DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Jumaat, 12 Februari 2010

Saya tidak tergugat – Nizar!

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak tergugat dengan desakan-desakan supaya darjah kebesaran kurniaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kepadanya ditarik balik.

Katanya, keputusan menarik balik gelaran Datuk Seri daripada beliau hanya boleh dibuat oleh baginda dan bukannya pihak lain. Malah beliau mendakwa, tindakan pihak-pihak tertentu yang membuat desakan tersebut sengaja dilakukan bagi memutarbelitkan fakta sebenar.

“Kenyataan saya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat berdasarkan monarki mutlak itu sebenarnya meminta supaya kita semua berhati-hati. “Saya bukan maksudkan monarki mutlak seperti yang diamalkan di Jordan atau Arab Saudi. Tetapi mereka sengaja jadikan perkara ini isu dan saya rasa tindakan mereka itu yang sebenarnya tidak tepat,” katanya di sini hari ini.

Mohammad Nizar mengulas desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya gelaran Datuk Seri yang diberikan kepadanya ditarik balik kerana didakwa menghina Sultan Perak.

Bekas Menteri Besar itu sebelum ini membuat kenyataan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang sah akan menjurus kepada monarki mutlak. Mohammad Nizar menambah, desakan yang dibuat oleh pihak terbabit itu yang boleh dianggap menghina Sultan Perak kerana mereka seolah-olah mengajar baginda apa tindakan yang perlu dibuat.

Sementara itu, Zambry ketika dihubungi enggan mengulas desakan yang dibuat itu sebaliknya beliau mahu rakyat menilai sendiri kewajaran tindakan tersebut. “Tidak perlulah saya ulas. Kamu (Utusan Malaysia) tanyalah rakyat kerana mereka yang perlu membuat keputusan,” katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Rabu, 10 Februari 2010

Nga Kor Meng Ugut Untuk Huru-Hara Sidang DUN Perak!

DALAM akhbar Nanyang pada 29 Januari, Nga Kor Ming dengan sombong mengugut untuk menghuru-harakan sidang dewan undangan negeri yang akan datang jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok menyebelahi Barisan Nasional. Beliau dilaporkan berkata jika BN menang dan Dr Zambry tidak membubarkan DUN, sidang DUN akan lebih teruk dari yang lepas.

Ada dua perkara yang perlu diingat. Pertama Nga bertindak membelakangkan undang-undang dan mengugut akan melakukan kekecohan jika kehendaknya tidak diikuti. Dia bertindak ala pengganas KOMUNIS di era darurat.
Kedua beliau tidak menghormati sistem perundangan negara dan mencabar kedaulatan undang-undang. Beliau mahu bertindak bersultan di mata dan beraja di hati. Tidakkah dia tahu keputusan untuk membubarkan DUN terletak di tangan DYMM Sultan Perak? Atau adakah dia sengaja mencabar kuasa dan kedaulatan raja serta institusi kesultanan Melayu.

Dah perangai macam ini pun, Nizar Jamaludin masih taksub lagi pada Nga dan konco-konconya dalam DAP! Nizar akan terus taksub dan tunduk dengan sepupunya Ngeh dan Nga. Penyokong PAS pula akan terus taksub dan setia membabi buta kepada pemimpin mereka tanpa guna akal fikiran dan budi bicara.

Demi kuasa, bangsa dan agama mereka sanggup gadai kepada kafir harbi yang akan aniaya bangsa dan ugama mereka. Mereka ini kita biarkan dahulu. Perak ada 59 kerusi ADUN. Bagi menguasai Perak, Pakatan Rakyat perlu memenangi 30 kerusi. Buat masa sekarang susah untuk PR menang tanpa sokongan orang Melayu. Fikir-fikirkan lah...?

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 8 Februari 2010

Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah!

PUTRAJAYA 9 Feb. – Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pelantikan Sultan Azlan sah ikut Perlembagaan – Mahkamah:
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong. Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

Keputusan mahkamah di luar jangkaan, menyedihkan - Nizar :
Keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan amat menyedihkan, kata Datuk Seri Dr, Nizar Jamaluddin.
Kata beliau, ini kerana keputusan sebulat suara lima panel hakim itu mengetepikan semua prinsip undang-undang yang dihujahkan oleh pihak beliau.

Penyokong Nizar buat solat hajat di hadapan mahkamah:
Seramai 23 orang penyokong Mohd. Nizar Jamaluddin mengadakan solat hajat di dataran perkarangan Istana Kehakiman.

Suasana di hadapan mahkamah kecoh:
Berlaku kekecohan di perkarangan Istana Kehakiman apabila para penyokong Mohd. Nizar Jamaluddin tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

Nizar tiba di Istana Kehakiman :
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin tiba di Istana Kehakiman pukul 9.06 pagi bagi mendengar keputusan rayuan beliau berhubung kedudukan jawatan Menteri Besar Perak.

500 penyokong BN berbaju kuning banjiri Istana Kehakiman : Kira-kira 500 penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) berbaju kuning membanjiri perkarangan Istana Kehakiman di sini sejak pukul 8 pagi sambil melaungkan 'daulat Tuanku'.

Syukur alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Dr.Zambry diatas keputusan ini, semuga dengan kemenangan ini dapat memberi kekuatan dan semangat kepada Datuk dalam memikul tanggungjawab berat untuk memerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Teruskan perjuangan demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Hidup BN..Hidup UMNO..Dulu, Kini dan Selamanya.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 6 Februari 2010

Lompat parti: Choo Keong akan saman Jeff Ooi!

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong memberi tempoh 48 jam kepada Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi untuk menarik balik dakwaan kononnya beliau antara empat wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan melompat parti dalam masa terdekat ini.

Menurut Choo Keong, sekiranya dakwaan yang serius itu tidak ditarik balik dalam tempoh ditetapkan, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahli Parlimen DAP itu. Katanya, tindakan menyaman Jeff Ooi yang juga Ketua Staf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu, akan diteruskan jika dakwaan seperti yang terdapat dalam akhbar The Sun hari ini tidak ditarik balik dalam tempoh 48 jam.

"Saya tidak mahu terlibat dalam kontroversi yang dialami pakatan pembangkang dan enggan beri komen kepada media mengenainya walaupun dalam hati bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakan PKR sebelum ini.

"Apabila Jeff Ooi memilih untuk menarik saya ke dalam kontroversi ini, saya tiada pilihan selain bertindak balas terhadap tuduhan liar yang dilemparkan ke atas saya," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Choo Keong, pemimpin DAP sering bermain 'politik melabel' setiap kali para pemimpinnya berdepan masalah dan seterusnya memulakan kempen mencemar serta menuduh orang lain sebagai 'ejen BN', ahli politik kecewa, dan melompat parti.

Beliau yang merupakan bekas pemimpin kanan DAP mendakwa, cara tersebut bagaimanapun tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu. Katanya, perbuatan seumpama itu sama seperti amalan McCarthysme di Amerika Syarikat pada 1960 apabila pihak berkuasa akan mendakwa kebanyakan masalah politik yang dihadapi sebagai perbuatan sabotaj komunis.

"Permainan politik 'kelas rendah' itu boleh diteruskan dalam DAP tetapi mesti dihentikan di kalangan pakatan pembangkang jika mereka ingin melihat pertukaran kerajaan berlaku pada pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Ditanya mengenai masalah dalam pakatan pembangkang, Choo Keong berkata, masalah pokoknya PKR telah dianak tiri oleh pemimpin DAP. Katanya, walaupun banyak rungutan didedahkan pemimpin PKR terhadap pemimpin DAP yang berkenaan namun tiada tindakan seperti siasatan dilakukan ke atas pemimpin terlibat.

Menurutnya, PKR dilihat seperti lebih kecil daripada DAP kerana sebarang rungutan dan dakwaan ke atas pemimpinnya tidak disusuli dengan siasatan dan tindakan.

Lawan jangan tak lawan!!!

Warna-warni Politik
Torashah

Selasa, 2 Februari 2010

Pas Bakal Buang Imej Parti Islam!

Pas sebenarnya telah kehilangan hampir separuh dari sokongan bangsa melayu berikutan keakraban pemimpin-pemimpinnya memenuhi agenda jahat parti kafir harbi DAP.

Begitu juga ramai penyokong tegar Pas sebelum ini yang begitu taksub dengan kepimpinan ulamak politik parti itu, kini semakin meminggirkan diri berikutan Pas yang dilihat semakin lari dari arah tujuan asal perjuangan Islamnya.

Kesediaan Pas menjalankan permainan yang dicatur Anwar Ibrahim dan juga PKR telah membuatkan ramai jemaahnya kecewa dengan sokongan yang diberikan 100% sebelum ini kepada kepimpinan Pas. Bagi mereka, kepimpinan ulamak sudah tidak wujud didalam Pas dan ia telah digantikan dengan sistem plurarisme yang dimanipulasi oleh gaya sekular Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja bagaimana usaha Hasan Ali memerangi penjualan arak di Selangor oleh DAP. Dia telah dikenakan hukuman oleh badan disiplin Pas semata-mata hanya kerana memperjuangkan kebenaran.Tetapi dimata ulamak-ulamak politik Pas, Hasan Ali bersalah kerana cuba memecahbelahkan hubungan akrab Pas dan juga laknatullah DAP.

Tindakan ini sahaja sudah membuktikan bahawa Pas semakin hilang imej Islamnya yang diperjuangkan selama ini. Ternyata PKR dan juga DAP telah berjaya meneutralkan "iman" ulamak-ulamak politik Pas dengan jayanya.Jangan dikata bahawa tiada pihak yang sedar tentang semua kemelut ini didalam Pas.

Ada sebahagian dari pemimpin-pemimpin Pas yang cuba sedaya upaya untuk membendung "kemaraan" boneka-boneka Anwar Ibrahim didalam pergerakan parti itu. Tetapi usaha mereka setakat ini gagal kerana kelicikan "hantu belaan" Anwar didalam Pas itu sendiri.Jika ada yang terperasan, setiap majlis besar Pas pasti tidak kelihatan Presiden parti itu sendiri. Untuk lebih jelas, jika ada kelibat "anak emas Anwar" , maka akan tiadalah kelibat pemimpin-pemimpin yang dikatan pro presiden termasuklah presidennya sekali.

Ini menunjukkan, didalam Pas itu sendiri terdapat dua jurang yang semakin membesar diantara pemimpin-pemimpinnya.Kini pula, Pas cuba menutup kepincangan akibat kehilangan sokongan daripada orang melayu dengan berusaha untuk membuka keahlian mereka kepada masyarakat bukan islam.Ini dilihat sebagai tindakan terdesak oleh pemikir dikalangan pemimpin Pas setelah kelab penyokong Pas yang terdiri dari bukan islam tak mampu menjanjikan harapan buat parti tersebut.

Pas sebenarnya sedang menafikan penyakit sebenar didalam parti itu. Penyakit yang melanda mereka tak mampu dirawat biarpun dibawa kesemua bukan islam di negara ini menyertai kelompok mereka. Pemimpin dan juga jemaah Pas patut menyedari bahawa parti mereka kini sedang kehilangan arah tujuan. Parti mereka kini ibarat kapal yang sesat belayar tanpa haluan ditengah lautan yang bergelora.

"Nakhoda" kapal yang diharapkan mengemudi pula sedang sibuk bermadu asmara bersama dua "pelacur murahan" yang sememangnya akan membawa kemusnahan.Jadi mengapa harus Pas berusaha menambah masuk anasir-anasir "sesat" didalam parti mereka kerana sepatutnya demi menyelamatkan maruah parti tersebut, "nakhoda" yang kemaruk nafsu yang harus ditendang keluar. Ini kerana jika kepala sudah lari dari landasan asal, keseluruhan badan pasti akan meyimpang juga.

Jika inipun masih lagi tidak mampu difikirkan dan juga dianalisa oleh seluruh jemaah Pas, maka selepas ini Pas hanya layak menjadi sebuah pertubuhan bertaraf cap ayam sahaja.Pas tak layak bersaing dengan Umno serta komponen didalam Barisan Nasional kerana parti itu ternyata tidak mampu lagi menentukan prinsip serta arah perjuangan mereka. - mykmu

Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 31 Januari 2010

Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan!

BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.

Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan.

Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor. Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.

“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.

Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini. Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran. Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud. Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum.

DERETAN gerai makan di Georgetown, Pulau Pinang, 31 Januari, yang diletakkan di bahu jalan ini kelihatan bebas beroperasi tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa tempatan, yang sejak kebelakangan ini rancak merobohkan gerai-gerai yang melanggar peraturan dan syarat.


“Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa. “Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum. “Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakan kerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Dengan apa yang berlaku menguatkan lagi apa yang telah diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya.


Warna-warni Politik
Torashah

Ahad, 24 Januari 2010

Nik Aziz terkejut pemimpin Pas gagal tunjuk ciri Islam !

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti. Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.

"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.

"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu. "Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu negeri Kelantan 2010/2011, di Balai Islam, dekat sini, hari ini. Hadir sama Timbalannya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dalam majlis itu seramai 758 penghulu dilantik bagi sesi 2010 hingga 2011 membabitkan 14 kawasan parlimen negeri ini.

Nik Aziz berkata, sebagai pemimpin masyarakat serta membawa perjuangan Islam, mereka seharusnya menunjukkan tauladan kepada masyarakat dengan memimpin umat Islam di kawasan mereka, khususnya dalam mengerjakan solat. "Apabila didapati pemimpin yang memperjuang Islam tidak dapat melaksanakan tugas bercirikan Islam, ia sudah tentu memberi pandangan buruk kepada pihak terbabit selain parti," katanya.

Komen : Agak mengecewakan apabila pemimpin-pemimpin gagal menunjukkan ciri-ciri Islam yang ada pada mereka. Adakah sifat-sifat keislaman mereka sebenarnya hanya indah khabar dari rupa? Menonjolkan diri dengan sifat warak semata-mata hendak memancing undi? Wallahuallam.

Warna-warni politik
Torashah