DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Isnin, 20 Disember 2010

Nizar Lambai terdesak tagih sokongan Melayu!

Tindakan Mohammad Nizar Lambai yang tidak putus-putus melempar fitnah kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria adalah strategi terbaru beliau dalam menagih undi dan simpati orang Melayu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu langsung tidak merasa takut apatah lagi berdosa disebabkan oleh kebencian yang amat sangat terhadap mufti.

"Beliau langsung tiada rasa hormat kepada seorang mufti yang disegani hanya kerana tidak memenuhi 'selera hukum' yang diingininya.

"Ini termasuk tindakan fitnahnya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada penggal lalu apabila mengatakan mufti dihantar oleh Barisan Nasional ke Australia untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis tertutup Bengkel Mencari Visi dan Strategi Pembangunan Masyarakat Orang Asli Perak di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Orang Asli Perak, Datuk Suki Mee.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar itu yang meragui penjelasan Harussani mengenai isu ancak kerana ia dikatakan tidak lebih daripada menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja.

Upacara ancak tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober lalu yang didakwa Mohammad Nizar sebagai suatu perbuatan berunsur syirik oleh Zambry, terus diputar-belit meskipun Harussani telah mengeluarkan satu kenyataan mengenainya semalam.

Sehubungan itu, Zambry menyeru kepada seluruh umat Islam agar tidak terperangkap dengan manusia dusta tersebut yang sanggup menggunakan agama bagi menghalalkan sesuatu cara mahupun tindakan.

Sementara itu : DAP mengaku pembangkang gagal tunai janji di Perak

DAP mengakui pakatan pembangkang di Perak gagal melaksanakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat sepanjang sembilan bulan mentadbir negeri itu dan ia dilihat berterusan sehingga hari ini.

Ahli Jawatankuasa DAP Perak, V. Jayabalan berkata, antara kegagalan pakatan itu adalah untuk mengukuhkan perpaduan antara komponen dan parti masing-masing di Perak.

Menurutnya, ia jelas dapat dilihat ketika pemilihan barisan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang tidak mempunyai komposisi perkauman yang stabil walaupun ia dijalankan secara demokrasi.

"Selepas menerima mandat daripada rakyat, kita (pakatan pembangkang) tidak mengambil langkah melantik pegawai kerajaan negeri yang menyokong kita.

"Ini merupakan faktor utama ketidakseimbangan dalam hal kerajaan negeri," katanya dalam perbahasan pada Konvensyen Pakatan Pembangkang Kedua di sini hari ini.

Jayabalan memberitahu, janji untuk mencapai sasaran setinggan sifar juga tidak terlaksana terutama membabitkan setinggan terdiri dari kaum India.

Tambahnya, mereka turut gagal menunaikan janji menyediakan peluang pekerjaan bagi kaum India seperti dijanjikan ketika kempen pilihan raya umum lalu.

"Kita perlu menerima hakikat bahawa sokongan padu yang diterima pada pilihan raya umum lalu yang membawa kemenangan kepada pakatan pembangkang bukan disebabkan kebolehan kita sebaliknya kerana kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

Unknown berkata...

wakakakakakaka, brader sunny gua da smash down dia sebab 'dayus'. bagi gua dia kini yang dulunya segak berjalan, kini berdengkukt-dengkut jalannya akibat kedayusannya tidak berkata benar. melayu didahulukan dari silam, mufti jenis apa kah ni....gua hanya boleh ketawa sama dia....wkakakakakakakaka! sunny! kg serdang unmo ada lagi ke? fasa gua dah mandang, ruyup takde sape nak jadi ahli....opppss., lupe org kampung memang pekat umnbo nye sebab masih pakai kain pelikat dan beras cap bn alias apco...wakakakaka. wajidi..wajidi..dah kena smack dgn zambry, ada hati mahu rebut ketua lumut...wakakaka. wajidi kena tikam belakang dgn mamak belukang....tak yah mimpi la, nasir feri pun junam bawah feri...