DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Sabtu, 14 Julai 2012

‘Bercerai-berai kerana dasar Pas tapi UMNO satukan Melayu’?



Berita guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad, 61, diceraikan suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, dikatakan akibat perbezaan politik menggemparkan banyak pihak.

Che Hasnah, guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, diceraikan suami dengan talak satu di Mahkamah Majistret Pasir Mas Rabu lalu kerana dianggap sesat disebabkan tidak menyokong Pas.

Yahaya kemudian menafikan menceraikan isterinya itu disebabkan perbezaan politik sebaliknya mendakwa Che Hasnah sesat akibat tidak mengamalkan ajaran Islam, malah bersedia rujuk kembali sekiranya Che Hasnah kembali kepada ajaran Islam.

Dakwaan Yahaya itu disanggah Che Hasnah yang turut menolak kesediaan suaminya untuk rujuk kembali.

Ikuti penjelasan Che Hasnah kepada wartawan Utusan Malaysia, di rumahnya semalam mengenai kemelut yang berlaku dan kesediaannya untuk hidup bersendirian selepas ini tanpa suami.

UTUSAN: Boleh beritahu apa sebenarnya yang berlaku?

CHE HASNAH: Bekas suami kuat (taksub) kepada parti Pas. Saya ini asal-asal lagi Barisan Nasional (BN), dia asal Pas. Tetapi jodoh dengan dia, tak mengapa. Selama kenal tak ada apa-apa, kalau dia cakap pasal parti Pas saya senyap, begitu sebaliknya.

Tetapi akhir-akhir ini, dia mungkin dihasut rakan-rakannya dalam Pas. Dua, tiga hari sebelum bercerai dia nampak lain, selepas itu, dia kata awak nak ikut parti saya tak? Kalau tak nak ikut, saya tinggalkan awak. Saya beritahu saya ahli UMNO.

Dia kata tak apalah, dia pun balik ke rumah anaknya. Barang-barangnya di rumah ini pun diminta supaya cucunya datang ambil.

Sebelum ini, saya hadir ke program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tidak kisah. Dia tidak marah, senyap sahaja. Tetapi akhir-akhir ini berbeza.

Kenapa tidak ikut permintaan bekas suami supaya sertai Pas?

Saya tak mahu sebab Pas banyak kerenah. Tengok, apa yang Pas buat untuk bantu orang Melayu, tetapi Pas tolong orang Cina. Sekarang di Kelantan, orang Cina yang banyak Pas bantu. Sekarang Nik Aziz (Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) banyak beri tanah kepada orang Cina. Sekarang Pas pentingkan orang Cina, tidak pentingkan orang Melayu lebih-lebih lagi orang UMNO.

Bukankah Pas dakwa perjuangkan Islam?

Itu Pas kata, tetapi sebenarnya tidak begitu. Tengok apa yang terjadi, bercerai-berai kerana dasar Pas, kalau dasar UMNO tidak begitu. UMNO satukan orang Melayu dan Islam. Kita pun tahu juga, sebab kita tengok berita di televisyen, tetapi bekas suami tidak tengok berita di televisyen dan surat khabar, yang dia baca hanya Harakah.

Selama 14 tahun kami boleh bersama, tak berbalah, tetapi hanya kebelakangan ini sejak kerap pergi dengar ceramah Pas termasuk di Pejabat Penerangan Pas Kelantan. Mungkin waktu itu dia kena hasut.

Awal perkahwinan dahulu tak ada masalah?

Tak ada masalah, dia baik sangat. Tetapi sekarang sebab parti kami bercerai-berai. Masa mula ambil borang cerai, mahkamah tanya sebab mahu bercerai, dia kata kami tak sehaluan. Semasa depan hakim, dia kata mahu bercerai dan saya pula setuju. Dia pun lafaz cerai.

Bagaimana perasaan ketika itu?

Tidak rasa apa-apa. Dia selalu anggap parti dia lebih Islam dan menjamin syurga. Tetapi pada saya tidak. Kalau amalan baik, parti mana-mana pun Tuhan akan tilik hati kita, kalau baik bolehlah masuk syurga itu pun dengan rahmat Allah.

Sepanjang 14 tahun, macam mana pegangan bekas suami terhadap partinya?

Kuat, kalau sembahyang orang BN dia tak ikut. Sebelum nikah, orang BN meninggal dunia dia tak pergi, lepas bernikah saya kata tak boleh, sekampung kena pergi.

Kalau pergi ke program UMNO, bekas suami ada ikut sama?

Dia tak pergi, tetapi dia tak larang saya hadir program itu.

Macam mana boleh timbul mahu bercerai?

Cerai kerana saya tak ikut parti dia, mungkin kerana dia kena hasut.

Bekas suami kata sedia rujuk semula dengan bersyarat?

Saya tak mahu rujuk, elok seorang sahaja sekarang. Dia hendak beri syarat supaya saya ikut parti dia, saya tak mahu. Saya tak mahu masalah berulang lagi. UMNO pejuang Islam sebenar, yang tolong dan bela orang Melayu.

Bekas suami selalu ke ceramah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Ya, sebab itulah jadi macam itu, tak tahu apa yang Nik Abdul Aziz beritahu.

Apa perancangan selepas ini?

Tak ada apa, mengajar al-Quran sahaja, mula pukul 3 petang, berhenti solat Asar dan sambung lagi sampai pukul 7 petang.

Sedih dengan apa yang berlaku?

Sedih kerana ia berlaku disebabkan parti. Masalah ini berlaku bukan kerana apa, tetapi kerana parti. Dasar Islam apa dalam Pas, saya pun tak tahu. Masalah ini tidak akan berlaku dalam UMNO kerana UMNO satukan orang Melayu. Saya terkilan kerana dia tak sedar-sedar dan tetap menganggap hanya partinya yang Islam.

Warna-warni politik
Torashah

4 ulasan:

QalamQabut berkata...

Kalau ikut auto response aku: Temubual tak valid, tal boleh dipercayai, sebab Autasan yang buat, dimanipulasi.

Cukuplah setakat bagi orang UMNO baca dan faham. Ramai jugak orang UMNO baca Haprakah sebab lawak jenaka dema best2. Tapi aku baca yg dah jadi pembungkus nasi lemak je, tak mau bazir duit beli barang yang tak berfaedah.

Ryzal72 berkata...

Assalamualaikum,
Pohon ikuti artikel saya dilaman berikut sebagai kesinambungan terhadap artikel ini. Terima Kasih. http://www.mysuara.net/kecelaruan-minda-melayu-bikinan-pas/

UMNO PARTI PENJARA berkata...


(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

QalamQabut berkata...

Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?

Kenapa Kump. Abang2 Keluar UMNO (KAKU) baru sedar BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Kenapa KAKU ni keluar UMNO? Baru sedar?
Kenapa wanita Islam sekarang ni dah banyak pakai tudung walhal nenek dan opah kita pakai selendang saja?

Kenapa Nik Ajis bagi qariah Kelantan masuk Tilawah semula setelah diharamkan sekian lama? Dia pun baru sedar? (Abaikan kenyataan ini jika anda ahli KAKU, nanti terpesong akidah pulak mempertikai ketidak-sempurnaan Nik Ajis.)

Salahkah kita nak buat apa yang kita tak buat? Salahkah kita untuk sedar tentang kesilapan kita. Salahkah kita jika ada kelemahan, ketidak-upayaan pada diri kita? Salahkah kita jika sekarang ini kita berusaha untuk perbetulkan kesilapan itu, baiki kelemahan kita?

Bukan saja UMNO tak sempurna, malah alim ulama pun tak sempurna, sejak 50 tahun lalu hingga sekarang. Tetapi alhamdulillah sedikit demi sedikit kita sudah sedar, sudah mula baiki kesilapan dan kesalahan kita sedikit demi sedikit untuk menuju jalan yang diredhai Allah swt.

Jika KAKU boleh sedar yang UMNO bukan tempat untuk mereka, begitu juga UMNO boleh sedar bahawa segala hukum dan perintah Allah perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari2 dan juga dalam perlembagaan dan undang2 negara.

Di dalam dunia ini yang sempurna hanyalah Nik Ajis dan PAS, mungkin juga PKR dan DAP. Apa yang mereka cakap dan buat semuanya sempurna belaka. Jadi tidak hairanlah jika KAKU mahu beralih angin. Semoga dosa dan kekhilafan yang telah KAKU lakukan selama berada di dalam UMNO terampun dek Nik Ajis. Dan semoga KAKU dapat hidup bahagia dan sejahtera di sorga Kerajaan Langit sana dengan mimpi yang indah2. Di bumi Malaysia ini terlalu banyak ketidak-sempurnaan yang perlu dibaiki dan diatasi oleh UMNO dan alim ulama Islam dari seluruh dunia.

Tahniah kerana memilih Nik Ajis dan bukan Mahathir, Pak Lah atau Najib, atau entah siapa lagi selepas dia. Semua pemimpin UMNO ini tidak perfect.