boleh dikenakan hukuman penjara dan denda," katanya.oyabunhttps://www.blogger.com/profile/02113168678310578441noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post-11090824500853393822009-02-20T21:42:00.000-08:002009-02-20T21:42:00.000-08:00Tiada kuasa jatuhkan hukuman:Speaker Dewan Undanga...Tiada kuasa jatuhkan hukuman:

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) lazimnya tiada kuasa menjatuhkan hukuman ke atas ahli-ahli dewan kerana semua perkara yang menyalahi peraturan hanya dibincangkan dan dibuat keputusan ketika persidangan berlangsung.

Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor berkata, semua keputusan juga dilakukan di dalam DUN, bukannya di luar atau ketika tiada persidangan.

"Pada masa sama, keputusan-keputusan yang diambil hendaklah mengikut peraturan tetap dewan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu baru-baru ini.

Menurut Razak, mengikut peraturan DUN Negeri Sembilan, perkara berbangkit dibincangkan oleh Jawatankuasa Tetap yang mana beliau sebagai Speaker menjadi pengerusinya.

"Sebarang keputusan oleh Jawatankuasa Tetap itu dibawa kepada sidang dewan berikutnya untuk mendapat persetujuan.

"Jika sidang dewan tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Tetap, maka pengundian cara angkat tangan akan dilakukan," katanya.

Bagaimanapun kata Razak, setiap negeri mempunyai undang-undang tubuh dan peraturan dewan masing-masing yang tersendiri.oyabunhttps://www.blogger.com/profile/02113168678310578441noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post-24533174170621643802009-02-20T21:41:00.000-08:002009-02-20T21:41:00.000-08:00Keputusan tidak boleh dicabar:Pengerusi DAP, Karpa...Keputusan tidak boleh dicabar:

Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN, tidak boleh dicabar di mahkamah.

Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang diketuai oleh Sivakumar itu tidak bertentangan dengan undang-undang, sebaliknya selaras di bawah Perkara 72(2) Peraturan Mesyuarat DUN.

Bagaimanapun katanya, apa yang diperlukan 'hanyalah' untuk DUN Perak mengesahkan keputusan dan saranan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut.

''Tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak bukan sahaja muktamad malah tidak boleh dicabar di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau yang ditemani anaknya, Jagdeep Singh kemudiannya membuat laporan polis berhubung sepucuk surat dan dua butir peluru hidup yang diposkan ke alamat rumahnya.

Karpal juga berkata, kedudukan Sivakumar sebagai Speaker tidak terjejas ekoran kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak dan beliau kekal menjawat jawatan tersebut hingga disingkirkan.

Menurutnya, pengumuman berkaitan penggantungan tersebut oleh Sivakumar juga tidak mencabar keputusan Sultan Perak melantik Menteri Besar dan Exco baru.

''Saya mesti tekankan bahawa apa yang dilakukan oleh jawatankuasa berkenaan sama sekali tidak bertentangan dengan undang-undang," katanya.oyabunhttps://www.blogger.com/profile/02113168678310578441noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post-78539366296545587212009-02-20T21:38:00.000-08:002009-02-20T21:38:00.000-08:00Speaker biadab, menderhaka Sultan Perak:"Cari saha...Speaker biadab, menderhaka Sultan Perak:

"Cari sahaja negara lain, jangan jadi rakyat Malaysia.''

Itu nasihat sinis Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM) terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kerana tidak memahami prinsip Rukun Negara.

Presidennya, Osman Abu Bakar berkata, nasihat tersebut turut ditujukan kepada mana-mana pemimpin di negeri ini yang biadab dan menderhaka terhadap Sultan Perak.

Beliau menegaskan, ini kerana tindakan Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) secara tidak langsung merendahkan kedudukan Sultan Perak.

"BBPM berasa dukacita kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Perak, seorang Speaker menggantung Menteri Besar dan Exco yang dilantik atas hak Sultan Perak daripada menghadiri sidang DUN.

"Beliau tidak memahami tatasusila rakyat Perak, beliau juga tidak faham tentang institusi diraja, lebih baik beliau diberhentikan saja sebagai Speaker DUN Perak," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas membuat laporan terhadap Speaker DUN Perak itu di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini.

Kelmarin, Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Osman menjelaskan, Sivakumar juga wajar dikenakan tindakan undang-undang kerana membuat kenyataan tersebut di pejabat Speaker DUN bersama penasihat undang-undangnya sendiri.

Sementara itu, Ahli Majlis BBPM, Ibrahim Mat Diah berkata, tindakan Sivakumar akan menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat khususnya mereka yang tidak memahami undang-undang dan isu semasa.

Katanya, hak Sultan Perak adalah mutlak dalam melantik Menteri Besar dan barisan Exconya malah isu tersebut sepatutnya sudah berakhir serta tidak boleh dipertikaikan lagi.

"Kita perlu menerima pelantikan Menteri Besar oleh Sultan Azlan Shah dengan hati terbuka dan beri kepada pentadbiran kerajaan negeri yang baru untuk bekerja.

"Jika asyik berpolitik macam mana kerajaan negeri yang baru hendak bekerja demi kepentingan rakyat lebih-lebih lagi dalam zaman kegawatan ekonomi global sekarang," katanya.oyabunhttps://www.blogger.com/profile/02113168678310578441noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2680319164924909881.post-90550005970127549612009-02-20T21:35:00.000-08:002009-02-20T21:35:00.000-08:00Zambry tidak boleh menghadap Sultan Perak:Speaker ...Zambry tidak boleh menghadap Sultan Perak:

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar terus menimbulkan kekeliruan apabila mendakwa Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tidak memperuntukkan pihak yang tiba-tiba mendapat majoriti di DUN boleh menghadap Sultan Perak untuk memohon membentuk kerajaan.

Beliau berkata, undang-undang tersebut sebaliknya menyatakan hanya Menteri Besar yang sedang dalam mandat (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) bertanggungjawab menghadap Sultan Perak dan memohon supaya dewan dibubarkan jika hilang majoriti.

"Saya tidak mempertikaikan bahawa Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN sekiranya sidang DUN telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

"Tetapi oleh kerana perkara ini tidak dibincangkan dalam sidang DUN maka ia menjadi isu," katanya dalam kenyataan akhbar yang dibacakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Pada sidang akhbar itu, pihak wartawan yang kebanyakannya penulis blog tidak dibenar mengajukan sebarang soalan dan hanya beliau sahaja yang membaca kenyataan akhbar.

Kelmarin, Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN menegaskan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.

Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri selama 12 bulan.

Tindakan Sivakumar itu turut dipertikai Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menganggap keputusan jawatankuasa berkenaan tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak disahkan di sidang Dewan.

Menurut Sivakumar lagi, beliau tidak berniat untuk menderhaka dan mendakwa isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik.

Kata beliau, ia juga diputar belit oleh media perdana dan kumpulan tertentu yang mahukan rakyat menghukum beliau sebagai penderhaka kepada Sultan Perak.

"Tuduhan itu adalah tidak benar. Mereka cuba mempolitikkan isu ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat untuk menderhaka.

"Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Speaker setelah mendapati perkara ini adalah serius dan saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya," tambah beliau.

Kata Sivakumar, jawatankuasa tersebut tidak menggantung Zambry dan Exco terlibat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi hanya menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.

"Mengenai kelayakan mereka sebagai ADUN, saya tidak sentuh langsung. Tiada kenyataan saya berkenaan status mereka sebagai wakil rakyat bagi kawasan masing-masing.

"Apa yang saya lakukan ini adalah mengikut Fasal 16 (6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak," katanya.oyabunhttps://www.blogger.com/profile/02113168678310578441noreply@blogger.com