Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
DAULAT TUANKU
Jumaat, 30 Mei 2014
Pilihanraya Teluk Intan : Lelaki India mengamuk dakwa dipanggil "paria" oleh jentera DAP?
Warna-warni politik
Torashah
Sultan Perak, Raja Nazrin Shah menziarahi makam almarhum ayahanda baginda.
Sultan Nazrin, Sultan Perak yang baru tidak dapat menahan rasa sebak dan sayu ketika menziarahi makam Almarhum ayahanda baginda Tuanku Sultan Azlan Shah.
Semuga Allah swt merahmati almarhum Sultan Azlan Shah...Al-Fatihah.
Warna-warni politik
Torashah
Rabu, 28 Mei 2014
Al-Fatihah...Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah Mangkat.
Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah, 86, mangkat pada jam 1.30 tengah hari Rabu dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis.Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
“Penghormatan terakhir oleh pembesar-pembesar negeri akan dilakukan pada pukul 9 pagi Khamis, manakala bagi orang ramai pula antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.
“Seterusnya, sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing boleh memberi penghormatan terakhir mulai pukul 2 petang hingga 3 petang,” katanya menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 3.45 petang Rabu.
Bagi menghormati istiadat pemakaman Almarhum baginda, Zambry berkata, kerajaan negeri Perak mengisytiharkan Khamis sebagai cuti umum di negeri berkenaan.
Beliau berkata, sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula petang Rabu, manakala bendera Malaysia pula dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari.
“Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan,” katanya.
Zambry berkata, sesungguhnya seluruh rakyat di negeri Perak merasai kehilangan sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.
“Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin,” katanya dengan sebak.
Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.
Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.
Warna-warni politik
Torashah
Selasa, 27 Mei 2014
#P76 Teluk Intan : Ibu Dyana Sofya umum tidak lagi bersama Perkasa?
Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, mengumumkan secara rasmi beliau tidak lagi bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama anaknya di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini.
Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang. Yammy berkata beliau meninggalkan pertubuhan itu secara tidak rasmi sejak lebih setahun lepas apabila mendapati parti itu cenderung kepada politik.
"Perkasa tidak sepatutnya terlibat dalam politik. Sudah lama saya meninggalkan Perkasa," katanya, dan turut menafikan pernah menjadi Ketua Wanita pertubuhan itu.
Ditanya bila Dyana Sofya mengetahui tentang keanggotaannya dalam Perkasa, Yammy berkata anaknya dimaklumkan berhubung keanggotaannya dalam pertubuhan itu baru-baru ini selepas isu itu ditimbulkan pihak media.
Semalam, Dyana Sofya mengakui Yammy adalah anggota pertubuhan itu.
Sebelum ini Dyana Sofya berkata beliau tidak mengetahui tentang keanggotaan ibunya dalam persatuan itu, walaupun beliau pernah terlibat membantu ibunya mengendalikan satu program anjuran pertubuhan itu.
Warna-warni Politik
Torashah
Ahad, 25 Mei 2014
#P76 Teluk Intan : Benarkah Dyana dan Hajah Yam@Yammy Abdul Samat ahli Perkasa?
Puan Yammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008.
Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.
Untuk rekod, Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008
AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA
Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad
AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari
Sumber : taipingmali
Warna-warni politik
Belantan
#76 Teluk Intan : Gimik Dyana Sofya, strategi lompatan imej DAP?
Dalam wawancara dengan akhbar ini pada September 2012 selepas meletakkan jawatan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menceritakan bagaimana beliau tertipu dengan agenda DAP sebagai parti untuk semua. Tunku Aziz menyertai DAP pun atas dasar itu, parti yang disangkanya berpegang kepada etika dan teguh integritinya.
"Tetapi itu cuma retorik sahaja." katanya yang sekarang berjuang membetulkan kesilapan lampau dengan menjelaskan siapa sebenarnya DAP. Dalam setiap penampilannya, Tunku Aziz membawakan mesej bahawa DAP parti yang tidak boleh dipercayai.
Bagaimana orang sehebat dan sekaliber Tunku Aziz boleh tertipu dengan gimik DAP adalah sesuatu yang perlu diteladani. Apa yang tidak ada pada Tunku Aziz. Kerabat diraja Kedah ini adalah tokoh berprofil tinggi untuk melonjakkan imej DAP sebagai parti demokratik dan memusuhi rasuah semasa itu.
Atas faktor itulah Tunku Aziz diberi tempat istimewa sebagai Naib Pengerusi DAP pada 2008. Tidak banyak orang Melayu yang mempunyai karisma sebegitu rupa serta mahu pula bekerjasama dengan DAP.
Tunku Aziz pernah menjadi penasihat di Bank Negara, pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Panel Penasihat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan Naib Presiden Transparency International (TI).
Tetapi lihatlah apa yang DAP telah lakukan kepada orang sebegini. Setelah 'mempergunakan' imej berintegriti, telus dan bersih Tunku Aziz dalam tempoh hampir tiga tahun, DAP mudah menyisihkannya gara-gara kritikan jujur beliau kepada pendirian parti itu terhadap demonstrasi jalanan.
Strategi
Kini DAP menggunakan strategi yang hampir sama. Mereka sedang mempergunakan aura gadis Melayu lulusan institusi bumiputera UiTM yang baru sahaja diangkat sebagai Setiausaha Politik kepada supremo mereka, Lim Kit Siang pada 2013 setelah menjadi ahli dua tahun sebelum itu.
Dyana Sofya Mohd. Daud, gimik baharu DAP memang telah membangkitkan suasana berbeza dan luar biasa dalam politik negara. Puteri ayu DAP ini diakui berjaya membangkitkan sensasi yang membuatkan rakan sekutu dan seteru perlu menata semula strategi politik masing-masing.
Jika PKR ada ikon Puteri Reformasi yang kini semakin hilang daya magnetnya, DAP membuka langkah di luar jangkaan malah terkesan berani dan berisiko. Tetapi itulah politik demi cubaan untuk membuat lompatan bagi membuang imej cauvinis kepada sebuah parti terbuka untuk semua kaum dan golongan serta mesra bumiputera.
Dyana Sofya yang lahir dalam lingkungan keluarga UMNO ditatang dalam dulang emas DAP untuk dijadikan senjata ampuh meruntuhkan tembok kekuasaan pesaing politik. Apakah Dyana Sofya nantinya akan menerima nasib habis madu, sepah dibuang?
Atau adakah seperti pemimpin Melayu DAP terdahulu yang akhirnya menyedari perjuangan dan matlamat sebenar parti cauvinis ini tidak seperti yang mereka sangkakan? Selalu ada muslihat dalam setiap gerak parti ini. Selalu ada udang di sebalik batu. Tiada demokrasi dalam parti demokratik ini sudah menjadi kata-kata biasa untuk DAP.
Dyana mungkin sahaja boleh menang kerusi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil ini. Dan, Dyana Sofya boleh berbangga dalam usia semuda itu sudah bergelar Yang Berhormat.
Beliau tentu akan berterima kasih kepada DAP kerana tidak mungkin parti lain akan memberi peluang yang sama kepada anak muda dan perempuan pula sepertinya. Peluang sebegini tidak pernah berlaku. Sungguh satu perubahan dan pembaharuan yang luar biasa.
Cuma soalnya adakah semua itu dilakukan secara ikhlas. Jika melihat kepada keluarbiasaan itu, jawapannya mudah ditelah.
Strategi DAP dalam usaha untuk melonjakkan imej parti kali ini kena pada masanya. Sedang hudud menjadi penghambat untuk menarik lebih besar sokongan orang Melayu, Dyana Sofya hadir menjadi penyelamat.
Sedang DAP dicela sebagai parti cauvinis Cina dan anti bumiputera, pemilihan Dyana Sofya menjadi calon pilihan raya dapat menafikan label sebegitu. Langkah ini dapat mengelabui mata rakyat supaya tidak lagi mempersoalkan komposisi ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang menjadi pusat kuasa dan didominasi oleh satu kaum sahaja.
Pilihan raya itu pula dilangsungkan sedang trend orang Cina di Teluk Intan menguasai 42 peratus jumlah pengundi, masih tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN). Kali ini DAP memang dalam kedudukan terbaik untuk membuat lompatan imej itu.
Sebab itu Dyana Sofya dijaga sebegitu rupa. Sidang akhbar dan pendangan calon ini dikawal agar tidak melangkaui kehendak DAP. Dyana Sofya tidak lebih hanya burung kakak tua bahkan ada yang melihatnya sebagai boneka dinasti Lim. Apa yang Kit Siang cakap, itulah yang beliau katakan. Apa yang Lim Guan Eng dan DAP pertahan, itulah yang diperjuangkan Dyana Sofya. Beliau hanya alat.
Adegan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman diberi tekanan selepas terlepas cakap dengan menggelar Guan Eng sebagai angkuh, sombong dan tokong dalam satu mesyuarat tertutup terasa masih segar dalam ingatan kita. Akhirnya dalam satu sidang akhbar, Mansor hanya menuruti sahaja arahan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Entah berapa kali lagi untuk kita menyedari bagaimana liciknya parti ini memperdayakan khalayaknya. Kali ini, sekali lagi strategi DAP itu mungkin berjaya kerana kita nampaknya terlalu lemah untuk menolak ajakan indah dan muluk-muluk itu.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catatan (Atom)








