DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Selasa, 14 Januari 2014

Kerajaan Tetap Tidak Akan Wujudkan Semula ISA - DS Dr Ahmad Zahid Hamidi?


"Kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya menurut beliau, akta sedia ada mungkin akan dipinda atau digubal kepada akta baharu yang lebih sesuai.

Ahmad Zahid menambah, perkara itu akan dilakukan sekiranya kerajaan merasakan terdapat keperluan.

"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA.

"Kita, bagaimanapun menerima sebarang cadangan ataupun input-input dalan memperkemaskan undang-undang di negara ini," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di Bagan Datoh.

Beliau juga berkata sekiranya akta seperti itu diadakan maka ia bukan bertujuan untuk menahan mereka yang berbeza pandangan politik.

Sebaliknya jelas beliau, untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu," katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.

Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid.

Warna-warni politik
Torashah