DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Isnin, 19 Mei 2014

# P76 Teluk Intan : Agenda DAP untuk tutup kemelut dalaman?


Tindakan DAP meletakkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini merupakan sandiwara semata-mata demi menyelesaikan masalah dalaman parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, isu dalaman parti itu terlalu banyak sehingga terdapat ahli dalam kalangan DAP yang berpuak-puak kerana mahu berebut menjadi wakil rakyat di Teluk Intan.

Oleh demikian katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sanggup menggunakan dakyahnya untuk menyelesaikan kemelut parti itu.

"Rakyat lebih mementingkan perkhidmatan dan pembangunan di Teluk Intan lebih daripada mengambil tahu masalah DAP selain berharap wakil itu nanti mampu memberikan kesinambungan.

"Presiden parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong merupakan calon terbaik Barisan Nasional (BN) kerana pengalaman beliau sendiri yang pernah bertanding dan menjadi wakil rakyat di Teluk Intan," katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Pejabat MCA dan Pusat Khidmat Komuniti Bahagian Bandar Tun Razak.


Beliau mengulas berkenaan langkah DAP yang mengumumkan Dyana, 27, sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan kerana melihatkan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebagai pilihan terbaik untuk parti tersebut mempertahan kerusi Parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MCA dan Gerakan akan bergan­ding bahu dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN selain menasihati pengundi agar tidak terjerat dengan dakyah pembangkang.

"Kita akan memaklumkan kebenaran sebenar kepada rakyat selain memberikan janji yang boleh ditepati untuk berkhidmat di kawasan Teluk Intan.

"Rakyat lebih yakin kepada BN kerana parti ini amat konsisten dalam menunaikan janji dan bukan seperti pembangkang yang gemar beromong kosong termasuk mempunyai pelbagai kerenah," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan: