DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Khamis, 29 Disember 2011

'Telo Kor Ming beso sebelah' - Tak berani bersemuka dengan Blogger Sekupang duas!

Kor Ming tidak berani muncul serahkan surat saman

Penulis blog Sekupangduas, Ahmad Sofian Yahya hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu.

Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul. Baca di sini.

Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.

Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.

Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.

''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti.

Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya.

Terkini : Kor Ming lapor polis dakwa terima ugutan bunuh!

Nampak sangat le bila dah kantoi, 'peluru juga dikambing hitamkan'! Nga Kor Ming membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh serta sebutir peluru hidup dalam sepucuk surat yang diposkan ke alamat rumah ibunya di Ayer Tawar, kira-kira 70 kilometer dari sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, Kor Ming bersama peguamnya dan pemimpin DAP lain membuat laporan polis pada 10.30 pagi tadi.

"Walaupun laporan telah dibuat di sini, tetapi siasatan akan dilakukan oleh Balai Polis Ayer Tawar di mana kejadian itu berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Kor Ming berkata, beliau membuat laporan polis kerana surat tersebut mengandungi ugutan jenayah yang mengancam keluarganya.

"Tidak wajar ugutan diterima oleh ibu kerana dia tidak terlibat langsung dalam politik. Ini kali pertama saya terima ugutan bersama peluru hidup ini. Surat ini dipercayai dari Manjung berdasarkan cop pada sampul surat berkenaan,” katanya.

Kor Ming, juga Ahli Dewan Undangan Pantai Remis berkata, beliau memandang serius perkara itu dan meminta jika terdapat sebarang selisih faham dengan mana-mana pihak, ia perlu diselesaikan secara demokrasi.

Apa punya bebal lah Kor Ming apabila 'sudah terkantoi' terpaksa menggunakan taktik lama 'mengkambing hitamkan' peluru bagi menutup 'kemaluan' dan kesalahan yang mereka lakukan! Malu wei..!!!

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 27 Disember 2011

Kor Ming mahu saman penulis blog Sekupangduas!


Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming akan memfailkan saman terhadap seorang penulis blog kerana memfitnah beliau menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Kor Ming berkata, saman fitnah itu akan difailkan di mahkamah dalam masa terdekat.

''Saya sudah buat keputusan untuk mendakwa penulis blog tersebut kerana memfitnah saya. Saya tidak mahu ulas isu tersebut kerana akan ambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan penulis blog, Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut 21 Disember lalu.

Menurut Ahmad Sofian, 47, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 21 Disember 2011

MIC setuju tukar kerusi Pasir Panjang dengan UMNO!


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada UMNO dalam satu proses pertukaran kerusi.

"Ini sudah dipersetujui MIC,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan UMNO kepada MIC sebagai ganti.

Sebelum ini, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, calon MIC, Dr S. Vasan tewas kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas dengan majoriti 4,474 undi.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 18 Disember 2011

Hasan Ali : Ada organisasi murtadkan umat Islam?

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Himpun, Azmi Abd. Hamid; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya beberapa bulan lalu, terdapat 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut.

Sementara itu Penganjur Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) hari ini mengingatkan bahawa umat Islam tidak akan bertolak ansur dalam soal akidah.

Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abd. Hamid menegaskan, majoriti umat Islam di negara ini masih berpegang pada prinsip bahawa tiada harga atau istilah tawar menawar dalam agenda melindungi akidah umat Islam dan ia melangkaui kepentingan ekonomi dan politik.

Berucap di hadapan 3,000 orang yang menghadiri majlis Himpun peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, beliau berkata, tiada ruang kompromi dalam usaha mempertahankan kesucian agama Islam.

“Tidak akan ada tukar ganti dalam soal kita mempertahankan akidah umat Islam. Prinsip ini merentasi platform politik, ini bukan isu politik, ini isu kepentingan umat Islam dan perjuangan ini tidak akan pernah berhenti,” katanya yang menjadi pemidato ketiga dalam perhimpunan itu.

Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Mohd. Azmi berkata, gelombang kesedaran mempertahankan akidah umat Islam terutamanya dalam isu murtad semakin meluas, malah turut mendapat perhatian Raja-Raja Melayu yang mahu usaha agresif dilakukan bagi menanganinya.

Beliau berkata, Himpun akan terus menggerakkan usaha agresif pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti-parti politik untuk mengekang gejala murtad daripada berleluasa.

“Kita tidak pernah berganjak daripada pendirian bahawa negara sudah mempunyai kerangka yang jelas mengenai peraturan penyebaran agama Islam dan agama lain. Ia bukan sesuatu yang boleh dikompromi.

“Selagi gejala murtad tidak dibendung secara menyeluruh maka kami tidak akan berhenti berhimpun. Kami bersama NGO lain juga akan turun padang untuk memantau sendiri senario permasalahan murtad di setiap negeri,” katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 30 November 2011

Kor Ming perlu dihadap ke Jawatankuasa Disiplin DAP!

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming perlu dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti itu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur rasis kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kerana menggelarkannya 'hitam metalik'.

Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, kenyataan penghinaan itu adalah sangat serius dan perlu diambil tindakan segera supaya mana-mana pihak yang bersalah tidak dibiarkan terlepas.

''Tindakan disiplin mesti diambil terhadap Kor Ming supaya kenyataan beliau itu dianggap tidak mewakili parti. DAP bukan parti rasis, tetapi sangat jelas terdapat ahli parti yang tidak berfikir sebegitu.

''"Kenyataan itu bukan hanya menyakitkan, tetapi tidak masuk akal bagi sebuah parti berbilang kaum seperti DAP," katanya sebagaimana yang dipetik dalam portal The Mole, hari ini.

Pada sidang akhbar di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, ADUN Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib mendedahkan Kor Ming menghina warna kulit Zambry pada satu ceramah Pas di Kamunting pada 9 September lalu dan beliau mempunyai bukti rakaman video.

Sambil menganggap kenyataan Kor Ming sebagai kebudak-budakkan dan tidak sensitif, Tunku Abdul Aziz berkata, ia bukan kali pertama Ahli Parlimen Taiping itu mengeluarkan kenyataan berbaur rasis sebegitu.

''Dia (Kor Ming) patut tahu kenyataan sebegitu tidak diterima di Malaysia. Ini menunjukkan sikap kebodohan beliau berbuat begitu. Saya percaya jawatankuasa disiplin parti akan berbuat sesuatu (ambil tindakan),'' katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tuduhan terhadap Kor Ming mestilah dibuktikan sebelum apa-apa tindakan boleh dipertimbangkan.

Nasihat penulis kepada Dr.Tan Seng Giaw supaya tak perlulah nak menegakkan benang yang basah kerana segala bukti jelas ditunjukkan didalam rakaman video ini. Jangan bertindak seperti Kor Ming yang pada awalnya menafikan yang beliau mengeluarkan kenyataan berikut sehingga mencabar Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) memberikan bukti.

Ternyata selepas rakaman video ini tersebar luas, barulah beliau memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya ‘hitam metalik’.

Ungkapan biadab yang diucapkan oleh Kor Ming itu berbunyi: Perak ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.

Jika dilihat kepada ungkapan biadap Kor Ming, beliau hanya memohon maaf atas kenyataan 'hitam metalik' sahaja, tetapi bagaimana pula dengan "haram jadah"? Adakah Kor Ming faham apa yang dimaksudkan "haram jadah" itu!



Warna-warni politik
Torashah..

Haram jadah punya Nga Kor Ming...lu memang biaDAP!!!



DAP bankrap idea 'serang' peribadi pemimpin


Pemimpin DAP sudah bankrap idea dan bersifat diskriminasi apabila menggunakan sifat peribadi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk 'menyerang' beliau.

Akibat kehilangan punca dan idea, DAP sanggup menggunakan sifat peribadi seperti warna kulit untuk menghina Zambry. Amat malang bagi perkembangan politik negara jika trend ini berterusan dan hanya melalui lunas perundangan perkara ini dapat dihentikan.

Amat malang peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948 tidak mencukupi untuk pihak berkuasa melakukan sesuatu!

Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini mendakwa Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) mencaci peribadi Zambry dalam ceramah-ceramah beliau dengan menggelar Menteri Besar Perak itu 'Zambry Hitam Metalik'. ( sila rujuk kepada rakaman video diatas )

Ungkapan biadab yang diucapkan oleh Kor Ming itu berbunyi: Perak ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.

Seksyen 509 Kanun Keseksaan menyebut tentang kata-kata atau perlakuan yang bertujuan memberi malu terhadap seseorang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda dan penjara sehingga lima tahun. Namun sehingga kini belum ada kes sedemikian yang dikemukakan oleh Peguam Negara selaku pendakwa raya.

Harus disedari jika di negara maju mencerca seseorang mengenai warna kulit, agama, budaya, asal- usul dan keaiban lain dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia dan boleh disabitkan di mahkamah.

Kita melihat begitu banyak kepayahan berlaku dan dilakukan pada musim 'menumbangkan pagar' perundangan yang selama ini menopang keluhuran undang-undang dan ia harus diambil berat kerana jika api sudah naik ke bumbung, rumah berada dalam bahaya!

Sikap para pemimpin DAP bukan sahaja tidak beretika dan tidak profesional, malah dibimbangi akan memberi impak dan teladan yang tidak baik kepada generasi muda. Tindakan Kor Ming mengeluarkan kenyataan sedemikian secara jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran pemimpin DAP sehingga sanggup mempersendakan keperibadian pemimpin lain.

Kor Ming seharusnya cermin diri, jika diri sendiri juga mempunyai kelemahan mengapa mahu memperkecilkan keperibadian orang lain. Jika kenyataan sedemikian keluar daripada mulut pemimpin Barisan Nasional (BN), pasti kita akan dituduh parti rasis dan dijadikan isu untuk menghentam semula kerajaan!

Begitu rendah mentaliti seorang pemimpin DAP! Kenyataan Kor Ming itu mencerminkan sikap kebudak-budakan pemimpin pembangkang apabila menjadikan isu fizikal pemimpin lain sebagai senda politik mereka.

Lu memang biaDAP Kor Ming...!!!

Warna-warni politik
Torashah..

Sabtu, 26 November 2011

Pembangkang hina MB Perak!


Gelaran 'Zambry Hitam Metalik' menggamatkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) mendakwa Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mencaci peribadi Menteri Besar, Zambry Abd. Kadir dalam ceramah-ceramah beliau.

Insiden itu berlaku apabila Khusairi yang mencelah semasa Zambry menggulung perbahasan, mendakwa beliau mengikut ceramah ADUN Sitiawan itu dan mendapati Koo Ham menghina peribadi pemimpin-pemimpin BN termasuk Zambry.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN.

Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.

"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.

Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham.

Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.

"Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.

"Tidak baik mempersoalkan warna kulit seseorang kerana ia dijadikan oleh Tuhan. Apakah kita sanggup menghina Aulong dengan gelaran capik? Kita hormat dia," katanya.

Selepas namanya disebut, Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) bangkit mencelah memberitahu, terdapat dua jenis orang kurang upaya (OKU) iaitu yang baik dan tidak baik sehingga membuatkan semua ahli dewan ketawa.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 15 November 2011

Berita Yang Pemimpin PAS Tak Boleh Terima. Ahli PAS Puji BN!


Macam tak percaya bila ada ahli PAS puji BN.

Kalau Kerajaan adil macam tu lah. Lambat laun yang karat hijau pun boleh di'putih'kan.

Tahniah BN Perak. Kerana kesaksamaan anda memberi bantuan telah buatkan rakyat 'celik mata'.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 24 Oktober 2011

Tiga beradik jadi anak angkat Menteri Besar Perak!


Nasib tiga beradik miskin yang dibela ibu tiri selepas ditinggalkan ibu kandung terus mendapat pembelaan apabila mereka dijadikan anak angkat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini.

Ooi Seng Wai, 14; Seng Foong, 12, dan Seng Loong, 8, akan menjadi anak angkat beliau yang ke-137 di bawah Program Anak Angkat Menteri Besar Perak yang dikendalikan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Zambry berkata, menerusi program itu, ketiga-tiga adik beradik itu akan menerima bantuan wang saku bulanan sebanyak RM50, di samping bantuan lain seperti kelas tuisyen dan lawatan sambil belajar semasa cuti persekolahan serta bantuan baju raya semasa musim perayaan.

''Pada 20 Jun 2009, saya datang melawat tiga beradik ini selepas mendapat tahu mereka tidak pernah bersekolah dan kita membuat keputusan untuk membantu menghantar mereka ke sekolah.

''Dalam tempoh dua tahun, mereka ini telah banyak meningkat dalam pelajaran walaupun tidak pernah bersekolah. Saya amat bangga dengan pencapaian mereka," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi rumah keluarga tiga beradik itu di Taman Cahaya Bercham, di sini hari ini.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bercham, Tan Swee Kong.

Dalam lawatan itu, Zambry turut mengumumkan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM10,000 untuk bantuan sewa rumah dan tuisyen kepada tiga beradik itu selepas sumbangan RM5,000 yang diberikan pada 20 Jun 2009 habis dibelanjakan pada Mac lalu.

Pada masa ini, selain sumbangan tersebut yang diuruskan jawatankuasa KRT Bercham, ibu tiri kanak-kanak itu, Wong Kam Yoen, 59, hanya bergantung kepada sumbangan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk persekolahan tiga beradik itu.

Kam Yoen ketika ditemui, melahirkan rasa amat gembira dan terima kasih kerana nasib tiga anak tirinya itu mendapat perhatian Menteri Besar. Tiga beradik itu dijaga oleh Kam Yoen selepas bapa mereka meninggal dunia pada 2009.

Ibu kandung mereka, Wong Soon Leng, 41, yang tidak begitu sihat pula menghilangkan diri dan pulang sekali atau dua kali sahaja dalam tempoh dua tahun.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 18 Oktober 2011

Fitnah: Zambry beri tempoh 24 jam kepada Koo Ham!

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi tempoh 24 jam mulai hari ini untuk Pengerusi DAP Perak , Ngeh Koo Ham untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan media yang dikeluarkan dalam blog pemimpin pembangkang itu yang didakwa memfitnahnya.

Sambil menyifatkan tuduhan melalui kenyataan media dalam blog Ngeh bertarikh 19 Se...ptember lepas merupakan satu fitnah jahat, Zambry menegaskan sekiranyanya Koo Ham tidak berbuat demikian dalam tempoh itu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

"Mereka (pembangkang) sudah kebankrapan idea dan isu untuk menarik perhatian rakyat sehingga terpaksa membuat fitnah jahat serta menggunakan langkah-langkah jijik. Pakatan pembangkang dalam kecelaruan, mereka begitu terdesak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 19 September lepas, Koo Ham melalui kenyataan media dalam blognya mendakwa sumber dalaman memberitahunya Zambry telah meluluskan keseluruhan 27,401.2 hektar (68,503 ekar) tanah sejak Februari 2009 sehingga Julai tahun ini.

Daripada jumlah itu 24,224.7 hektar (60,561.75 ekar) merupakan tanah industri atau pertanian yang diluluskan pada kadar RM375 seekar.

Zambry mencabar Koo Ham supaya mendedahkan sumber dalaman yang membuat dakwaan yang tidak bertanggungjawab itu serta membuktikan dakwaan itu.

"Selain itu berikan bukti tanah telah diberikan kepada “kroni” saya dan mendedahkan nama mereka serta mendedahkan bagaimana pihak yang dikatakan “kroni" saya itu akan menerima keuntungan berjumlah RM900 juta seperti yang disebut dalam blog berkenaan,” katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 16 Oktober 2011

Rakyat makin bijak menilai Anwar!


Ribuan hadirin daripada pelbagai NGO dan rakyat pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar, semalam.


Rakyat semakin bijak menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perwatakannya yang hanya licik memainkan sentimen rakyat melalui ucapan berkobar-kobar di pentas ceramah tetapi gagal membuktikan kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, rakyat negara ini tidak akan selama-lamanya tertipu dengan budaya politik Anwar yang sering mahu dilihat sebagai pemimpin yang unggul tetapi realiti jelas menunjukkan sebaliknya.

''Sebab itu kita selalu kata, jangan menilai manusia ini (Anwar) melalui kata-kata atau ucapannya yang memang begitu sedap didengar, tetapi kita perlu menilai segala perbuatan dan amalannya.

''Memang mudah berjanji apa sahaja untuk mendapat kuasa tetapi rakyat boleh menilai antara kebenaran dan pembohongan," katanya ketika berucap menutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta para pemimpin komponen BN negeri.

Mohd. Shafie menegaskan, Anwar serta pemimpin pakatan pembangkang gagal menghalang momentum sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengotakan janji-janji melalui pelaksanaan dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat.

''Perdana Menteri menterjemahkan segala janji dengan mendukung kepentingan rakyat dan formula kejayaan inilah yang semakin menggusarkan pembangkang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pakatan pembangkang juga tidak dapat menafikan kemampuan kerajaan BN dalam mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia luar.

Tidak hairanlah, kata beliau, keharmonian tersebut cuba dirosakkan oleh pakatan pembangkang dengan memainkan isu serta sentimen negatif untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

''Sekejap setuju, sekejap tidak setuju dan mereka berbalah sesama sendiri. Cukup jelas mereka tiada kesepakatan sehingga menjadikan perjuangan masing-masing sebagai bahan eksperimen untuk menarik sokongan.

''Kita perlu bertanya, bagaimana mereka ini mahu membina sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan suara rakyat sekiranya suara pemimpin-pemimpin mereka sendiri tiada kesepakatan?," tegasnya.

Sementara itu, Majlis Penerangan Perdana itu mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 12,000 orang iaitu jumlah tertinggi yang dicatatkan setakat ini sejak program itu dilancarkan September lalu.

Bertemakan penjelasan isu-isu semasa termasuk Bajet 2012, majlis itu dihadiri rakyat pelbagai lapisan termasuk ahli 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 800 pertubuhan belia sekitar Perak, wakil agensi kerajaan serta komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 8 Oktober 2011

Zambry : BN anggap tiada kawasan 'hitam' di Perak!

BN Perak menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan 'hitam' iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi BN Perak berkata sama ada 'hitam' atau 'putih' sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bergantung kepada strategi parti di samping usaha dan kerja keras setiap anggota untuk aktiviti masyarakat di situ.

"Sukar katakan kawasan tertentu sebagai 'hitam' sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap 'putih' (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar 'hitam' kerana politik adalah sesuatu yang dinamik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di Ipoh, semalam.

Beliau memberi contoh, dahulu ada yang menjangka BN tidak boleh menang kerusi Parlimen Ipoh Timur sedangkan BN pernah memenanginya, begitu juga bagi kerusi Parlimen Ipoh Barat.

Zambry berkata beliau enggan mempercayai pandangan wujudnya kawasan 'tertutup' kepada BN sehingga mustahil untuk parti itu memenanginya.

Beliau berkata semua komponen BN umpamanya MCA boleh meraih kembali mendapat sokongan di kawasan tradisi yang ditandingi termasuk kawasan yang berpotensi untuk menang berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan di situ.

Katanya MCA di bawah presidennya sekarang, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, adalah parti yang paling aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan usaha seperti itu berupaya mengembalikan kepercayaan rakyat serta menggambarkan tahap penerimaan rakyat terhadap parti itu.

Zambry juga berkata pada prinsipnya persetujuan mengenai cadangan pertukaran kerusi antara parti komponen BN telah selesai tetapi penilaian masih diteruskan dari semasa ke sesama.

Mengenai dakwaan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS dalam sebuah akhbar semalam bahawa budaya mencantas dan masalah perebutan kerusi hanya berlaku dalam Umno, Zambry menyifatkan kenyataan itu sebagai 'merapu'.

"Cakap merapu, saya tahu mereka (Pakatan Rakyat) di Perak sedang 'berperang' teruk, masing-masing nak berebut kerusi, cuma orang itu (Mohammad Nizar) kata mereka tiada masalah," katanya.- Bernama

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 27 September 2011

Titah diRaja : Pemacu transformasi ummah!


Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan Titah DiRaja sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Segala puji tertentu bagi Allah Subhanahu Wata'ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Hamba-Mu ini, dengan hati yang bening - ingatan yang hening, melafazkan seikhlas tutur dari denyut nadi - menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, mengangkatkan martabat Hamba-Mu ini untuk menyempurnakan satu tanggung jawab fardu kifayah di pagi ini.

Dengan segala kerendahan sifat - kelemahan kudrat, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua.

Selawat dan kesejahteraan ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada Allah SWT sehingga ke hari kebangkitan.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi' Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini.

Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."

Demikian lafaz ikrar sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara. Status Ketua Utama Negara bukan sekadar simbol hiasan. Status Ketua Agama Negara menuntut kepada penyempurnaan tanggung jawab besar memenuhi amanah.

Terkandung lima kata kunci dalam sumpah jawatan tersebut iaitu: Undang-undang, Perlembagaan Negeri, Agama Islam, Adil dan Aman. Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ini, dianjurkan, menyusuli ketetapan yang diperkenankan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja.

Menjunjung titah duli-duli yang maha mulia raja-raja, patik merafak sembah junjungan kasih setinggi-tingginya atas limpah perkenan duli-duli tuanku, memberikan pengiktirafan ke atas batang tubuh patik, menyempurnakan hasrat duli-duli tuanku, untuk patik menzahirkan titah diraja atas tema 'Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah'.

Setiap yang tersurat dizahirkan dari yang tersirat. Ketetapan Majlis Raja-Raja memperkenankan kelangsungan Kongres ini, perlu direnung secara tajam, diamati secara halus dan diselami secara mendalam.

Betapa keprihatinan yang tersirat dalam ruang minda Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu tentang senario semasa negara; senario semasa negara yang harus dirangkaikan dengan lima kata kunci yang terkandung dalam sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; senario semasa negara berkaitan Islam, survival ummah dan perpaduan ummah, soal keluhuran Perlembagaan, soal kedaulatan undang-undang, soal keadilan, soal keamanan; serta lebih utama keprihatinan duli-duli yang maha mulia itu, sebagai pewaris kepada tujuh wasiat yang telah diperkenankan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu oleh sembilan Raja Melayu pada tarikh 5 Ogos 1957, lalu memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa.

Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di negeri-negeri.

Tanggung jawab penting tersebut telah sekian lama diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain.

Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun ke-14. Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka.

Dengan pengislaman Raja Melaka dalam tahun 1409, Islam bertapak lebih kuat di alam Melayu, dijadikan agama rasmi Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Risalah Islam memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat Melayu. Islam mengisi kandungan rohani, begitu serasi - begitu sebati dengan jiwa dan budaya Melayu.

Ajaran Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan umat Melayu di Malaysia. Islam mengubah anutan agama umat Melayu kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh Allah SWT.

Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat.

Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru.

Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu. Ia telah mencetuskan satu revolusi pemikiran di kalangan umat, berupaya menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya.

Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme dan intelektualisme di kalangan umat, mengangkat adab dan susila serta kesedaran terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan.

Beberapa pengubahsuaian lantas berlaku dalam sistem pemerintahan dengan pengenalan identiti baru. Raja dan kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai 'penjelmaan tuhan di bumi', status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah 'bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard)" . Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia.

Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan.

Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak. Di Perak, Undang-Undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing.

Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu meneruskan tradisi pemerintahan beraja yang kekal berpandukan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan kepada sistem pentadbiran perundangan Inggeris telah dilakukan dari negeri ke negeri. Hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi khusus untuk urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Di Perak, pentadbiran Islam dipertanggungjawabkan kepada beberapa Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Sultan. Salah seorang Orang Besar Delapan, Imam Paduka Tuan dilantik memegang jawatan Kadi.

Di pertengahan abad ke-19, terdapat gelaran-gelaran Imam Seri Raja Kota Lama Kanan, Imam Siraja Pakih Kota Lama Kiri, Imam Malaikat Amin Ketior, Imam Siraja Diraja Geronggong, Imam Seri Jidin Sayong, Imam Siraja Mahkota Bota, Imam SyakuI-Islam Pasir Salak dan Imam Siraja Dalam Istana Sultan.

Dalam abad ke-20, Majlis Orang Besar-Orang Besar dan ulama ditubuhkan untuk mengambil tanggung jawab mengurus tadbir hal ehwal Islam di Perak .

Amat ketara, urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek perundangan, toleransi, ekonomi dan sosial ketika itu, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini .

Pengiktirafan tersebut selanjutnya diterjemahkan melalui kes Raman - lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah 'lex loci of the land'.

Begitu ketara Inggeris mengakui hakikat bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf sebagai agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu, berkedudukan tertinggi berbanding agama-agama lain.

Berasaskan hakikat tersebut, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan supaya Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India, tiga kaum utama di kalangan penduduk Tanah Melayu.

Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat 15 negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di negeri-negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:

"If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya.

''In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in in the Federal".


Tradisi pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan-kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di negeri-negeri.

Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain, telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; dan hakikat akan penerusan kedaulatan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya di kenali sebagai Malaysia.

Adalah penting untuk Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan secara menyeluruh untuk memastikan kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.

Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah.

Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

Dalam kes Dato' Menteri Othman Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus , Ketua Hakim Negara ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah memutuskan antara lain:

"In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way - with less rigidity and more generosity than other Acts" (see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)

Yang Amat Arif Raja Azlan Shah seterusnya menyatakan:

"It is in the light of this kind of ambulatory approach that we must construe our Constitution. The Federal Constitution was enacted as a result of negotiations and discussions between the British Government, the Malay Rulers and the Alliance Party relating to the terms on which independence should be granted. One of its main features is the enumeration and entrenchment of certain rights and freedoms. Embodied in these rights are the guarantee provisions of Article 71 and the first point to note is that, that right does not claim to be new. It already exists long before Merdeka, and the purpose of the entrenchment is to protect it against encroachment."

Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja.

Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.

Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain - lawan - Fatimah Sihi dan yang lain, telah memberikan tafsiran berikut:

"... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

''Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan di hala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah 54 tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah 13 Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah 12 kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.

Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.

Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah.

Abdullah Munsyi mencatatkan bahawa dalam adat resam Melayu, pengajian al-Quran diperkenalkan kepada anak sebelum mempelajari Bahasa Melayu; tetapi Raffles pada 1810 telah menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu hendaklah diasingkan dari dasar pelajaran Al-Quran. Satu arahan yang pada hakikatnya merupakan senjata halus, memulakan pemisahan pengajian Islam dalam sistem pendidikan di kalangan ummah.

Muhammad Nejatullah Siddiqi, yang dianggap penulis paling berpengaruh di kalangan generasi pertama ahli Ekonomi Islam, menghuraikan bagaimana sistem pendidikan yang diwarisi di negara-negara Islam memisahkan pendidikan sekular dengan agama lalu menghindarkan peluang kepada umat Islam menguasai pengetahuan ekonomi.

Pelbagai muslihat yang dilakukan di masa lalu, hari ini telah menidakkan ummah kepada haknya; betapa kedaulatan Kesultanan Melayu Johor terhakis sepenuhnya dari lakaran sejarah Singapura dan betapa pula Kedaulatan Kesultanan Melayu Kedah di Pulau Pinang turut dipadam, dan betapa Melaka pada hari ini sudah tidak beraja lagi; dan betapa Hukum Kanun Melayu dihakis dari menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan penerimaan Common Law Inggeris.

Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan - satu nyanyian, satu perkhemahan - satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam - setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah - satu ceramah.

Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar.

Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.

Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Raffles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael.

Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Keangkuhan semakin berlaku - toleransi umat Islam semakin dicabar.

Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan. Ia mungkin berpunca daripada satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut - yang semakin mereputkan ummah.

Umat Islam wajib menghayati semangat "Bersatu teguh, bercerai roboh". Umat Islam wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang dicerminkan oleh kaum lain dalam mempertahankan maruah mereka.

Dua patah perkataan yang terselit di antara ribuan perkataan dalam sebuah novel, yang dianggap menghina kaum mereka, telah menyatupadukan warga berketurunan India Malaysia untuk membantah secara habis-habisan.

Meskipun tidak ada niat penulis novel untuk menghina mana-mana kaum, tetapi atas semangat mempertahankan maruah bangsa, warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, baik yang bersama kerajaan mahupun yang tidak bersama kerajaan, para akademik dan pelbagai organisasi, bercantum tekad - bergabung usaha, bersatu suara - bersatu tindakan atas nama mempertahankan maruah.

Tuntutan mereka menghasilkan kejayaan. Semangat bersatu sedemikian atas nama maruah bangsa, sewajarnya dijadikan teladan. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh akidah.

Hari ini nama suci Allah, dilaporkan telah digunapakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam - tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan akidah anak-anak Islam - tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah.

Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

Kalimah suci Allah bukan sekadar 'nama am' yang bermaksud 'Tuhan' walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan

bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas, Tuhan Maha Suci - Tuhan Maha Agung.

Allah adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:

"Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah";

Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini.

Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian Ilahi terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja.

Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, Keesaan Ilahi, Allah yang "satu" lagi berkuasa di atas segalanya, Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan. Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam Allah mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Berpeganglah kepada kebesaran Ilahi, dengan bersendikan keteguhan iman, untuk berani menegakkan yang hak, menentang perlakuan mungkar.

Yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah, datangnya dari Allah, dan ALLAH akan memberi berkat, memberi petunjuk, memberi perlindungan dan memberi kemenangan kepada mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

Hanya sanya kerana politik, umat Islam jangan sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang sesiapa sahaja "mengALLAHkan" apa sahaja yang mereka anggap tuhan. Satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah.

Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, status agama dan status sejarah. Sudah terlalu lama umat Islam berfikiran selesa sebagai pewaris kepada tanah air pusaka bangsa.

Sudah terlalu lama umat Islam berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka, sudah terlalu lama umat Islam bersandarkan keselesaan kepada tiang politik yang disifatkan kukuh. Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia.

Hari ini segala-galanya telah berlalu. Tanpa sesuatu langkah strategik - langkah berani, umat Islam dibimbangkan sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Ada kalanya umat Islam yang berani bersuara tentang bangsanya dan umat Islam yang berpendirian tegas untuk mempertahankan kesucian agamanya, dianggap melakukan dosa kepada negara-bangsanya.

Ummah mengimpikan pencapaian ekonomi yang lebih baik, profesion pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, urus tadbir negara yang lebih baik.

Ummah mengimpikan pemerintahan adil lagi saksama; pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara diskriminasi, melalui badan kehakiman yang berintegriti; pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, keadilan sosial, menyediakan kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan.

Ummah mengimpikan negara yang bebas dari kekacauan dan persengketaan; negara yang mengagihkan kemakmuran secara saksama. Sesungguhnya masih ada jurang di antara menggapai harapan dengan realiti, lalu mencetuskan pelbagai reaksi - pelbagai kebimbangan - pelbagai keresahan.

Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman memiliki sifat prihatin terhadap kelangsungan bangsa dan kesucian agama, dua perkara yang begitu dekat di hati Raja-Raja Melayu.

Rekod-rekod perundingan membuktikan, semasa era pentadbiran Inggeris, Raja-Raja Melayu senantiasa mengingatkan Inggeris untuk memastikan berlakunya perimbangan terhadap pribumi dalam program yang diperkenalkan oleh Inggeris baik dari segi pendidikan, pertahanan, pekerjaan, penghijrahan, pembukaan tanah dan pelbagai perkara lagi.

Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini.

Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai.

Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh - platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.

Majlis Agama Islam (MAJLIS) di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini. Roh Islam wajib dikembalikan. Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat.

Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan. Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara.

Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini.

Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah. MAJLIS adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri.

Majlis Agama Islam diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah. Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.

Majlis Agama Islam Negeri berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.

Dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan dalam perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajiblah memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama erat dengan kerajaan yang dipilih secara demokratik; tetapi dalam apa juga usaha yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan dan berunsur menderhakai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajib secara tegas - secara lantang, berpegang kepada prinsip, menolak serta menentang; serta segera menyembahkan kepada perhatian Raja-Raja cadangan-cadangan alternatif demi mempertahankan syiar Islam - demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

Peranan MAJLIS kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan kekayaan intelek masih belum memihak kepadanya.

Majlis Agama Islam wajib keluar dari kepompong pendekatan yang usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggung jawab besar terhadap ummah, 'MAJLIS' perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif.

Hassan Al Bana dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat, perlu dibincangkan secara berintegrasi tanpa memisahkan komponen duniawi dengan komponen ukhrawi.

'MAJLIS' wajib menghayati tafsiran sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, transformasi agenda dan transformasi pendekatan.

Justeru, peranan MAJLIS harus diluaskan, dimerdekakan dari minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan MAJLIS hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.

Selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, Negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai institusi strategik, berpotensi menyempurnakan tanggung jawab fardu kifayah, berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara.

MAJLIS perlu menimbangkan empat platform untuk diberikan fokus utama untuk berperanan lebih berkesan dalam membela nasib ummah.

Pertama: menyemak dan menghalusi dasar-dasar negara dan pelaksanaan dasar agar tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja Melayu.

Kedua: mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha-usaha Negara untuk
membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi ummah.

Ketiga: menerokai usaha untuk membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah agar tidak tercicir dan ketinggalan dengan menyuntik perisian dan komponen latihan yang lebih relevan dengan keperluan guna tenaga semasa dalam institusi-institusi pendidikan agama di semua peringkat terutama di luar bandar.

Keempat: Memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam sedia ada seperti masjid dan surau, dipelbagaikan aktiviti dan dibangunkan sebagai pusat pembangunan kecemerlangan ummah.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 20 September 2011

Pesakit HIV tinggi di Kelantan salahkan Dr. Mahathir dan hukum hudud?

Semua di antara kita tahu Pas adalah sebuah parti yang tidak pernah tetap pendirian. Sekejap begitu...sekejap begini... Di Trengganu dan Kelantan mereka dipanggil Pas kluk-klek.

Bukan sekadar tidak tetap pendirian, Pas juga terkenal dengan sikap sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan kuasa. Menipu, memfitnah, lacur agama, jual bangsa sehinggalah ke tahap menjadikan isteri sebagai taruhan politik.

Kelmarin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersuara meminta agar Perdana Menteri membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010.

Untuk pengetahuan, bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka. Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 kerana halangan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Cuba bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV di Malaysia, apa pula mereka akan kata? Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan." Tetapi apabila akhbar melaporkan Kelantan yang paling tinggi, terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr. Mahathir. Mereka hanya nak yang baik-baik, yang buruk semuanya milik orang lain.

Mengikut laporan daripada Majlis AIDS Malaysia, bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang daripada mereka menghidap AIDS. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai daripada Kelantan, serta negeri yang tidak dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara Islam.

Bilangan penduduk Malaysia mengikut negeri, Kelantan berada di tangga kesembilan dengan bilangan penduduk 1.54 juta orang, tetapi mempunyai penghidap HIV yang paling ramai dalam negara kita.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak dipimpin oleh seorang tok guru dan tidak pernah sama sekali menjalankan hukum hudud, kelab malam sana-sini dan mempunyai bilangan penduduk 1.67 juta orang tetapi mencatatkan bilangan pesakit AIDS yang lebih rendah daripada Kelantan, iaitu 18 orang bagi setiap 100,000 orang penduduknya.

Jadi di manakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit AIDS tinggi di Kelantan?

Bukan hudud penyebabnya. Sebabnya kerana kegagalan dia dan barisan pentadbirannya mendidik rakyat sendiri. Begitulah buruknya perangai seorang tok guru, meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk menutup kelemahannya.

Di negeri Kelantan selama 365 sehari setahun Pas adakan ceramah. Tak kira bulan puasa atau bulan raya atau bulan lain-lain. Setiap malam bukan satu tempat Pas ceramah, berpuluh-puluh tempat. Pernahkah mana-mana orang yang pergi ke ceramah Pas mendengar penceramah-penceramah Pas memberi nasihat tentang bahaya HIV atau AIDS?

Tidak! Mula ceramah baca sepatah dua ayat Quran dan hadis Nabi, kemudian kutuk dan fitnah UMNO. Selepas itu buat cerita sedih dan diiringi selawat minta petugas bawa kantung untuk kutip derma. Penutup ceramah minta undi Pas. Habis ceramah, duit derma yang dikutip masuk poket. Esok ceramah lagi. Dapat duit lagi. Itulah rutin seorang pemimpin Pas.

Apabila kalah pilihan raya, salahkan parti lawan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr. Mahathir dan hukum hudud.

Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek. Tun Dr. Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun. Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri.

Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal.

Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat Islam. Ia hudud politik. Sengaja direka cipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah dijaja cerita UMNO tolak Islam.

Mereka berjaya dan itulah yang mereka jaja sampai ke hari ini. Hudud politik Pas juga terdiam seketika pada tahun 1995 kerana peristiwa penangkapan khalwat Mat Sabu.

Jika Pas kata Tun Dr. Mahathir tolak hudud, kenapa selepas beliau berhenti daripada kerajaan, Pas tidak pernah menghantar draf hudud yang baru kepada Perdana Menteri selepas itu? Kenapa Pas tidak hantar kepada Pak Lah dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah bukti mereka tidak serius dan ia sengaja dicetuskan untuk tujuan politik.

Pas boleh berdemo untuk Bersih 1, Bersih 2 dan sekarang sedang mengancam akan berdemo untuk Bersih 3. Pas boleh berdemo untuk Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan macam-macam demo lain yang diadakan atau disertai Pas, tetapi mengapa Pas tak berdemo untuk mendesak kerajaan agar membenarkan mereka laksanakan hudud di Kelantan?

Jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud, sila hantarkan draf hudud kepada Perdana Menteri yang ada sekarang. Belum tentu beliau akan tolak. Belum cuba belum tahu. Sekiranya Najib tolak hudud yang benar-benar berteraskan al-Quran dan bukannya berteraskan politik Pas, kita minta Pas adakan demonstrasi untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bukan hudud dan bukan Tun Dr. Mahathir yang menjadi penyebab tingginya HIV di Kelantan. Puncanya kerana kegagalan Pas mentadbir dan mendidik rakyat. Mereka tiada masa nak fikir pasal rakyat. Masa mereka hanya diperuntukan dengan mereka-reka fitnah, sebar fitnah, ceramah politik, cari kawasan balak, cari penaja haji dan macam-macam kepentingan peribadi yang lain lagi.

Sekiranya benar-benar rakyat Kelantan telah dididik dan diajar dengan ajaran Islam secukup-cukupnya sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Pas , jangan kata pesakit AIDS, lokap-lokap polis di Kelantan pun dah lama kosong.

Kehebatan Pas di Kelantan hanyalah mencipta slogan-slogan sahaja.

Oleh : Faisal RB

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 16 September 2011

Sehari selepas ISA mansuh, DAP mahu tukar Jalur Gemilang?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my hari ini.

Secara jelas, beliau menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: “I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Bertambah biadab, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: “Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!.”

Di bawah status sama, beliau kemudiannya menyatakan komentar lain iaitu: “Pakatan will come up with a new flag. The current one is definitely out.” (Pakatan akan tampilkan bendera baru. Yang ada ketika ini akan diganti baru).

Seterusnya, Manoharan menyatakan komentar bahawa kita tidak memiliki bendera yang berkelas dunia dan rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mentertawakan Malaysia kerana memiliki bendera yang seakan sama.

Mengakhiri komentarnya, beliau mengulangi pendirian bahawa bendera sedia ada perlu diganti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO. Bagaimanapun, pendirian Manoharan mendapat tentangan hebat daripada rakan sosial Facebook beliau yang mahu kenyataan itu ditarik balik.

Kebanyakan rakan sosialnya itu mahu Manoharan menghentikan kenyataan sedemikian serta mahu beliau membezakan antara semangat patriotisme dan ideologi politik. Manoharan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan doa masuk tandas selain pernah mewujudkan sentimen perkauman berhubung isu novel Interlok.

Sementara itu, Manoharan ketika dihubungi blogger The Mole mengesahkan bahawa status menerusi Facebook tersebut adalah tulisannya sendiri.

“Bendera ini telah lama dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Jika kerajaan bertukar, bendera kebangsaan juga patut ditukarkan,” katanya.

Manoharan kemudiannya mengaitkan kemungkinan kematian jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Somalia mempunyai kaitan dengan kesilapan membezakan antara bendera Malaysia dan AS.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam ini selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.

Warna-warni Politik
Torashah

Rabu, 14 September 2011

500 penduduk Bukit Kepong bantah Mat Sabu!

Lebih 500 penduduk berhimpun di Bukit Kepong di sini hari ini bagi membantah kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mempertikai perjuangan pasukan keselamatan negara dalam peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Para penduduk yang lengkap dengan sepanduk serta kain rentang yang mengecam tindakan Mohamad atau Mat Sabu itu berkumpul di hadapan tapak sejarah Balai Polis Bukit Kepong sebelum berarak ke pekarangan gerai Majlis Perbandaran Muar (MPM) Bukit Kepong.

Mereka kemudiannya menjayakan Majlis Semarak Merdeka Parlimen Pagoh yang dianjurkan bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pagoh, Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Johor, Biro Penerangan UMNO Bahagian Pagoh dan penduduk kampung mukim Bukit Kepong.

Terdahulu, laporan polis bagi mengecam kenyataan Mat Sabu itu dibuat oleh waris keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, wakil penduduk Bukit Kepong dan wakil Persatuan Bekas Tentera Cawangan Muar di Balai Polis Lenga.

Hadir sama mengiringi mereka membuat laporan polis itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat; ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Mohd. Salleh, Senator Noriah Mahat dan Senator Mohamed Ezam Mohd. Nor.

Menurut Tahir yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, tiada siapa boleh menafikan fakta sejarah mengenai perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang menentang pengganas komunis bagi memelihara keamanan negara.

Katanya, sejarah kemerdekaan negara yang dipelopori oleh UMNO juga tidak boleh dipertikai kerana parti itu telah membawa negara mencapai kestabilan, keamanan serta kemajuan.

“Hari ini perjuangan bangsa cuba dinafikan pembangkang untuk meraih sokongan sehingga tergamak memadam sejarah perjuangan negara semata-mata untuk mendapatkan undi,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Kata Tahir lagi, kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu itu sememangnya menampakkan pemimpin Pas tersebut sebagai dungu sejarah dan semua pihak perlu bangkit untuk menyatakan bantahan supaya sejarah negara tidak cuba dipadamkan sewenang-wenangnya.

Dalam Majlis Semarak Merdeka yang diadakan hari ini, pelbagai pengisian dilakukan termasuk pantomin peristiwa Bukit Kepong, pameran peristiwa Bukit Kepong dan ceramah umum oleh Mohamed Ezam.

Program tersebut diadakan dengan matlamat menyemarakkan semangat patriotik dan mengenang perjuangan anggota pasukan keselamatan bagi mempertahankan kemerdekaan negara sehingga ramai yang terkorban.-UM.

Warna-warni politik
Torashah

Khamis, 4 Ogos 2011

Zambry selar Malaysian Insider kerana siar laporan palsu!

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini membidas portal berita Malaysia Insider kerana menyiarkan laporan palsu kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya olok-olok baru-baru ini.

Sambil menyifatkan pendedahan tersebut sebagai provokasi terbaru portal berita propembangkang itu, Zambry menegaskan, kerajaan BN Perak tidak pernah mengadakan pilihan raya olok-olok seperti dilaporkan itu.

"Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat maklumat ini tetapi tidak hairan kerana ia disiarkan Malaysian Insider yang lebih suka memainkan sentimen provakasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, portal Malaysian Insider memetik sumber UMNO yang berkata, hasil undian pilihan raya olok-olok itu menunjukkan parti tersebut hanya boleh memenangi 27 kerusi daripada 59 kerusi yang dipertandingkan.

Selain itu, laporan itu turut menyebut beberapa pemimpin UMNO bahagian kini bekerja keras berkempen dan melakukan pendaftaran pengundi baru bagi memastikan mereka dicalonkan pada pilihan raya akan datang.

Zambry berkata, tidak wujud sikap iaitu bekerja keras hanya kerana ingin menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang di kalangan pemimpin UMNO bahagian.

"Kita mempunyai 24 bahagian dan berjaya memperkukuh perpaduan khususnya ke arah persiapan menjelang pilihan raya.

''Kita mengamalkan prinsip persefahaman dan musyawarah antara semua parti komponen BN tanpa menafikan pihak lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai kajian semula fungsi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang dilakukan sebuah syarikat audit dan perundingan iaitu Ernst & Young, beliau berkata, agensi kerajaan tersebut memerlukan perubahan total supaya kekal kompetitif.

"Antara laporan awal yang dikeluarkan mereka ialah PKNP memerlukan satu hala tuju strategik selain penambahbaikan pencapaian secara keseluruhan termasuk pembangunan bakat yang seiring dengan cabaran sosio ekonomi semasa," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 21 Jun 2011

Anwar tidak layak arah Ambiga hentikan Bersih!

Anwar Ibrahim tidak layak untuk mengarahkan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), S. Ambiga menghentikan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. Jenapala berkata, Ambiga bukannya 'boneka' Anwar untuk menerima arahan sedemikian kerana perhimpunan haram itu dirancang oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

Sebagai NGO yang bebas, katanya, Ambiga tidak seharusnya mendengar kata Anwar kerana ia hanya akan membuktikan beliau ialah 'pak turut' Anwar.

''Bagi saya, Anwar tidak setanding dengan Ambiga kerana apa yang dikatakan oleh Pengerusi Bersih itu sudah pasti akan dilaksanakan, tidak seperti Ketua Pembangkang itu yang hanya tahu menabur janji kosong," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam yang mendakwa akan mengarahkan Ambiga membatalkan serta-merta perhimpunan haram Bersih sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) secara telus.

Jenapala dalam pada itu berkata, Anwar juga seharusnya mencermin dirinya sebelum mahu menghentikan perhimpunan Bersih itu. Katanya, ini kerana pemilihan PKR baru-baru ini juga tidak mampu dibersihkan oleh Ketua Pembangkang tersebut.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 6 Jun 2011

Nor Azli dakwa mufti syaitan bercakap!

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa sekali lagi bertindak biadab apabila mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu.

Dakwaan itu dibuat kerana mufti di negara ini kononnya membisu dalam isu yang jelas bercanggah dengan syarak yang dinyatakan dalam al-Quran.

Kenyataannya itu merujuk kepada isu budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya umum di negara ini.

"Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah... Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga.

"Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian... Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu.

"Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini... Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil bagi menyokong usul dibawa Mohd. Fadzil Mohd. Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama Nor Azli bersikap biadab sebegitu. Sebelum ini beliau pernah menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa mufti Perak itu tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tidak terhenti di situ, Nor Azli turut memberi 'ingatan' agar rakyat tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka akan menerima bala daripada Allah SWT.

"Disebut dalam Hadis Qudsi di mana Allah berfirma, 'Aku bala umatmu 40,000 yang baik-baik kerana mereka tidak pernah murka dengan orang yang melakukan perkara yang aku murkai malah boleh makan, minum dan sekongkol pula dengan golongan itu'.

"Oleh itu bangkitlah, jangan sekali-kali kita menyetujui atau menyokong UMNO dan BN kerana walaupun kita sembahyang, pergi haji dan pergi umrah... Tetapi kalau kita bersekongkol dan menyokong mereka (UMNO dan BN), maka kita pasti akan dibala Allah SWT," ujarnya.

Warna-warni politik
Torashah

Selasa, 31 Mei 2011

Awas - Kepimpinan Ulama Pas Bakal Digodam “Pemuja Anwar”!

Kedudukan golongan Ulama di dalam Pas hari ini umpama bagai telur di hujung tanduk dan ahli Pas di seluruh negara perlu mempersiapkan diri mereka untuk bersama-sama membawa parti itu ’bersama kepimpinan Anwar’ dan bukannya lagi bersama kepimpinan ulama.

Perkara ini ditegaskan oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berhubung Muktamar Agung Pas pada Jun depan yang bakal menyaksikan pertandingan sengit beberapa jawatan utama khususnya kerusi Timbalan Presiden.

Menurut beliau desas-desus bahawa ombak besar yang dibawa oleh kumpulan yang berkiblatkan Anwar seolah-olah tidak lagi mampu ditampung oleh kumpulan yang setia kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mereka mungkin lemas di dalam gulungan ombak berkenaan.

“Jika benar itu berlaku, saya ingin menyarankan kepada pengikut ’totok’ Pas, bersedialah untuk menjunjung kepimpinan yang berkiblatkan Anwar yang begitu rakus kononnya untuk membawa perubahan di dalam parti berkenaan dengan pelbagai muslihat dan tipu daya yang lain.

“Percayalah ’nawaitu’ sebenar mereka bukannya untuk membawa pembaharuan dalam konteks sebenar Pas tetapi pembaharuan untuk memuja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini terpalit dengan pelbagai skandal.

“Pada ketika dan waktu itu, tunggulah saat kehancuran parti berkenaan yang makin hari makin menyimpang daripada landasan perjuangan sebenar dalam usaha mengejar kemenangan politik bersama sekutu ’Ahzab’ mereka iaitu DAP dan PKR,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Pemilihan pakan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar awal bulan depan akan dihadiri 1,100 perwakilan dari 179 kawasan dengan 15 Mei lalu ditetapkan sebagai tarikh akhir untuk perwakilan mengemukakan pencalonan.

Setakat hari ini, tiga calon sudah mengesahkan merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu penyandang, Nasharudin Mat Isa, Mohamad Sabu dan terbaru Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala untuk Naib Presiden, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Pas bulan depan.

Selain Husam, penyandang Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan, Idris Ahmad turut menyatakan mereka akan bertanding jawatan berkenaan. Terbaru, Datuk Mohd Amar Abdullah turut menyatakan kesediaan yang sama.

Prof Mohd Noor seterusnya mengingatkan para perwakilan agar membuat pilihan dengan bijak agar tidak terperangkap dengan jerangkap samar yang dipasang oleh mereka yang berkepentingan di dalam parti tersebut.

“Sebagai bekas ahli parti, saya cukup sedih melihat apa yang berlaku hari ini yang mana pemimpin yang ingin melonjak naik di dalam parti berkenaan mempunyai ’nawaitu’ yang bukannya untuk parti tetapi ada sebaliknya,” katanya. -MediaUMNO

Warna-warni politik
Torashah

Ahad, 29 Mei 2011

Ustaz hamPAS beri gelaran hina Harussani!

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang mendapat gelaran 'ustaz' dalam kalangan ahli parti itu bertindak biadab apabila menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai 'Haramsani'.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tindakannya itu ternyata memakan diri apabila kesemua 19 komen yang diterima daripada pengunjung web berkenaan, termasuk beberapa individu yang mengaku penyokong Pas mengkritik isi ceramah tersebut.

Berikut adalah petikan ceramah tersebut yang baru dimuat naik individu bernama MrPanglimaHarimau pada 23 Mei lalu.

"Duit kerajaan negeri perak, gaji-gaji kakitangan, termasuk Menteri Besar tak diasingkan, maka duit kerajaan negeri Perak bercampur, duit pelacur di situ, duit judi di situ, duit arak di situ, duit babi di situ, duit hiburan di situ, bercampur...

"Mufti tak 'respons' sebab dia tahu gaji dia duit pelacur, gaji mufti duit pelacur, gaji mufti duit babi, gaji mufti duit judi, gaji mufti duit haram.

"Itu sebab bila orang kata dia, dia bukan Harussani tetapi Haramsani. Dua kali haram....

"Itu sebab dia tak respons judi sebab dia tau gaji yang dia terima ini mungkin sumber judi, gaji dia mungkin sumber babi, sumber pelacur, sumber haram, sumber hiburan... Suruh dia respons," katanya.

Rakaman video bertajuk 'Mufti Perak digelar Haramsani' itu tercatat tarikh 7 Februari 2011 pukul 10.12 malam.



Warna-warni politik
Torashah.