DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Ahad, 18 Mei 2014

#P76 Teluk Intan : Agenda perguna Melayu?


Langkah DAP meletakkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini me­rupakan satu lagi agenda pemimpin parti itu untuk mempergunakan orang Melayu dalam menentang pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak mendakwa, langkah seumpama itu adalah cara halus yang digunakan oleh parti tersebut dalam memastikan orang Islam sendiri akan menentang hukum Allah. “Sepatutnya calon ber­kenaan tidak harus menerima pencalonannya terlebih dahulu.

“Persoalannya sekarang mampukah dia mempengaruhi keluarga Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) supaya bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang bakal dibawa rakan sekutu mereka, Pas atau bersekongkol dengan ketua­nya untuk menentang hukum Allah?" katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.



Hari ini, DAP mengumumkan Dyana, 27, sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan kerana melihatkan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebagai pilihan terbaik untuk parti itu mempertahan kerusi Parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, Rahmad menjelaskan, pihaknya yakin pengundi campuran di Teluk Intan terutamanya 37 peratus pengundi Melayu tidak boleh diperbodohkan dengan strategi DAP yang hanya bertujuan mahu memperdagangkan maruah umat Islam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mencabar Dyana membakar ijazah yang diperolehnya daripada UiTM kerana menganggap penubuhan institusi pendidikan tinggi (IPT) itu mendiskriminasi kaum Cina.

“Kita juga mencabar Dyana meletakkan jawatan sebagai peguam kerana ijazah yang membolehkannya menjadi seorang peguam datangnya daripada UiTM," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan: