DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Sabtu, 29 Jun 2013

Jonker Walk: Tindakan undang-undang langkah terakhir?


Kerajaan negeri akan mengenakan tindakan undang-undang sebagai langkah akhir kepada peniaga atau mana-mana pihak yang masih berdegil untuk memberi ruang bagi membolehkan jalan di sekitar Jonker Walk dibuka untuk laluan kenderaan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Pembangunan Pantai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kerajaan negeri mengalami kesukaran untuk membuat kajian tersebut disebabkan kedegilan peniaga dan campur tangan sesetengah pihak.

Menurutnya, kajian yang dilakukan bagi tempoh empat minggu itu adalah untuk memastikan sama ada laluan-laluan yang ditutup benar-benar menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sekitar Jonker walk atau tidak.


"Sekali lagi saya tegaskan kepada peniaga bahawa aktiviti perniagaan di jalan-jalan sekitar masih boleh dilakukan di kaki-kaki lima cuma jalan-jalan di sekitarnya perlu diberi ruang untuk membolehkan kenderaan melaluinya dan kajian dapat dilakukan.

"Kita menghadapi kesulitan sejak semalam, mereka langsung tidak memberi ruang, jadi macammana kerajaan negeri nak buat kajian, apabila keputusan kajian diperolehi kelak dan didapati jalan-jalan berkenaan tidak menyebabkan kesesakan maka, kita akan benarkan ia ditutup seperti biasa.

"Kerajaan negeri mengharapkan kerjasama daripada peniaga, jangan sampai kita gunakan undang-undang kerana biarlah tindakan undang-undang menjadi jalan terakhir diambil jika mereka masih berdegil, janganlah lakukan buat sesuatu yang menyalahi undang-undang," katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

Jumaat, 28 Jun 2013

Devamany dipilih sebagai Speaker DUN Perak!


Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkuatkuasa hari ini.

Pemilihan Devamany dibuat secara pengundian dengan beliau memperolehi 31 undi berbanding calon pembangkang, V. Sivakumar yang mendapat 28 undi.

Pencalonan Devamany, 56, bagi menggantikan Datuk R. Ganesan dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir manakala pencalonan Sivakumar dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Abu Bakar Hussian.

Warna-warni Politik
Torashah

Isnin, 24 Jun 2013

Antara Jauhi Jerebu & Mati Syahid, Rakyat Sebenarnya Sudah Bosan Dengan Anwar?


Sungguh melucukan dan luar biasa. Bukan kerana Pakatan gagal mengumpul sejuta orang. Kita tahu tidak mungkin mereka boleh mengumpul sejuta orang. Namun yang melucukan kali ini 10 ribu pun tidak sampai. Inilah kali pertama Pakatan gagal mengumpul sekurang-kurangnya 20 ribu orang dalam himpunan haram besar-besaran membabitkan Anwar Ibrahim.

Ini kerana, peserta yang hadir ke ‘acara buang masa’ ini pun dicatatkan hampir 9,000 orang sahaja sehingga jam 6.30 petang tadi. Ini tersasar jauh dari jangkaan awal pemimpin-pemimpin tertinggi PR yang begitu berapi-rapi ketika bercakap dan mencanang gembira himpunan kali ini akan mendapat sambutan yang luar biasa.

Ternyata, ‘Blackout 505′ tidak mendapat sambutan seperti himpunan-himpunan haram yang sebelum ini dilakukan oleh PR.

Sebenarnya, untuk sandiwara PR kali ini, rakyat sudah semakin bijak untuk menilai dan membuka mata perangai sebenar pemimpin-pemimpin PR.

Mana tidaknya, dalam keadaan negara kita lebih-lebih lagi bandaraya Kuala Lumpur dilanda jerebu yang teruk, ia menunjukkan seolah-olah pemimpin PR mempunyai fikiran yang dangkal.

Keadaan berjerebu masih berterusan dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin merisaukan dari sehari ke sehari. Di Pelabuhan Klang sahaja hari ini menjadi kawasan terbaru mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 108.

Boleh dikatakan, keadaan jerebu ketika ini adalah yang terburuk yang pernah melanda Malaysia pada tahun 2005 dan 2010 di mana bacaan IPU mencecah paras yang tertinggi.

Pemimpin-pemimpin PR terlalu dangkal pemikiran mereka kerana tidak langsung memikirkan kesihatan penyokong-penyokong mereka bila mana masih lagi tetap mahu meneruskan himpunan hari ini.

Walaupun rakyat disogok dengan ‘janji’ oleh Husam Musa, apabila mati dalam himpunan ini akan selayaknya digelar sebagai ‘mati syahid’, sekali lagi rakyat tidak bodoh untuk berfikir.

Layaklah untuk dikatakan sebagai seseorang itu ‘gila’ jika ada yang mempercayai kata-kata Husam tentang ‘mati syahid’ dalam ‘Balckout 505′. Apakah matlamat ‘Blackout 505′ adalah menegakkan agama Islam? Atau memerangi sesuatu penyakit yang hingga mampu membawa kepada kematian seperti taun?

Cukuplah mereka telah dibodohkan dalam himpunan Bersih 1, 2 dan 3, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), dan himpunan-himpunan lain. Hasilnya, mereka sudah letih dan jemu dengan laungan mulut dari pemimpin PR yang tidak habis-habis berunsurkan hasutan dan cacian sahaja. Yang menguntungkan hanyalah pemimpin PR, bukannya rakyat.

Jadi, untuk himpunan kali ini, rakyat sudah celik akal dan hati untuk menilai. Mereka memilih untuk menjauhkan diri dari penyakit seperti sesak nafas, demam, batuk kering dan sebagainya akibat terdedah kepada jerebu.

Yang jelas, rakyat tidak mahu langsung memilih jalan ‘mudah’ untuk ‘mati syahid’.

Jangan pula sekiranya selepas ini ada peserta himpunan yang sakit teruk akibat jerebu selepas seharian terdedah dengan jerebu, Husam akan keluarkan fatwa baru, ‘Oh, dia mati syahid sebab berani melawan jerebu demi negara!’ Gila.

Hakikatnya, ramai penyokong sendiri sudah bosan dengan Anwar Ibrahim. Orang lain mahu meneruskan kehidupan bukannya meneruskan protes ala Indonesia.

Warna-warni Politik
Torashah

Isnin, 17 Jun 2013

Usah rampas kuasa Raja Melayu!


Langsung tidak disebut kuasa Kerajaan atau Parlimen untuk menamatkan atau memecat mana-mana ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)! Sekali lagi kita bertanya, mengapa dalam soal penamatan atau pemecatan mana-mana ahli SPR, ia diberi khas kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?

Kerana SPR adalah institusi di bawah naungan Raja-Raja Melayu! Jadi cadangan pembangkang untuk memberikan kuasa penamatan dan pemecatan mana-mana ahli SPR diletakkan di bawah kuasa Parlimen adalah satu cubaan rampasan kuasa Yang di-Pertuan Agong!

Ia adalah satu penderhakaan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

Penggajian dan saraan

Berkaitan soal saraan hidup dan penggajian ahli SPR, ia diperuntukkan di bawah Fasal (5) dan (6) Perlembagaan Persekutuan. Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi saraan ahli-ahli SPR, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang DiSatukan.

Saraan dan lain-lain syarat jawatan bagi seorang ahli SPR tidak boleh, selepas pelantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya. Ini sahaja satu-satunya peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut tentang kuasa Parlimen berkaitan ahli dan institusi SPR iaitu menentukan gaji ahli SPR!


Itu pun gaji dan syarat pelantikan ahli SPR tidak boleh dikurangkan oleh Parlimen! Kalau gaji pun tidak boleh dikurangkan, adakah logik tuntutan pembangkang untuk Parlimen diberi kuasa menyelia dan menentukan pelantikan, kedudukan dan penamatan seseorang ahli SPR.

Jangan kata memecat ahli SPR, kurangkan gaji mereka pun Parlimen secara sahih dan jelas dilarang sama sekali melakukannya!

Apakah maksud ini semua?

Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan mahu memastikan kedudukan dan status seseorang ahli SPR adalah bebas sama sekali daripada Parlimen. Tidak masuk akal bagi sebuah badan yang menentukan perjalanan pemilihan seseorang Ahli Parlimen tiba-tiba terpaksa tunduk kepada badan ahli Parlimen tersebut!

Rumusan

Malaysia telah melalui sistem pilihan raya umum sebanyak 13 kali. Sistem pilihan raya first-past-the post sudah dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya berpuluh tahun tanpa sebarang masalah.

Malah, sistem yang sama, institusi yang sama yang telah dilalui oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Daripada seorang politikus, sistem dan institusi yang sama menaikkan Anwar selama 16 tahun daripada jawatan Timbalan Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri!

Selama 16 tahun Anwar menikmati hidup sebagai pemimpin UMNO menjawat pelbagai jawatan kanan dalam Kerajaan Malaysia melalui sistem dan institusi yang sama. Tidak pernah kita mendengar selama 16 tahun itu sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai sistem pilihan raya mahupun institusi SPR!


Tetapi kenapa tiba-tiba, setelah dipecat oleh Tun Mahathir kerana akhlak rendah dan didakwa salah laku seks luar tabii, dan setelah menyertai dan mengetuai pembangkang; tiba-tiba kedengaran suara sumbang mempertikai sistem pilihan raya kita dan institusi SPR?

Sebab itu saya ulangi sekali lagi! Kita tidak ada masalah dengan sistem pilihan raya negara ini. Kita tidak ada masalah dengan institusi SPR yang mengendali dan melaksanakan pilihan raya kita selama ini. Masalah sebenarnya ialah kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak bertamadun. Kita punya pembangkang yang demo-crazy!

Sebab itu saya berharap kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan tekanan pembangkang untuk meletakkan SPR di bawah seliaan Parlimen. Ini adalah kerana meletakkan SPR di bawah institusi Parlimen bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, malah ia adalah satu penghinaan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong! Ia adalah satu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu!

Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan berikut:

1. Mengklasifikasikan mana-mana orang atau pertubuhan yang terus-menerus mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan ahli SPR sama seperti mempertikai, memperlekeh dan menghina Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong;

2. Menjadikan tindakan atau perbuatan mana-mana orang atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan mana-mana ahli SPR sama seperti penghinaan terhadap Mahkamah atau contempt of Court, dan boleh dikenakan tindakan penghinaan atau contempt di hadapan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dengan hukuman berat!

3. Mengenakan tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah, sama ada criminal defamation, hasutan jenayah atau di bawah mana-mana peruntukan yang bersesuaian terhadap mana-mana individu atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh atau menghina mana-mana ahli atau institusi SPR;

4. Sekiranya individu yang terlibat adalah seorang anggota Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara), atau Ahli mana-mana Dewan Undangan Negeri, maka perbuatan mempertikai, memperlekeh dan menghina SPR atau mana-mana ahlinya sudah mencukupi sebagai suatu alasan untuk suatu prosiding dan tindakan melucutkan keahlian mereka diambil dengan segera;

5. Memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukan yang jelas dalam suatu undang-undang yang akan melindungi institusi dan mana-mana ahli SPR daripada terus menerus dicemuh, dihina, dipertikai dan diperlekeh oleh mana-mana individu dan pertubuhan;

6. Memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukan undang-undang yang memberi imuniti dan kekebalan kepada institusi dan ahli SPR sama seperti imuniti dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dan Ahli Majlis Parlimen;

7. Menggubal suatu peruntukan sama seperti Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa apa-apa isu sama ada kelakuan, perbuatan atau tindakan institusi dan ahli SPR tidak boleh dibincangkan atau dibahaskan dalam mana-mana Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) atau mana-mana Majlis Dewan Undangan Negeri kecuali dengan suatu usul tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen atau DUN tersebut;

8. Menjadikan institusi SPR sebuah badan yang diletak secara langsung dan terus di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu dengan suatu peruntukan perundangan yang jelas.

Oleh : Zulkifli Nordin

Warna-warni Politik
Torashah

Sabtu, 15 Jun 2013

Bidang Pendidikan Dan Ekonomi Jadi Fokus Utama Elango!



Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak, V Elango berikrar melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India di negeri itu.

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik juga dilihat memberi kelebihan kepada Ketua MIC Bahagian Lumut itu untuk mencapai matlamat dan sasaran itu dengan memberi fokus utama kepada bidang pendidikan dan ekonomi.

“Banyak masalah sosial wujud di kalangan generasi muda kaum India iaitu selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah.

“Masalah sosial yang wujud ini perlu diberi perhatian serius,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat MIC Bahagian Lumut, dekat Sitiawan, Sabtu.



Menurutnya, golongan muda ini perlu didedahkan dengan kemahiran tertentu yang boleh mengelakkan diri mereka daripada terbabit dengan gejala sosial yang berleluasa di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan peruntukan yang besar untuk menyediakan latihan kemahiran kepada golongan muda di negara ini.

“Kemudahan ini perlu digunakan sebaik-baiknya oleh belia-belia India.

“Selain itu, dari segi ekonomi pula, kita dapati taraf ekonomi kaum India di negeri Perak masih tidak begitu baik.

“Masalah utamanya ialah pinjaman untuk mereka menjalankan perniagaan. Ini merupakan satu cabaran besar yang dihadapi masyarakat India,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri turut memberi perhatian terhadap masalah berkenaan dan akan menyusun semula kaedah-kaedah untuk memudahkan kaum India mendapat dana-dana atau pinjaman daripada pihak bank serta agensi kerajaan.

“Begitu juga dengan masalah kaum wanita, saya akan mengadakan perbincangan dengan exco yang bertanggungjawab dengan hal ehwal wanita terlebih dahulu bagi memperolehi nasihat atau sebarang cadangan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas guru itu turut merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti terutamanya Menteri Besar Perak di atas pelantikannya yang bakal berkuatkuasa 17 Jun.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Zambry yang sudi melantik saya sebagai Penasihat MB bagi menjaga hal ehwal kaum India di negeri Perak.

“Terima kasih juga kepada Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersetuju dengan pelantikan ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut pelantikan itu, beliau berkata:

“Saya dimaklumkan kira-kira jam 8 malam semalam (Jumaat) oleh Pejabat Menteri Besar.

“Ini satu amanah besar dan juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya selaras dengan harapan Menteri Besar,” katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

2 pemimpin MIC dilantik penasihat, pegawai khas!


Ketua MIC Bahagian Lumut, V. Elango dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bekas Setiausaha Agung Pemuda MIC, C. Sivaraj pula dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Besar.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pelantikan kedua-dua pemimpin MIC itu mula berkuat kuasa pada 17 Jun ini.

Elango, 48, adalah bekas guru berkelulusan Sarjana Muda Sains Politik dan memegang jawatan Pengurus Unit 1Malaysia di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Beliau dilahirkan di Kampung Acheh, Sitiawan dan merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Sivaraj, 37, yang memegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah berkhidmat sebagai panel pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Perdana Menteri.

Warna-warni politik
Belantan

Selasa, 11 Jun 2013

Koo Ham ibarat 'ludah' muka sendiri?


Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak menyifatkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ibarat 'meludah' ke muka sendiri apabila mengkritik keputusan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama satu hari pada 28 Jun ini.

Pengerusinya, Datuk Khusairi Abdul Talib berkata, sebelum mahu beria-ia menuduh kononnya BN takut berdebat, Koo Ham sepatutnya mengingati semula bagaimana kerajaan pakatan pembangkang pada 2008 mengadakan sidang pertama DUN hanya beberapa jam.

Beliau berkata, sidang DUN yang berlangsung pada 25 April 2008 hanya dimulakan pada pukul 3 petang dan diadakan semata-mata untuk memilih Speaker dan Timbalan Speaker serta upacara angkat sumpah semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Khusairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim berkata, sudah menjadi kelaziman tidak ada perbahasan dalam sidang pertama DUN pada awal penggal, malah perkara itu juga berlaku ketika pakatan pembangkang memerintah.


''Selepas sidang pertama, kerajaan pakatan pembangkang ketika itu mengambil masa dua bulan untuk mengadakan sidang berikutnya iaitu dari 24 hingga 27 Jun 2008 dan barulah sesi perbahasan dijalankan.

''Nampaknya Koo Ham hanya pandai menuding dan meludah muka orang lain, tetapi beliau terlupa sebenarnya beliau menuding dan meludah mukanya sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Koo Ham yang juga ADUN Sitiawan dilaporkan berkata, kerajaan BN hanya mengadakan sidang DUN dalam tempoh singkat kerana takut untuk berdebat dengan pembangkang selain 'masih dibayangi dengan kerajaan perompak'.

Khusairi menegaskan, dakwaan Koo Ham kononnya sidang DUN tidak memberi banyak ruang untuk berbahas adalah tidak masuk akal kerana ADUN pembangkang sering menyalahgunakan peluang yang ada untuk membincangkan penyelesaian masalah rakyat.

''ADUN pembangkang juga tidak banyak memainkan peranan yang aktif sepanjang tempoh persidangan penggal lalu, yang hanya dipenuhi dengan adegan memboikot dan keluar beramai-ramai dari dewan serta tidak berminat membahas dan membawa masalah rakyat.

''Kebanyakan isu yang dibangkitkan ADUN pembangkang sekadar berkisar isu politik negeri dan negara, tetapi kurang memberikan tumpuan kepada masalah-masalah rakyat termasuklah di Pasir Panjang, Sitiawan dan Pantai Remis ketika itu," katanya.

Khusairi berkata, Koo Ham sepatutnya mencermin diri dan partinya terlebih dahulu sebelum melempar pelbagai tohmahan kepada pihak lawan.

Warna-warni Politik
Torashah

Isnin, 10 Jun 2013

Zambry perjelas kedudukan Speaker DUN?


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden MIC, G. Palanivel baru-baru ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk pegawai khas dan anggota-anggota majlis kerajaan tempatan sekiranya parti itu tidak diberikan jawatan Speaker DUN.

Zambry berkata, sebagai seorang pemimpin, Palanivel tidak sepatutnya terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan bersikap serkap jarang berhubung perkara itu.

"Saya tidak pernah buat sebarang kenyataan berkaitan dengan kedudukan siapa akan jadi speaker kerana masanya belum sampai dan saya tidak boleh umumkan kedudukan itu sekarang.

"Kenapa dia perlu buat kenyataan bukan-bukan, kalau saya ada buat kenyataan bahawa kita akan mencalonkan (Speaker) daripada UMNO, MCA atau Gerakan, beliau boleh menyuarakan... ini saya langsung tidak buat kenyataan apa-apa," katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kerja Raya Perak dan pelancaran Program Sistem Pengurusan Pavemen bagi Jalan Negeri di sini hari ini.

Sebagai presiden parti, kenyataan sedemikian dianggap tidak bertanggungjawab kerana ia dilakukan tanpa mengetahui kedudukan sebenar, katanya.

Katanya, perancangan mengenai pelantikan itu sedang dilakukan dan siapa yang akan dilantik sebagai speaker DUN akan diumumkan pada persidangan DUN nanti.

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 5 Jun 2013

TAKZIAH KEPADA MENTERI BESAR PERAK DIATAS PEMERGIAN ORANG TERSAYANG

Bapa tiri Menteri Besar Perak, Jaafar Awang Long, 75, meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira jam 7.50 malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Malaysia di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Jaafar yang menetap di Kampung Masjid, dekat Pulau Pangkor, meninggalkan seorang isteri, Saidatul Badru Abdul Kader, 72, dan empat orang anak.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Masjid, sebelum solat Zuhur, esok.

Zambry yang berada di ibu negara petang semalam kerana mengiringi Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, menghadiri satu majlis rasmi di sana sudah dimaklumkan mengenai berita itu.

Pegawai Khas Menteri Besar, Azri Jaafar, mengesahkan berita kematian itu.

Salam takziah kepada keluarga allahyarham dari warga UMNO Kampung Serdang, Sitiawan. Al-Fatihah.

UMNO Kampung Serdang,
Sitiawan. PERAK DR.

Selasa, 4 Jun 2013

Akibat Bila Mengharap MCA Memantau Akhbar Cina?


UMNO perlu melatih ahlinya dari kalangan yang boleh membaca bahasa Cina untuk menjadi mata dan telinga parti dan kerajaan dalam merungkai aktiviti penulisan artikel bersikap perkauman di kalangan wartawan akhbar Cina.

Ini perlu dilipatgandakan selagi akhbar Cina tidak diharamkan di negara ini. Malah tidak mungkin diharamkan.

Ia kemudian perlu disebarkan ke seluruh umat Melayu melalui media sosial melalui asas yang telah ada hari ini, bagi menunjukkan belang sebenar akhbar Cina yang merupakan ejen pepecahan paling utama di negara ini.

Tidak hairanlah akhbar Cina dimusnahkan di Thailand pada tahun 1931 dan di Indonesia pada tahun 1966 sebelum hari ini wujud dari tangan, kawalan dan seliaan pemerintah negara-negara tersebut.

Jika akhbar Cina masih wujud di negara ini sebagai ejen perpecahan, adalah HIPOKRIT besar untuk bercakap soal anti-perkauman, soal parti tunggal, soal bangsa Malaysia dan bermuka-muka seolah-olah bangsa itu tidak bersifat perkauman.

Mengapa kita membiarkan situasi di mana membiarkan akhbar Cina dipantau oleh parti Cina yang bersekutu dengan kita. Parti itu pun ditolak oleh orang Cina sendiri. Contoh mudah, adakah guru sekolah A dibenar menyemak kertas jawapan dari pelajar sekolah A juga semasa SPM?

Tulisan Cina dan bahasa Cina adalah asing di tanah ini. Kehadirannya walaupun dari zaman Srivijaya, dianggap sebagai elemen luar yang asing.

Seharusnya ia tidak dibenarkan untuk naik di papan-papan tanda kerana ianya adalah kebenaran yang diberi oleh penjajah British yang membawa imigran masuk dengan niat tersembunyi.

Sehingga hari ini, esok , lusa dan selamanya, ia kekal sebagai elemen asing. Membiarkannya menjadi ejen perpecahan adalah kesilapan paling besar sistem negara ini.

Apabila mereka tidak menghargai toleransi, adalah bodoh untuk kita memaksa mereka untuk terus menghargai. Adalah bijak untuk kita berhenti bertoleransi.

Mahu jadi bijak atau mahu jadi bodoh, itu sahaja pilihan yang ada.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 2 Jun 2013

Makan gaji buta di Ipoh Timur - Jangan biarkan Kit Siang goyang kaki di Gelang Patah?

Tajuddin, Sabariah, Teh Kin Hua

Penduduk Parlimen Ipoh Timur mengingatkan penduduk di Parlimen Gelang Patah tidak terus membiarkan Ahli Parlimen baharu kawasan itu, Lim Kit Siang mengekalkan sikap ‘goyang kaki’ seperti yang diamalkan beliau sebelum ini.

Menurut mereka, penduduk di parlimen itu perlu mengambil iktibar daripada pengalaman mereka selama dua penggal di bawah Penasihat DAP itu yang disifatkan sebagai sia-sia kerana pemimpin berkenaan tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan penduduk.

Pesara tentera, Tajuddin Salleh, 61, berkata, penduduk di Gelang Patah mengambil risiko yang cukup tinggi memilih Kit Siang sebagai wakil rakyat walaupun mereka sedia maklum tentang sikap ‘pemalas’ pemimpin tersebut.

“Mereka perlu desak Kit Siang untuk bekerja. Cukuplah dua penggal dia goyang kaki di Ipoh Timur. Jangan biarkan dia terus selesa dan ulangi sikap itu.

“Sebagai wakil rakyat, dia perlu berkhidmat, bukannya hanya tunjuk muka sekali-sekala. Jika sebelum ini Barisan Nasional (BN) banyak bantu, kini penduduk Gelang Patah minta pula bantuan daripada dia, kita tengok dia bantu atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, suri rumah, Sabariah Sultan, 65, kesal kerana penduduk di Gelang Patah tidak mengambil iktibar atas apa yang terjadi kepada penduduk di Ipoh Timur yang diabaikan Ahli Parlimen sendiri sejak 2004.

Katanya, dia yakin cubaan mengubah pemimpin yang dilakukan penduduk di kawasan Parlimen itu akan memakan diri kerana Kit Siang bukan seorang pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab diberikan.

“Selama ini kita semua senang di bawah kerajaan BN tetapi mengapa mahu mengambil risiko memilih wakil rakyat yang langsung tidak tahu membuat kerja?

“Mereka perlu bertegas dan kerah Kit Siang untuk laksanakan amanah. Jika tidak, sia-sia sahaja mengundinya," katanya.

Bagi pesara, Teh Kin Hua, 64, pula berkata, jika sebelum ini pengundi di Parlimen Gelang Patah bermati-matian memilih Kit Siang sebagai wakil rakyat, kini mereka juga perlu bersungguh-sungguh memastikan pemimpin itu melaksanakan tanggungjawabnya.

“Di Ipoh dia tidak buat kerja, di Gelang Patah apatah lagi. Namun, saya harap mereka tidak terus membiarkan Kit Siang dengan lagaknya. Dia perlu dikerah untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, R. Raveedran, 75, berkata, sikap sebenar Kit Siang yang tidak mempedulikan penduduk di Ipoh Timur sebelum ini bakal turut dirasai penduduk di Gelang Patah.

“Sudah lama kami diabaikan wakil rakyat sendiri. Penduduk di Gelang Patah jangan berdiam diri, mereka telah undi dia dan ini masanya dia membalas budi," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 1 Jun 2013

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Akhbar rasis Nanyang Siangpau bangga dengan kebangkitan kaum Cina dalam PRU ke-13?


PERLU TERUS AGRESIF DEMI KAUM CINA

Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 23 Mei 2013 memaparkan tulisan Loh Han Chew melalui ruangan Pendapat Yuan Lun berkenaan meneruskan perjuangan agresif kaum Cina.

Pilihan raya umum (PRU) kali ini terzahir keadaan yang membanggakan. Masyarakat Cina akhirnya melihat diri mereka sebagai bukan kaum yang dikatakan dingin terhadap politik.

Dahulu ada yang kata orang Cina hanya pandai cari duit, tidak berminat, dingin terhadap politik dan dingin membuang undi di musim pilihan raya. Tetapi daripada keputusan PRU kali ini, rupa-rupanya sebelum ini orang Cina rasa kecewa terhadap politik, keadaan struktur politik sedia ada serta garis sempadan kawasan yang tidak seimbang.

Orang Cina menganggap kalah terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan, sebab itu mereka tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap PRU kerana tidak kira macam mana PRU dilaksanakan, kemenangan tetap akan memihak kepada parti pemerintah. Tiket undi yang ada di tangan tiada kesan, sebab itu tidak ramai orang Cina yang turun mengundi, malah ada yang tidak mendaftar sebagai pengundi.


Sebaliknya, PRU kali ini orang Cina secara agresif turun mengundi, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Ramai pengundi yang berusia 20-an sehingga usia 60 dan 70 tahun turun mengundi. Sikap mereka berbeza dengan dahulu. Kini mereka bertukar menjadi “tidak boleh kurang walaupun satu undi dari saya". Diharap orang Cina terus mengekalkan sikap agresif sedemikian pada masa akan datang.

Perlu diingat, kawasan sempadan di kerusi Parlimen pembangkang ditambah dengan bilangan orang Melayu yang banyak, kesedaran mereka terhadap politik tidak kurang hebatnya daripada kaum Cina. Pendidikan mereka, bahasa mereka dan kesedaran mereka begitu terbuka, ilmu pengetahuan tentang politik orang Melayu ini telah ditarik dan dipengaruhi oleh sebahagian daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina boleh gabungkan kekuatan politik bersama mereka, sebab itu orang Cina jangan lagi memperkecilkan dan memandang rendah terhadap kekuatan satu tiket undi yang ada di tangan.

Fenomena baharu yang berlaku termasuk rakyat kita dari luar negara secara agresif kembali membuang undi, sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk kembali ke tanah air melalui kapal terbang sementara pekerja di Singapura mengambil cuti dua hari lebih awal kembali ke kampung halaman untuk membuang undi. Semua ini menunjukkan mereka sudah ada kesedaran “tidak boleh kurang walaupun satu tiket undi dari saya".


Orang yang dari luar negara ini, termasuk yang balik dari Singapura, ramai daripada mereka adalah orang Cina. Menampakkan orang Cina tidak kira mereka tinggal di mana sahaja, walaupun sejauh beribu batu mereka langsung tidak gentar, setiap saat mereka ingat negara kesayangan mereka ini, jiwa mereka di Malaysia. Orang yang menggelarkan orang Cina pendatang, orang yang mahu orang Cina balik ke China, apa pula anda hendak katakan?

Satu lagi fenomena yang berlaku iaitu dalam pertubuhan-pertubuhan Cina termasuk bidang seni dan bidang profesional, mereka telah secara terbuka mengumumkan mereka sokong dwikuasa, menyeru orang ramai memperkukuhkan dwikuasa.

Yang tidak disangka-sangka, ahli-ahli korporat, ahli-ahli sains juga secara terbuka mengemukakan pandangan politik mereka. Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Supermax Corporation Berhad, Tay Kim Soon juga, walaupun saham syarikat itu jatuh, beliau tetap tidak berganjak terus menyokong penuh dan berkempen untuk pakatan pembangkang.

Ada sesetengah ahli korporat walaupun tidak berani berterus terang ikut cara beliau tetapi mereka juga menguatkan semangat memberi sokongan. Selain itu, ahli korporat Taiwan, Pua kian Seng, kembali semula ke tanah air melabur, juga memberi sokongan.


Dalam perbualan antara gabungan Tay dan Pua, kedua-dua mereka ini ada tujuan yang sama, mereka berdiri semata-mata untuk bangsa dan negara ini. Walaupun besar kemungkinan industri dan pelaburan mereka akan terjejas dan rugi, mereka lebih pentingkan bangsa dan negara diletakkan di hadapan. Mereka sudah tidak mahu berkira apa-apa, di dalam jiwa mereka semata-mata mahu berjuang untuk bangsa dan negara, mereka tidak hiraukan kepentingan diri sendiri, menyebabkan orang lain rasa kagum.

Orang yang kembali melabur di tanah air, mereka ini juga ada yang berusia 30-an, pertama kali mengundi. Mereka juga sayangkan tanah air, mereka mengundi kerana sayangkan negara ini dan rakyat di negara ini.

Kami percaya ramai dalam kalangan orang Cina rasa kecewa terhadap keputusan PRU tetapi kita kena ingat kota Rom bukan disiapkan dalam masa satu hari dan orang Melayu golongan pertengahan juga telah memberi sokongan kepada pakatan pembangkang, sebab itu pakatan peroleh kemenangan lebih daripada separuh tiket undi. Kini, dwikuasa telahpun terbentuk, orang Cina perlu terus kekalkan sikap sebegini, mengambil bahagian secara agresif setiap sesi PRU yang diadakan, pasti kita akan menemui masa depan yang indah.

Yang mendapat lebih separuh undi di luar kerajaan, yang memperoleh tidak sampai separuh pula memerintah, bukankah kerana masalah sistem PRU yang melucukan? Sedangkan Amerika Syarikat kata, sistem PRU di negara kita boleh dipercayai. Bukankah semua orang telah membuat kita penat sahaja?

Warna-warni politik
Torashah