DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Ahad, 31 Januari 2010

Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan!

BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.

Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan.

Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor. Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.

“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.

Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini. Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran. Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud. Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum.

DERETAN gerai makan di Georgetown, Pulau Pinang, 31 Januari, yang diletakkan di bahu jalan ini kelihatan bebas beroperasi tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa tempatan, yang sejak kebelakangan ini rancak merobohkan gerai-gerai yang melanggar peraturan dan syarat.


“Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa. “Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum. “Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakan kerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Dengan apa yang berlaku menguatkan lagi apa yang telah diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.


Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 24 Januari 2010

Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam !

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti. Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu. "Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, hari ini. Hadir sama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dalam majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan tauladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat. "Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.

Komen : Agak mengecewakan apabila pemimpin-pemimpin gagal menunjukkan ciri-ciri Islam yang ada pada mereka. Adakah sifat-sifat keislaman mereka sebenarnya hanya indah khabar dari rupa? Menonjolkan diri dengan sifat warak semata-mata hendak memancing undi? Wallahuallam.

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 22 Januari 2010

Nik Aziz marah laporan ‘cah keting’!

Nik Abdul Aziz Nik Mat berang dengan laporan berlakunya ‘cah keting’ atau cantas mencantas dalam Pas sebagaimana yang tersiar dalam media minggu ini.

Mursyidul Am Pas itu dalam nada yang keras menegaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk menyebut ia berlaku dalam Pas sebaliknya mengatakan ia wujud di semua peringkat dalam masyarakat termasuk dalam parti lain.

Katanya laporan yang hanya mengaitkan parti itu dengan 'cah keting' adalah tindakan yang bersifat ‘khianat’. “'Cah keting' tak semesti ada dengan Pas, tidak ada niat sedikit habuk saya sebut Pas ni ada 'cah keting.

“'Cah keting' laki bini (suami isteri) ada 'cah keting', kenapa tuju kepada Pas sahaja, laki bini cerai sebab cah keting lah, bini nama Limah, ngorat Mek Jenab, akhir jadi cerai, cah ketinglah tu orang panggil. (Media) tak sebut. “Dalam syarikat kongsi empat, lima orang lama-lama bankrap, kerana apa, ada seorang cah keting, (tetapi) tidak sebut pun, sebut-sebut Pas,” katanya ketika mengampaikan kuliah mingguan di perkarangan Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan hari ini.

Warna-warni Politik
Torashah

Isnin, 18 Januari 2010

‘Cah keting’ mula membudaya dalam Pas?

KENYATAAN terbuka Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang dilaporkan di dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai wujudnya budaya ‘cah keting’ atau cantas mencantas di dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan di dalam parti itu mengejutkan banyak pihak.

Ini kerana dasar perjuangan Pas dan slogan kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh parti itu dengan frasa ‘Membangun Bersama Islam’, ‘Bersama Kepimpinan Ulamak’ dan banyak lagi istilah memberi gambaran kepada rakyat tentang dasar dan hala tuju kerajaan negeri itu yang enak didengar oleh rakyat yang mengimpikan kepimpinan Pas mengotakan slogan ciptaannya sendiri.

Selanjutnya, Nik Aziz dalam kenyataannya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Zakat kepada pesakit kusta anjuran Persatuan Kusta Kelantan seperti mana dilaporkan oleh akhbar juga mengatakan: “Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata- mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat.”

Sungguhpun begitu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas tidak pula menyatakan secara terperinci dan jelas tentang budaya ‘cah keting’ yang wujud dan adakah ia berada pada tahap serius dan membimbangkan sehingga beliau membaca doa khusus memohon perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhkan parti itu daripada amalan ‘cah keting’.

Kenyataan Nik Aziz itu dapat diterjemahkan kepada wujudnya puak atau kem tertentu di dalam Pas yang mengganggu-gugat kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui oleh Nik Aziz sendiri sebagai Menteri Besar Kelantan. Beberapa persoalan menarik boleh dianalisis berkaitan kenyataan terbuka Nik Aziz ini, iaitu yang pertama, kenapa boleh wujud budaya ‘cah keting’ di dalam Pas yang dikatakan sebuah ‘parti Islam’.

Kedua, puak atau kem manakah yang mengamalkan budaya ini iaitu untuk menggugat dan memberi tekanan kepada Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Ketiga, adakah pihak yang terlibat mahukan Nik Aziz segera meletak jawatan sebagai Menteri Besar selepas timbul isu-isu yang secara tidak langsung mengaitkan Nik Aziz, misalnya dalam isu menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman di dalam krisis Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan isu keluarga di dalam mempengaruhi keputusan dan tindakan beliau.

Paling menarik apakah yang dimahukan daripada amalan ‘cah keting’? Adakah kerusi Menteri Besar Kelantan menjadi pertaruhan selepas terlalu lama beberapa pihak tertentu di dalam Pas mengimpikan kerusi empuk itu.

Adakah susulan pengakuan Nik Aziz yang mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru seperti yang dilaporkan akhbar sehingga timbul keadaan yang menyebabkan penghuni kerusi empuk itu patut diganti!

Isu terkini Bazar Tok Guru seolah-olah mengiyakan budaya ‘cah keting’ ini. Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan turut mempersoalkan bagaimana maklumat mengenai keputusan mesyuarat exco berkaitan pembelian aras bawah bazar itu boleh bocor kepada pihak-pihak tertentu, sedangkan keputusan mesyuarat masih belum disahkan. Beliau turut hairan bagaimana pemilik laman blog Kickdefella memperoleh maklumat tersebut.

Kenyataan Nik Aziz yang mengakui wujudnya ‘cah keting’ ini mungkin juga kesan daripada kebocoran maklumat mesyuarat exco tersebut dan hakikat adanya ‘tangan ghaib’ dan kem yang secara jelas menyerang untuk menjatuhkan dan mencemarkan imej Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang dianggap dan digelar Tok Guru atau Tuan Guru oleh pendokong Pas.

Nampaknya sindrom ‘cah keting’ ini mulai menyerang Pas kerana di dalam parti itu sendiri telah wujud ‘kem-kem’ tertentu seperti yang hangat dibincang dan diperdebatkan oleh pelbagai pihak menjelang Pas mengadakan pemilihan barisan kepimpinannya di dalam Muktamar Agungnya yang lalu.

Ramai pemerhati melihat dan dapat mengagak dengan jelas semasa proses pemilihan Pas yang lalu mengenai siapa calon yang pro kepada Presiden dan siapa pula yang dianggap anak didik kepada Nik Aziz. Ternyata, budaya ‘cah keting’ ini telah dan akan terus menjadi budaya baru dalam Pas walaupun ia sebelum ini menafikan wujudnya kem tertentu semasa pemilihan barisan kepimpinan Pas yang lalu.

Tidak hairan sekiranya selepas ini, ramai pemimpin Pas akan menafikannya, seperti mana timbul isu-isu yang lainnya sebelum ini. Sungguhpun begitu, hakikat kenyataan harus ditelan walaupun ia pahit dan yang jelas Nik Aziz sendiri mengakui secara terbuka wujudnya budaya ‘cah keting’ di dalam Pas.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 17 Januari 2010

Nik Aziz akui 'cah keting'!
















Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan 'cah keting' semalam.

''Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah. ''Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Zakat Kepada Pesakit Kusta anjuran Persatuan Kusta Kelantan di sini hari ini. Semalam, selepas kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap 'cah keting'.

Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, Pas dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Sementara itu Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam seharusnya berdoa bagi memohon perlindungan daripada pelbagai masalah dan kejahatan.

''Doa seperti kita makan nasi tetapi kita lama sangat hidup dalam tradisi, maka doa kita pun bermusim, lepas solat, masa kenduri kita berdoa. ''Ini tidak betul kerana ini budaya Melayu jahil, kita tidak mahu budaya Melayu, kita mahu budaya Islam yang berdoa pada bila-bila masa, makan, minum, tidur, bangun, masuk pejabat, pergi pasar dan doa tidak khusus lepas solat sahaja," ujarnya.

Mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menolak permohonannya untuk menuntut royalti minyak di kawasan bertindih Kelantan dan Terengganu, beliau berkata, kerajaan negeri tetap berhak membuat tuntutan.

''Itu hak Datuk Seri Mustapa namun dia tidak ada hak untuk menentukan rezeki orang lain. Petrol di Kelantan ini adalah hak Kelantan, ada undang-undang atau tidak, ia tetap hak kelantan," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 13 Januari 2010

Jangan terperangkap, Anwar makin terdesak!












Umat Islam dan rakyat negara ini diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.

Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.
"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak.

"Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 5 Januari lalu, Anwar melalui laman blognya anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian parti itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Menurut kenyataan itu, PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sementara itu, Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia. Dakwa Ezam, kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.

"Dan hari ini dia bakar sentimen Kristian di Malaysia dalam isu kalimah Allah, Anwar memang pemimpin yang sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi. "Dan kenyataan dia di Australia sebulan sebelum isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia meletus memaparkan agenda jahatnya," katanya. - UM

Warna-warni Politik
Torashah

Selasa, 12 Januari 2010

PAS begitu disanjung oleh pihak gereja!

Nampaknya PAS sudahpun berjaya mengaburi mata orang bukan Islam ini dalam menyokong PAS... Apa tidaknya? Pas kini bukan lagi pejuang Islam seperti yang diwar-warkan sebelum ini tapi sudah berubah menjadi begitu terbuka dan LIBERAL.

Lebih-lebih lagi hARAKahdaily pun membuktikan mereka telah berubah menjadi begitu liberal dengan Nik Aziz membuat kunjungan juga ke gereja. Begitu tinggi penghargaan pegawai gereja terhadap kunjungan Murshidul Am PAS ini sehingga begitu melambung tinggi pujian terhadap pemimpin PAS ini.

Dalam pada itu, kunjungan P.M. ke gereja serta bantuan segera berjumlah RM500,000 tidak pula mendapat penghargaan sebegini rupa.Berkenaan dengan surau di Klang yang dibaling batu dan disimbah air berwarna kuning (tidak dapat dipastikan samada air kencing, air biasa atau minuman keras) tiada pula pemimpin PAS teruja untuk melawatnya serta bertanya khabar tentang keadaan surau itu. Kerana hendakkan UNDI ugama diletakkan ketepi! MasyaAllah...!

Please continue the good work
Collin

Dear En Zulkifli Sulong,

Greetings and I wish to congratulate hARAKahDaily for presenting the truth, which is so lacking in the mainstream media today. As an apolitical Malaysian, I feel proud again that we do have true and brave leaders such as our PAS leaders who are real Malaysians (and not an ultra racist or extreme religious group).

We do not need all the rhetoric and lip serviced unity slogans but yet in reality, disharmony is being promoted day in and day out using normal media and invisible hands. Before the year 2000, most of us non Muslims had the impression that PAS is an extremist religious party but due to the internet, we are now able to read, see and experience what PAS is really about.

I am pleasantly surprised and impressed by the religion of Islam that is being portrayed by PAS these days which is clearly so tolerant and moderate and no doubt, acceptable by all Malaysians.I am becoming more interested in the Islam taught by PAS which means Religion of Peace. PAS leaders especially our beloved Tuan Guru is my hero.

In my view, PAS could educate more non Muslim Malaysians through your paper on the wonderful religion of Islam it really is which shows deep respect for all human beings irrespective of race, religion, colour or creed. I also find it very enlightening to read the speeches made by the top echelon PAS leaders and as a chinese, I would be so proud if my future Prime Minister is a PAS leader like Tuan Guru who embodies all the qualities that make all of us feel united as a nation and one people again like in the old days of our first Prime Minister, Tuanku Abdul Rahman.

Please continue to continue the good work for the country and I wish you all the best. Will pray for our country which is definitely going down at the rate things are being manipulated by certain quarters. If I were to join any party today you can assure it will be PAS! May our great God bless all the wonderful people in hARAKahDaily and PAS.
Thank you.

Kindest wishes,
Colin

Itulah antara kandungan surat dari "Colin" kepada hARAKahdaily di pautan...dan tahniah diucapkan kepada Nik Aziz dan kuncu-kuncu kerana telah menjadi KUFUR!!!!

Warna-warni Politik
Torashah

Jumaat, 8 Januari 2010

Insiden bakar gereja rosakkan imej Islam, Malaysia!

PERKARA yang selama ini cuba kita kawal, akhirnya terjadi juga. Tetapi sebelum pergolakan antara agama ini terus merosakkan perpaduan rakyat Malaysia, elok ia ditangani secara baik dengan segera.

Semalam penduduk Lembah Klang dikejutkan dengan berita Gereja Metro Tarbenacle, Taman Melawati terbakar manakala Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Chapel, Damansara dibaling bom petrol namun ia tidak meletup.
Kebetulan pula pada hari yang sama iaitu selepas solat Jumaat beberapa buah masjid di ibu negara menyaksikan perhimpunan membantah penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald-The Catholic Weekly.

Ada juga dalam perhimpunan itu mengutuk perbuatan membakar gereja yang berlaku awal pagi semalam. Dua kejadian yang berkaitan dengan agama ini bukan sahaja menjadi berita di negara kita, tetapi sudah menjadi berita dunia.

Seluruh dunia terutama masyarakat Kristian pasti mengutuk Malaysia. Pelbagai persepsi bermain dalam fikiran mereka terutama yang cemburu dengan imej Malaysia sebagai negara contoh dalam memelihara perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaumnya.

Bukan mudah untuk membersihkan lumpur yang disimbah oleh penjenayah-penjenayah yang telah dan ingin membakar gereja berkenaan. Sekarang nama baik Malaysia sudah terjejas. Kemarahan sekumpulan kecil individu fanatik telah merosakkan kesucian agama Islam dengan melakukan perbuatan yang ditegah oleh Islam.

Jelas mereka yang terbabit dengan jenayah itu bukan sahaja merosakkan nama Malaysia malah lebih utama ialah kesucian agama Islam. Kita tidak nafikan perbuatan itu ada kemungkinan besar didorong oleh kemarahan individu berkenaan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh majalah bukan Islam itu.

Tetapi membakar gereja bukan caranya menyelesaikan masalah atau memberi isyarat kemarahan umat Islam. Malah agama Islam melarang umatnya memusnahkan mana-mana rumah ibadat agama lain.

Kita masih tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu. Tetapi akibat cara berfikiran cetek mereka itu, imej diri, agama, bangsa dan negara telah terjejas. Hakikatnya, isu-isu yang menyentuh perasaan orang Islam amat sensitif. Sebab itu banyak peringatan dikeluarkan agar semua pihak jangan bermain api dalam isu agama. Sekarang semua pihak kena ingat bahawa isu agama benar-benar mengancam keselamatan awam dan negara.

Kepada rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia, semua pihak perlu bertenang dan tidak bertindak mengikut perasaan. Kerosakan gereja yang dibakar boleh dibayar ganti ruginya oleh pihak insurans. Tetapi jika tindakan ekstrem berunsur membalas dendam, ia boleh menghancurkan perpaduan kaum yang kita bina sejak negara ini merdeka.

Perbuatan menyerang dan cubaan membakar tiga gereja di ibu negara semalam memang tidak boleh dimaafkan. Tetapi jangan akibat nafsu marah dan provokasi sesetengah pihak itu dibiarkan hingga boleh memecah-belahkan kaum dan keharmonian negara.

Kita percaya majoriti umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu fanatik yang mengambil kesempatan atas nama agama untuk membakar gereja. Tetapi tiada siapa berhak membuat tuduhan bahawa insiden itu dilakukan orang Islam kerana terdapat pelbagai kemungkinan dalam kejadian tersebut.

Sekarang sudah bermacam-macam teori dan spekulasi dibuat. Ada mengatakan tragedi tersebut seolah-olah dirancang sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Kristian selepas solat Jumaat semalam.

Ada teori bahawa serangan terhadap tiga gereja itu berkemungkinan perbuatan pihak tertentu untuk mensabotaj orang Islam dan ekonomi negara. Namun apa yang betul ialah individu yang melakukannya adalah penjenayah di sisi undang-undang negara.

Sebelum insiden ini menjadi batu loncatan kepada tragedi yang lebih buruk maka Kementerian Dalam Negeri bukan sahaja harus bertindak secara profesional tetapi juga menanganinya dengan berkesan. Kerajaan perlu menunjukkan ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang agar dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak.

Jika peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikenakan, maka laksanakannya tanpa was-was. Jika ada pihak tidak mematuhi undang-undang penerbitan, larangan penyebaran agama lain kepada orang Islam, penggunaan kata kesat dan penghinaan kepada agama lain, kenapa pihak berkuasa masih teragak-agak untuk mengambil tindakan?
Satu tindakan berkesan dan mesej yang jelas terhadap pengacau keamanan negara perlu dilaksanakan. Kepada mereka yang mahu menimbulkan suasana kacau-bilau kepada negara, kerajaan dan polis harus bertindak tegas. Pendekatan mengeluarkan 'amaran' dan tolak ansur dalam situasi begini elok difikir dan dikaji semula. - UM

Warna-warni Politik

Sabtu, 2 Januari 2010

PAS rela dipijak kepala demi POLITIK!

PAS rela "dipijak kepala"! PAS sanggup! Demi menjaga setiakawan "politik" Pakatan Rakyat, PAS rela berkorban prinsip dan pegangan agama Islamnya. Begitulah "keteguhan" ikatan "Perosak Rakyat" dipersada politik negara.

Salahuddin dengan "bangga"nya menjawab kepada para wartawan tentang persoalan "apakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat". Walaupun sejak terciptanya ikatan "Pakatan Rakyat" (yang tidak didaftarkan sebagaimana BN) PAS telah berkali "dipijak kepala" oleh PKR dan DAP, PAS tetap "tegar".

Dahsyat sungguh "pegangan" PAS kepada politik! Pengakuan Salahuddin menunjukkan PAS meletakkan kedudukan "politik" melebihi kedudukan agama Islam dan agenda nasionalismanya. Bukankah sepatutnya kedudukan Islam itu diletakkan pada kedudukan yang paling atas sekali dalam prinsip pegangan politik? Berlainan pula prinsip PAS kali ini. PAS nampaknya meletakkan "kuasa politik" melebihi "kepentingan Islam".

Inikah prinsip sebuah parti yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam sebagai dasarnya? Pemimpin DAP, Loke Siew Fook hina Islam pun tak mengapa, PAS tak kisah. Asalkan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR bebas mengutuk dan mencaci Islam. Apa lagi DAP dan PKR, kutuklah Islam sepuas-puasnya. PAS sudah memberi "green light"!PAS rela "bisu" untuk menjaga hati "sahabat-sahabat kafir"nya.

Apa tidaknya? Sahabat-sahabat politiknya lebih penting dari Islam. Agama PAS membenarkan agama Islam dihina dan diperkotak-katikkan, asalkan yang menghina itu adalah DAP dan PKR. PAS rela membiarkan arak dan "pub" berleluasa di kawasan-kawasan Melayu Islam. PBT Shah Alam rampas arak.

Ronnie Liu marah & suruh pulangkan. PAS marah Ronnie sekejap untuk "berlakon" depan rakyat kononnya PAS memang tak suka arak. Bila Ronnie sergah sikit, terus PAS jadi "bisu". "Jinak" terus! Macam "Rottweiller" yang disergah "tuan"nya, PAS merelakan "kepalanya dipijak". "Arak pun araklahhhh", mungkin itu dalam fikiran PAS.DAP dan PKR tak hormat PAS pun tak apa, asalkan PAS boleh jadi Exco.

Demi jawatan exco dan kuasa politik, tak ada maruah pun tak apa. Satu-satunya ADUN DAP Kedah, sanggup keluar dari Pakatan Rakyat Negeri Kedah hanya semata-mata mempertahankan "maruah" diri dan dasar DAP. Begitu sekali ADUN DAP itu mempertahankan "maruah"nya, walaupun DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja di dalam Dewan Undangan Negeri.

Tapi berlainan pula dengan PAS. Walaupun mempunyai 8 kerusi DUN di Selangor, seorang pun tidak berani mempertahankan "maruah" diri dan perjuangan dasar PAS! Saya tidaklah kisah sangat dengan maruah diri dan perjuangan PAS, tapi kalau dah sampai "maruah" Islam pun tidak mampu dibela oleh PAS, Parti Islam apa ini???

Ini parti yang ber"topeng"kan Islam untuk memenuhi nafsu serakah kekuasaan politik dan kepentingan peribadi. Inikah pilihan rakyat?Jauh dalam sudut hati penulis yang sedih dan kecewa dengan pendirian PAS. PAS yang "dulu" kelihatan amat berbeza dari PAS zaman millenium. PAS yang sebelum ini dihormati kawan dan lawannya berdasarkan prinsip agama yang kuat, amat jarang sekali membuat "u-turn" mengenai hal ehwal agama Islam.

PAS rela bergabung sesama parti politik lain termasuk UMNO demi kedaulatan agama Islam di Malaysia. Namun kini? PAS sudah "terbalik kuang". Apakah ini salah Hadi? Atau apakah ini berpunca dari Nik Aziz? Amat membimbangkan situasi dan suasana nasionalisme di Malaysia sekarang. Hatta DYMM Sultan Azlan pun bimbang dengan keadaan ini. Namun, PAS nampaknya "relax" sahaja sambil membiarkan "kepala"nya terus dipijak oleh pengkhaianat bangsa dan DAP!

Warna-warni politik
Torashah