DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Selasa, 25 Disember 2012

Gempar..!!! Exco Kanan Kerajaan Perak terima UGUTAN?



Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, membuat laporan polis kerana diugut oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkaitan pendedahannya mengenai syarikat pembalakan membabitkan Nga dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Dalam laporan di Balai Polis Kampung Rapat di sini semalam, Hamidah mendakwa Nga mengeluarkan perkataan ‘you revealed, watch out, I will go after you’ (awak dedahkan, jaga-jaga, saya akan cari kamu) di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu.

Di sebalik ugutan itu, Hamidah semalam membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (Upaya Padu) yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.

Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.

Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.

Menurutnya, ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.

“Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99 peratus.

“Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan mengatakan mereka diajak melabur).

“Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Bilis@Pangkor sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012, di Dataran Hadhari Teluk Batik, di Lumut semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ngeh kelmarin yang mengaku beliau dan Nga melabur dalam Upaya Padu, selepas sebuah blog mendakwa syarikat itu diberi tanah seluas 4,359 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Sementara itu, Ngeh ketika dihubungi menegaskan syarikat itu dimiliki oleh sekumpulan pelabur besar dan beliau diamanahkan untuk mewakili semua pelabur berkenaan.

“Biar saya jelaskan biasanya ada beberapa individu hendak membeli syarikat yang besar, dalam satu kumpulan, saya mewakili semua mereka dan kemudian akan mengagihkan saham untuk semua pelabur.

“Dia (Hamidah) tidak tahu langsung cara asas perniagaan yang dijalankan, dia langsung tidak faham, dia tidak layak menjadi Exco.”

“Dia pun sudah tahu, dia sengaja memutarbelitkan fakta. Saya sudah menjelaskan perkara ini di depan bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan dia (Hamidah) pun ada bersama ketika di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu,” katanya.

Sementara itu, Nga ketika dihubungi mendakwa tuduhan beliau mengugut Hamidah adalah fitnah dan meminta polis menahannya kerana membuat laporan palsu.

“Ketika kejadian didakwa berlaku, kami dan beberapa wakil rakyat lain ada bergambar bersama dengan ADUN Pengkalan Hulu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, sebagai kenang-kenangan kerana beliau mengumumkan persaraannya dalam politik.

“Dalam gambar itu boleh lihat dia (Hamidah) berdiri dengan senyuman. Jika dia rasa terjejas, bagaimana boleh bergambar bersama dengan senyuman?,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, ketika dihubungi berkata polis akan membuat siasatan lanjut terhadap laporan itu.

Warna-warni politik
Taminsari

Isnin, 24 Disember 2012

Bekas MB didakwa salah guna kuasa?



Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pemberian konsesi balak ketika menjadi Menteri Besar sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak.

Beliau didakwa menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar bagi meluluskan konsesi itu untuk beberapa syarikat tanpa terlebih dulu membawa permohonan itu ke Jawatankuasa Perhutanan Negeri, sekali gus menyalahi tata cara urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Pendedahan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, semalam.

Tindakan Zambry mendedahkan perkara itu mengakibatkan berlaku ‘perang mulut’ antara Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang dan Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan) dengan Zambry.

Terdahulu, Nizar membangkitkan isu pemberian konsesi balak dengan mendakwa kerajaan negeri tidak telus kerana meluluskan pemberian itu kepada individu sama yang menggunakan enam syarikat berlainan.

Zambry berkata, amalan biasa ialah setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi perlu mendaftar dengan Jabatan Perhutanan sebelum ia disaring dan diserahkan kepada Jawatankuasa Perhutanan Negeri dipengerusikan Menteri Besar untuk kelulusan.

Cabar lapor SPRM

Nizar kemudian mencabar Zambry melaporkan perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengulanginya ketika sidang media sebaik Sidang DUN berakhir.

“Di mana salahnya saya meluluskan pemberian itu. Kita tidak pernah beri konsesi balak kepada syarikat yang sama, kita cabar, bila kita ada buat silap, sila dedahkan, lapor kepada SPRM,” kata Nizar.

Zambry pada sidang media berkata, beliau tidak boleh berbohong ketika dalam DUN dan akan menyerahkan dokumen berkaitan perkara itu kepada SPRM.

Katanya, dalam konsesi balak membabitkan hutan simpan, sesiapa pun yang memohon perlu mengikut peraturan dan keputusannya perlu dibuat jawatankuasa tetapi Nizar langsung tidak membawanya ke mesyuarat sebaliknya terus meluluskan kemudian mengarahkan Jabatan Hutan menguatkuasakannya.-BH

Warna-warni politik
Torashah

Diakad dua kali selepas anggap dinikah imam UMNO tidak sah?



Akibat terlalu terpengaruh Amanat Haji Hadi, Daud Hussin, 50 sanggup diakad nikah sebanyak dua kali selepas beranggapan pernikahan yang dilakukan oleh imam UMNO tidak sah.

Ketika mengimbas kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 1984 itu, Daud berkata, beliau pada mulanya menggunakan khidmat imam UMNO bagi membolehkan proses perkahwinan didaftarkan selain menghormati ibu bapa dan keluarga pengantin perempuan.

''Bagaimanapun, beberapa jam kemudian saya menjalani upacara akad nikah kali kedua di rumah imam yang menyokong Pas kerana percaya proses pertama tidak sah di sisi agama Islam,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Tawar, dekat sini hari ini.

Menurut Daud, apa yang berlaku akibat ketaksubannya kepada Amanat Haji Hadi dan isu kafir mengkafir terhadap individu yang bersekongkol, menyokong dan mengundi UMNO.

Beliau berkata, sebagai penyokong kuat Pas pada waktu itu, tanggapan serong terhadap imam UMNO adalah bukan sahaja tidak sah menjadi jurunikah sekalipun memiliki tauliah yang berkaitan tetapi juga tidak boleh dijadikan imam sembahyang.

"Apabila difikir dan dikaji Amanat Haji Hadi dengan apa yang berlaku sekarang ia sebenarnya suatu kebodohan kerana ramai yang menjadi pak turut sedangkan amanat itu lebih bermotifkan politik bukannya perjuangan Islam yang sebenarnya.

"Mengambil tindakan melakukan akad nikah kali kedua dilakukan kerana percaya imam UMNO kafir. Tindakan sebegini bukan dilakukan oleh saya seorang tetapi keseluruhan anak-anak penyokong Pas yang baru berumahtangga ketika itu," katanya

Beliau diminta mengulas pengalamannya selama lebih 30 sebagai penyokong tegar Pas berikutan pendedahan bekas aktivis dan penyokong tegar parti itu, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afgghani bahawa puluhan ribu pengikut Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi.

Menceritakan lebih lanjut mengenai upacara akad nikah tersebut, Daud berkata, pernikahan pertama dilangsungkan di rumah keluarga isterinya di Beris Kubur Besar, Bachok dan dalam tempoh beberapa jam selepas imam UMNO itu pulang majlis akad nikah dilangsungkan semula atas desakan semua anggota keluarga serta kerelaannya sendiri.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana tanggapan bahawa akad nikah yang dijalankan oleh imam UMNO tidak sah yang boleh menyebabkan beliau berzina dan melahirkan anak luar nikah.

"Pada masa ini mungkin akad nikah semula tidak berlaku berbanding ketika isu kafir kuat dicanang oleh pemimpin parti yang pernah saya sokong,'' katanya.

Daud berkata, dengan darah muda ketika itu dia juga pantang menyentuh bendera UMNO yang dianggapnya haram untuk dipegang kerana beranggapan ia setaraf dengan bendera musuh yang menentang perjuangan Islam.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 22 Disember 2012

Projek pembalakan di Kelantan: Benarkah Ngeh, Nga terbabit?



Pengerusi DAP Perak mengaku buat pelaburan

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Diberi tanah balak lebih 4,000 hektar

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”

Ugut laporan polis

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 7 Disember 2012

Anak muda penyokong Pas sertai UMNO!


MAHDZIR Khalid (tiga dari kiri) menerima borang menyertai UMNO daripada wakil 16 ahli Pas yang bertindak keluar daripada parti tersebut dalam majlis penyerahan borang keahlian UMNO di Kampung Genting Palas, Padang Terap, Kedah, kelmarin.

Perjuangan UMNO yang ikhlas dan berterusan dalam menjaga kebajikan rakyat berjaya menarik penyertaan sekumpulan anak muda dari Kampung Genting Palas serta Bendang Hilir di sini, untuk berada dalam parti itu.

Mereka merupakan antara 16 ahli dan penyokong Pas yang mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut untuk menyertai UMNO selepas kecewa dengan hala tuju Pas pada masa ini.

Salah seorang daripada mereka, Mohd. Shukri Che Dam, 23, berkata, dia dan rakan-rakannya menyedari perjuangan Pas semakin jauh tersasar selepas parti itu bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dia yang menyertai Pas sejak tiga tahun lalu berkata, perjuangan Pas kini didapati dipengaruhi pemimpin tertentu dan bukan berdasarkan kehendak majoriti.

"Pemimpin pertengahan Pas takut sangat hendak mengkritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan orang Melayu," katanya ketika ditemui pemberita ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.

Zakiah Arshad, 32, pula berkata, dia kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota terutama semasa mereka memerlukan bantuan.

Sebab itu katanya, dia bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, menyertai UMNO dan lima lagi adik beradiknya akan menyusul berbuat demikian.

Sementara itu, Zainab mendakwa, tidak ada seorang pun pemimpin Pas yang menziarahi suaminya, Arshad Husin, 78, yang sedang sakit ataupun diberi bantuan.

"Sebaliknya, bantuan termasuk semasa banjir disumbangkan oleh pemimpin UMNO," katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, perkembangan yang berlaku itu dipercayai dapat mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan Parlimen ini.

Katanya, penyertaan ramai golongan muda ke dalam UMNO menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

"Saya mendapat tahu ramai lagi yang bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan penyertaan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama.

"Saya juga berterima kasih kepada anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 6 Disember 2012

Nurul jangan campur isu keselamatan!



Ahli politik terutama kalangan pembangkang diingat supaya berhenti bercakap tentang pasukan keselamatan dan aset pertahanan negara demi populariti apatah lagi tanpa mengetahui fakta sebenar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan mempertikaikan kemampuan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan merupakan amalan yang tidak wajar kerana isu tersebut langsung tidak boleh dipolemikkan.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya berlaku dalam kalangan ahli politik negara ini tetapi tidak berlaku di luar negara yang ahli politiknya amat menghormati institusi keselamatan negara masing-masing.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan dan pertahanan dan saya tak nampak ahli politik di negara luar yang mempertikai kemampuan, kesiapsiagaan anggota polis dan tentera.

"Di negara kita sahaja berlaku perkara ini. Jadi semak fakta dulu sebelum berbicara isu keselamatan kerana akhirnya tindakan itu menempelak diri sendiri dan diketawakan oleh para pegawai yang mengetahui fakta berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO diminta mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyangkal kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kononnya bilangan anggota polis di negara ini sudah mencukupi.

Selain mengemukakan fakta salah kononnya statistik bagi setiap anggota polis dan penduduk adalah 1:270, Nurul Izzah turut berjanji untuk membekukan pengambilan anggota polis jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.

Pada 2010, Ahmad Zahid pernah menempelak Nurul Izzah kerana anak Ketua Pembangkang itu dalam satu temu bual dengan akhbar Indonesia mendakwa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam, selain merupakan aset terpakai dan usang.

Ahmad Zahid menambah, Nurul Izzah sepatutnya menghormati dan menyerahkan soal keselamatan serta pertahanan kepada golongan profesional yang berkecimpung dalam bidang itu.

"Sektor keselamatan dan pertahanan janganlah disentuh. Biar profesional polis dan tentera menjalankan tugas mereka. Walaupun tidak menghormati mereka, hargailah dan berikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk menjaga hal mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengenal pasti lima pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang kini diperhalusi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk menggantikan MiG-29N dalam inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Keputusan muktamad akan dibuat dan ia bergantung pada situasi yang sesuai untuk diumum," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 13 November 2012

Nurul Izzah patut tarik balik kenyataan dan bertaubat?



Wawancara bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md. Isa dan juga ahli Majlis Syura Pas yang tersiar dalam Mingguan Malaysia amat tepat sekali. Nurul Izzah Anwar tidak patut berdalih lagi kerana kenyataannya di majlis forum itu ibarat 'sudah terang lagi bersuluh.'

Beliau harus jujur dengan kenyataannya kerana maklumat kontroversial itu tersiar mulanya dalam portal pembangkang Malaysiakini. Utusan Malaysia hanya memetik semula apa yang dikatakan.

Ucapannya yang dirakamkan, transkrip yang disiarkan sangat jelas mengenai apa yang dikatakan. Mengapa Nurul Izzah harus berdolak dalik sehingga ayahnya, Anwar Ibrahim cuba menyalahkan orang lain mengenai apa yang berlaku.

Penanya soalan Siti Zabedah Kasim ahli Majlis Peguam dalam forum itu menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya diucapkan oleh Nurul Izzah dan Nurul Izzah tidak berani komen.

Apakah Nurul Izzah mewarisi perangai bapanya "lawan tetap lawan" atau terus menyalahkan orang lain dan ghairah ingin menyaman Utusan Malaysia dan tidak berani menyaman portal Malaysiakini? Mengapa Nurul Izzah bersikap berpilih sedangkan perjuangan partinya adalah ke arah keadilan.

Reaksi terhadap kenyataan Nurul Izzah ini amat luar biasa sekali. Pada hemat penulis penafian Nurul Izzah dengan apa yang dikatakannya memerangkap diri.

Kekayaan Allah menyerlahkan siapa sebenarnya Nurul Izzah yang mewarisi sikap ayahnya bila ayahnya menjawab isu Lina Joy yang juga kontroversial suatu ketika dulu.

Tafsirnya terhadap "Tiada paksaan dalam beragama" dalam konteks al-Quran dan Perlembagaan Malaysia memperlihatkan kedangkalan Nurul Izzah memahami ilmu tafsir yang sebenar dan cuba memberi jalan kepada orang Melayu boleh memilih jalan murtad.

Kenyataan Nurul Izzah amat berbahaya dan terkait rapat dengan faham liberalisme dan pluralisme agama. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kenyataan Nurul Izzah itu celaru tapi mencari dalih menyalahkan pihak lain dan Datuk Abdul Hadi Awang menganggap ia isu remeh dan tumpuan harus diberikan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 sementara Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kenyataan Nurul Izzah itu mungkin disalah tafsir.

Bagi khalayak yang mengikuti perkembangan diri Dr. Asri sesuai dengan ungkapan "Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah."

Isu kontroversial yang berbangkit adalah isu akidah dan isu Islam. Pas sepatutnya mengambil sikap yang jelas dan tegas terhadap perkara ini. Keberanian Nasharuddin dalam kenyataannya patut dipuji.

Tidak banyak orang Pas terutama pemimpinnya berani menyatakan kebenaran dan sebahagiannya membuat kenyataan dengan berdalih.

Kepada Nurul Izzah berlaku jujurlah kepada diri. Allah mengetahui apa yang kamu lafazkan. Hati kecil kamu lebih tahu apa yang kamu ucapkan. Sebagai orang Islam langkah terbaik ialah menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam atas keterlanjuran itu dan dengan Allah mohon keampunan, kerana Allah amat mengetahui apa yang berlaku.

Bagi Pas harus tampil menyatakan yang benar itu benar dan jangan letakkan politik mengatasi kebenaran.

Politik menjaga hati dan kerusi bukanlah maslahah yang dianjurkan oleh Islam. Apalagi isu yang berbangkit menyentuh isu akidah dan isu yang boleh membawa kepada murtad.

Pas harus peka dengan perkembangan terkini mengenai aliran liberalisme dan pluralisme agama yang amat bahaya bagi umat Islam. Gerakan evangelis yang semakin agresif kini harus menarik perhatian pemimpin Pas daripada sikap apologetik kepada sensitif terhadap strategi orang lain.

Nurul Izzah juga menyebutkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ia juga adalah isu zina. Zina sama ada berlaku secara terang atau private tetap salah dari sudut hukum Islam. Janganlah gunakan isu agama untuk memenangi pengaruh politik dan undi. Kenyataan Nurul Izzah mengenai agama dan LGBT memberi signal yang salah.

Sebagai orang Islam Nurul Izzah harus lebih bertanggungjawab. Perjuangan kebebasan bersuara yang beliau tuntut jangan sampai menafikan hak orang lain bersuara.

Kata pepatah lama, 'orang lain berlari, di laman sendiri bertenjet (berhati-hati).' Itu tidak adil namanya.

Menyaman Utusan Malaysia tidak Malaysiakini adalah langkah berpilih. Ayah Puan selalu membangkitkan isu berpilih dalam banyak kes mahkamah yang terdahulu. Reaksi khalayak berasaskan data dan fakta.

Nurul Izzah harus menerima hakikat kecanggihan teknologi boleh menyebabkan fakta diperolehi dengan cepat dan tepat. Minta maaflah dan bertaubatlah secara jiwa besar kerana ia menyentuh akidah dan isu murtad.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 4 November 2012

Akibat tamak, pembangkang 'adik beradik 3N' di Perak asyik 'berperang' berebut agihan kerusi pilihanraya?



Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya parti pakatan pembangkang mengamalkan polisi 'satu calon, satu kerusi' membuktikan mereka kini 'berperang' berhubung agihan kerusi pilihan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, dasar itu sudah menjadi amalan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, kecuali di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

"Setiap kali pilihan raya, kami tidak pernah melihat ini sebagai satu masalah besar tetapi pembangkang kini sedang berperang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak 2012 di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Karpal supaya wakil rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dasar 'satu calon satu kerusi' yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu bagaimanapun mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP.

Zambry berkata, soal calon bertanding dua kerusi menjadi masalah dalaman DAP, termasuk di Perak apabila Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming menyandang dua kerusi.

Katanya, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga menyandang dua kerusi.

"Kita tahu kenapa perkara ini menjadi huru-hara termasuk di Perak. Kita kena tanya 'tiga beradik' atau 'tiga N' iaitu Nizar, Ngeh dan Nga," katanya.

Katanya, wakil rakyat yang menyandang dua kerusi tidak dapat menjalankan tugas dengan baik terutamanya apabila terpaksa memilih menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat.

"Kita dapat menyaksikan kadang-kadang dia datang tunjuk muka sekali sahaja dan lepas itu dia tidak datang lagi. Kita hendak komen lebih pun nanti dia kata ada tanggungjawab lebih besar. Jadi, dia kena fikirlah tanggungjawab yang mana satu lebih besar," katanya.

Sementara itu, mengulas kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang, Zambry berkata, perkara tersebut hanya gimik politik pembangkang.

"Mereka cabar sebab hendak tunjukkan kononnya mereka lebih popular daripada Perdana Menteri. Tak apalah, dia hendak lawan, lawanlah. Kita tengok siapa lebih popular," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 23 Oktober 2012

Sekolah 80 tahun ditutup ( SRJK Gandhi, Sitiawan )?


Pemandangan dari luar Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat

SITIAWAN - Nasib seramai 464 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat @( Nama lama - SRJK [Gandhi], Sitiawan ) di sini, masih belum ada kata putus meskipun sekolah itu bakal ditutup bermula 1 Januari tahun depan.

Terdahulu, tapak sekolah itu bakal diambil semula oleh sebuah persatuan yang mendakwa kawasan berkenaan adalah milik mereka.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah, Akmal Abdul Rahim berkata, ibu bapa telah mengambil kata sepakat memohon penangguhan penutupan sekolah sehingga sekolah baru selesai dibina.

“Kami telah mengadakan perbincangan bersama ibu bapa dan beberapa pegawai pelajaran untuk memohon pihak berkenaan membenarkan anak-anak kami bersekolah di sini sehingga sekolah baru siap.

“Kita akan sama-sama mencari tapak yang sesuai berhampiran kawasan ini untuk membangunkan sekolah baru bagi memberi kemudahan kepada murid di kawasan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penerangan dan penjelasan penutupan sekolah itu semalam.

Akmal berkata, saranan yang diberikan pihak berkaitan supaya memindahkan murid-murid di sekolah lain bukan tidak diterima namun, banyak faktor yang perlu difikirkan.

“Jika tukar ke sekolah berhampiran akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk keselamatan kerana keadaan jalan yang sibuk.

“Cadangan menumpang sementara di sekolah lain boleh menjatuhkan moral murid dan guru sekolah ini memandangkan status mereka
yang menumpang,” katanya.

Katanya, PIBG bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk JKKK kampung berhampiran, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Sitiawan,
Pakat, Taman Terus Maju, Perkasa Manjung, Mapim Manjung, Biro Pendidikan Wanita Bahagian Lumut, Persatuan Anak-anak Sabah Manjung dan gandingan 16 taman perumahan telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk tindakan beliau.

Perlu adakan perbincangan terlebih dahulu

SEORANG bapa, G Mahalingan, 40, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu namun, sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian.

“Apabila surat terakhir yang dihantar pihak berkaitan supaya mengosongkan kawasan ini sampai, barulah pelbagai alternatif dicari.

“Perkara ini sepatutnya diselesaikan dahulu lagi dan sekarang diharap supaya pihak berkenaan memberi kebenaran untuk kita menggunakan sekolah ini dahulu,” katanya. Zamri Abdullah, 51, berkata, perbincangan harus dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Pihak berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Daerah dan Tanah Manjung harus melakukan perbincangan lebih mendalam mengenai perkara ini.

“Kami sebagai ibu bapa tidak mahu memindahkan anak-anak kami ke sekolah lain kerana faktor keselamatan. Ia juga menjadi beban kepada ibu bapa yang kurang kemampuan,” katanya.

Ibu bapa terikat jadual kerja

SEORANG lagi bapa, Zarrin Ali, 43, berkata, mereka amat berharap supaya sekolah itu dapat dikekalkan sampai bila-bila.

“Sekolah ini mempunyai murid yang ramai dan guru-gurunya juga komited dalam menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

Katanya, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan terikat dengan jadual
kerja yang tidak membolehkan mereka keluar sesuka hati.

“Apabila keadaan ini berlaku, kami menghadapi masalah dari segi pengangkutan anak untuk ke sekolah jika perlu dipindahkan,” katanya.

Apa kata pihak Pejabat Pelajaran Daerah

SEMENTARA itu, Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Muhd Suod Mat Thani berkata, pada 2010, sebuah persatuan telah menghantar surat untuk mengambil semula tanah sekolah berkenaan kerana mendakwa milik mereka untuk dimajukan.

“Selepas itu kami membawa perkara ini ke dalam mesyuarat tindakan daerah untuk mencari penyelesaian dan berusaha mencari tapak lain membangunkan sekolah baru.

"Perkara ini juga dibawa ke pengetahuan Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan sebuah tapak baru.

Usaha mencari tapak giat dijalankan namun hasilnya hampa kerana tapak berkenaan berada jauh kira-kira tujuh kilometer dari sini," katanya.

Katanya, Kementerian Pelajaran kemudiannya bersetuju membeli tapak asal sekolah itu daripada pihak berkenaan, namun malangnya mereka tidak bersetuju.

Muhd Suod berkata, pada 1 Oktober lalu pihaknya menerima surat terakhir daripada persatuan itu supaya mengosongkan sekolah dan diberi tempoh sehingga 31 Disember ini.

“Kita menyediakan alternatif untuk memindahkan murid-murid ke dua sekolah berhampiran iaitu SK Kampung Sitiawan dan SK Sri Selamat,” katanya.

“Kami tidak mempunyai kuasa menahan perkara ini, namun akan terus membawa ke peringkat atasan termasuk berjumpa dengan pihak persatuan untuk mendapat penyelesaian sewajarnya,” katanya.-SH

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 27 September 2012

Pengundi desak Pengerusi DAP Perak letak jawatan!



Selepas dihentam para perwakilan semasa konvensyen DAP Negeri Perak, Ahad lepas, sekumpulan pengundi termasuk anggota DAP di sini hari ini mendesak Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham supaya meletak jawatan berhubung kenyataannya mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem "Innocence of Muslims".

Desakan itu dibuat dalam satu perhimpunan di hadapan sebuah bank di sini apabila mereka membawa kain-kain rentang berlambang roket yang merupakan logo DAP dan beberapa poster antara lain bertulis "jangan sentuh isu agama antara kaum", "Ngeh Koo Ham harus letak jawatan Pengerusi DAP Perak" serta "mohon maaf bukan satu jalan penyelesaian".

Terdapat satu kain rentang yang mempamerkan logo parti itu pada kiri dan kanan serta bertulis "kami menyokong dan pengundi (Anggota Dewan Undangan Negeri) Adun Jalong (dari DAP) mendesak Ngeh Koo Ham letak jawatan sebagai pengerusi DAP negeri Perak kerana bersikap anti-Islam".

Seorang anggota DAP Sungai Siput yang juga seorang saudara baru, Dini Haikal Abdullah meminta Ngeh supaya tidak menggunakan isu agama kerana ia cukup sensitif dan meminta Ngeh supaya menghormati antara satu agama dengan agama yang lain.

Sementara itu, bekas anggota DAP Sungai Siput, Ng Eng Hock berkata jika Ngeh ingin meraih undi, beliau sepatutnya menggunakan cara yang betul bukan "mengusik" perkara berhubung agama.

"Dia perlu cakap perkara yang berpatutan sahaja, perlu hormat antara kaum dan agama yang lain. Pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik," katanya.

Seorang pengundi di sini, M.Samy Vellu berkata Ngeh tidak berhak bercakap mengenai isu agama Islam.

"Dia hari ini bercakap agama Islam, (mungkin) esok agama (kaum) India, esok agama orang Cina, ini tidak patut. Kita minta kerajaan ambil tindakan perkara ini...ia mungkin boleh jadi masalah besar," katanya.

Seorang pengundi Megat Ismail Megat Rozali berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Ngeh itu tidak boleh diterima sama sekali sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin DAP itu.

Pada Ahad lepas, Ngeh yang juga anggota Dewan Undangan Sitiawan dan Anggota Parlimen Beruas dihentam perwakilan pada Konvensyen DAP Perak ke-17 atas pelbagai isu dalaman termasuk perbuatannya mempersoal tindakan umat Islam membantah filem yang memfitnah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. itu.

Konvensyen itu sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti. - BERNAMA

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 24 September 2012

Ngok Ngeh: 'Jangan jadikan saya seolah anti-Islam'?



Ini jawapan orang yang dah terlepas cakap. Sudah takut dengan kebangkitan umat Islam yang marah, pandai pula memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri! Memang cibai la lu Ngok Ngeh!

“Jangan jadikan saya seolah-olah anti-Islam." Demikian penjelasan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di Twitter yang dikatakan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.

Koo Ham ketika dihubungi wartawan berkata, kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook itu tidak menjurus kepada penghinaan terhadap perjuangan umat Islam di negara ini yang menentang penyebaran filem Innocence of Muslims.

Sebaliknya menurut beliau, ia hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak.

“Secara jujurnya saya sendiri mengecam keras penyebaran video ini, cuma apa yang saya mahu nyatakan, adakah reaksi dan bantahan yang ditunjukkan di seluruh dunia suatu reaksi yang seimbang bagi menentang seorang lelaki.

“Ia hanya suatu pertanyaan kerana bagi saya, masa dan tenaga yang ‘terhimpun’ seluruh dunia ini sebenarnya boleh digunakan untuk perkara lain yang bermanfaat,” katanya yang merujuk kepada kesan kecaman termasuk kes pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens yang terbunuh di Benghazi akibat ditembak, baru-baru ini.

Mengulas mengenai cadangan penyertaan Pas bersama Umno dalam bantahan aman di Kedutaan AS di Malaysia, Jumaat ini, Koo Ham berkata, pihaknya menghormati tindakan berkenaan.

“Jika mereka merasakan ia satu keperluan, kita hormati tindakan itu, saya tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya mereka berhasrat untuk bergabung demi Islam,” kata Ahli Parlimen Beruas ini.

Menteri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam reaksinya kenyataan itu sebagai satu provokasi yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam yang marah dan terhina dengan filem yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

“Sepatutnya dia (Koo Ham) berkongsi bersama apa yang ditanggung, bukan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dia mungkin akan kata dia hanya bertanya, tetapi soalan dia amat provokatif sekali,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan itu tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan orang Islam kerana apa yang dilakukan adalah tindak balas semula jadi.

“Dia seharusnya berhati-hati jika hendak buat kenyataan, jangan sampai menyinggung perasaan umat Islam,” katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 23 September 2012

20 ahli DAP Pantai Remis keluar parti?


Sebahagian daripada ahli dan penyokong DAP Cawangan Taman Bintang, Pantai Remis memotong kad keahlian parti mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional di taman tersebut di Beruas, Perak semalam.

DAP menerima tamparan hebat apabila seramai 20 ahlinya di kubu kuat parti itu di Pantai Remis di sini, bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka yang merupakan ahli DAP Cawangan Taman Bintang bertindak memotong kad keahlian parti sebagai simbolik keluar parti dalam majlis di sebuah restoran di taman tersebut, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 30 penyokong parti tersebut dari taman berkenaan turut menyatakan sokongan kepada BN.

Jurucakap kumpulan itu, S. Ravee, 39, berkata, mereka mengambil keputusan keluar parti kerana kecewa dengan DAP yang hanya pandai menabur pelbagai janji untuk membantu penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Remis dan Parlimen Beruas selepas menjadi kerajaan negeri pada 2008 tetapi tidak menunaikannya.

"Kami mahu menyokong BN kerana yakin BN dapat membantu rakyat di sini. Walaupun wakil rakyat kawasan ini daripada DAP, tetapi BN yang banyak membantu kami selepas Pilihan Raya Umum Ke-12," katanya ketika ditemui pemberita di majlis tersebut.

Pada pilihan raya umum lalu, kawasan Parlimen Beruas dimenangi Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham manakala kawasan DUN Pantai Remis dimenangi Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, beliau yakin ramai lagi ahli DAP di kawasan tersebut akan keluar parti dan kembali menyokong BN kerana menyedari tertipu dengan pelbagai janji DAP sebelum ini.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu DAP memainkan emosi kaum India untuk membenci BN sehingga tahap sokongan kaum itu menurun dari 70 peratus kepada 35 peratus pada 2008.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Azhar Ahmad pula berkata, beliau yakin BN dapat menawan semula Parlimen Beruas pada pilihan raya umum akan datang walaupun calon BN tewas dengan majoriti kira-kira 1,800 undi pada pilihan raya umum 2008.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, ini kerana ramai rakyat di Beruas telah mula sedar DAP tidak berbuat apa-apa tetapi BN yang banyak membantu mereka selama ini.

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 19 September 2012

Kenyataan Ngok Ngeh Koo Ham?



Ketika jutaan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia bangkit mengadakan bantahan besar-besaran terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, seorang pemimpin DAP pula mempersoalkan protes tersebut.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter semalam didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu.

''Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this?

(Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?," kata Koo Ham dalam laman sosial tersebut.

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu bagaimanapun dibidas kerana ia bersifat provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

Seorang pengikut laman Twitter Koo Ham dikenali sebagai 4Peace dengan tegas mempersoalkan kenyataan pemimpin DAP itu yang dilihat bukan sahaja menyerang UMNO tetapi juga Pas.

''Anda (Koo Ham) perlu bertanya apa agenda individu di sebalik pembikinan filem tersebut. Dengan membuat kenyataan sebegini, anda sebenarnya turut menyerang Pas," kata 4Peace sebagaimana dipetik daripada akaun Koo Ham.

Faizal Rahman pula dipetik sebagai berkata: ''Kenapa provoke umat Islam?" sebelum Koo Ham menjawab ringkas bahawa beliau hanya bertanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam reaksinya berkata, Koo Ham sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya ketika jutaan umat Islam amat tersinggung dengan pembikinan filem berkenaan.

''Koo Ham harus berhati-hati. Saya tahu dia akan jawab bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan, namun pertanyaan itu sangat provokatif," katanya.

Sementara itu, pelbagai pihak terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan belia serta komuniti blogger membuat laporan polis berasingan sekitar Perak hari ini bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat Koo Ham berhubung kenyataannya itu.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 14 Julai 2012

‘Bercerai-berai kerana dasar Pas tapi UMNO satukan Melayu’?



Berita guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad, 61, diceraikan suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, dikatakan akibat perbezaan politik menggemparkan banyak pihak.

Che Hasnah, guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, diceraikan suami dengan talak satu di Mahkamah Majistret Pasir Mas Rabu lalu kerana dianggap sesat disebabkan tidak menyokong Pas.

Yahaya kemudian menafikan menceraikan isterinya itu disebabkan perbezaan politik sebaliknya mendakwa Che Hasnah sesat akibat tidak mengamalkan ajaran Islam, malah bersedia rujuk kembali sekiranya Che Hasnah kembali kepada ajaran Islam.

Dakwaan Yahaya itu disanggah Che Hasnah yang turut menolak kesediaan suaminya untuk rujuk kembali.

Ikuti penjelasan Che Hasnah kepada wartawan Utusan Malaysia, di rumahnya semalam mengenai kemelut yang berlaku dan kesediaannya untuk hidup bersendirian selepas ini tanpa suami.

UTUSAN: Boleh beritahu apa sebenarnya yang berlaku?

CHE HASNAH: Bekas suami kuat (taksub) kepada parti Pas. Saya ini asal-asal lagi Barisan Nasional (BN), dia asal Pas. Tetapi jodoh dengan dia, tak mengapa. Selama kenal tak ada apa-apa, kalau dia cakap pasal parti Pas saya senyap, begitu sebaliknya.

Tetapi akhir-akhir ini, dia mungkin dihasut rakan-rakannya dalam Pas. Dua, tiga hari sebelum bercerai dia nampak lain, selepas itu, dia kata awak nak ikut parti saya tak? Kalau tak nak ikut, saya tinggalkan awak. Saya beritahu saya ahli UMNO.

Dia kata tak apalah, dia pun balik ke rumah anaknya. Barang-barangnya di rumah ini pun diminta supaya cucunya datang ambil.

Sebelum ini, saya hadir ke program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tidak kisah. Dia tidak marah, senyap sahaja. Tetapi akhir-akhir ini berbeza.

Kenapa tidak ikut permintaan bekas suami supaya sertai Pas?

Saya tak mahu sebab Pas banyak kerenah. Tengok, apa yang Pas buat untuk bantu orang Melayu, tetapi Pas tolong orang Cina. Sekarang di Kelantan, orang Cina yang banyak Pas bantu. Sekarang Nik Aziz (Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) banyak beri tanah kepada orang Cina. Sekarang Pas pentingkan orang Cina, tidak pentingkan orang Melayu lebih-lebih lagi orang UMNO.

Bukankah Pas dakwa perjuangkan Islam?

Itu Pas kata, tetapi sebenarnya tidak begitu. Tengok apa yang terjadi, bercerai-berai kerana dasar Pas, kalau dasar UMNO tidak begitu. UMNO satukan orang Melayu dan Islam. Kita pun tahu juga, sebab kita tengok berita di televisyen, tetapi bekas suami tidak tengok berita di televisyen dan surat khabar, yang dia baca hanya Harakah.

Selama 14 tahun kami boleh bersama, tak berbalah, tetapi hanya kebelakangan ini sejak kerap pergi dengar ceramah Pas termasuk di Pejabat Penerangan Pas Kelantan. Mungkin waktu itu dia kena hasut.

Awal perkahwinan dahulu tak ada masalah?

Tak ada masalah, dia baik sangat. Tetapi sekarang sebab parti kami bercerai-berai. Masa mula ambil borang cerai, mahkamah tanya sebab mahu bercerai, dia kata kami tak sehaluan. Semasa depan hakim, dia kata mahu bercerai dan saya pula setuju. Dia pun lafaz cerai.

Bagaimana perasaan ketika itu?

Tidak rasa apa-apa. Dia selalu anggap parti dia lebih Islam dan menjamin syurga. Tetapi pada saya tidak. Kalau amalan baik, parti mana-mana pun Tuhan akan tilik hati kita, kalau baik bolehlah masuk syurga itu pun dengan rahmat Allah.

Sepanjang 14 tahun, macam mana pegangan bekas suami terhadap partinya?

Kuat, kalau sembahyang orang BN dia tak ikut. Sebelum nikah, orang BN meninggal dunia dia tak pergi, lepas bernikah saya kata tak boleh, sekampung kena pergi.

Kalau pergi ke program UMNO, bekas suami ada ikut sama?

Dia tak pergi, tetapi dia tak larang saya hadir program itu.

Macam mana boleh timbul mahu bercerai?

Cerai kerana saya tak ikut parti dia, mungkin kerana dia kena hasut.

Bekas suami kata sedia rujuk semula dengan bersyarat?

Saya tak mahu rujuk, elok seorang sahaja sekarang. Dia hendak beri syarat supaya saya ikut parti dia, saya tak mahu. Saya tak mahu masalah berulang lagi. UMNO pejuang Islam sebenar, yang tolong dan bela orang Melayu.

Bekas suami selalu ke ceramah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Ya, sebab itulah jadi macam itu, tak tahu apa yang Nik Abdul Aziz beritahu.

Apa perancangan selepas ini?

Tak ada apa, mengajar al-Quran sahaja, mula pukul 3 petang, berhenti solat Asar dan sambung lagi sampai pukul 7 petang.

Sedih dengan apa yang berlaku?

Sedih kerana ia berlaku disebabkan parti. Masalah ini berlaku bukan kerana apa, tetapi kerana parti. Dasar Islam apa dalam Pas, saya pun tak tahu. Masalah ini tidak akan berlaku dalam UMNO kerana UMNO satukan orang Melayu. Saya terkilan kerana dia tak sedar-sedar dan tetap menganggap hanya partinya yang Islam.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 9 Julai 2012

A. Sivanesan mungkir janji?



Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC Kebangsaan, Datuk R. Ramanan menyelar kegagalan pakatan pembangkang menunaikan janji membantu keluarga mangsa tragedi jambatan runtuh yang meragut tiga murid di Kuala Dipang, Perak, Oktober 2009.

Menurut beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan yang berlagak 'hero' cuba membantu menyelesaikan masalah keluarga mangsa termasuk memfailkan saman bagi pihak mereka.

Beliau difahamkan, ADUN Sungkai itu telah berjanji memberi guaman percuma kepada keluarga mangsa bagi menuntut ganti rugi, selain mengarahkan keluarga tiga murid terbabit membuat kenyataan akhbar yang berpihak kepada Sivanesan dan pakatan pembangkang.

"Namun apabila Sivanesan telah memfailkan saman tuntutan, beliau kemudiannya mengemukakan satu perjanjian dengan keluarga mangsa.

"Antara perjanjian itu, keluarga mangsa perlu membayar lapan peratus kepadanya bagi yuran guaman," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 26 Oktober 2009, tiga murid terbabit menyertai 298 murid tahun empat, lima dan enam dari seluruh Kinta Selatan mengikuti Perkhemahan 1Malaysia selama empat hari di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.


Pada November 2009, tiga bapa kepada tiga pelajar yang meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh terbabit memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta daripada 10 defendan.

Menurut Ramanan, apa yang dilakukan Sivanesan itu adalah tidak berperikemanusiaan, sekali gus membuktikan beliau bukan seorang wakil rakyat yang boleh diharapkan.

Jelasnya, tindakan itu juga membuktikan Sivanesan tidak beretika dalam melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat di kawasan itu.

Beliau menambah, ADUN Sungkai itu turut mempergunakan keluarga mangsa untuk menaikkan agenda politiknya dan pakatan pembangkang semasa kenyataan akhbar dibuat.

"Ia satu tindakan yang tidak beretika dan sangat memalukan kerana sanggup mempergunakan kesusahan seseorang demi agenda politik sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Ramanan berkata, beliau secara peribadi akan membantu keluarga mangsa tersebut bagi menyelesaikan kes mereka.

Sabtu, 7 Julai 2012

Zambry janji selesai masalah laluan membahaya di Seri Manjung!



Masalah penduduk Kampung Datuk Seri Kamaruddin Tambahan, Seri Manjung dekat sini yang terpaksa melalui laluan merbahaya setiap hari bakal berakhir apabila Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berjanji untuk menyelesaikannya.

Penduduk kampung berkenaan berhadapan dengan bahaya manakala sebanyak 14 rumah dilapor mengalami keretakan serius dipercayai disebabkan kenderaan berat yang keluar masuk ke projek bijih besi Vale International (Vale) dan TNB JanaManjung di Teluk Rubiah menggunakan laluan utama di kampung itu.

Ketika meninjau kawasan itu, Zambry berkata kedua-dua pihak telah diminta menggunakan jalan alternatif berhampiran laluan yang diguna sekarang.

"Mereka (Vale dan TNB JanaManjung) diminta menggunakan laluan baru di situ yang jauh daripada perkampungan penduduk. Pejabat Tanah dan Daerah Manjung diminta mengenalpasti tuan punya tanah di laluan alternatif itu bagi tujuan pembesaran jalan.

"Pihak Vale dan TNB JanaManjung juga akan menghantar kakitangan mereka untuk menilai kerosakan yang dialami 14 rumah penduduk di situ dan yakin masalah itu akan selesai dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau dua rumah penduduk yang terlibat, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Ahmad Lotfi Tarmiji, 49, berkata masalah itu berlaku sejak setahun lalu dan menjadi semakin serius sejak projek Vale dilaksanakan.

"Lori-lori berkenaan setiap hari melalui kawasan ini sehinggakan rumah kami retak akibat gegaran.

"Perkakas rumah kami juga rosak kerana gegaran lori-lori itu yang memang kuat kerana mereka menjalankan kerja 24 jam sehari," katanya.

Seorang penduduk, Mohd Daud Yunos, 64, berkata beliau berterima kasih kepada Zambry yang sudi turun padang bagi melihat sendiri masalah yang hadapi penduduk.

Beliau berkata selain menghadapi masalah keretakan, pelajar dari beberapa sekolah turut berdepan dengan risiko kemalangan maut berikutan laluan itu penuh sesak dengan kenderaan berat terutama ketika pergi dan balik dari sekolah.

"Adakalanya, pemandu lori seolah-olah tidak menghiraukan keselamatan pengguna lain di laluan itu. Mereka dilihat memandu secara melulu dan laju sehinggakan boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya termasuk pelajar sekolah," katanya. - Bernama

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 6 Jun 2012

Hina Sultan Perak: Jurutera dipenjara, denda maksimum!




Seorang jurutera hari ini dihukum penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui sebuah laman web, tiga tahun lalu.

Keputusan terhadap Chan Hon Keong (gambar), 29, dibuat oleh Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin selepas beliau meneliti fakta kes dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang perbicaraan berlangsung.

Ikmal Hishan berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan melibatkan kepentingan orang ramai.

''Ini satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah.

''Selepas meneliti dan berpuas hati dengan fakta dan hujah yang dikemukakan oleh kedua- dua pihak, dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini dan denda maksimum RM50,000 dan jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,'' katanya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh yang diwakili peguam bela, Md. Yusuf Idris menggantung pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Bagi tujuan tersebut, Ikmal Hishan memerintahkan jumlah jaminan tertuduh ditambah daripada RM6,000 kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut kertas pertuduhan, Hon Keong didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet melalui alamat protokol 60.48.49.212 secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen berbaur lucah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 12.05 tengah malam, 13 Februari 2009 di alamat No. 5, Lorong Arowana Emas 2, Taman Arowana Emas, Permatang Pauh dekat sini.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Sub Seksyen 233(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara minimum setahun dan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin.-UMO

Warna-warni Politik
Torashah..

Sabtu, 2 Jun 2012

Pas patut hukum Mohammad Nizar Lambai..!!!



Pas dicabar mengambil tindakan tegas ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap biadab dengan mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pembidaan nombor plat WWW 1.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas wajar mengenakan tindakan disiplin ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana seolah-olah menuduh Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi.

Sambil mempersoalkan sikap kepimpinan Pas yang terus membisu dalam isu tersebut, Ahmad Zahid menegaskan, adalah amat memalukan jika parti itu gagal bertindak tegas seolah-olah bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu.

''Pas kena ingat, kalau parti lain boleh mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin celupar seperti Mohammad Nizar, maka Pas juga patut berbuat demikian.

''Jadi, amat memalukan jika Pas tidak mengambil tindakan, seolah- olah bersekongkol dan bersetuju dengan kenyataan Mohammad Nizar itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan wang bantuan baiki rumah Bank Affin Islamic kepada 68 golongan asnaf di Kampung Parit 17 Darat, di sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan; Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil dan Ketua Pengurusan Zakat dan Promosi bank tersebut, Puziah Abu Bakar.

Sementara itu, Mohamad Nizar telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila mengeluarkan komen menerusi akaun Twitter kononnya Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui akaun Twitternya @HRHJohor2 menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil satu sen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Ekoran itu, Polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kenyataan Mohammad Nizar mengikut Akta Hasutan 1948 manakala pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu memohon ampun kepada Sultan Ibrahim.

Ahmad Zahid membidas kepimpinan Pas yang seolah-olah lari daripada isu tersebut sedangkan Mohammad Nizar sepatutnya diambil tindakan ekoran kenyataannya itu.

''Saya tidak tahu apa tindakan kerana dia (Mohammad Nizar) parti lain, tetapi paling baik jangan bertanding (dalam pilihan raya). Pas sendiri tahu, kalau dia ada jawatan, lebih banyak kerosakan yang akan dilakukannya," ujar beliau.

Beliau berkata, dalam konteks undang-undang negara, terdapat akta yang boleh digunakan ke atas mana-mana individu yang mempertikaikan hak peribadi sultan.

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 13 April 2012

Banjir selepas hujan lebat lima jam!

ROSLI Shabudin meredah air untuk ke rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Nyior, Kuala Dipang, Perak, semalam.

KAMPAR 12 April - Kira-kira 1,500 penduduk daripada 657 keluarga terpaksa dipindahkan selepas banjir melanda beberapa daerah sekitar Perak awal pagi ini ekoran hujan lebat lebih lima jam sejak tengah malam tadi.

Paling teruk terjejas adalah kawasan sekitar Kuala Dipang di sini apabila 1,200 penduduk daripada 254 keluarga terpaksa dipindahkan dalam kejadian banjir paling buruk melanda kawasan itu dalam tempoh 30 tahun.

Operasi memindahkan penduduk terbabit dimulakan seawal pukul 7 pagi selepas rumah mereka dinaiki air mencecah lebih tiga meter.

Banjir di Kuala Dipang turut berpunca daripada ban Sungai Kampar di sini pecah sehingga menyebabkan paras air naik mendadak dalam masa singkat sekali gus menyukarkan penduduk menyelamatkan harta benda.

Kawasan terlibat adalah Kampung Batu 20, Kampung Baru, Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Melaya, Kampung Nyior dan Kampung Pulau Bergading.

Ketika ini, semua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu seramai 767 mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar manakala 378 mangsa lagi ditempatkan di Dewan Pulau Bergading.

Selain di Kampar, sebanyak 403 rumah di sekitar Ijok, Selama dekat sini turut ditenggelami air iaitu 215 rumah di Kampung Sungai Jernih, Kampung Masjid (76) dan Kampung Sangkut (26).

Dua buah rumah yang terletak di Kampung Sungai Jernih turut runtuh dan dihanyutkan arus deras. Bagaimanapun, hanya 39 keluarga di sekitar Ijok dipindahkan di Dewan Orang Ramai Sungai Segar.

Banjir turut dilaporkan berlaku di kawasan Batang Padang, Tapah dekat sini yang mana sebuah jambatan bernilai RM500,000 dihanyutkan.

Seorang pengusaha kedai perabot, Mohd. Yusri Basiran, 44, di Kampung Kuala Dipang memberitahu, kesemua perabot yang diperbuat daripada kayu jati bernilai RM600,000 di kedainya ditenggelami air ekoran kejadian itu.

"Air naik begitu pantas sejak pukul 6 pagi. Mana mungkin saya dan empat pekerja lain mampu menyelamat perabot tersebut dalam masa singkat," katanya ketika ditemui di kampung itu hari ini.

Mohd. Yusri yang baru berniaga di kawasan itu dua tahun lalu memberitahu, dalam tempoh setengah jam, kesemua barang di premisnya ditenggelami air.

Penduduk Kampung Baru, Fauziah Abu Hasan Saari, 29, pula berkata, dia dan rakan serumah Maizura Mior Hashim, 32, seperti terhutang nyawa kepada anak kucing yang baru dibela sejak seminggu lalu.

Katanya, anak kucing tersebut yang diberi nama Etot mengiau dengan nyaring sehingga mengejutkan mereka dari tidur ketika air mula memasuki rumahnya kira-kira pukul 2.30 pagi.

"Saya pergi mendapatkannya dan alangkah terperanjat apabila melihat air ketika itu sudah paras betis. Saya segera mengejutkan Maizura dan keluar rumah menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di SMK Kampar.-UMO

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 11 April 2012

Menjunjung Kasih, Merafak Sembah... DAULAT TUANKU!


DAULAT TUANKU!

Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 kepada Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Rabu, 11 April 2012 Bersamaan 19 Jamadil Awal 1433.

Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini hari ini.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu

“Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left. Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua, Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.

Ikrar Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong

Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Najib melafazkan: “BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.”

Semoga Allah lanjutkan usia DYMM Tuanku berdua untuk memerintah Malaysia dengan jayanya.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Ikhlas dari :

Seluruh warga UMNO Cawangan Kg.Serdang. Sitiawan, Perak.
Torashah..

Rabu, 4 April 2012

Jangan langgar sempadan agama!


Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kecewa kerana garis sempadan menyentuh agama Islam mula dilanggar, malah ada kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara berkaitan agama itu melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan aqidah umatnya.

Baginda mahu supaya perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan dan terbuka ini dihentikan dan dicegah secara tegas kerana ia boleh mencetuskan tragedi buruk dalam negara.

"Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri," titah baginda semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Menurut baginda, perkara menyentuh syariat dan aqidah yang disuarakan oleh ulama terutama bagi menasihati umat Islam, kini dipersoalkan dan diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.

"Perbuatan tersebut nyata telah melanggar sempadan, telah melanggar adat resam beragama secara aman dan damai. Tatasusila menghormati agama lain, tidak memperkecilkan agama lain, tidak mencampuri urusan agama lain adalah merupakan tatasusila yang wajib dipatuhi," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah perkara utama mengenai Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah, sebaliknya ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan lain yang berkaitan bagi memastikan tujuan sebenar peruntukan itu tidak dimanipulasi hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

"Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak sama sekali digunakan oleh umat Islam untuk bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap agama lain, tidak juga dijadikan justifikasi oleh barisan pemimpin Islam dan ulama Islam di negara ini untuk bersifat ekstrem, menindas, menghina dan menyerang agama lain atau memusnahkan rumah ibadat warga bukan Islam," titah baginda.

Baginda bertitah majoriti umat Islam di negara ini dididik untuk memahami erti kemuliaan agama dan menghargai kesucian Tuhan.

"Kerana itu, umat Islam di negara ini, pada lazimnya, menghindarkan diri daripada membuat ulasan, teguran atau komentar secara terbuka terhadap amalan atau pegangan kepercayaan agama lain, jauh sekali dari mahu campur tangan atau mengulas secara terbuka terhadap amalan, ritual, acara dan hukum hakam agama lain," titah baginda.

Titah Raja Nazrin walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di negara ini.

"Perkataan-perkataan agama Persekutuan, aman dan damai adalah tiga kata kunci yang wajib dijadikan kompas panduan dalam budaya beragama di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang telah dicapai oleh kaum dan kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), memaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak, keistimewaan, kuasa prerogatif raja-raja.

"Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini," titah baginda. - Bernama

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 31 Mac 2012

Nizar Lambai Tersentak 'Rahsia Tersembunyi' Dibongkar?


Sejak mengambil alih teraju pentadbiran Perak pada 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak pernah sunyi daripada serangan bertali arus pihak pembangkang.

Tidak cukup dasar pentadbirannya diserang membabi buta, Zambry turut dicerca malah warna kulitnya dijadikan modal politik, taktik dangkal yang mencetuskan kemarahan rakyat marhaen.

Serangan ke atas Zambry kebelakangan ini dikhabarkan semakin hebat. Ibarat serangan berangkai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu diasak kiri dan kanan – dengan pelbagai cara – terbuka atau secara halus.

Di Perak sahaja, tidak kurang lima blog diwujudkan untuk melancarkan serangan bertubi-tubi secara khusus terhadap Zambry dengan menyebar fakta-fakta songsang mengenai program pembangunan yang diilhamkan di bawah pentadbirannya.

Dikhabarkan juga, wujud kumpulan penyair yang digerakkan di lokasi tumpuan umum sekitar Perak. Berselindung di sebalik imej aktivis alam sekitar, kumpulan ini mengalunkan syair-syair puitis yang sarat dengan mesej menghentam kerajaan pimpinan Zambry.

Sebuah laman web diwujudkan dengan tajuknya seolah-olah mempromosi Pangkor sebagai destinasi pelancongan, tetapi dipenuhi pendedahan berat sebelah mengenai pembangunan di pulau terkemuka itu termasuk di Pulau Matanggor dan Pulau Segadas.

‘‘Semua serangan ini terarah di kawasan Zambry sendiri. Ini tidak berlaku secara kebetulan, pembangkang mahu mencalar imej Menteri Besar ke tahap paling maksimum. Mereka tahu Parlimen Lumut menjadi kawasan tumpuan dalam pilihan raya nanti,” kata seorang veteran UMNO ketika dihubungi.

Tidak hairanlah, projek kilang bijih besi syarikat Brazil, Vale S.A di Teluk Rubiah, Lumut yang dijangka menjana pelaburan mencecah AS$5 bilion (RM14.9 bilion) dijadikan sasaran. Skrip menghentam isu kilang Lynas di Pahang ‘dikitar semula’ untuk menyerang projek ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang paling lantang mengkritik projek tersebut mendakwa kerajaan pimpinannya sebelum ini tidak pernah membenarkan syarikat bijih besi itu meneruskan projek berkenaan.

Bagaimanapun, Zambry yang sebelum ini dilihat mengambil pendirian enggan melayan sikap hipokrasi pembangkang dalam isu tersebut, semalam tampil dengan kenyataan yang tentunya membuat Mohammad Nizar tersentak.

Zambry menegaskan, pihaknya bersedia mendeklasifikasikan dokumen-dokumen sulit kerajaan bagi membuktikan Pesuruhjaya Pas itu bersetuju meneruskan projek tersebut ketika menjadi Menteri Besar.

‘‘Bukan amalan kita mendedahkan dokumen sulit tetapi disebabkan ada ahli politik seperti ini yang mahu mengelirukan rakyat, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya. Ini fitnah besar terhadap pentadbiran saya, orang ramai perlu tahu perkara sebenar,” tegas Zambry.

Sebelum ini, blog-blog pembangkang cuba membakar sentimen orang Melayu dengan menuduh Zambry menjual tanah Melayu kepada Vale.Bagaimanapun, usaha itu tampak sia-sia kerana terdapat bukti yang mengesahkan tanah-tanah projek itu merupakan milik individu sejak 1980-an.

Ironinya, ketika para pemimpin pembangkang di Dewan Rakyat bertegang urat leher mengkritik kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) negara, kenapa projek pelaburan bernilai berbilion ringgit yang bakal memberi limpahan manfaat kepada rakyat Perak ini cuba digagalkan?

Juga, kenapa sehingga kini, pembangkang tidak mahu berhujah secara konkrit untuk menafikan keselamatan projek itu yang melalui proses kelulusan amat ketat Jabatan Alam Sekitar bagi laporan Impak Alam Sekitar (EIA)?

Untuk rekod, Vale – syarikat pengeluar bijih besi terbesar dunia sudah bertapak di 38 buah negara termasuk Perancis dan Switzerland – antara negara paling kehadapan sebagai jurucakap global dalam isu-isu penjagaan alam sekitar.

Jika benar projek itu satu ancaman yang cukup dahsyat kepada kesihatan rakyat dan alam sekitar seperti digembar-gemburkan, kenapa pembangkang membenarkan projek ini diteruskan ketika mereka pernah memerintah Perak dahulu? Kenapa fakta ini mahu disembunyikan?

Wajar juga ditanya, kenapa baru sekarang Mohammad Nizar begitu bersungguh-sungguh mempersoalkan projek Vale sedangkan ia diluluskan sudah begitu lama. Malah lebih awal dari projek kilang hasil nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Realitinya, semua serangan berangkai ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia seperti plot yang disusun rapi bukan sahaja untuk mencalar populariti Zambry yang kian memuncak, tetapi juga untuk menggugat kedudukan BN secara keseluruhanan di Perak.

Bagai pemerhati politik, gerakan-gerakan ini adalah satu komplot politik untuk menawan Parlimen Lumut – kawasan yang diketahui sangat diidam-idamkan pembangkang setelah hampir merampasnya daripada BN pada pilihan raya umum lalu.

Untuk rekod, BN menang dengan majoriti 298 undi di Parlimen itu dalam pilihan raya umum lalu manakala pembangkang berjaya merampas kerusi DUN Pasir Panjang selain mempertahankan kerusi tradisi mereka di Sitiawan.

Di tengah-tengah tsunami politik yang turut membadai Perak, Zambry mempertahankan kerusi DUN Pangkor dengan majoriti selesa sehingga kemenangannya dikatakan menjadi antara faktor penyelamat BN di Parlimen Lumut.

DUN Pasir Panjang dan Sitiawan kini masing-masing disandang Mohammad Nizar dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham – dua pemimpin yang diketahui paling lantang mengkritik kepimpinan Zambry.

‘‘Pembangkang tiada pilihan, Pangkor perlu diserang habis-habisan, jika tidak menang sekalipun, mereka mahu pastikan setidak-tidaknya majoriti Zambry jatuh merudum dan berharap Lumut jatuh ke tangan pembangkang,” kata seorang pemerhati politik ketika dihubungi.

Namun kata pemerhati tersebut, pembangkang tentunya memerlukan senjata lebih ampuh untuk meruntuhkan kubu kuat BN di Pangkor. Rekod cemerlang Zambry sebagai wakil rakyat sejak 2004 tidak boleh dipandang sebelah mata. Majoriti 5,785 undi yang diperolehinya pada PRU-12 menceritakan hakikat itu.

Pembangkang tentunya juga sedar bahawa tidak mudah untuk memadam rasa bangga rakyat Pangkor yang pertama kali memiliki seorang wakil rakyat bergelar Menteri Besar.

Lihat sahaja kemajuan pesat yang sedang dinikmati rakyat Pangkor ketika ini. Kebanyakannya adalah hasil inisiatif Zambry sendiri yang turut digelar penduduk setempat sebagai ‘arkitek’ pembangunan Pangkor.

Apa pun, Lumut kini umpama di ambang medan perang PRU-13 . BN tentunya menyedari bahawa serangan-serangan ini tidak boleh diambil mudah. Rakyat tidak sepatutnya terus disuap dengan kecelaruan fakta yang dicipta untuk meraih keuntungan politik. Dalam hal ini, rakyat terutamanya penduduk Lumut berhak mengetahui kebenaran.-UMO

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 30 Mac 2012

AL-FATIHAH - BALASUNGKAWA YTM RAJA ASHMAN


Al-Fatihah. Seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan berdukacita atas pemergian YTM Raja Kecil Sulong Perak, Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah mangkat pada hari ini Jumaat 7 Rabiulakhir 1433 bersamaan 30 Mac 2012, jam 1.30 pagi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Jenazah almarhum telahpun dibawa ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan disemadikan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas Solat Asar petang tadi.


Jenazah Almarhum YAM Tuanku Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah, 54 diiringi oleh kaum kerabat dan rakyat jelata menuju Makam DiRaja Kuala Kangsar Perak petang tadi untuk disemadikan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ
Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ

Amin.

Warna-warni politik
Torshah

Ahad, 18 Mac 2012

Pulang semula hak rakyat!


BERUAS - Tidak salah kerajaan memulangkan semula hasil rakyat kepada rakyat melalui pemberian bantuan bukan bertujuan untuk meraih undi seperti yang didakwa pembangkang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis Sepagi Bersama PM di Beruas, semalam.

“Ini sebenarnya menepati apa yang kita gagaskan iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Jika pembangkang menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab itu tidak benar sama sekali.

“Jika hanya dekat pilihan raya kita berikan pelbagai bantuan semata-mata untuk meraih undi itu menunjukkan kerajaan tidak bertanggungjawab tetapi pendekatan yang kita gunakan amat berbeza,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang yang mengatakan pelbagai bantuan diberi kerajaan dalam usaha menarik perhatian pengundi pada pilihan raya umum nanti.

Dalam nada sama, beliau menasihati rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai tohmahan dan janji pembangkang kerana terbukti Umno boleh memberikan kesejahteraan kepada semua.

Katanya, keprihatinan kerajaan selama ini dan pelbagai bantuan yang disalurkan kepada rakyat menunjukkan kerajaan dapat mengurus tadbir negara dengan cekap.

“Jangan dengar dakyah pembangkang, ataupun dengar boleh tetapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri kerana kita sudah nampak mereka bercelaru pada hari ini.

“Cerita mereka tidak boleh pakai kerana mereka sendiri tidak mampu mengurus tadbir negara dengan baik,” katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 5 Mac 2012

Tidak wajar Pas kutip BR1M!


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

“Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

Surat bertarikh 1 Disember 2011 itu bertajuk ‘Rayuan sumbangan derma one off RM50 atau 10 peratus daripada ganjaran pemberian daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) sebanyak RM500 kepada mereka yang bekerja dan berpencen pada bulan Disember 2011 untuk ‘tabung pilihan raya N16 Kamunting’.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain tidak menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia mungkin sebahagian daripada cara Pas Cawangan Kamunting untuk menggalakkan ahlinya bersedekah.

Abu Bakar turut menegaskan, tidak wujudnya paksaan untuk ahli cawangan itu menyerahkan wang bantuan tersebut.

Menurut Zambry, rakyat perlu menilai perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan konsep negara berkebajikan tetapi tergamak mengambil kesempatan terhadap golongan miskin demi kepentingan politik.

Tindakan Pas Kamunting itu jelas beliau, menunjukkan parti itu dalam keadaan terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum sehingga sanggup mengambil wang yang diberikan kerajaan kepada golongan miskin untuk menampung agenda politik.

“Mereka sudah tiada jalan lain. Jadi, mereka gunakan orang miskin yang kita bantu bagi tujuan kepentingan politik mereka dan apabila minta komen, katanya Pas menggalakkan ahlinya bersedekah dan mereka tidak ada rasa bersalah langsung,” katanya.-UMO

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 6 Februari 2012

Sultan Perak ingatkan pemimpin tidak kejar kekayaan peribadi!

SULTAN Azlan Shah bersama Tuanku Bainun beramah mesra bersama rakyat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dataran Parit, semalam.


PARIT 5 Feb. - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini bertitah, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila barisan kepimpinan lebih mengutamakan agenda untuk kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok tertentu sahaja.

Titah baginda, kekayaan material yang diperoleh secara mendadak lagi mencurigakan merupakan kekayaan palsu yang sekadar melahirkan budaya bermewah-mewah, bermegah-megah serta banyak melakukan pembaziran.

"Lalu berlaku ketirisan sumber, pembangunan yang tempang, kadar pengangguran, kadar penghijrahan, kadar penyeludupan dan kadar jenayah yang tinggi, dituruti pula dengan pelbagai penyakit sosial.

"Akhirnya ketenteraman awam terjejas, kestabilan politik tergugat, perbelanjaan keselamatan dan pertahanan negara meningkat dan akibatnya ummah bertambah derita kerana terus terperangkap dalam putaran ganas kemiskinan," titah baginda pada perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dataran Parit di sini hari ini.

Sultan Azlan bertitah, ummah akan hidup sejahtera dan negara akan makmur jika mempunyai pemimpin yang sentiasa menginsafi tanggungjawab besarnya kepada ummah serta negara dan paling utama kepada Allah.

"Khazanah negara akan diurus secara telus, sumber negara akan diagihkan secara saksama dan kekayaan negara tidak akan dibazirkan dan kepentingan majoriti ummah akan lebih diutamakan.

"Pemimpin tidak akan mengizinkan berlakunya pemusatan himpunan kekayaan secara melampau dalam kalangan kumpulan kecil tertentu sehingga mengakibatkan menjelmanya secara mendadak beberapa individu yang terlalu kaya bagai pulau-pulau kecil terapung di tengah lautan kemiskinan," titah baginda.

Titah Sultan Azlan, senario semasa yang sedang berlaku di negara-negara tertentu hendaklah dijadikan peringatan betapa pentingnya bagi umat Islam hari ini mengembalikan keluhuran kepimpinan seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Baginda bertitah, Rasulullah memiliki watak dan sifat unggul yang wajib dijadikan ikutan terutamanya dalam kalangan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan.

"Pemerintahan baginda teguh berpegang kepada hukum, menegur setiap kesalahan, mencegah setiap kemungkaran walaupun ia melibatkan saudara, anggota keluarga atau sahabat terdekat. Baginda tidak terpesona dengan kemewahan dunia, jauh sekali tergoda untuk membina kekayaan diri dan kekayaan keluarga.

"Ketika wafat, baginda tidak meninggalkan kekayaan material untuk diwarisi tetapi yang ditinggalkan oleh baginda adalah ajaran dan amalan baik supaya dijadikan panduan dan pedoman dalam usaha membina kehidupan ummah yang mendapat keredaan, berkat dan rahmat Ilahi," katanya.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Yusuf Husin.

Warna-warni Politik
Torashah