DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Sabtu, 5 Mac 2011

Hormatilah pandangan Harussani!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap sebarang desakan yang meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan hanya kerana beliau mengeluarkan pandangan, sebagai satu tindakan amat bodoh dan memalukan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu juga membuktikan mereka layak digelar golongan 'cakap tak serupa bikin'. Katanya, sebagai seorang mufti dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, Harussani mempunyai hak untuk menyatakan pandangan dalam setiap perkara tanpa pengaruh politik.

"Jadi, pandangan dia boleh diterima kerana tidak terlibat dengan politik dan dia juga ada pengetahuan dalam bidang agama, justeru adalah menjadi hak untuk beliau bersuara.

''Namun, ada pihak itu yang menggunakan agama untuk kepentingan politik sehingga pemimpin mereka dianggap ulama dan mengeluarkan fatwa berkepentingan politik, sebab itulah ada ulama lain (seperti Harussani) yang membuat teguran," katanya selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Bunut Susu, di sini hari ini.

Ibrahim mengulas mengenai desakan Pas Kelantan supaya Harussani meletak jawatan sebagai Mufti Perak dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Desakan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangannya, Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang turut menganggap Harussani sebenarnya adalah individu yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan rakyat.

Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan pemimpin Pas, khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam.

Sementara itu, Ibrahim berkata, jika seseorang itu telah diangkat sebagai ulama, maka setiap kenyataan yang dikeluarkannya akan dianggap fatwa, meskipun ia berunsur politik dan sebab itulah perlu ada orang lain untuk menegur. "Saya harap beliau (Harussani) akan terus keluarkan pandangan supaya kalau ada orang politik yang keluarkan kenyataan mengelirukan, beliau akan betulkan," jelas Ibrahim.

Warna-warni politik
Torashah..

Tiada ulasan: