DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Ahad, 25 April 2010

Osman Jailu sebak, Jamaluddin gembira dibebaskan!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 59, sebak sebaik sahaja menerima keputusan bahawa dia dan empat lagi yang menghadapi pertuduhan yang sama, dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

"Syukur kepada Allah. Saya sebak sebaik sahaja menerima keputusan ini kerana kes ini sudah lama.

"Ini juga berkat sokongan padu ahli keluarga yang hadir memberi semangat setiap kali perbicaraan dijalankan," katanya ketika ditemui di luar mahkamah di sini hari ini.

Mohd. Osman yang juga ADUN Bebas serta empat yang lain menghadapi tuduhan rasuah membabitkan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar, Perak Tengah pada 2008.

Sementara itu, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, 54, berkata, kesabarannya menghadiri perbicaraan tersebut sekian lama tidak sia-sia dengan berita gembira itu.

"Kes ini sudah lama dan saya percaya pada sistem kehakiman yang tidak menganiaya sesiapa.

"Perbicaraan ini berjalan baik dan setiap manusia diuji, kita hendaklah tabah menghadapi ujian itu," katanya.

Warna-warni
Politik

1 ulasan:

Unknown berkata...

Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah