DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Selasa, 31 Mac 2009

Bukit Selambau : Kalaivanar hanya isyarat..ada lagi gelombang besar..

















Hari ini, Kalaivanar, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli PKR yang lain.

"Mengapa saya keluar PKR ? Adakah kerana saya tidak terpilih jadi calon Bukit Selambau ? Tidak.Tidak. Isu jadi calon Bukit Selambau isu sampingan. Apa dia isu besar ?

Isu besar adalah sikap DIKTATOR dan KETIDAKPEDULIAN Anwar Ibrahim. Dia macam FIRAUN. Dia sahaja yang betul. Ahli-ahli bawah semua buruh kasar kena patuh segala arahannya", tegas Kalaivanar.
"Saya bosan. Saya tidak mahu bazirkan masa lagi dan memperdaya orang lain.PKR memperdaya orang India hanya untuk dapatkan sokongan. Mainkan sentimen kita bila mereka naik ke pentas, bercakap tentang lima tahanan Hindraf dan melaungkan Makkal Sakthi (kuasa rakyat). Bila saya cadangkan semua ahli Parlimen pembangkang mengadakan mogok di Parlimen bagi pembebasan lima pemimpin itu (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri), tiada seorang pun yang mendengarnya," katanya.

"Dengan ini saya bubarkan Bahagian PKR Jerai yang mempunyai 100 ahli dan juga Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah yang saya adalah pengerusinya", katanya lagi. Kalaivanar bukan ahli baru dalam PKR. Dia jadi ahli sejak 1998. Dia sendiri pernah ditahan polis sebanyak 29 kali gara-gara terlibat dengan demonstrasi bela Anwar Ibrahim.

Setelah berjuang bela Anwar, apa dia dapat ? Dapat masuk lokap polis adalah.. "Berbaloikah ditahan 29 kali hanya dapat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah ?. Tak berbaloi langsung. Sebab itu isteri saya (K Deivanai), ketua wanita PKR Negeri pun keluar parti juga walaupun dia ditawarkan Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani" .

"Lebih baik tak payah susah payah berjuang dalam PKR, S. Manikumar yang baru dua tahun masuk PKR pun disanjung gila, macamlah dia berjasa kepada parti", katanya lagi. Itu cerita gempak, di sebalik rasa tidak puas hati orang lama PKR terhadap pemilihan calon bidang terjun PKR di Bukit Selambau, S Manikumar.

Anwar Ibrahim memilih S Manikumar, muka baru yang tidak aktif dalam PKR, orang luar kawasan Bukit Selambau semata-mata berdasarkan bodek kipasan turbo daripada DATUK RAVI DHARAN, seorang bisnesman yang banyak sponsor Anwar Ibrahim.

S Manikumar, anak buah V ARUMUGAM telah menjalankan perniagaan dengan ROHINI GUNA, seorang ahli perniagaan Kedah yang merupakan anak buah DATUK RAVI DHARAN.
Dapat lihat link mereka ? V ARUMUGAM - ROHINI GUNA - DATUK RAVI DHARAN - Anwar Ibrahim. Maka muncullah secara tiba-tiba S MANIKUMAR!

Orang-orang PKR Kedah yang berjuang bagai nak mampus seperti Kalaivanar, K. Masilamani, Dr R. Krishnamoorthy, S. Thanenthiran, dan S. Sritharan dipinggirkan dengan begitu saja. Habis madu, sepah dibuang, itulah stail politik Anwar Ibrahim.

Sebab itu semasa Anwar umumkan nama Manikumar sebagai calon PKR, penyokong-penyokong Masilamani mengamuk sakan. Masilamani sudah berjuang sekian lama menjaga kebajikan masyarakat India di Bukit Selambau, tiba-tiba diumumkan nama 'orang luar' mentang-mentanglah ada aset perniagaan.

Datuk Ravi Dharan pula macam bos besar yang ada kabel besar dengan Anwar Ibrahim. Dalam negara, luar negara, semuanya diuruskan oleh Datuk Ravi. Dia menggantikan tempat Datuk Nallakarupan, sepuluh tahun lampau. Dulu di mana ada Anwar, di situlah ada Datuk Nalla. Sampai boleh masuk ke rumah Anwar, melalui pintu dapur tanpa pecat kasut. Sekarang di mana ada Anwar, di situlah ada Datuk Ravi!
Sebenarnya pengumuman keluar PKR oleh Kalaivanar hari ini, hanya isyarat permulaan. Ada satu gelombang lagi akan berlaku. Gelombang Makkal Sakthi, Gelombang HINDRAF yang merasakan diri mereka dipermainkan oleh Anwar.

Di mana Anwar ketika ini, ketika ahli-ahli PKR sedang berkecamuk di Bukit Selambau ?

Anwar tidak peduli semua itu. Dia hanya pedulikan periuk nasinya saja. Ketika ini dia sibuk MELANCONG, berlagak sebagai PERDANA MENTERI melancong di DUBAI, BAHRAIN dan singgah sekejap di BANGKOK.

Peduli apa Anwar dengan HINDRAF dan MAKKAL SAKTHI. Diakan bercita-cita jadi PM, jadi urusan dalaman PKR biarlah Khalid gagap uruskan. Anwar pula sibuk MELANCONG di BANGKOK! Ataupun Anwar lari dari King Karpal Singh yang menyuruh Anwar bertaubat!

sumber - NTanwar

Jumaat, 27 Mac 2009

Inilah hasil dari sokongan Dewan Ulama dan Pemimpin-peminpin Pas, Tok Guru Nik Aziz dan Anuar Ibrahim!




Inilah akibatnya apabila Dewan Ulama, Tok Guru Nik Aziz dan Anuar Ibrahim sudah mengiktiraf ( memberi lampu hijau ) bahawa tidak salah bagi pihak gereja ( kristian ) menggunakan khalimah Allah. Jadi mungkin bagi pemuda ( murtad ) ini tidak salah baginya memakai salib kerana Islam dan Kristian sudah menggunakan bersama nama Allah? Jadi nak salahkan siapa?

Sebab itulah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria membantah sama sekali nama Allah dan penggunaan Bahasa Malaysia oleh pihak gereja kerana buat masa ini sudah ada angka yang menakutkan orang Melayu Islam memohon untuk jadi murtad? Dan jangan lupa satu gereja terbesar diAsia sedang rancak pembinaannya di Bukit Jalil. Agnes Monika yang beragama Kristian juga sudah menggunakan nama Allah dalam lagunya? Sama-samalah kita fikirkan untuk kebaikan dunia akhirat.. Wallahuallam. - Torashah






Bakal menjadi Gereja Terbesar di negara ini?

Kalimah Allah: Hormati agama

ISU kalimah Allah SWT yang digunakan oleh umat Islam dan golongan bukan Islam kembali menjadi perdebatan dan persengketaan hangat dewasa ini. Isu ini sebenarnya sudah pun digemburkan pada dua tahun lepas, iaitu pada bulan Februari 2007. Namun, ia kembali hangat apabila ada beberapa pihak mula cuba untuk memperkatakannya semula.

Menerangkan kembali kronologi isu ini, ia bermula apabila permohonan semula oleh Herald Catholic yang mewakili pihak Gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam tulisan-tulisan ajaran Kristian mereka. Namun, sebenarnya pada 16 Mei 1986 lalu, Kabinet telah pun mewartakan berkenaan larangan bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

Usaha pihak tertentu bagi memohon digunakan kalimah Allah ini boleh ditafsirkan dengan banyak pengertian. Secara pandangan jujurnya, bagi golongan ini, ia satu pendekatan untuk lebih memahami akan ajaran Islam itu sendiri, maka kalimah Allah diguna pakai untuk mendapatkan makna lebih jelas.

Namun perlu diingat, bahawa apabila membincangkan berkenaan kalimah Allah, ia sekali gus bersangkut-paut dengan akidah Islam iaitu prinsip dalam agama Islam, yang mana ia menjadi satu pegangan yang tidak boleh diterjemah sesuka hati. Dengan melihat suasana dan keadaan, ia boleh berubah dan dipakai sesuka hati. Jika itulah pandangannya, maka ia tidak benar!

Mungkin pada sudut dakwahnya, pandangan ini nampak agak 'keras' dan jumud. Boleh saja dikatakan bahawa dengan membenarkan penggunaan kalimah ini, ia akan mampu menarik golongan bukan Islam untuk lebih memahami Islam. Bukankah banyak lagi medium lain seperti dialog antara agama dan sebagainya. Maka gunakanlah peluang ini untuk lebih memahami Islam.

Yang lebih membimbangkan, baru-baru ini seorang penyanyi dari negara seberang yang bernama Agnes Monica dengan berani memutar belitkan makna sebenar kalimah Allah dengan maksud yang salah. Lebih mengecewakan, terdapat agenda doktrinisasi yang sangat halus dengan menggunakan medium nyanyian untuk menarik golongan yang kurang faham terhadap perkara-perkara sebegini.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) melihat isu dengan serius dan meminta tindakan segera perlu diambil. MPMUM bersedia menyediakan medan perbincangan antara pemimpin-pemimpin agama, golongan intelektual serta kerajaan bagi menyelesaikan isu ini. Seterusnya sesi penerangan kepada masyarakat perlu diadakan agar mereka faham dan tidak keliru dengan persoalan agama sebegini.


MOHD. AIZAT MOHD. SALEH
Pengerusi Biro Kerohanian,
Kepimpinan dan Pembangunan
Insan, Majlis Perwakilan
Mahasiswa Universiti Malaya

Jumaat, 20 Mac 2009

'Saya nakhoda PAS, Hadi mari jumpa saya'
























Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS, lapor Bernama.

Bercakap selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEK) di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi PAS bahawa beliau menolak cadangan Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar di Ipoh tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berbincang dengan Abdul Hadi mengenai isu menubuhkan kerajaan campuran antara pakatan pembangkang dan BN."Saya mursyidul am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," Nik Abdul Aziz dipetik berkata.

Beliau ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan presiden PAS atau pemimpin tertinggi lain parti dalam menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.

Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti."Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAS) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya lagi.


Torashah - Malaysiakini

Selasa, 17 Mac 2009

Hentikan politik keterlaluan

DR. NAZRIN Shah mengurniakan watikah pelantikan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kepada Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir pada majlis pelancaran M-Zakat dan penyerahan zakat di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggesa semua pihak menghentikan tindakan politik keterlaluan termasuk mengadakan perhimpunan haram kerana ia boleh mengheret negara ke kancah darurat ekonomi.

Menurut baginda, ketika ekonomi dunia diramalkan semakin teruk, rakyat wajar membuktikan kesetiaan dengan tidak melakukan sebarang tindak-tanduk yang boleh mencetuskan kacau-bilau kepada negara.

Titah baginda, sebagai bangsa beradab, orang Melayu perlu sentiasa menghormati institusi keluarga, masyarakat, agama dan institusi kerajaan beraja yang dijunjung selama ini.
"Kita perlu sedar ekonomi dunia yang akan menguncup buat pertama kalinya tahun ini sejak Perang Dunia Kedua memerlukan tindakan tertentu bagi menanganinya.

"Justeru kegiatan-kegiatan politik yang keterlaluan dan berlebihan termasuk demonstrasi akan turut menyebabkan negara mengalami kesukaran selain menambah beban tugas polis," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-165 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini. Terdahulu, baginda berkenan mengurniakan watikah pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta melancarkan M-Zakat.

Raja Nazrin menjelaskan, keadaan ekonomi yang buruk di serata dunia ketika ini menyebabkan manusia akan melalui satu suasana hidup yang sangat tertekan. Baginda bertitah, kejadian jenayah seperti ragut, pecah rumah, mencuri, merompak dan menyamun dijangka meningkat begitu juga aktiviti penyeludupan termasuk dadah dan kebanjiran imigran.

"Pada tahap ini ramai yang akan sampai ke peringkat terdesak untuk melakukan apa sahaja untuk terus hidup,'' titah baginda. Baginda menambah, dalam suasana begini, tenaga anggota polis amat perlu ditumpukan untuk mengawal keadaan jenayah, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, baginda meminta kerajaan memberi penerangan kepada rakyat tentang situasi sebenar yang berlaku selain memberi bimbingan dan panduan untuk menangani masalah itu.

Menurutnya, khutbah dan majlis-majlis yang diadakan di masjid turut sama berperanan membantu menyampaikan mesej yang betul kepada rakyat. Baginda juga mahu jentera pentadbiran kerajaan negeri memberi fokus kepada usaha-usaha meringankan kesusahan rakyat.

UM-Torashah



Sabtu, 14 Mac 2009

Penasihat PKR letak 3 syarat untuk sepakat dengan BN !

Anwar Ibrahim meletakkan tiga syarat untuk pembangkang bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kerjasama boleh diadakanAnwar Ibrahim meletakkan tiga syarat untuk pembangkang bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kerjasama boleh diadakan jika kerajaan bersedia mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan penswastaan bekalan air. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menuntut kerajaan menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

"Kita tidak boleh pukul, kemudian runding. Jika nak runding henti kezaliman. Sebagai Muslim, kita sedia bekerjasama. Semalam (kelmarin) makan tengah hari bersama PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). "Di Malaysia, terlalu banyak politik sehingga kerajaan tidak tumpu kepada masalah ekonomi. Sembilan hari Ahli Dewan Negeri (Pakatan Rakyat) hilang, kemudian timbul bersama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di Parlimen, semalam.

Kelmarin, Najib ketika membentangkan rang undang-undang itu mahu semua pihak, termasuk pembangkang sepakat dengan kerajaan untuk bersama-sama memikir serta mencadangkan formula terbaik bagi membantu rakyat ketika krisis ekonomi global.

Anwar berkata, konsesi lebuh raya perlu dikaji semula kerana ketika kerajaan menangguhkan kenaikan tol, pemegang lebuh raya tetap mendapat habuan melalui peruntukan subsidi RM480 juta daripada kerajaan. Beliau berkata, sepatutnya kerajaan berunding bagi kurangkan kadar tol untuk pengguna dan menjimat perbelanjaan kerajaan. "Pemegang konsesi tol kelihatan tidak terjejas dan mereka lebih terbela daripada pengguna.

Begitu juga dengan lesen konsesi IPP yang sehingga kini belum selesai, walaupun dijanjikan akan diselesai dalam masa terdekat," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menuntut kerajaan menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan."Kita tidak boleh pukul, kemudian runding. Jika nak runding henti kezaliman. Sebagai Muslim, kita sedia bekerjasama.

Semalam (kelmarin) makan tengah hari bersama PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)."Di Malaysia, terlalu banyak politik sehingga kerajaan tidak tumpu kepada masalah ekonomi. Sembilan hari Ahli Dewan Negeri (Pakatan Rakyat) hilang, kemudian timbul bersama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di Parlimen, semalam. Kelmarin, Najib ketika membentangkan rang undang-undang itu mahu semua pihak, termasuk pembangkang sepakat dengan kerajaan untuk bersama-sama memikir serta mencadangkan formula terbaik bagi membantu rakyat ketika krisis ekonomi global.

Anwar berkata, konsesi lebuh raya perlu dikaji semula kerana ketika kerajaan menangguhkan kenaikan tol, pemegang lebuh raya tetap mendapat habuan melalui peruntukan subsidi RM480 juta daripada kerajaan. Beliau berkata, sepatutnya kerajaan berunding bagi kurangkan kadar tol untuk pengguna dan menjimat perbelanjaan kerajaan. "Pemegang konsesi tol kelihatan tidak terjejas dan mereka lebih terbela daripada pengguna. Begitu juga dengan lesen konsesi IPP yang sehingga kini belum selesai, walaupun dijanjikan akan diselesai dalam masa terdekat," katanya.

Ulasan :

Kalau setakat nak minta syarat itu dan ini penulis rasa elok simpanlah syarat-syarat itu dalam poket sendiri. Apa yang disyaratkan oleh Anwar sebenarnya tak membantu? Api, air dan tol? Kenapa tidak minta berunding tentang harga minyak yang membuatkan harga barangan naik mendadak? Dulu Anwar kata kalau PR memerintah harga minyak akan turun sebanyak 0.50 dari harga RM 2.70. Tapi sekarang harga minyak sudah jatuh bawah RM 2.00 dan pernahkah Anwar berterima kasih kepada kerajaan? Mengapa sebelum ini Anwar menjadikan minyak sebagai senjata untuk menggugut kerajaan sehingga memecahbelahkan rakyat?

Mengapa Anwar tidak berterima kasih kepada kerajaan bagi pihak pembangkang apabila Bajet Mini sebanyak 60 Billion diumumkan baru-baru ini? Adakah selepas ini Anwar akan berkata Bajet ini akan "mengenyangkan" kroni-kroni kerajaan BN? Jika Anwar mengatakan kerajaan menabur fitnah melalui media massa, bagaimana pula dengan media-media massa pembangkang yang selalu membantai kerajaan tanpa belas kasihan. Pernahkah berita-berita yang dikeluarkan oleh pembangkang ditapis terlebih dahulu? Jadi siapa yang sebenarnya yang menaburkan fitnah?

Jika Anwar meminta DUN Perak dibubarkan, penulis rasa eloklah Anwar banyak-banyak mengucap? Kerajaan baru negeri Perak telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan Perak setelah baginda bertemu dengan kesemua DUN BN Perak seramai 28 + 2 DUN( Bebas ) untuk kepastian dan akurjanji dan selepas itu baharulah baginda mentauliahkan YB Dr.Zambry sebagai Menteri Besar Perak. Jangan lupa yang anda juga telah disuruh bertaubat olah Raja Karpal Singh kerana kegagalan anda di Perak? Sebagai bekas Menteri Kewangan, penulis rasa Anwar lebih arif tentang berapa bajet yang diperlukan jika pilihanraya negeri diadakan semula.

Penulis mengambil contoh semasa PRK di Kuala Terengganu baru-baru ini. Untuk perbelanjaan Polis sahaja memerlukan hampir RM 12 juta. Itu baru polis dan satu polling sahaja. Bayangkan satu negeri yang ada 59 kerusi DUN. Berapa banyak peruntukkan yang perlu disediakan. Lebih-lebih lagi dalam kegawatan sekarang. Adakah pilihanraya semula berbaloi padahal kerajaan baru negeri Perak sekarang adalah kerajaan yang sah. Dan penulis nak tanya satu soalan pada Anwar.

Siapa yang sebenarnya sibuk berpolitik sekarang?Kerajaan ke atau Pakatan Rakyat. Kalau kerajaan sibuk berpolitik sampai lupa nak tumpukan pada ekonomi, takkan lah kerajaan nak membentangkan bajet mini 60 billion untuk meringankan beban rakyat. Ingat kegawatan ini bukan sahaja dinegara ini, tetapi juga seluruh dunia. Tak tahulah kalau Anwar mendapat sumber kewangan dari tangan-tangan diluar sana sehingga Anwar boleh hidup senang tanpa bekerja, berumah banglo besar dan berkereta mewah.

Ramai lagi rakyat di Permatang Pauh yang masih hidup dibawah paras kemiskinan. Bantulah mereka jika rasa diri sudah ada kemampuan untuk berbuat demikian.Tak payahlah sibuk berpolitik sehingga sanggup menghantar "head hunter " untuk mengejar ahli parlimen BN sehingga ke Taiwan.

Dan tak payahlah berlagak untuk menjadi " Menteri Parlimen Malaysia " mewakili Malaysia semasa forum di DOHA baru-baru ini. Penulis terfikir kenapa Wismaputra tidak mengambil tindakan terhadap Anwar kerana menyamar menjadi " menteri ", sedangkan didalam negeri jika seseorang itu melakukan kesalahan menyamar boleh dihadapkan ke mahkamah. Fikir-fikirkan lah..wahai Anwar Ibrahim.
Wallahuallam.

Torashah.

Khamis, 12 Mac 2009

Pertahan resipi kekuatan Melayu!

TEKS titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di majlis pelancaran buku The Malays di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 10 Mac 2009.

Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, beta dan Raja Puan Besar dapat berangkat ke majlis pelancaran buku The Malays hasil kajian Profesor Anthony Milner, Profesor of Asian History, Australian National University.

Majlis pagi ini memaparkan lima elemen yang amat signifikan.

Pertama: The Malays' dihasilkan dalam bahasa Inggeris oleh seorang ahli akademik Australia, pelancarannya dilangsungkan dalam bahasa yang memberikan penghormatan kepada bahasa Melayu, bahasa yang termaktub dalam Perlembagaan negara sebagai bahasa kebangsaan.

Perjuangan menobatkan bahasa Melayu telah melalui perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama. Raja-Raja Melayu dalam mesyuarat Durbar pada 1903 di Kuala Lumpur telah membangkitkan soal pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Usaha menobatkan bahasa Melayu mencapai kemuncak apabila bahasa Melayu dilaksanakan sepenuhnya menjadi bahasa ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi dan menjadi lengkap apabila terlaksana penggunaannya di kamar mahkamah di negara ini.

Dalam ucapan di Malam Teguh Bahasa pada 11 September 2005, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengingatkan, daripada 6,000 bahasa yang dipertuturkan, hanya 300 sahaja yang dituturkan oleh lebih sejuta orang, 5,700 bahasa dituturkan oleh kurang daripada sejuta orang. Dijangkakan separuh dari 5,700 bahasa ini akan pupus dalam tempoh seabad lagi kerana tidak dipertuturkan dan tidak diajar kepada golongan muda.

Sejarah menunjukkan, untuk sesuatu bahasa itu pupus, ia mengambil masa antara 50 ke 100 tahun, tetapi dengan keganasan gelombang globalisasi, kadar kebinasaan bahasa boleh berlaku dalam tempoh satu generasi sahaja. Bahawa globalisasi boleh mempercepatkan kepupusan bahasa, jika langkah-langkah bijak lagi tegas tidak dilakukan untuk memastikan bahasa milik bangsa Melayu ini tidak akan berakhir dengan nasib yang menimpa bahasa Latin.

Kedua: Majlis pelancaran ini dilangsungkan di Universiti Kebangsaan Malaysia; sebuah universiti yang dilahirkan sebagai puncak manifestasi perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan merupakan universiti pertama yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyampaian ilmu di peringkat pengajian tinggi, sekali gus membuktikan keupayaan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan ilmu.

Universiti Kebangsaan adalah manifestasi kesungguhan negara bangsa melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan dan melaluinya, telah membantu meningkatkan tahap pencapaian ilmu di kalangan rakyat jelata, berupaya menjadi cerdik pandai di samping mengembangkan daya intelek di kalangan warga.

Ketiga: Walaupun bilangan orang Melayu di Malaysia hanya dalam lingkungan 15 juta orang, kurang dari 0.5 peratus daripada jumlah 350 juta orang yang tergolong dalam rumpun Melayu, namun Profesor Anthony Milner telah memberikan pengiktirafan kepada bumi Melayu di negara yang bernama Malaysia ini untuk dilangsungkan pelancaran The Malays.

Halaman 151, The Malays, mencatatkan:
Although Malaya (and its expanded form Malaysia) has in many ways been the 'Malay' success story -- an experiment in nation building founded (at least in large part) on 'Malay' ethnic sentiment -- this outcome was not inevitable.'' Anthony Milner, The Malays, muka surat 151.

Milner turut merakamkan antara peristiwa yang memperlihatkan keyakinan rumpun Melayu terhadap kepimpinan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) seperti yang terkandung di halaman 168. "Some 250,000 people signed a petition to the United Nations with the aim of incorporating Pattani and other southern Muslim provinces (Yala, Nrathiwat and Satun) in the emerging Malaya.'' Anthony Milner, The Malays, muka surat 168.

Huraian dan analisis Milner dalam penerbitan beliau sebahagian besarnya ditumpukan kepada Malaysia, serta dinamik politik yang berlaku di Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang komposisi warganya terdiri daripada pelbagai agama, kumpulan etnik dan budaya tetapi termaktub di dalam Perlembagaan negara status agama Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu serta keistimewaan dan perlindungan kepada bangsa Melayu.

Keempat: Pengiktirafan yang diberikan oleh Profesor Anthony Milner kepada Kesultanan Melayu apabila beliau merafakkan sembah jemputan kepada beta untuk berangkat bagi melafazkan titah menyempurnakan pelancaran The Malays'. Beta mentafsirkan, pengiktirafan tersebut adalah pengiktirafan beliau, bukan atas batang tubuh peribadi beta, tetapi pengiktirafan yang didedikasikan kepada institusi Kesultanan Melayu. Ini adalah selaras dengan kupasan-kupasan kajian beliau akan peranan penting Raja-Raja dan Kerajaan di kalangan rumpun Melayu.

Di halaman 233, Anthony Milner mencatatkan:
"The Sultan could be presented as 'cement' helping to bond the bangsa, or as the 'symbol' of the Malay race." Anthony Milner, The Malays, muka surat 233.

Di halaman 177, Anthony Milner turut memetik tulisan Wan Syaifuddin pada tahun 2003, berjudul Kronik Mahkota Kesultanan Serdang terbitan Yandira Agung, Medan.
"One prominent development in post-Suharto Indonesia has been a widespread revival of sultanates, including many described as 'Malay'. Among these are Landak, Mempawah, Puntianak and Sambas (West Kalimantan); Bulungan, Kutei, and Pasir (East Kalimantan); and Serdang (north Sumatra). There is even a new interest in the Pagaruyung monarchy.... The Sultan of Mempaweh in Kalimantan is reported to have declared that in times of uncertainty, 'Dayaks' run to the long house but 'Malays' run to the palace;.... Anthony Milner, The Malays, muka surat 177.

Milner turut memetik manuskrip tulisan Gerry van Klinken, bertajuk Return of the Sultans: The Communitarian Turn in Local Politics.

"The Sultans have formed a 'Communication Forum for the Kratons (royal palaces) of Indonesia...'' Anthony Milner, The Malays, muka surat 177.

Beta menghargai pendirian Profesor Anthony Milner mengiktiraf bahawa Raja Melayu itu adalah institusi penting warisan bangsa Melayu. Sesungguhnya sejarah mencatatkan Istana Raja Melayu itu berperanan sebagai pusat berkembangnya tamadun bangsa. Istana memperlihatkan sehalus budaya - mencerminkan secantik bahasa, melindungi khazanah tamadun bangsa - menyimpan kekayaan budaya bangsa.

Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan negara - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara tempat rakyat tumpang berteduh. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa. Raja itu adalah lambang Kerajaan. Rakyat yang memahami 'budaya rakyat beraja - negeri bersultan' memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, melindungi kepentingan bangsa Melayu.

Dalam puisi Korban Hang Tuah penyair Zurinah Hassan cuba menyelami gelombang serba salah yang menghempas dada Hang Tuah ketika terpaksa membuat perhitungan untuk memilih antara kesetiaan kepada sahabat dan kesetiaan kepada Raja. Hang Tuah akhirnya terpaksa memilih, mengorbankan sahabat kesayangannya walaupun dituduh melakukan kesetiaan melulu. Zurinah menghuraikan Hang Tuah sebenarnya tidak sekadar membunuh Hang Jebat tetapi menentang satu penderhakaan - menentang perebutan kuasa. Bagi Zurinah, Hang Tuah bukan bukan sekadar mempertahankan seorang Raja tetapi mempertahankan lambang negara kepada sebuah kerajaan demi memastikan bahawa Melayu tidak akan hilang di dunia. Tanpa kerajaan apalah ertinya lagi sebuah negara.

Milner mencatat, kerajaan-kerajaan berpaksikan Melayu itu adalah kerajaan yang mempunyai raja baik di Riau, Lingga, Deli, Siak, Langkat, Kampar dan Inderagiri di Sumatera begitu juga di negeri-negeri Kutei, Bulangan, Puntianak, Landak, Mempawah dan Sambas di Kalimantan. Di Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu diiktiraf bukan sahaja menjadi asas berkerajaan malah terlibat langsung dalam gerakan menentang Malayan Union. Demikian juga berperanan penting dalam usaha memperjuangkan dan mencapai kata sepakat menuntut kemerdekaan.

Kesembilan Raja Melayu memberikan perkenan untuk ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan turut berkenan untuk dilantik salah seorang daripada baginda-baginda itu menjadi Ketua Negara secara bergilir-gilir dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Kelima: Karya Anthony Milner menimbulkan semula catatan-catatan sejarah tentang bangsa Melayu di samping mengemukakan penemuan-penemuan baru. Profesor Milner dalam tahun 1982 telah menghasilkan penerbitan berjudul "Kerajaan: Malay Political Culture On The Eve of Colonial Rule" dan pada tahun 1995 menghasilkan penerbitan berjudul "The Invention of Politics in Colonial Malaya''. Bibliografi yang disenaraikan oleh Milner memperlihatkan senarai panjang, kumpulan penyelidik, pengkaji dan penulis tentang bangsa Melayu.

Beta percaya terdapat banyak lagi bahan penyelidikan dan penulisan tentang bangsa Melayu yang telah, sedang dan akan terus dilakukan. Minat di kalangan bukan Melayu melakukan penyelidikan terhadap bangsa Melayu memperlihatkan bahawa Melayu itu adalah satu bangsa yang sentiasa mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Definisi "Melayu" itu tidak terhenti daripada terus menjadi bahan diskusi dan subjek kajian. Definisi bangsa Melayu itu tidak terbatas kepada satu definisi sahaja. Tergabung dalam rumpun Melayu itu himpunan kekayaan pelbagai suku keturunan yang juga menguasai pelbagai dialek dan pelbagai subbudaya.
Alam Melayu itu merentasi kawasan geografi yang luas dari Filipina ke Madagascar, dengan saiz komuniti berjumlah 350 juta. Melalui perdagangan dan penghijrahan, rumpun Melayu itu turut merentasi kawasan geografi yang luas, mengembara jauh di luar gugusan kepulauan Melayu.

Terdapat pelbagai deskripsi menggambarkan watak Melayu. Melayu digambarkan bangsa yang bertoleransi, penuh beradat - sangat bersopan, juga digambarkan suka melatah, mudah mengamuk. Dalam hikayathikayat lama dan cerita-cerita rakyat, terkandung pula sifat-sifat dendam, khianat, dengki, menipu, zalim, bodoh dan malas yang diimbangkan pula dengan sifat-sifat mulia, adil, ikhlas, jujur, cerdik, rajin, tekun, taat dan setia.
Jika demikian pelbagai deskripsi tentang bangsa Melayu ini, rumusan yang dapat disimpulkan ialah bangsa Melayu itu adalah insan yang bernama dan bersifat manusia, kerana sifat dan karakter manusia yang pelbagai itu, terdapat di kalangan semua bangsa dan tamadun lain, baik di Barat mahupun di Timur.

Gugusan kepulauan Melayu itu berada di antara dunia barat dan dunia timur, demikian juga antara Asia barat dan Asia Timur. Ia merupakan gugusan yang amat terdedah kepada dunia. Pelbagai agama, budaya dan bahasa sampai ke gugusan kepulauan Melayu, lalu berlaku proses integrasi dan asimilasi pengaruh daripada pelbagai agama, budaya dan bahasa. Bahasa Sanskrit dan Arab sebagai contoh telah mempengaruhi pemikiran dan tahap literasi bangsa.

Perkataan daripada bahasa-bahasa Parsi, Mandarin, Tamil dan Portugis, turut terdapat dalam perbendaharaan kata Melayu. Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominan, susulan daripada pengembangan sistem pendidikan serta kemajuan sains dan teknologi.

Ini telah mempengaruhi Bahasa Melayu itu berubah secara dinamik dengan perbendaharaan kata yang semakin bertambah. Bahasa Melayu telah melalui proses transformasi, berasal dengan bahasa lisan, diperkaya dan diperkembangkan melalui adaptasi penulisan, bermula dengan tulisan jawi, disusuli dengan tulisan rumi. Perkembangan bahasa Melayu itu telah berperanan penting dalam meningkatkan daya intelek dan daya analisis bangsa.

Demikian juga proses penyerapan, pengubahsuaian, percantuman yang berlaku dalam budaya Melayu. Nyatalah Melayu sebagai satu rumpun bangsa, sebagai satu budaya kehidupan, tidak statik. Rumpun Melayu itu berupaya melakukan adaptasi kepada dinamik yang berlaku di persekitaran kehidupannya dan berupaya melakukan perkasaan sosial dan penyesuaian ideologi. Namun bangsa itu juga secara bijaksana berupaya mempertahankan identiti asas bangsanya, secara bijaksana berupaya mengimbangkan antara yang lama dengan yang baru, antara tradisi dan modenisasi, antara lokal dan global.

Bangsa Melayu yang memiliki jati diri yang tinggi telah berjaya melakukan perubahan tanpa melupakan tradisi dan nilai kesinambungan. The Malays memetik dan mengulas kata-kata hikmat pesanan Hang Tuah, "Tak kan Melayu Hilang Di Dunia". Kemudian mencatatkan peringatan Munsyi Abdullah bahawa survival bangsa sebenarnya bergantung pada pelajaran, dan merakamkan kebimbangan Ishak Haji Mohamad bahawa "Melayu itu boleh hilang di dunia". Berlaku pertentangan ungkapan antara pahlawan Melayu bernama Hang Tuah dan nasionalis Melayu bernama Ishak Haji Mohamad, di tengah-tengah peringatan seorang Munsyi bernama Abdullah.

Sewaktu menyampaikan titah di International Conference on Malay Civilization pada 30 September 2002, beta pernah memajukan persoalan menyentuh perkembangan antara tuntutan tradisi (claims of tradition) dan permintaan terhadap kemodenan (demands of modernity) dalam masyarakat pada hari ini. Dikatakan bahawa budaya yang progresif menekankan kepada masa depan sementara budaya yang statik menekankan sejarah lama dan suasana semasa.

Peringatan beta, jangan bangsa sampai ke peringkat keterlaluan. Bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan dilaksanakan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan bangsa. Bahawa elemen-elemen yang berperanan sebagai faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan.

Dalam konteks bangsa Melayu di Malaysia, elemen-elemen tersebut terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya yang berada di bawah payung naungan dan perlindungan Raja-Raja Melayu mengikut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Klausa-klausa menyentuh agama Islam, institusi Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dimaktubkan di dalam Perlembagaan Negara.

Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa, disalut dengan agama. Itulah resipi kekuatan Melayu di bumi ini. Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut. Survival Melayu sebagai satu bangsa bergantung kepada beberapa faktor yang telah selama hari ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya, termasuk budaya bernegara dan berkerajaan berpegang kepada prinsip rakyat beraja - negeri bersultan.

Betapa malangnya bangsa apabila berlakunya tindakan-tindakan yang mahu menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu. Betapa terancamnya survival bangsa apabila tradisi dan institusi sudah tidak lagi dihormati dan disifatkan sebagai antitesis kepada pemikiran rasional, modeniti dan sains. Betapa malangnya apabila generasi yang cetek terhadap latar belakang sejarah mengaitkan 'tradisi' sebagai amalan jahiliah, tahyul dan dogmatik.

Bahawa tidak ada tamadun agung yang dapat dibina tanpa menghargai, mengiktiraf dan meneruskan kesinambungan tamadun dengan sejarah masa lalu - merangkaikan antara satu generasi dengan generasi yang lain, mengkhazanahkan himpunan pengalaman dan pengetahuan bangsa untuk dijadikan "memori sosial" bangsa lalu dijadikan asas utama dalam membina identiti sebuah negara bangsa.

Setiap negara bangsa memerlukan minda sejarah dan penghargaan terhadap sejarah yang telah membina tamadun bangsa dan memberikan identiti kepada bangsa. Negara China sebagai contoh telah melalui proses evolusi dan juga revolusi budaya yang hebat, dari sebuah negara Maharaja menjadi negara komunis. Tetapi memori sosial dan memori budaya bangsa China tidak terpadam. Acara pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008, memperlihatkan bukti kebanggaan satu bangsa terhadap sejarah dan tamadun zaman silamnya.

Dalam mengharungi gelombang globalisasi dan dalam menghadapi dinamik politik yang sedang berlaku di negara ini, bangsa Melayu berada di persimpangan jalan - bangsa Melayu menghadapi dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, bangsa Melayu itu akan terus survive, berkembang dan kuat, serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global, atau kemungkinan kedua, barang dijauhkan AIlah daripada berlaku, bahawa bangsa Melayu itu akan hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut.

Pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan. Akhirnya Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama. Ketika itu tidak akan ada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik. Kalau masih ada yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan bangsa ini ataupun lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah.

Untuk itu perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kaduk, memiliki ayam sabung yang hebat, lalu dipermainkan oleh pihak lawan; akhirnya Pak Kaduk menyerahkan ayam sabungnya kepada lawan; Pak Kaduk sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai. Beta menzahirkan ucap tahniah kepada Profesor Anthony Milner atas daya usaha melakukan kajian mendalam dan komprehensif. Penemuan dan kupasan beliau pastinya akan menjemput pelbagai ulasan dan diskusi untuk mencambahkan perkembangan ilmu dan perkembangan intelek.

Usaha-usaha beliau sewajarnya diberikan penghargaan oleh bangsa Melayu, paling minimumnya menjadikan The Malays sebagai teks yang wajib dirujuk oleh para pelajar sosiopolitik Melayu. Dengan kebesaran dan semoga mendapat keberkatan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, beta dengan sukacitanya merasmikan pelancaran buku The Malays. - UM

Torashah



Selasa, 10 Mac 2009

Hasrat 'penderhaka' bertemu Sultan ?

SEMUA orang masih ingat 'sembah derhaka' yang dipohon oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Sultan Azlan Shah.

Tanpa ada rasa kesal atau jauh sekali sedikit perasaan hormat, Menteri Besar Perak itu memohon untuk 'derhaka' lantaran Sultan membuat keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan pakatan pembangkang.

Insiden sembah derhaka itu berlaku lebih sebulan lalu. Akibatnya amat besar. Institusi raja-raja terutama di Perak diperlekehkan, dinista, dicerca dan dihina. Siri sembah derhaka diteruskan apabila Mohammad Nizar mencabar keputusan pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di mahkamah.

Hubung kaitnya tindakan itu dengan Sultan Perak amat jelas. Sultan yang perkenan melantik Zambry - apabila pelantikan itu dicabar bermakna yang dicabar sebenarnya ialah Sultan Azlan Shah.

Pastinya dalam kes tersebut, peguam Mohammad Nizar akan mengetengahkan bidang kuasa sultan untuk melantik Menteri Besar yang baru. Isunya tentu berkisar kepada persoalan sama ada sah atau sebaliknya - serta kedegilan mereka untuk mempertahankan pendirian bahawa kerajaan pakatan pembangkang masih sah.

Namun perkembangan terbaru menunjukkan sebaliknya. Mohammad Nizar seolah-olah terlupa bahawa beliau sedang 'menderhaka' lantas menyatakan keinginan untuk menghadap Sultan Azlan. Bagaimana agaknya perasaan dan kata hati bekas Menteri Besar itu sehingga mendorong timbulnya keinginan untuk bertentang mata dengan sultan?

Terlupakah beliau onar yang tercetus sehingga ada kalangan pengikut pembangkang sanggup mengepung kenderaan diraja, membawa banner mencerca institusi raja dan berbaring di atas jalan semata-mata untuk menghalang keberangkatan diraja.

Itulah onar yang tercetus gara-gara tindakan awal Mohammad Nizar dan teamnya menyanggah keputusan Istana. Sembah derhaka beliau menjadi ikutan di mana-mana. Baik Melayu, Cina, India dan Singh mula menunjukkan keberanian dan secara terang-terangan mempertikaikan raja-raja Melayu.

Apa sebenarnya hak Mohammad Nizar untuk menghadap sultan? Adakah dia dan pasukannya mempunyai hak untuk berbuat demikian apatah lagi untuk mempersembahkan usul 'sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok?

Siapa yang mengiktiraf sidang tersebut? Semestinya Sultan Azlan tidak merestuinya jauh sekali mahu menurunkan perkenan baginda. Untuk apa tiga usul itu dipersembahkan kepada sultan, jika Mohammad Nizar sendiri tidak mengiktiraf peranan serta fungsi sultan sebelum ini?
Sultan juga tidak mengiktiraf kerajaan Mohammad Nizar sekali gus menolak sidang bawah pokok yang dibanggakan oleh pakatan pembangkang itu.

Hakikatnya, bekas Menteri Besar Perak itu cuba bermain dengan teka-teki - sedangkan teka-teki itu telah ada jawapannya sejak hari pertama Sultan Azlan Shah memberi perkenan pelantikan Zambry serta mengiktiraf kerajaan negeri yang baru di bawah Barisan Nasional (BN).
Dan bukankah sesuatu yang amat memalukan apabila kerajaan negeri yang tidak sah, bersidang di bawah pokok untuk meluluskan usul menyatakan sokongan kepada Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.

Tetapi kedegilan dan keegoan berterusan pakatan pembangkang menyebabkan mereka selamba menyatakan hasrat untuk menghadap sultan. Untuk apa mereka mahu menghadap sultan? Untuk mempersembahkan usul yang sebenarnya tidak wujud lantaran ia dibuat oleh kerajaan atas angin. - UM

Sabtu, 7 Mac 2009

Perak terus dapat pelabur

Dr. ZAMBRY Abd. Kadir (tiga dari kiri) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Sheikh Dr. Khalid bin Mohammad Al-Khalifa dengan Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera (dua dari kiri) pada majlis menandatangani memorandum perjanjian antara Goldnet (M) Sdn. Bhd. dan keluarga Diraja Bahrain di Ipoh, semalam.

Kerajaan Perak yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN) terus mendapat kepercayaan pelabur dari dalam dan luar negara sejak mengambil alih pemerintahan daripada pakatan pembangkang.

Pelaburan terbaru ke negeri ini adalah projek bernilai RM54 juta bagi mewujudkan Pusat Kecemerlangan Emas Global (GGCE) di kawasan seluas 25 hektar di Perak High Tech dekat sini.
Pelaburan itu dilakukan oleh keluarga diraja Bahrain melalui wakilnya, Dr. Sheikh Khalid Al Khalifa dengan kerjasama syarikat tempatan, GoldNet (M) Sdn. Bhd. (Goldnet).

Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pada masa sama kedua-dua belah pihak juga bersetuju untuk mewujudkan Pusat Kewangan GoldNet (GFC) di kawasan seluas 20 hektar di kawasan yang sama.

‘‘GGCE akan menjadi pusat emas utama kepada pasaran dunia dan merupakan yang pertama diwujudkan di luar Bahrain. Setiap transaksi perniagaan di situ adalah berlandaskan kepada emas dan perak, bukannya wang kertas yang dicetak.

‘‘GFC pula bakal menjadi pusat perbankan dan kewangan Islam dan GoldNet akan menjemput semua institusi bank dan kewangan terlibat untuk beroperasi di situ,” katanya. Zambry menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian antara GoldNet dengan Sheikh Khalid di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif GoldNet (M) Sdn. Bhd., Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera.
Projek GGCE dan GFC itu tertangguh selama 11 bulan apabila negeri ini jatuh kepada pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu.

Sebelum projek GGCE, Perak telah menerima jumlah pelaburan sebanyak RM550 juta daripada dua buah syarikat. Pelaburan pertama adalah daripada Baiduri Marine & Supplies (M) Sdn. Bhd. yang bersetuju membangunkan pusat penyelenggaraan dan pembinaan perkapalan di Manjung bernilai RM50 juta.

Ia diikuti pelaburan sebanyak RM500 juta daripada Lhoist iaitu sebuah syarikat antarabangsa milik Belgium yang terlibat dalam industri batu kapur. Zambry berkata, sehingga kini kerajaan negeri masih menerima banyak tawaran pelaburan daripada pelbagai pihak dan ia merupakan satu perkembangan membanggakan lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi global sekarang.

‘‘Saya akan buat satu lagi pengumuman penting berkaitan satu pelaburan besar dalam tempoh terdekat, tunggu dan lihat,” katanya. Sementara itu, Sheikh Khalid berkata, pelaburan tersebut adalah satu permulaan kecil dan ia bakal berkembang sebaik sahaja negeri-negeri lain mencontohi langkah Perak mengaplikasikan penggunaan emas sebagai transaksi dalam perdagangan.

‘‘Saya juga dipelawa untuk membuat pelaburan dalam bidang lain seperti pembinaan dan pelancongan. " Buat masa ini saya sudah merancang untuk membina resort laut bertaraf enam bintang di Pulau Pangkor serta menimbangkan projek pembangunan banglo dengan gaya hidup jutawan menghadap laut di pulau itu,” katanya.

UM - Torashah

Rabu, 4 Mac 2009

Sidang DUN bawah pokok !

Pakatan pembangkang DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengadakan ‘sidang tergempar’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok, kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Persidangan tersebut bermula pukul 10.15 pagi setelah mereka dihalang memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Sebanyak 27 wakil rakyat pakatan pembangkang menghadiri sidang tergempar itu yang dikendalikan oleh Speaker, V. Sivakumar dan Setiausaha Dewan yang baru dilantik, Misbahul Munir Masduki. Persidangan di bawah pokok itu turut mendapat perhatian kira-kira 300 orang awam termasuk pemberita dari dalam dan luar negara.

Lebih menghairankan, persidangan tersebut turut meluluskan tiga usul dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli dewan yang hadir. Usul pertama yang dicadangkan ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Usul itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah. Usul kedua pula dikemukakan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mencadangkan supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham pula membuat usul ketiga supaya ahli dewan mengesahkan keputusan Speaker melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan yang menyaksikan semua wakil rakyat terpaksa berdiri, ditangguhkan pada pukul 10.33 pagi. Terdahulu, wakil rakyat tersebut bersama penyokong merempuh barisan halangan anggota keselamatan di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira pukul 9.30 pagi hingga menimbulkan kekecohan.

Sementara itu, Mohammad Nizar pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak tidak lama kemudian berkata, beliau sebagai ‘Menteri Besar’ akan mohon menghadap Sultan Perak bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN. Beliau berkata, permohonan itu akan dibuat setelah semua dokumen berkaitan siap.

Ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Perak enggan memperkenankan permohonan membubarkan DUN, beliau berkata, ia hanya akan menyebabkan krisis Perlembagaan berterusan sehingga menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negeri ini. ‘‘Kita minta semua rakyat merayu kepada Tuanku untuk bubarkan DUN,” katanya.

Koo Ham pula meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh ‘dewan’ tersebut kerana ia satu-satunya jalan penyelesaian kepada krisis Perlembagaan di negeri ini. Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan tindakan polis menghalang mereka memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Sehubungan itu katanya, laporan polis akan dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang mereka memasuki dewan.

UM - Torashah

Isnin, 2 Mac 2009

Nasihat Agong bertahan empat hari !

SELASA lalu, seorang anggota Parlimen mengibaratkan Dewan Rakyat seperti sebuah pekan koboi apabila anggota-anggotanya sering berbalah dan melupakan tugas sebenar mereka untuk berkhidmat kepada rakyat. Menurut Halimah Sadique (BN-Tenggara), wakil rakyat merupakan pemimpin yang diperhatikan dan patut menjadi teladan kepada rakyat, bukannya bertelingkah antara satu sama lain.

"Kita lupa bahawa kita adalah pemimpin yang sedang diperhatikan, lebih banyak bertekak antara satu sama lain. Kita lupa bahawa rakyat letak kita sebagai anggota Parlimen untuk kepentingan mereka dan bukan untuk kepentingan peribadi kita.

"Kita bukan hendak jadi pelakon koboi dengan adegan tembak-menembak. Dewan yang mulia ini sudah jadi macam pekan koboi, kita lupa tugas. Kita boleh dicontohi dan diteladani," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas.

Begitulah 'pengakuan' seorang wakil rakyat. Suasana kecoh ala pekan koboi ini bukanlah kali pertama 'dipertontonkan' kepada rakyat. Puncanya adalah daripada 'kesilapan' sesetengah ahli Yang Berhormat (YB) sendiri yang tidak menjaga tutur kata. Lebih tepat bermulut celupar. Masing-masing mahu menunjukkan keupayaan berdebat yang ada ketika terbabas sehingga mencarut dan memaki.

Hanya kerana satu perkataan, kecoh satu Dewan. Sudah banyak kali diperingatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia tetapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Mungkin kerana sikap yang tidak mahu berubah, lagak 'pekan koboi' turut disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dukacita dengan suasana persidangan lalu.
Tetapi titah Seri Paduka hanya mampu bertahan selama empat hari pada minggu pertama bermulanya persidangan. Bak kata orang, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Masuk minggu kedua keadaan berubah.

Adakah Ahli-ahli YB lupa titah Seri Paduka ketika baginda merasmikan mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-12 pada 16 Februari lalu? Sedangkan, masing-masing mengambil bahagian membahaskan usul menjunjung kasih.

Seri Paduka dukacita terhadap sikap dan perilaku yang tidak sepatutnya dilakukan di kalangan anggota Parlimen pada sesi persidangan yang lepas. Titah baginda, perilaku kurang baik yang ditonjolkan oleh sesetengah anggota Parlimen semasa sesi persidangan memberi imej negatif bukan sahaja kepada wakil rakyat itu sendiri malahan ia turut memberi impak kepada negara.

''Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya ahli-ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam Dewan yang mulia ini. Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan''.

Mungkin suasana kecoh berlaku disebabkan kekebalan yang ada pada setiap ahli Parlimen. Mereka boleh bercakap apa sahaja atas nama imuniti. Begitulah kehebatan YB-YB ini yang mungkin tidak boleh disentuh ketika mereka di Parlimen. Kadangkala terfikir juga di mana keadilannya dalam hal ini? Mungkin akan ada orang berkata, jika YB mempunyai kekebalan, eloklah mereka berbahas sesama sendiri tanpa kehadiran media atau orang luar. Maka ketika itu cakaplah apa sahaja asalkan jangan sampai bertumbuk.

Tetapi, dalam situasi yang ada pada hari ini, mulut tempayan tidak mampu ditutup. Hari ini, dinding pun boleh bercakap! Pukul 10 anda bercakap secara tertutup, pukul 10.01 minit, apa yang anda cakap itu sudah berlegar di luar. Begitulah hebatnya hebahan maklumat hari ini lebih-lebih lagi berita sensasi. Maka tidak ada pilihan selain biarkan YB bercakap tetapi seperti ingatan oleh pelbagai pihak sebelum ini, mereka harus berhati-hati.

Jika wanita tersentuh apabila bercakap perkara-perkara berbaur seksis, maka apa lagi apabila orang bercakap mengungkapkan kata-kata yang boleh dianggap menghina atau tidak beradab. Sebelum ini, ada yang marah-marah apabila disebut perkataan yang bagi mereka tidak wajar sehingga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi sasaran.

Walaupun orang Melayu ada pelbagai perumpamaan/peribahasa/bidalan yang boleh mengguris perasaan atau hati orang lain, tetapi semuanya itu 'disembunyikan' bagi menjaga hati 'rakan-rakan'. Mereka tahu adab dan susila orang Melayu bak kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Hishammuddin Hussein sebagai masih waras.

Namun ada pihak yang seolah-olah sengaja tidak mahu menjaga hati orang Melayu, gagal memahami sensitiviti orang lain walaupun mereka ini golongan berpendidikan tinggi.
Maka disebabkan tidak tahu menjaga hati orang lain dan boleh dilihat sebagai tindakan provokasi, timbullah pelbagai perkataan yang boleh meresahkan orang ramai. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit juga.

Mengenai kekecohan di luar Dewan pula, itu juga bukan perkara baru. Sejak selepas pilihan raya umum lalu apabila BN mengalami kekalahan teruk, suasana di luar Dewan juga berubah. Dulu tidak ramai yang ke sana tetapi sekarang berebut-rebut orang ke sana malah orang luar boleh buat sambutan hari jadi atau masuk sebagai tetamu dan 'menyerbu' wakil rakyat tertentu.

Maka tidak hairanlah jika di dalam Dewan sudah pun kecoh atas nama kekebalan, apa lagi di luar Dewan? Suka atau tidak terimalah pula suara rakyat di luar Dewan yang rasa terguris dengan pelbagai kata yang tidak ditapis semasa berdebat di dalam Dewan.

Setiap tutur kata perlu dijaga. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Menarik balik apa yang dituturkan tidak membawa sebarang makna kerana kata sudah dihamburkan.Hati orang terguris sedangkan matlamat orang yang berucap sudah kesampaian. Beliau mungkin puas dengan cacian, carutan atau makiannya.

Kadangkala hasrat untuk menyampaikan sesuatu perkara itu baik tetapi disalah tafsir. Ingatlah ada beberapa perkataan yang mungkin memberi pelbagai maksud. Ada baik atau buruk dan juga berbentuk sindiran.

Contoh terdekat ruangan ini yang dinamakan Selak. Bila disebut selak ada yang terbayangkan yang bukan-bukan. Mereka begitu pantas mengambil makna yang negatif. Mereka teringatkan insiden selak kain, selak baju dan sebagainya, bukannya teringatkan selak buku atau selak majalah yang lebih positif pengertiannya.

Padahal, mengikut Kamus Dewan edisi empat, maksud selak (seperti selak kain) berada di kedudukan terakhir. Maksud selak I ialah penyelak sejenis kayu atau apa sahaja untuk mengunci pintu. Selak sebegini banyak terdapat pada masa dulu. Tetapi semasa ke Krabi, Thailand bersama rakan-rakan Utusan Media Sales baru-baru ini, banyak selak yang penulis temui di hotel penginapan Red Ginger Chic Resort.

Di pintu ada selak, almari pakaian ada selak. Meja kopi pun ada selak. Tidak ada kunci atau mangga moden. Itu maksud selak yang pertama. Selak II pula bermaksud mendesak atau menggesa. Selak III ialah tersedak, kesedakan. Selak IV selok-belok dan selak V tidak boleh bernafas, pengsan dan selak berikutnya barulah bermaksud menyingkap, membuka dan menyingsingkan kain.

Begitulah maksud perkataan yang kadangkala disalahtafsir. Tetapi bagi perkataan celaka, maksudnya semuanya menjurus kepada perkara yang tidak baik. Antaranya malang, penderitaan, makian, seruan menyatakan kemarahan. Jadi cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kerana keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia!

Suara Politik
Torashah

Ahad, 1 Mac 2009

Macam ‘kartun’ – Zambry

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar bertindak melanggar Perlembagaan di bawah Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak apabila membuat keputusan mengadakan sidang tergempar DUN pada 3 Mac ini tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, keputusan yang diambil oleh Sivakumar jelas bertentangan dengan peruntukan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak yang menyatakan bahawa sebarang persidangan DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak terlebih dahulu.

''Dia (Sivakumar) tahu apa yang dibuatnya adalah sesuatu yang tidak mengikut Perlembagaan dan bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan tetapi sengaja tidak menghiraukannya kerana mahu mengikut kata hati.

''Sedangkan jika kita baca beberapa perkara dalam Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak, ia jelas menunjukkan bahawa sebarang persidangan DUN yang hendak diadakan hendaklah mendapatkan perkenan Tuanku," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya Parlimen Bukit Gantang di Dewan MPT Bunga Raya, Changkat Jering di sini hari ini. Zambry diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar DUN pada 3 Mac ini tanpa mendapatkan perkenan Sultan Azlan Shah.

Sivakumar mendakwa, sidang tergempar itu boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak memerlukan notis 14 hari seperti diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27(3) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Sivakumar mengadakan sidang tergempar itu memandangkan sudah menjadi kebiasaan Speaker itu bertindak mengatasi Sultan.

''Dia merasakan segala tindakannya mahu mengatasi Sultan. Kalau orang kata 'Singh is King, tak tahulah kalau Siva (Sivakumar) juga King'. ''Dia buat benda tu (sidang tergempar) tetapi halang 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menghadirinya.

''Siapapun boleh fikir apa tujuannya berbuat demikian. Dia buat benda tu macam cerita kartun,'' kata Zambry. Menurut Zambry, jika benar Sivakumar mahu membubarkan DUN, ia sepatutnya dibuat secara demokrasi dengan memanggil semua 59 ADUN hadir pada mesyuarat tersebut.

Katanya, rakyat boleh membuat analisis sendiri tentang sikap sebenar pemimpin pembangkang yang selama ini kononnya bersungguh-sungguh memperjuangkan demokrasi di negara ini.
''Mereka (pembangkang) sepatutnya tidak mengamalkan sikap pilih kasih. Dalam konteks ini, kita kena ikut peruntukan undang-undang," katanya.- UM

Torashah