DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Sabtu, 19 Mac 2011

Zambry: Nizar lambai berbohong!

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Lambai berbohong apabila menyatakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijangka berlangsung April ini akan dikawal ketat oleh polis, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurutnya, semua orang dapat menyaksikan sendiri tiada kehadiran polis di dalam Sidang DUN Perak terbaru pada November lalu.

''Setiap kali sidang DUN akan berlangsung, mereka sentiasa cari alasan tidak mahu hadir. Tidak perlu berbohong cari alasan dengan buat kenyataan lawak setiap masa," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Mohammad Nizar meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Sidang DUN Perak yang dijangka pada April ini bebas daripada kawalan polis.

Warna-warni politik
Torashah..

Sabtu, 5 Mac 2011

Hormatilah pandangan Harussani!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap sebarang desakan yang meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan hanya kerana beliau mengeluarkan pandangan, sebagai satu tindakan amat bodoh dan memalukan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu juga membuktikan mereka layak digelar golongan 'cakap tak serupa bikin'. Katanya, sebagai seorang mufti dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, Harussani mempunyai hak untuk menyatakan pandangan dalam setiap perkara tanpa pengaruh politik.

"Jadi, pandangan dia boleh diterima kerana tidak terlibat dengan politik dan dia juga ada pengetahuan dalam bidang agama, justeru adalah menjadi hak untuk beliau bersuara.

''Namun, ada pihak itu yang menggunakan agama untuk kepentingan politik sehingga pemimpin mereka dianggap ulama dan mengeluarkan fatwa berkepentingan politik, sebab itulah ada ulama lain (seperti Harussani) yang membuat teguran," katanya selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Bunut Susu, di sini hari ini.

Ibrahim mengulas mengenai desakan Pas Kelantan supaya Harussani meletak jawatan sebagai Mufti Perak dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Desakan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangannya, Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang turut menganggap Harussani sebenarnya adalah individu yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan rakyat.

Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan pemimpin Pas, khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam.

Sementara itu, Ibrahim berkata, jika seseorang itu telah diangkat sebagai ulama, maka setiap kenyataan yang dikeluarkannya akan dianggap fatwa, meskipun ia berunsur politik dan sebab itulah perlu ada orang lain untuk menegur. "Saya harap beliau (Harussani) akan terus keluarkan pandangan supaya kalau ada orang politik yang keluarkan kenyataan mengelirukan, beliau akan betulkan," jelas Ibrahim.

Warna-warni politik
Torashah..

Selasa, 1 Mac 2011

Nik Aziz tidak reda ketentuan Allah - Perkasa!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersyukur dan tidak reda dengan ketentuan Allah apabila menyatakan beliau tidak meminta dilahirkan sebagai seorang Melayu.

Naib Yang Dipertuanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah menyesal dilahirkan sebagai orang Melayu dan beliau juga tidak reda dengan takdir Allah yang menjadikannya sebagai orang Melayu.

Beliau berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.

"Dia mungkin terlupa dengan firman Allah yang bermaksud 'sesungguhnya Aku telah jadikan kamu (manusia) berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu'.

"Nik Abdul Aziz juga lupa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah. Nabi Muhammad SAW seorang bangsa Arab yang diangkat sebagai nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia tanpa baginda menyesal dilahirkan sebagai seorang berbangsa Arab malah Rasulullah bangga sebagai seorang Arab," katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, beliau tidak perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu kerana ia adalah ketentuan Allah kepada setiap manusia di atas muka bumi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.

Mustapa berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.

"Perkasa Negeri Kelantan meminta supaya Nik Aziz bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT dan janganlah terlalu angkuh dan sombong kepada nikmat Allah yang telah menciptanya sebagai manusia dan bukan sebagai haiwan," katanya.

Warna-warni politik
Torashah..