DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Ahad, 21 April 2013

PRU -13 : Antara sebab mengapa Nizar Lambai 'lari' bertanding ke Changkat Jering?


Nizar Lambai menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang diwakili beliau membatalkan keahlian mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Pengerusinya, S. Saravanan, 42, berbuat demikian setelah hilang kepercayaan kepada Pas dan Mohammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri.

Menurut Saravanan, mereka nekad meninggalkan DHPP setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditabur oleh Pas dan Mohammad Nizar.

"Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat.

"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama beberapa bekas ahli DHPP DUN Pasir Panjang menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di sini sebelum ini.

Warna-warni Politik
Torashah

Sabtu, 20 April 2013

PRU-13: Pemimpin PKR Lumut keluar parti, cabang dibubar?


M.P. Shamugum (kanan) menurunkan papan tanda perasmian di pejabat PKR Lumut selepas mengisytiharkan membubarkan PKR Cabang Lumut di Sitiawan, Perak malam ini.

LUMUT 21 April - Tidak sampai 24 jam selepas proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri calon mereka, krisis dalaman pembangkang terus meruncing apabila satu persatu pemimpin, ahli dan penyokong mereka bertindak meninggalkan parti.

Terbaharu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lumut, M.P Shamugum bersama 13 ketua ranting parti di Parlimen itu mengisytiharkan meninggalkan PKR.

Serentak itu, mereka mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut dan penutupan semua bilik gerakan jentera parti itu di 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkuatkuasa serta merta.

Shamugum ketika ditemui pemberita memberitahu, keputusan itu diambil ekoran rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti yang meletakkan calon luar untuk bertanding di Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.

Warna-warni Politik
Torashah

PRU -13 : Saya bertanding untuk mengalahkan Nizar Jamaluddin yang bongkak?


Saya bertanding untuk mengalahkan Nizar Jamaluddin yang bongkak, bukan untuk mengalahkan Dato Rosli Hussin. Zulkifli Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul dikalangan parti PAS kawasan changkat jering yang bertanding sebagai calon bebas sebagai tanda protes ahli ahli pas tempatan.

Kedengaran terdapat dua puak didalam PAS negeri dan pusat sekarang ini yang mana pendokong Islam sebenar dengan segerombolan yang penuh hawa nafsu dan gila kuasa seperti Nizar Jamaluddin.

Ustaz Zul Calon bebas juga menyatakan bahawa lebih kurang jam 4 pagi pada hari penamaan calon, seorang penyokong untuk beliau dicalonkan telah di "kidnap" dan dibawa lari supaya dia tidak dapat menjadi calon bebas oleh pihak yang tertentu.

Atas dasar sayangkan kampung halaman sendiri, dari diwakil orang yang tidak bertanggung jawab beliau atas keputusan musyawarrah sesama ahli telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas.Yang nyata adalah untuk tidak memberi kemenangan walaupun tipis buat Si gila kuasa Nizar Jamaluddin.

Warna-warni politik
Belantan

PRU13 : Kamilia Dipecat Daripada Umno!


PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

"Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

"Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.

"Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan," katanya.

Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.

Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.

Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.-Bernama

Warna-warni Politik
Torashah

Jumaat, 5 April 2013

PRU-13: Ceramah tempat gelap, penyokong Pas jatuh parit?

Orang ramai membantu seorang lelaki penyokong Pas yang terjatuh ke dalam parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap dan tanah licin akibat hujan, sewaktu Mohamad Sabu berucap pada ceramah Pas di Bandar Baru Uda, Johor Bahru malam tadi.

Gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.

Dalam satu majlis ceramah Pas di di Bandar Baru Uda di sini malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.

Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Ekoran kejadian itu, pengacara majlis, Onn Jaafar, yang juga Ahli Badan Perhubungan Pas Johor terpaksa membuat pengumuman agar pengunjung yang hadir hati-hati melangkah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kecederaan.

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 22 Mac 2013

PKR, Pas Perak bertelagah berhubung kerusi DUN Changkat Jering?



Pergolakan dalam pakatan pembangkang Perak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 terus memuncak selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan Pas yang didakwa 'melanggar syarat' ketika mengumumkan calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.

Pengerusi PKR negeri, Muhamad Nur Manuty menegaskan, tindakan Pas mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi itu belum muktamad kerana Pas perlu menyerahkan kerusi lain sebagai ganti.

"Memang kita tidak bersetuju kerana Pas belum memberikan kerusi lain sebagai ganti. Dahulu, memang ada dengar Pas mahu beri kerusi DUN Belanja kepada PKR, tetapi sehingga kini tidak dengar apa-apa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussian dalam ceramah di Air Kuning, di sini malam tadi mengumumkan Mohammad Nizar akan bertanding di Changkat Jering, sekali gus mengesahkan spekulasi pemimpin tersebut tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

Walau bagaimanapun, ceramah itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin PKR.

Abu Bakar ketika membuat pengumuman itu mendakwa, keputusan tersebut dibuat Badan Perhubungan Pas Perak dalam mesyuarat kelmarin dan dipersetujui Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Pengumuman mengejut itu dipercayai sebagai maklum balas terhadap tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Muhammad Nur sebagai calon kerusi Parlimen Bagan Serai dalam ceramah pada 15 Mac lalu walaupun tidak dipersetujui pucuk pimpinan Pas bahagian itu.

Muhamad Nur berkata, berdasarkan persetujuan sebelum ini, kerusi DUN Changkat Jering hanya akan diberikan kepada Pas jika Mohammad Nizar bertanding di kawasan itu dan parti tersebut perlu menyerahkan kerusi 'boleh menang' lain kepada PKR.

"Kita akan berpegang kepada persefahaman awal dan rasmi bahawa kerusi DUN Changkat Jering boleh diberikan kepada Pas dengan syarat Mohammad Nizar sendiri bertanding di situ dan berkonsepkan pertukaran kerusi," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Mohammad Nizar bertanding di DUN Pasir Panjang dalam kawasan Parlimen Lumut dan menang dengan majoriti 4,474 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Vasan.

Walau bagaimanapun, terdapat desas-desus menyatakan Pas akan meletakkan Mohammad Nizar bertanding di kerusi lain bagi 'menyelamatkan' pemimpin itu yang dijangka berdepan laluan sukar jika terus bertanding di Pasir Panjang.

Perkara itu memandangkan MIC menyerahkan semula kerusi majoriti orang Melayu tersebut kepada UMNO.

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 21 Mac 2013

BN tidak gentar Anwar tanding di Perak?



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak hairan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak kerana pakatan pembangkang sememangnya dianggotai pemimpin politik 'touch n go'.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pemimpin pembangkang termasuk Anwar dan Lim Kit Siang berhak bertanding di mana sahaja mereka suka kerana itu dibenarkan dalam sistem demokrasi.

"Kalau rasa mereka adalah pemimpin 'touch n go', mereka buatlah apa yang disukai. Tidak mendatangkan kehairanan kepada saya kalau itu keputusan yang mereka buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor.

Menurut Anwar, beliau belum membuat keputusan muktamad tentang kerusi Parlimen di negeri mana yang akan ditandingi tetapi sedang menimbang untuk bertanding di Perak.

Ditanya sama ada peluang BN untuk menang di Perak akan terjejas jika Anwar bertanding di sini, Zambry berkata, pihaknya tidak gentar langsung.

Katanya, tiada istilah gentar dalam dunia politik, apatah lagi apabila berada dalam suasana pilihan raya.

"Sepatutnya soalan gentar itu tidak ditanyakan kepada saya tetapi ditujukan kepada Anwar. Kenapa beliau tidak kekal di kawasannya di Permatang Pauh. Apakah beliau gentar?," soalnya.

Zambry berkata, tindakan Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin menjadi pengakhiran kepada perjalanan karier politik Penasihat DAP itu.

"Mereka rasa tidak akan alami masa surut. Mereka perlu faham, apabila tiba masanya, air pasang akan surut juga dan ada sebab musababnya.

"Kamu pernah menamatkan karier politik orang lain dan siapa tahu karier politik kamu juga akan ditamatkan dengan cara sama," katanya.

Warna-warni politik
Torashah