DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Jumaat, 5 Mac 2010

Harussani dedah keangkuhan Pas!

Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.

Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya.

Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu. "Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria. Panulis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek.

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk. Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah. "Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu. "Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan. Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.

Sementara itu : Mahfuz cabar Harussani masuk politik

PAS melalui Mahfuz mencabar Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria meletakkan jawatannya untuk bergiat aktif dalam politik termasuk bertanding pilihan raya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerjasama Pakatan Rakyat.

“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mahfuz dalam reaksinya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Harussani Zakaria yang telah menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Kata Harussani apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan BN, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata pihaknya tidak akan bersekongkol dengan orang Umno yang zalim dan lebih baik berkawan dengan kafir yang dirujuk kepada DAP.
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Warna-warni Politik
Torashah

Khamis, 4 Mac 2010

Sidang DUN: Zambry tak layan kerenah pembangkang!

''Saya tidak mahu layan kerenah mereka." Itu jawapan ringkas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengulas tindakan pembangkang yang tidak mahu mengiktiraf sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadual pada 30 Mac ini.

Tegas Zambry, jika pembangkang tidak berpuas hati, mereka perlu bertanya sendiri kepada Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan kerana hak memanggil sidang DUN adalah di bawah bidang kuasa beliau.

''Tak taulah, itu mereka perlu tanya Ganesan," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang tidak mengiktiraf sidang DUN pada 30 Mac ini seperti disiarkan dalam sebuah laman blog.

Dalam laporan itu, kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang di Perak dikatakan tidak akan menghadiri sidang DUN tersebut kerana tidak mahu mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mereka hanya akan menghadiri sidang DUN itu jika notis memanggil sidang DUN dikeluarkan oleh V. Sivakumar yang diiktiraf mereka sebagai Speaker yang sah.

Walaupun pembangkang dikatakan akan memboikot sidang DUN itu, namun mereka dijangka akan menghadirinya seperti yang dilakukan pada sidang DUN terdahulu yang juga dipanggil oleh Ganesan.

Isnin lalu, Ganesan melalui notis yang ditandatangani Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin memanggil kesemua 59 ADUN menghadiri sidang DUN Perak yang pertama bagi penggal ketiga pada 30 Mac ini. Sidang DUN dijangka dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Zambry tidak terkejut tindakan Mohsin

Tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, bukan perkara mengejutkan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Zambry berkata, apa yang berlaku itu memang sudah dijangka kerana umum mengetahui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menghadapi masalah dalaman walaupun mereka cuba menyembunyikannya.

''Saya tak mahu ambil tahu kerana itu masalah mereka. Biarlah mereka hadapi sendiri. Kalau saya cakap banyak, mereka kata ini kerja UMNO. ''Lebih baik saya tidak masuk campur. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya ataupun apa sahaja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Zambry, beliau juga tidak pelik sekiranya Mohsin menerima pelbagai cemuhan serta cacian daripada para penyokong pakatan pembangkang ekoran tindakannya itu. ''Selama ini, siapa duduk dalam kelompok mereka semua malaikat dan semuanya hebat tetapi apabila orang itu keluar (parti) sahaja, dia menjadi manusia paling keji, paling hina, paling kotor, tidak bertamadun dan sebagainya," kata beliau.

Mohsin pula keluar PKR

Saya khuatir dengan politik PKR dan pakatan pembangkang khususnya di Perak yang menghalalkan pelbagai cara demi matlamat sempit, serangan tanpa batasan terhadap institusi raja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar bagi menyerang kedaulatan negara.

Ia sudah sampai ke tahap yang saya tidak lagi boleh bertolak ansur dan mendiamkan diri. Sedikit kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah 8 Mac 2008 bukan digunakan untuk memantapkan perjuangan umat, rakyat dan agama, sebaliknya menjadi medan politik 'ghonimah' (membahagikan harta rampasan perang).

Perebutan kuasa, jawatan, kedudukan dan habuan menjadi-jadi. Perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan budaya politik fitnah memfitnah semakin parah sehingga saya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang diamanahkan Allah.

Warna-warni Politik

Torashah

Ahad, 28 Februari 2010

Dari Awang Selamat : Kisah gay di Malaysia!

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya.

Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.
Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa.

Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu. Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Awang lontarkan pertanyaan ini kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.
Di Malaysia, Awang difahamkan, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground.

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Awang tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii.

Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.

Awang sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda.

Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. Lebih mengganggu fikiran Awang ialah musibah apa yang bakal menanti kita jika fenomena homoseksual ini sudah tidak terbendung?

Warna-warni Politik
Torashah

Isnin, 22 Februari 2010

MB samakan pemimpin lompat parti dengan Orang Asli!

Masyarakat Orang Asli Suku Jakun mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya di Kota Bharu, Rabu lalu, menyamakan pemimpin pembangkang yang lompat parti seperti jakun.

Wakil Orang Asli suku Jakun Rompin, Othman Gudei, mendakwa masyarakatnya amat sedih dan terguris hati dengan kenyataan Nik Aziz yang juga seorang ulama. "Kami (Orang Asli suku Jakun) amat tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu. Beliau tidak seharusnya menyamakan tindakan pemimpin politik yang keluar parti seperti jakun.

"Jangan kaitkan soal politik dengan kaum. Ia benar-benar mengguris hati Orang Asli suku Jakun."Oleh demikian, kami amat berharap Nik Aziz memohon maaf secara terbuka atas kenyataan beliau itu," katanya menghubungi Berita Harian, semalam. Masyarakat suku Jakun kebanyakannya berada di Pahang dan Johor dengan bilangannya melebihi 20,000 orang.

Rabu lalu, Nik Aziz pada sidang media di pejabatnya, membidas wakil rakyat (keluar parti) kerana mereka bukan setakat keluar parti, malah mengeruhkan keadaan dalam pembangkang dengan menghebohkan masalah kepada media."Ini perangai orang kita, masih jakun, masih baru dengan politik," kata Nik Aziz pada sidang media itu.

Othman berkata, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Pas itu di Rompin hari ini kerana kenyataan Nik Aziz juga dilihat seolah-olah menyindir Orang Asli suku Jakun."Kita mahu tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan Nik Aziz sebagai jakun, mengapa beliau menggunakan perkataan itu?

"Apabila saya melihat perkataan Jakun dalam kamus ia membawa maksud penduduk Asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan)," katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

Sabtu, 20 Februari 2010

Saya dikhianati politik propaganda murahan - Zahrain!

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana merasakan perjuangannya dikhianati pimpinan politik propaganda murahan.

Katanya, tindakan itu juga disebabkan beliau tidak mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti itu yang disifatkannya sebagai pengecut untuk menyatakan kebenaran. ''Saya berkawan lama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi keyakinan saya hilang apabila beliau mempertahankan Lim Guan Eng,'' katanya dalam program Bicarawara yang disiarkan oleh RTM.

Zahrain yang membuat keputusan keluar daripada PKR pada 12 Februari lalu berkata, apa yang beliau kesalkan ialah setiap kali beliau ingin menyampaikan apa yang dilakukan oleh Guan Eng, pandangannya diperlekehkan oleh kepimpinan parti tersebut. ''Saya juga dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana mengkritik Guan Eng, seolah-olah Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak bersalah dan seakan-akan dirinya baik seperti Khalifah Umar Abdul Aziz,'' katanya.

Zahrain berkata, walaupun beliau tidak mahu memutuskan hubungan kawan dengan Anwar tetapi dari segi politik, beliau tidak mampu lagi mengikuti Penasihat PKR itu. ''Ia kerana saya melihat PKR sanggup menjual maruah dan integriti bagi mencapai satu pembohongan untuk merosakkan bangsa,'' katanya.

Mengenai gesaan Guan Eng yang mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Island Golf Properties (IGP), Zahrain berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu sepatutnya bersabar sedikit.
''Saya sudah pun menyediakan surat peletakan jawatan tersebut dan dua tiga hari lagi selepas cuti Tahun Baru Cina, beliau akan menerima surat berkenaan. Saya tidak kemaruk jawatan itu,'' tegasnya. Dalam wawancara itu juga, Zahrain sekali lagi mengulangi dakwaannya bahawa Guan Eng dan DAP mengamalkan politik perkauman.
Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 18 Februari 2010

PERASMIAN KABIN SRS KRT SUNGAI WANG,SITIAWAN PERAK.

Acara Perasmian Kabin SRS KRT Sungai Wang, Sitiawan, Perak.
Oleh : Yang berbahgia Dato' Ketua Pengarah JPINN
Tarikh: 6 Februari 2010
Masa: 9.30 pagi
Tempat : Taman Sungai Wang, Sitiawan, Perak.

Kerajaan memberi peruntukan untuk membina pusat Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sungai Wang

Menunggu ketibaan Ketua Pengarah JPINN

Gabungan Ahli SRS Daerah Manjung.

Dato Ketua Pengarah memeriksa perbarisan SRS Manjung

Ucapan Perasmian oleh Dato' Ketua Pengarah JPINN.

Ahli-ahli KRT Pantai Remis memberi sokongan.

Ahli-ahli KRT Pantai Remis memberi sokongan.

Dalam Kabin SRS

Gambar Kenangan dengan Dato' Ketua Pengarah, Encik Alias Pengarah JPINN Perak,Encik Sharani Pegawai Perpaduan Daerah Manjung

****************************************************************


Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988.

Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu jawatankuasa di dalam organisasi sesebuah Rukun Tetangga manakala rondaan pula dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang telahpun diwartakan.

Skim Rondaaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga disamping mambantu pihak Polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar janayah yang semakin meningkat pada masa sekarang.

Dengan adanya Skim Rondaan Sukarela ini, sebahagian besarnya telahpun berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.

Warna-warni Politik
Torashah

Selasa, 16 Februari 2010

Pembangkang lebih pentingkan diri sendiri!

Saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil mencerminkan sikap sebenar pembangkang yang gemar ‘pilih bulu’.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pemimpin pembangkang tidak akan membuat saranan serupa sekiranya wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) meninggalkan parti dan menyertai mereka. “Biasalah yang mana yang tak menguntungkan dia, ada fatwa baru yang mengesahkan dan menghalalkan itu.

Biasalah Tok Guru (Nik Abdul Aziz), dia pun tahu selama ini yang apabila hak-hak seseorang kita tak sampai nak suruh buat undang-undang nak menyuruh itu dan ini. “Ingat tak waktu yang dia orang buat dulu pun kita tak pernah nak suruh kita letak jawatan dan sebagainya, tak sebut soal itu. Apa yang dia takut sangat,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina Perak di Hotel Impiana di sini, semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, menyifatkan keputusan Zahrain menjadi wakil rakyat bebas dan tindakan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat. Katanya, wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lalu dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

Katanya, Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan perkara seumpama itu walaupun pernah memperoleh suatu ketika dahulu. “Semasa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak menyertai Pakatan Rakyat, Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyambutnya dengan baik dan tiada desakan untuk mengosongkan kerusi. Bila kena kat BN tak boleh,” katanya.

Komen : Teringat pula kes Elizaberth Wong semasa nak melepaskan jawatan DUN dalam kes skandal bogelnya. Betapa muslimat PAS dan juga PKR berpelukan sesama mereka memujuk agar Eliz Wong tidak melepaskan jawatan. Malah Nik Aziz juga bermati-matian mempertahankan Eliz Wong dan mencadangkan supaya Eliz Wong terus menjadi ahli DUN supaya PRK tidak dapat dijalankan dengan alasan satu lagi PRK adalah satu pembaziran?

Warna-warni Politik
Torashah