Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
DAULAT TUANKU
Rabu, 30 November 2011
Haram jadah punya Nga Kor Ming...lu memang biaDAP!!!
DAP bankrap idea 'serang' peribadi pemimpin
Pemimpin DAP sudah bankrap idea dan bersifat diskriminasi apabila menggunakan sifat peribadi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk 'menyerang' beliau.
Akibat kehilangan punca dan idea, DAP sanggup menggunakan sifat peribadi seperti warna kulit untuk menghina Zambry. Amat malang bagi perkembangan politik negara jika trend ini berterusan dan hanya melalui lunas perundangan perkara ini dapat dihentikan.
Amat malang peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948 tidak mencukupi untuk pihak berkuasa melakukan sesuatu!
Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini mendakwa Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) mencaci peribadi Zambry dalam ceramah-ceramah beliau dengan menggelar Menteri Besar Perak itu 'Zambry Hitam Metalik'. ( sila rujuk kepada rakaman video diatas )
Ungkapan biadab yang diucapkan oleh Kor Ming itu berbunyi: Perak ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.
Seksyen 509 Kanun Keseksaan menyebut tentang kata-kata atau perlakuan yang bertujuan memberi malu terhadap seseorang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda dan penjara sehingga lima tahun. Namun sehingga kini belum ada kes sedemikian yang dikemukakan oleh Peguam Negara selaku pendakwa raya.
Harus disedari jika di negara maju mencerca seseorang mengenai warna kulit, agama, budaya, asal- usul dan keaiban lain dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia dan boleh disabitkan di mahkamah.
Kita melihat begitu banyak kepayahan berlaku dan dilakukan pada musim 'menumbangkan pagar' perundangan yang selama ini menopang keluhuran undang-undang dan ia harus diambil berat kerana jika api sudah naik ke bumbung, rumah berada dalam bahaya!
Sikap para pemimpin DAP bukan sahaja tidak beretika dan tidak profesional, malah dibimbangi akan memberi impak dan teladan yang tidak baik kepada generasi muda. Tindakan Kor Ming mengeluarkan kenyataan sedemikian secara jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran pemimpin DAP sehingga sanggup mempersendakan keperibadian pemimpin lain.
Kor Ming seharusnya cermin diri, jika diri sendiri juga mempunyai kelemahan mengapa mahu memperkecilkan keperibadian orang lain. Jika kenyataan sedemikian keluar daripada mulut pemimpin Barisan Nasional (BN), pasti kita akan dituduh parti rasis dan dijadikan isu untuk menghentam semula kerajaan!
Begitu rendah mentaliti seorang pemimpin DAP! Kenyataan Kor Ming itu mencerminkan sikap kebudak-budakan pemimpin pembangkang apabila menjadikan isu fizikal pemimpin lain sebagai senda politik mereka.
Lu memang biaDAP Kor Ming...!!!
Warna-warni politik
Torashah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming yang didakwa menghina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu ceramah Pas pada 9 September lalu.
Laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi IPF negeri, S. Vasu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pagi ini.
Vasu ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, kenyataan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis terbabit turut menyinggung perasaan masyarakat India yang mempunyai warna kulit seperti Zambry.
"Kor Ming sebagai seorang ADUN tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu, khasnya menyentuh warna kulit. Di sini, jelas beliau tidak hormat kepada kaum India di negara ini.
"Kenyataan itu merupakan satu penghinaan kepada kami kaum India secara keseluruhannya, bukan sahaja kepada Menteri Besar," katanya.
Pada sidang akhbar di luar Sidang DUN Perak baru-baru ini, ADUN Slim River, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib mendedahkan Kor Ming menghina warna kulit Zambry pada satu ceramah Pas di Kamunting pada 9 September lalu dan beliau mempunyai bukti rakaman video.
Menurut Vasu, ekoran kenyataan biadap itu, semua kaum India perlu memboikot pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang sebagai tanda bantahan.
"Semua wakil rakyat dan ahli-ahli pakatan pembangkang khususnya DAP yang berketurunan India juga perlu keluar daripada parti masing-masing kerana jelas, mereka tidak dihormati," ujarnya.
Salam tuan,
Maaf saya menggangu. Mohon izin utk linkkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya linkkan di blog saya. Terima kasih.
Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com
Catat Ulasan