DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Khamis, 8 April 2010

Keputusan Zambry tepat untuk rakyat!

Keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengadakan pilihan raya lebih awal disifatkan tepat demi kesejahteraan rakyat.

Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Nor Yazid berkata, pilihan raya juga sebenarnya memerlukan perbelanjaan dan pengorbanan yang besar dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.

Justeru katanya, usaha Zambry untuk mengutamakan kebajikan dan khidmat kepada rakyat negeri Perak sebelum memberi tumpuan terhadap bidang politik harus diberikan pujian.

''Ada baiknya pilihan raya tidak diadakan lagi di Perak buat masa sekarang. ''Ia setidak-tidaknya akan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian yang jitu terhadap pemimpin mereka,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zambry semalam menegaskan kerajaan pimpinannya tidak bercadang membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya lebih awal walaupun terdapat petunjuk bahawa BN akan mendapat kemenangan. Menurut Menteri Besar Perak itu, apa yang menjadi keutamaan sekarang ialah menumpukan kepada pembangunan negeri bagi memastikan kehidupan rakyat lebih terjamin dan sempurna.

Sebelum ini terdapat kaji selidik bebas oleh Ilham Centre yang menunjukkan pakatan pembangkang berkemungkinan besar akan tewas jika DUN Perak dibubarkan. Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof. Dr. Rustam Abas menegaskan bahawa kesejahteraan rakyat adalah penting berbanding mengadakan pilihan raya dan keputusan yang diambil oleh Zambry memang wajar.

''Pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu menerima mandat yang diberikan itu serta sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggungjawab kepada rakyat,'' katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 6 April 2010

MEB perlu ambil iktibar kelemahan pelaksanaan DEB

Syukur, Datuk Seri Najib Tun Razak faham keperluan menangani semua komuniti dan tidak melupakan kaumnya sendiri ketika memimpin negara dalam tempoh mencabar ini. Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak berhajat menghapuskan polisi afirmatif sebaliknya akan menyemak pelaksanaannya secara adil dan telus berdasarkan kepada merit dan keperluan.

Bumiputera sebagai penduduk majoriti negara ini pasti berasa lega dengan jaminan itu. Sebagai pemimpin utama negara adalah kesilapan besar jika Najib gagal memahami keperluan semua kaum di negara ini terutama orang Melayu dan Bumiputera. Pun begitu MEB perlu mengambil iktibar kelemahan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Hanya ada 10 tahun sahaja tempoh MEB untuk melonjakkan ekonomi Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan. Kita tidak ada masa untuk dibuang bagi melayan tohmahan dan kritikan kurang membina tatkala pelbagai cabaran harus diharungi untuk kita maju ke hadapan.

Jangan ulangi faktor-faktor yang menyebabkan DEB gagal. Sikap negatif yang merosakkan matlamat DEB harus menjadi panduan jika kita mahu MEB berjaya capai matlamatnya. Tidak sesuai rasanya rakyat diajak menghentam MEB sedangkan ia baru diperingkat rangka, malah rakyat diseru bersama-sama untuk memberikan buah fikiran.

Dalam temu ramah dengan Bernama kelmarin, Najib menjawab apa yang telah menjadi keraguan dan kebimbangan rakyat. Dalam konteks meneruskan dasar afirmatif dalam membantu kaum Bumiputera, janganlah kaum-kaum lain berasa keperluan mereka pula diketepikan.

Sejak 53 tahun negara kita merdeka, belum ada dasar yang membantu Bumiputera menyebabkan kaum lain kerugian. Kita yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri, jika ada kaum yang berasa dipinggirkan daripada arus pembangunan, ia sebenarnya tidak akan berlaku.

Melalui Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan terbaharu Model Ekonomi Baru, semua menjurus untuk kesejahteraan hidup rakyat dan kemajuan negara.

Sebab itu, jika ada pihak bimbang kononnya MEB mungkin menghakis kepentingan kaum Bumiputera, ia juga ternyata tidak benar. Untuk menjayakan MEB, Najib menekankan aspek ekonomi yang lebih mesra pasaran, di samping kebajikan bukan Melayu dan bukan Bumiputera juga dipelihara.

Dalam MEB, kerajaan akan menyusun strategi memperkukuhkan lagi ekonomi rakyat secara menyeluruh melibatkan semua peringkat. MEB yang dilancarkan pada 30 Mac lalu kebetulan jatuh selang beberapa hari menjelang setahun Najib sebagai Perdana Menteri ini memenuhi konsep 1Malaysia kerana ia meliputi semua kaum.

Jadi, dalam tempoh setahun ini beliau telah mempraktikkan corak pentadbiran yang selari dengan kehendak dan kepentingan negara. Adalah penting dasar-dasar dan pembaharuan yang diperkenalkan Najib disenangi oleh pelbagai golongan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 3 April 2010

Jangan nak lebih-lebih cabar saya - Dr. Zambry!

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lebih banyak keburukan pakatan pembangkang sekiranya terus dicabar dengan pelbagai dakwaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin pembangkang patut menutup mulut kerana lagi kuat dirinya dicabar maka lebih banyak pendedahan yang boleh dilakukan seperti tawaran melompat parti yang didedahkannya kelmarin.

"Saya cuma nak kata pada mereka jangan nak lebih-lebih cabar saya. Jadi tak perlulah nak bergaduh memanjang-memanjang dan cabar saya keterlaluan. "Kalau tidak, lebih banyak lagi keburukan pakatan pembangkang yang boleh didedahkan. Ini adalah masa untuk mendedahkan sedikit demi sedikit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa tidak pernah menawarkan jawatan Menteri Besar kepadanya jika bersetuju melompat parti ketika mahu menubuhkan kerajaan negeri selepas pilihan raya umum lalu. Sebaliknya Anwar mengakui ada menghubungi Zambry melalui panggilan telefon tetapi perbualan tersebut tidak melibatkan tawaran jawatan Menteri Besar.

Mengulas kenyataan Anwar itu, Zambry berkata, penafian ketua pembangkang tersebut membuktikan siapa sebenarnya yang lebih layak digelar pembohong. "Saya nak bagi tahu kepada Ketua Pembangkang yang kata saya pembohong, saya tidak pernah berbohong. Sekarang ini kita sudah nampak siapa yang bohong.

"Hari ini dia kata tidak menelefon saya, esok dia kata dia telefon pula. Itu sudah cukup membuktikan (siapa berbohong)," katanya. Pada masa yang sama, Zambry turut mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang menuduhnya berbohong supaya tidak terus-menerus bercakap mengenai isu tersebut.

"Saya mahu Koo Ham diam. Kalau dia tidak tahu semua cerita di belakang tabir, jangan nak buka mulut," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai kekecohan yang dicetuskan wakil rakyat pembangkang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu lalu, Zambry berkata, beliau tidak akan tunduk dengan ancaman pihak tersebut.

Tegasnya, beliau tidak akan termakan dengan permainan yang dibuat oleh pakatan pembangkang itu. "Sebagai ketua, saya tidak akan ikut cara dan pendekatan mereka yang menunjukkan contoh buruk sekali. Pada saya ia adalah tindakan yang paling biadap dan rakyat sendiri sudah boleh menilai. "Apa pun yang mereka buat, saya akan terus laungkan tema perdamaian," katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

Khamis, 1 April 2010

Provokasi pembangkang gagal !

SEPERTI biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal. Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.

Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri. Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai. Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat.

Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat. Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit. Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam.

Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini? Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada.
Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir. Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.

Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.

Warna-warni Politik
Torashah

Pengundi PR Di Perak Patut Menyesal!

Betapa buruknya kelakuan orang-orang yang tersalah pilih oleh sebahagian orang Melayu, orang Cina dan India yang bosan dengan ketenteraman, ketertiban dan kesusilaan.

Mereka menghantar monyet-monyet sarkas ke DUN Perak agar wakil rakyat mereka boleh meletakkan mereka ke tepi dan dengan demikian, agenda peribadi wakil diri sendiri ini dapat mencetus pesona huru hara secara berkumpulan.

Patutkah mereka dari jenis ini dipilih untuk ke DUN hanya untuk memperoleh pengabaian yang serius?Apakah kuasa yang mereka mahukan itu akan memberi manfaat besar buat pengundi mereka seperti 11 bulan pemerintahan mereka yang lalu?Terserlah sudah tindakan kemonyetan mereka apabila kerajaan BN Perak kini lebih proaktif dalam mengembalikan kekuatan ekonomi negeri.

Adakah kekayaan tiba-tiba dari hasil mahsul negeri yang diputarbelit menerusi rundingan terus dengan kroni masing-masing satu ketika dahulu memberi manfaat kepada pengundi mereka?Hakikatnya, mereka berkelakuan seperti beruk adalah disebabkan kekusutan akibat penjarahan yang terhenti tiba-tiba.

The ugly part of civilized society is to have morons being elected to represent the society. Few Malay, most Chinese and large number of Indian that tired living in a polite, humble and tranquil conditions is happy on supporting uncivilized, uncool and useless representatives.

They voted monkeys just to have these animals forming a group that jeering, boycotting and humiliating in the state assembly sitting for the agenda of their own. It looks like their voters is just heads provided for them step on to ensure they could stand higher.Is it worth it to vote for a person that fixed with such thought? If they aren't such, why they are wasting the precious time to represent the voice of their constituency? They are deliberately put the people in negligence.

What kind of accomodation that these monkeys ever provided for Perakians during their 11 month old reign beside a state treasury ransacking activities?These unwelcomed tribes are now dealing with the fact that BN is working hard to cure the state enonomic illness which was an unforgiven negligence of the previous regime.

For 11 month awarding contracts for kin and clan, none had benefited anyone that vote them up.The truth is, these idiots is having a primate like attitude that caused by their own greediness when their plunder on state treasury was put to sleep by the justice. - IpohMalay

Warna-warni Politik
Torashah

Sidang DUN Perak Dicemar Puak "Sekolah Jahat"!

Sidang DUN Perak yang berlangsung pagi tadi kecoh apabila kesemua 28 wakil rakyat pembangkang bersikap luar profesionalisma mereka sebagai wakil rakyat, lalu menjadi wakil diri sendiri dalam agenda mencerca pemerintah yang juga diundi oleh separuh lagi rakyat.

Kepala boneka, Nizar Jamaluddin yang menyuarakan bantahan dari suara Nga dan Ngeh, mengambil jalan "sekolah budak jahat" dengan menganggap bahawa kemeriahan cuma ada apabila provokasi bodoh dibuat.

Akhirnya mereka keluar Dewan dan sidang petang ini telah cacat akibat tindakan keluar Dewan oleh wakil rakyat bodoh dari Pakatan Rakyat yang tidak langsung menggambarkan mereka adalah wakil kepada rakyat yang mengundi mereka kerana permasalahan di kawasan mereka itu dianggap 'normal-grouses' atau rungutan biasa.

Semalam Ngeh Koo Ham dengan nada samseng kongsi gelap Cina dengan selamba menyuarakan bahawa kehadiran polis di dalam Dewan memungkinkan mereka ditembak jika menyuarakan sesuatu yang tidak disukai ketika perbahasan.

Itu adalah contoh peguam kampung Chin Peng yang kehabisan idea namun tetap mahu menunjukkan dia adalah seorang peguam yang sengaja melakonkan watak Cina kebun demi undi.

The morning session of Perak state assembly tarnished by the PR hooligans in a kiddo act, away from profesionalism and turning their people representative into self-representation. Forget they may, half of Perakian are voting for BN.

The puppet, Nizar Jamaluddin is leading the mission to carry out Ngeh and Nga's voice and utter out a circus of enlightened monkeys in a house of representative of a sovereign state. They plan for a chaotic correctional school students atmosphere and for that, they wish to entertain the people with provocation.

Abjectly, the resuming session is now dilapidated by the attitude of PR's monkeys that choose to halt down by walking out of the assembly. I wonder if this content of an ingeneur and two lawyers is now in a transition into uncivilized ancient sapien.They put all the constituency problems into normal grouses and try to link it with flaws that they impose by manipulation of law to made exist in federal affair.

Yesterday, Ngeh Koo Ham, the Chin Peng town representative in his kiddo statement yet like some big shot from the Chinese underworld (as his face give a serious impression) that sounded like, IF THE POLICE ARE THERE IN THE DEWAN, THEY MIGHT SHOOT US DEAD IF THEY UNHAPPY WITH OUR WORDS.

Isn't it stupid for a lawyer to make such statement?Aren't they all, not suit to be there represent the now downhearted rakyat that vote them? Ngeh is telling the nation that a well educated lawyer is capable to act like an uneducated Chinese farmers just for votes.
- IpohMalay

Warna warni Politik
Torashah

Isnin, 29 Mac 2010

Berlarutankah kekecohan sidang DUN Perak?

WALAUPUN suasana di bandar raya Ipoh, Perak tenang menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula esok, namun, masih ada yang menjangka 'sesuatu' pasti akan berlaku. Sidang DUN Perak kali ini menjadi tumpuan kerana ia adalah yang pertama kali diadakan setelah Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Namun, kekecohan yang berlaku setiap kali sidang DUN diadakan, bukanlah perkara baru kerana ia telah berlarutan sejak Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan berdasarkan sokongan yang diterima daripada majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Bagi pihak pembangkang, tindakan tiga ADUN Bebas menyokong BN disifatkan sebagai 'kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan.' Ini kerana sokongan tiga ADUN Bebas tersebut - Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) membezakan undi majoriti dalam Dewan.

Tanpa undi ketiga-tiga mereka, kedudukan BN dan pakatan pembangkang dalam Dewan adalah sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Rentetan peristiwa tersebut, maka, berlakulah sidang DUN bawah pokok, sidang DUN dalam sidang DUN dan kekecohan-kekecohan lain. Justeru, jangkaan 'sesuatu' akan berlaku pada 30 Mac ini bukan sesuatu yang pelik.

Hakikatnya, pembangkang dikatakan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali kuasa yang hilang. Bagi mereka, tempat yang dianggap sebagai 'dewan yang mulia' adalah lokasi terbaik untuk menzahirkan kekecewaan tersebut. Dalam maksud tersirat, ia juga menunjukkan betapa 'kebalnya' mereka apabila berani membelakangkan peraturan dan undang-undang.

Perasaan 'kebal' ini sebenarnya turut didorong oleh sikap pihak berwajib yang seolah-olah gagal mengambil tindakan yang sewajarnya. Biarpun banyak laporan polis dibuat, malangnya, pemimpin pembangkang masih dibiar melakukan kesalahan sama berulang kali.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar menghina mahkamah kerana mengeluarkan notis meminta semua wakil rakyat hadir ke sidang itu, sehingga kini masih tiada tindakan.
Dalam hal ini, Sivakumar tiada hak memanggil sidang kerana mahkamah dalam keputusannya telah mengesahkan kedudukan ADUN Tronoh itu sebagai Speaker terbatal dan digantikan oleh Datuk R. Ganesan.

Malangnya, Sivakumar yang memulakan 'permainan' dengan memfailkan injuksi ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan siapa Speaker yang sah, akhirnya tidak dapat menerima hakikat tersebut. Lalu beliau mendakwa tidak terikat dengan keputusan itu kerana Mahkamah Tinggi Ipoh mencampuri urusan legislatif dan keputusan mahkamah membatalkan samannya terhadap Ganesan tidak terpakai.

Tidak hairanlah mengapa Muhyiddin baru-baru ini juga telah menyifatkan tindak tanduk bekas Speaker itu sebagai 'kartun'. Sementara itu, Zambry melabelkan perkembangan terkini membabitkan sikap pemimpin pembangkang menjelang sidang DUN ini sebagai sindrom 'bulan mengambang', 'political esctasy' dan 'politik putar-belit'.

''Setiap kali sidang DUN, fenomena sebegini (buat kecoh) akan berlaku. Saya ibaratkan ia umpama sindrom 'bulan mengambang'. ''Mereka juga boleh diibaratkan sebagai mengalami 'political esctasy,' sentiasa ketagih mahu melakukan huru-hara, mewujudkan kegelisahan rakyat dengan mewajarkan segala tindakan," katanya.

Terbaru, pembangkang mendesak supaya diadakan satu mesyuarat khas kononnya bertujuan membincangkan perjalanan sidang DUN. Bagi Zambry, 'politik putar belit' yang diamalkan parti lawan menyebabkan beliau tidak berminat melayan permintaan mereka. ''Dulu pun mereka kata mahu jadi pembangkang yang baik. Tetapi apa yang berlaku pada sidang DUN lepas. Awak percayakah? soal Zambry.

Bagi pemerhati politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, tujuan pembangkang melakukan 'kekecohan' adalah semata-mata untuk menganggu kelicinan kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN. ''Mereka semakin bimbang dengan kemampuan Zambry dalam usahanya menangani masalah rakyat, selain gusar usaha itu akan menenggelamkan sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang," kata beliau.

Disebabkan itu, beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata: ''Jalan paling mudah adalah 'menghidupkan watak-watak tertentu' bagi mengalihkan pandangan orang ramai daripada isu pokok iaitu membincangkan masalah rakyat kepada isu-isu yang menampakkan 'kekejaman' kerajaan memerintah terhadap parti pembangkang."

Berdasarkan pandangan dan pendapat, ia menggambarkan kemelut politik di Perak seolah-olah tiada kesudahannya lagi. Namun di sebalik kemelut yang berpanjangan itu, pembangkang seharusnya telah sedar betapa perlunya mereka mencari alternatif lain yang lebih menjurus kepada usaha membantu rakyat dan bukannya bertindak berdasarkan kepentingan peribadi semata-mata.

Warna-warni politik
Torashah