DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Selasa, 4 Februari 2014

Tujuh peringatan Sultan Azlan Shah.

Raja Dr. Nazrin Shah bersama Tunku Zara (kanan), Raja Dihilir Raja Jaafar Raja Muda Musa (dua dari kiri) dan Dr. Zambry Abdul Kadir (kiri) pada Majlis Kesyukuran Sempena 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak, semalam.

TITAH Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sempena Majlis Kesyukuran 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, semalam.

MAHA Suci Allah yang di tangan-Nya segala kerajaan; yang memberi kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki; Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki; di tangan Engkau segala kebajikan; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul junjungan dan penghulu kami, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian; kurniakan rahmat ke atas Baginda, demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh kegelapan. Semoga memperoleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan inayat dari Allah SWT, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, hari ini genap 30 tahun bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan raja pemerintah kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Majlis kesyukuran yang dilangsungkan pada pagi ini, adalah atas titah baginda supaya dapat dizahirkan apresiasi baginda kepada seluruh rakyat yang telah membuktikan kesetiaan dalam tempoh 30 tahun pemerintahan baginda.

Baginda bersama Tuanku Permaisuri amat ralat tidak dapat bersama di majlis ini. Baginda berdua menyampaikan salam kepada semua hadirin dan menzahirkan terima kasih di atas perutusan ucap selamat serta doa berterusan daripada rakyat jelata ke atas kesejahteraan baginda berdua.

Kesultanan Melayu Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1528. Sultan Muzaffar Shah bersemayam selama 21 tahun di takhta pemerintahan. Seramai 34 Sultan bersemayam di takhta pemerintahan dalam tempoh 486 tahun sejarah Kesultanan Melayu Perak. Dengan penentuan Ilahi, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mula bersemayam di takhta pemerintahan pada 3 Februari 1984. Baginda ialah Sultan Perak kedua paling lama berada di takhta pemerintahan, selepas Sultan Perak ke-11, Sultan Mahmud Iskandar Shah yang bersemayam di takhta Kerajaan selama 67 tahun di antara tahun 1653 sehingga tahun 1720.

Setiap Sultan telah menyempurnakan amanah sebagai Amirulmukminin. Ketika kita di majlis ini mengangkat kalimah kesyukuran kepada Ilahi, sempena genapnya 30 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, amatlah wajar untuk kita turut menghargai khidmat bakti yang telah diabadikan kepada negeri dan rakyat oleh 33 Sultan terdahulu.

Semoga khidmat bakti kesemua 33 Marhum yang telah kembali ke Rahmatullah, diterima sebagai amal soleh dan diberikan ganjaran sewajarnya kepada roh setiap seorang dari Marhum tersebut. Sama-samalah di Majlis ini, kita menghargai khidmat bakti Marhum-Marhum tersebut dengan membacakan Suratul Fatihah, semoga apa juga ganjaran darinya disampaikan kepada roh Almarhum-almarhum yang telah berada di alam barzakh. Al-Fatihah.

Meskipun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika ini masih dinasihatkan oleh pakar-pakar perubatan untuk beristirehat, namun baginda tetap mengikuti perkembangan yang sedang berlaku; malah keadaan semasa rakyat jelata senantiasa berada dalam pemikiran baginda. Sempena ulang tahun 30 pemerintahan, baginda telah menitahkan supaya dizahirkan tujuh peringatan berikut:

Pertama: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat-sifat tawaduk, kemanusiaan, serta kasih sayang sesama insan di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.

Kedua: Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi; setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al An‘Aam;

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri, dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada mu, maka Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu"

Ketiga: Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dipenuhi dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali ‘Imran bermaksud;

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji".

Keempat: Negeri Perak dan negara Malaysia telah dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan-amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan majoriti rakyat dapat disejahterakan.

Kelima: Perpaduan rakyat hendaklah sentiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang telah memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini terdiri dari pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kepelbagaian tersebut adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami - saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berfikiran sempit lalu memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu-isu agama, kaum, budaya dan bahasa. Baginda yakin majoriti rakyat bersifat rasional lagi bertanggungjawab; bahawa majoriti rakyat menghargai suasana hidup yang aman, harmoni lagi rukun.

Keenam: Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang (rule of law). Undang-undang tidak sahaja perlu digubal tetapi lebih penting untuk dihormati, dikuatkuasakan secara adil - secara saksama, malah dipastikan kelihatan dilaksanakan secara adil - secara saksama, tanpa prejudis - tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar - tanpa pilih kasih (without fear or favour).

Ketujuh: Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Raja Pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak - tidak partisan - tidak berkepentingan demi menjamin berlakunya keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi - berakarkan doktrin pengasingan kuasa.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Paduka Ayahanda Raja Di Hilir, Mamanda Menteri Besar, kesemua Raja Bergelar, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri, kakitangan perkhidmatan awam, anggota tentera, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, guru-guru, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, para ulama, penghulu, imam dan pegawai Masjid, pihak swasta, badan-badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan, badan-badan sukan serta seluruh rakyat baginda yang telah melaksanakan pelbagai peranan untuk membangunkan negeri. Kepada rakyat baginda yang terdiri daripada kaum Cina, baginda bersama Tuanku Permaisuri mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu (Gong Xi Fa Cai)

Baginda menyeru agar rakyat terus bersatu, hidup dalam semangat muhibah, rukun dan harmoni, membantu membina sebuah negara Malaysia yang maju lagi makmur, rakyatnya kukuh berpadu dan cekal bersatu. Baginda mendoakan agar terbina sebuah negara dan warga yang mendapat rahmat Ilahi seperti yang digambarkan dalam ayat 15 Sura Saba’ bermaksud;

“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka ia itu dua buah kebun di sebelah kanan dan kiri; “Makanlah oleh mu rezeki yang (dianugerahkan) Tuhan mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya! (Negeri mu) adalah negeri yang baik dan (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun"

Sempena Majlis kesyukuran memperingati 30 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Paduka Anakanda, Paduka Ayahanda Raja Di Hilir, sekalian Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, merafakkan sembah, mengulangi ikrar taat setia, sedia menjunjung titah - sedia melaksanakan perintah Paduka Seri Ayahanda, berlandaskan hukum - bersendikan adat; dan akan sama-sama memelihara kemuliaan dan nama baik institusi kesultanan Melayu Perak demi memastikan tradisi negeri bersultan - rakyat beraja yang merupakan identiti sistem berkerajaan di bumi ini terus mendapat pengiktirafan dan penerimaan rakyat.

Ya-Wahid, Ya-Ghaffar, Ya-Latif, Ya-Qayyum, hamba-Mu memanjatkan doa agar Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Permaisuri Tuanku Bainun berada dalam kerukunan, dikurniakan keafiatan, dianugerahkan taufik - dilimpahkan hidayah, senantiasa mendapat rahmat dan lindungan Ilahi.

Warna-warni Politik
Torashah

Selasa, 14 Januari 2014

Kerajaan Tetap Tidak Akan Wujudkan Semula ISA - DS Dr Ahmad Zahid Hamidi?


"Kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya menurut beliau, akta sedia ada mungkin akan dipinda atau digubal kepada akta baharu yang lebih sesuai.

Ahmad Zahid menambah, perkara itu akan dilakukan sekiranya kerajaan merasakan terdapat keperluan.

"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA.

"Kita, bagaimanapun menerima sebarang cadangan ataupun input-input dalan memperkemaskan undang-undang di negara ini," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di Bagan Datoh.

Beliau juga berkata sekiranya akta seperti itu diadakan maka ia bukan bertujuan untuk menahan mereka yang berbeza pandangan politik.

Sebaliknya jelas beliau, untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu," katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.

Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 9 Disember 2013

Kecewa Nizar Tidak Dipilih Pesuruhjaya PAS Perak?


Pelantikan Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong, Razman Zakaria sebagai Pesuruhjaya Pas Perak baharu menggantikan Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain dilihat tidak digemari beberapa pihak di dalam Pas Negeri.

Berdasarkan entri beberapa blog pro-Pas Perak, mereka kecewa dengan pelantikan Razman kerana menjangkakan Pengerusi PR Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Ada dalam kalangan blog berkenaan mendakwa, terdapat usaha tertentu melobi Razman sebagai Pesuruhjaya Pas Perak berbanding Mohammad Nizar yang dirasakan lebih layak.

Berdasarkan Blog Alhusseyn, Mohammad Nizar Jamaluddin lebih layak selepas bancian dibuat secara dalam talian mendapati 215 responden mahukan Adun Changkat Jering itu dipilih bagi memegang jawatan tersebut.

Blog Cenagau turut mempersoalkan pelantikan Razman.

“Sebagai orang Perak, bab tak sambung Ustaz Bakar (Abu Bakar Hussain) sebagai PJ (pesuruhjaya) walaupun dia menang di Dun Titi Serong tempat aku, aku sangat-sangat setuju. Pasai apa jangan tanya, kalau tanya pun aku malas nak jawab.

Razman Zakaria (kiri) menggantikan Ustaz Abu Bakar Hussein (kanan) sebagai Pesuruhjaya PAS Perak

“Yang aku musykil sikit pasai apa Hj Razman (Razman Zakaria) yang dilantik jadi PJ, hebat sangat ka Hj Razman ni.

“Yang buat aku musykil tu pasai apa Hj Nizar (Mohammad Nizar Jamaluddin) yang hampir semua orang Perak kenai yang pernah jadi MB dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Bendahari dan Setiausaha PAS Perak, tak dilantik sebagai PJ, teruk sangat ka Hj Nizar tu?,” jelas blog berkenaan dalam entri yang disiarkan, 2 Disember lalu.

Sementara itu, Razman ketika dihubungi menafikan berlakunya lobi melobi bagi jawatan Pesuruhjaya Pas seperti didakwa.

Katanya, pelantikan Pesuruhjaya Pas negeri merupakan proses biasa dan keputusan tidak dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berseorangan kerana turut melibatkan ahli jawatankuasa Pas Pusat lain.

“Saya tahu ada pihak yang tidak dapat menerima pelantikan saya. Ada yang kata Mohammad Nizar patut jadi pesuruhjaya negeri.

“Bagaimanapun ia tidak akan mengganggu tugas saya sebagai pesuruhjaya Pas negeri,” katanya!

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 30 Oktober 2013

Syabas Zambry Kerana Memartabatkan Islam!


Kerajaan Negeri Perak akan membina Ma’ahad Tahfiz di kesemua daerah di negeri ini untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa menitikberatkan ilmu agama disamping mengerjakan aktiviti seharian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini lima daerah negeri ini iaitu di Lenggong, Kerian, Sungai Siput dan Tapah telah mempunyai Ma'ahad Tahfiz dan yang terbaru bakal dibina di Pulau Pangkor.

“Hari ini saya merasmikan majlis pecah tanah bagi projek Ma’ahad Tahfiz, seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kita akan bina sekolah tahfiz di setiap daerah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tersebut di Tapak Projek Ma’ahad Tahfiz Pulau Pangkor, di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang bakal menuntut di sekolah ini akan ditempatkan di asrama dan projek ini diharap memberikan kualiti pendidikan yang baik untuk mencapai tahap kecemerlangan yang terbaik, sebaris dengan pelajar daripada sekolah harian yang lain.

“Disamping belajar mengaji Al-Quran, belajar ilmu keislaman, mereka juga akan mengambil peperiksaan PMR, SPM, dan STPM seperti pelajar sekolah harian dan juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam mahupun luar negara,” katanya.

Dr Zambry berkata, sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan untuk projek ini dan kerajaan negeri akan mempertimbangkan lagi sekiranya terdapat kos tambahan yang diperlukan.


“Ini merupakan projek fasa pertama dan kerajaan negeri masih mempertimbangkan untuk menambah peruntukan untuk projek ini kepada RM10 juta sekiranya terdapat penambahan yang diperlukan,” tambahnya.

Beliau juga berkata, pihak kerajaan negeri tetap tidak akan melupakan Ma’ahad Tahfiz swasta yang lain dan akan terus memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka.

“Kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan dan sumbangan kepada Ma'ahad Tahfiz swasta yang lain, tetapi untuk projek seperti ini kesemua Ma’ahad yang bakal dibina akan diletakkan sepenuhnya dibawah bantuan kerajaan negeri,” katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 22 Oktober 2013

Nizar Lambai Meroyan Lagi...!!! Dengki dengan Zahrain Yang Di Lantik Jadi Duta Ke Indonesia?


Mungkin lama sudah tak meroyan, tetiba aje Pengerusi PR Perak, Mohammad Nizar Lambai menyifatkan Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Kamalia Ibrahim (Bekas Naib Ketua Wanita Umno) lebih berwibawa untuk menggalas tugas sebagai duta Malaysia ke Indonesia berbanding Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Dalam laman Twitternya semalam, beliau berkata, ramai lagi calon yang lebih sesuai untuk mengisi jawatan berkenaan berbanding Zahrain.

“Tanya saya siapa lebih layak jadi duta kita ke Indonesia, Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) lebih wibawa ataupun Datuk Kamalia Ibrahim (bekas Naib Ketua Wanita Umno), sekurang-kurangnya ada prinsip,” katanya ketika menjawab pertanyaan orang ramai berhubung siapa yang sepatutnya layak menjadi duta.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.


Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.

Beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mohammad Nizar turut menyatakan pelantikan bekas Ahli Parlimen Bayan Baru itu tidak lebih hanya ganjaran dan bayaran balik atas jasa ‘pengkhianat’ yang dilakukan kepada PKR dan PR.

“Itulah ganjaran melompat agaknya dan sungguh malang Malaysia mempunyai duta yang begitu sifatnya.

“Ini salah satu lagi hadiah BN kepada rakyat, lebih elok bubuh zul nordin (bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin), Gobala (bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan) bila?,” soalnya.

Kalau dah dengki tu cakap je lah Nizar Lambai. Tak payah le nak putar belit kenyataan. Jagalah BONTOT CINA Dap di Perak tu agar kamu bahagia. Kalau tak bahagia juga Hospital Tanjung Rambutan kan dekat, kamu joint le the Kelab..!!! Memang hamPAS lah ko Nizar sial?

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 24 September 2013

Kerajaan Bimbang Tahap Polarisasi Semaking Teruk - Tan Sri Muhyiddin Yassin!


Kerajaan gusar dengan trend terkini dalam masyarakat terutama dalam konteks hubungan antara kaum yang dilihat mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan isu polarisasi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kelompok masyarakat hari ini lebih mudah sensitif sehinggakan usaha baik yang dirancang kerajaan dipandang serong.

Beliau menambah, initiatif kerajaan kadangkala bukan sahaja dianggap negatif dikalangan rakyat malah ianya turut dijadikan isu yang menyentuh perkauman seperti apa yang berlaku terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP).

"Perhimpunan konvensyen yang dibuat oleh Dong Zhong semalam dikatakan telah membuat resolusi untuk menghalang apa yang kerajaan buat dalam PIPP dimana ia dibentuk untuk memajukan sektor pendidikan.

"PIPP, kita rancang dengan niat yang baik, namun ia dipandang serong sesetengah pihak yang melihat usaha ini berbaur perkauman.

"Selama 13 tahun pelaksanaan PIPP, ia tetap dilihat sebagai usaha menghapuskan bahasa ibunda mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Pelatih Amanjaya Internship di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di sini.

Muhyiddin menambah, Dong Zhong melihat niat baik kerajaan itu sebagai sentimen perkauman walaupun telah kerajaan mengambil masa hampir dua tahun untuk mengumpul input PIPP agar ia sejajar dengan Akta Pendidikan serta Falsafah Pendidkan Negara.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata trend itu langsung tidak membantu kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam supaya mementingkan perpaduan, hubungan mesra serta persefahaman berikutan sentiasa berdepan cabaran hebat.

"Dalam suasana begini, masyarakat Islam perlu kukuhkan jemaah. Berikutan ada pihak yang anggapan bahawa masyarakat Islam tidak kukuh disebabkan wujudnya pelbagai puak Melayu, lantas ramai yang lantang sehingga berani mempersoalkan hak-hak dalam Perlembagaan, agama dan raja," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berupa kurma, air zam-zam, kain pelikat dan jubah kepada pengerusi dan anggota jawatankuasa masjid daerah dari seluruh negeri.

Selepas berbuka puasa, beliau dan Zambry, Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, exco kerajaan negeri serta umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak serta tarawih berjemaah yang diimamkan guru Al-Quran Masjidil Haram, Makkah, Sheikh Osama Mohammad Iqbal.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 23 September 2013

Pemimpin Pembangkang Jangan Terus ‘Bermain Dengan Api - Datuk Jamaludin Abdul Rahim!


PAKATAN Rakyat (PR) diminta supaya tidak terus ‘bermain dengan api’ menerusi provokasi termasuk menimbulkan perasaan benci di kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama di seluruh negara.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak, Datuk Jamaludin Abdul Rahim berkata, tindakan berkenaan khususnya di kalangan pemimpin DAP itu sangat merbahaya kepada keamanan negara.

Menurutnya, pihak pembangkang perlu menghentikan segera tindakan-tindakan provokasi yang sangat merbahaya demi masa depan negara.

“Mereka sedang menunjukkan kekuatan tetapi ia mengundang ke lembah yang sangat bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Doa Selamat dan Tahlil sempena projek pembangunan bercampur PKMM Perak di Meru Raya dekat Ipoh, hari ini.

Jamaludin mengulas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mencatatkan perubahan terhadap lanskap politik negara disebabkan ‘tsunami Cina’.

Menurutnya, masyarakat Cina di negara ini sangat bertuah kerana mereka mendapat pelbagai keistimewaan, berbanding dengan kaum Cina di negara lain.

“Masyarakat Cina di Malaysia berpeluang menguasai ekonomi negara di samping peluang-peluang lain dalam bidang pendidikan dan politik.

“Misalnya di Singapura yang mempunyai 97 peratus kaum Cina, tidak ada langsung sekolah Cina tetapi di Malaysia, ada sekolah Cina, Tamil dan lain-lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mencadangkan supaya orang Melayu di dalam UMNO dan PAS perlu bersatu bagi memastikan survival dan politik Melayu terus relavan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Warna-warni politik
Torashah