Pas disifatkan gagal untuk menyebarkan dakwah kepada bukan Islam di negara ini biarpun telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan DAP.
Malah dua tokoh agama di negeri ini menyifatkan Pas sanggup menjadi 'bisu' semata-mata untuk menjaga hati pemimpin parti itu demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama suci ini.
Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, Zainal Abidin Awang berkata, tujuan Pas bukan untuk berdakwah kepada bukan Islam kerana ia jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Minda Pondok berkata, kenyataan-kenyataan daripada kepemimpinan parti itu juga menunjukkan bahawa mereka tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya.
"Tidak ada apa-apa perubahan yang dibawa oleh Pas selepas berkawan dengan DAP, malah lagi teruk jika dibandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang.
"Exco DAP telah berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sudah teruk sangat mereka 'menyerang' Islam. Apa yang Pas buat, di mana suara mereka yang katanya mahu berdakwah kepada DAP," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu.
Sementara itu, Jurucakap Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, Pas terlalu banyak berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP.
"Pas berdolak-dalih dan sudah lari daripada prinsip berkerjasama DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi.
"Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Nik Abdul Aziz dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar.
"Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
"Mungkin kerana dari segi kerusi yang dimenangi DAP menyebabkan DAP monopoli dalam pakatan pembangkang.
"Oleh itu, saya melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya," ujar beliau.
Sementara itu : JMM tuntut Nik Aziz jelaskan cara Islamkan ahli DAP
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menuntut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat.
Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Omar Saleh berkata, dalam hal ini timbul persoalan sama ada Nik Aziz sudah mempunyai pelan atau cara yang akan digunakannya bagi mencapai tujuan tersebut.
''Menteri Besar Kelantan itu perlu memberikan penjelasan cara-cara yang akan digunakan untuk mengislamkan DAP.
''Ini termasuk bagaimana Nik Aziz akan meyakinkan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pada satu ketika dahulu pernah menyatakan bahawa jika Pas mahu menubuhkan negara Islam, Pas terlebih dahulu perlu bertempur dengannya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Utusan Malaysia Khamis lalu menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan hubungan dengan DAP membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada parti itu kerana perkara tersebut gagal dilakukan oleh UMNO.
Jawapan itu diberikan Mursyidul Am Pas itu berhubung kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum itu yang membangkitkan hubungan Pas dengan DAP.
Tambah Omar, pihaknya bersetuju dengan cadangan Nik Aziz yang mahu memperkenalkan Islam kepada penganut agama lain dan sebagai pemimpin, JMM yakin beliau telah mempunyai pelan dan cara pelaksanaannya nanti.
Sehubungan itu, katanya, Mursyidul Am Pas itu harus berkongsi dengan umat Islam cara yang beliau akan gunakan di dalam memastikan apa yang diucapkan dan dijanjikan beliau pada Khamis lalu benar-benar akan menjadi kenyataan.
''JMM berkeyakinan Nik Aziz sebagai pemimpin sudah pasti telah menyelidik dan mengkaji sedalam- dalamnya mengenai janji-janji beliau ini.
''Asas dan teras seorang pemimpin wajib memegang nilai jujur dan amanah terhadap diri sendiri serta pengikut-pengikutnya,'' jelasnya.- UM.
Warna-warni politik
Torashah
Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
DAULAT TUANKU
Ahad, 20 Februari 2011
Rabu, 16 Februari 2011
Pemimpin perlu bertanggungjawab!
Sultan Azlan Shah diiringi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah (kanan) merasmikan Masjid Jamek Medan Klebang Restu sambil diperhatikan Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahmad Husni Hanadzlah ketika majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak dan perasmian Masjid Jamek Medan Klebang Restu di Chemor, Perak, semalam.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahukan pemimpin yang diberikan amanah oleh Allah dan mendapat kepercayaan rakyat menjadi pemimpin bertanggungjawab, bersih daripada rasuah, tidak menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa.
Baginda bertitah, rakyat khususnya golongan remaja kini semakin gelisah dengan urusan dunia yang mereka lihat telah menyimpang jauh dari nilai-nilai kepimpinan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Titah baginda, kejadian yang sedang berlaku di beberapa negara di dunia pada waktu ini perlulah dijadikan pengajaran oleh pemimpin.
"Keresahan golongan remaja ini dipamerkan melalui pelbagai cara, melalui saluran media tempatan dan antarabangsa, melalui saluran komunikasi moden, melalui pelbagai gerakan dan bila tidak lagi dapati dikawal dijelmakan melalui tindakan-tindakan yang lebih agresif," titah baginda.
Sultan Perak bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri dan perasmian Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor di sini hari ini.
Turut berangkat ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Kecil Bongsu Perak Raja Datuk Seri Asman Shah.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ahli Exco Kerajaan negeri Perak.
Sultan Azlan Shah bertitah, demografi penduduk menunjukkan dalam tahun 1990, 20 peratus remaja dunia dalam lingkungan usia 15 ke 29 tahun adalah remaja Islam.
Baginda bertitah, peratusan remaja Islam di dunia meningkat kepada 26 peratus dalam tahun 2010 dan diunjurkan mencapai 29 peratus jumlah remaja di dunia dalam tahun 2030.
"Golongan remaja Islam ini tersebar di serata dunia, meskipun majoriti mereka dilahirkan dan tinggal di negara-negara yang tergolong dalam kategori negara mundur dan miskin, namun bilangan yang berpeluang berhijrah ke negara maju untuk belajar dan bekerja semakin bertambah.
"Mereka ini terdedah kepada pelbagai contoh kemajuan, corak pembangunan serta pelbagai bentuk pemerintahan. Ditambah dengan tekonologi maklumat dan komunikasi yang semakin mudah, remaja Islam di serata dunia semakin terdedah dan terbuka pemikirannya," titah baginda.
Titah Sultan Perak, golongan remaja pada zahirnya memiliki jiwa merdeka, idealisme yang murni dan pengharapan yang tinggi.
Justeru titah baginda, golongan remaja yang terpelajar dan berilmu mempunyai daya analisis yang kritikal dapat membezakan antara kaca dengan permata, antara kepalsuan dengan kebenaran, antara yang baik dengan yang buruk.
"Golongan remaja ini memiliki keberanian mengambil risiko besar dan kesediaan menerima cabaran, golongan ini juga memiliki daya tenaga mahu melakuksna perubahan untuk kebaikan," baginda bertitah.
Dalam pada itu, Sultan Azlan Shah bertitah mahu umat Islam menjadikan rumah Allah atau masjid sebagai simbul perpaduan, persaudaraan serta penyebaran ilmu.
"Rumah Allah ini adalah pusat menjana kebenaran berteraskan ilmu dan fakta ke arah membina umat yang cemerlang, bersaudara, bersatu padu, saling membantu dan kasih mengasihani.
"Jawatankuasa dan pegawai masjid yang telah diberikan amanah menguruskan masjid ini hendaklah sentiasa berikhtiar untuk memakmurkan masjid setiap masa supaya rumah Allah ini berjaya menjana cahaya indah Islam dipersekitarannya," titah Sultan Perak.
Masjid Jamek Medan Klebang Restu dibina dengan kos RM1.9 juta mula dibina di kawasan 0.8 hektar pada 25 Februari 2008 dan siap pada 20 Mei 2009.

Selasa, 15 Februari 2011
Ceramah fitnah PAS Perak tak dapat sambutan!
Logo BN ditayang terbalik...inilah ukuran kualiti pemikiran ustaz-ustaz politik peneraju parti...ceramah kebudak-budakan Parti Melayu Pas Perak..!!!
Penduduk kawasan Manjoi, terutama sekitar Kampng Tengku Husin dan Taman Klebang Jaya, patut berasa bertuah. Ini disebabkan kawasan itu telah didatangi oleh gerombolan pakatan pembangkang yang didalangi oleh Parti Melayu Pas.
Penduduk sekitar yang hadir akan berpeluang melihat dan mendengar sendiri bagaimana gerombolan ini beraksi mengisi nikmat demokrasi dalam negara yang kita cintai ini.
Majlis ceramah politik yang pasti menghidangkan yang terbaik kepada orang ramai yang hadir iaitu:
> Memulakan ucapan dengan selawat dan ungkapan keagamaan yang indah-indah.
> Menggunakan petikan ayat quran dan hadis untuk menyedapkan ucapan dan hujah.
> Memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan kefahamn pendengar.
> Membuat tafsiran ke arah kepentingan politik parti untuk memerangkap pendengar.
> Membuat fitnah dan meniupkan kebencian untuk meningkatkan rasa marah kepada kerajaan terutamanya kepada UMNO.
> Menyelitkan dengan fitnah, cacian, maki hamun, menyentuh peribadi dan segala macam maksiat oral yang terlintas, untuk menaikkan emosi pendengar.
> Kumpulan sorak akan membantu memberi signal "takbiiir" dan disamburkan dengan jeritan "Allahuakbar" .
> Sementara tin kosong berbunyi di atas pentas, tin kosong di bawah beredar memunggut derma jihad di kalangan orang ramai yang tak pernah diaudit.
Begitulah sedikit peristiwa hari ini dalam sejarah yang berlaku di kawasan Tambun.
Warna-warni politik
Torashah
Selasa, 8 Februari 2011
UMNO Perak edar 1 juta CD pembohongan Nizar Lambai!
Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan mengedarkan satu juta cakera padat (CD) bagi menjelaskan pembohongan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai isu ancak.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun berkata, pengedaran CD dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan rakyat mengetahui gambar dan cerita sebenar isu ancak yang diputar belitkan oleh Nizar itu.
Beliau berkata, isu ancak yang dibangkitkan Pas Perak itu jelas merupakan satu fitnah dan pembohongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk mengelirukan rakyat.
"Kita mempunyai gambar yang menunjukkan majlis itu bukan ancak kerana ada kenduri kesyukuran oleh penduduk kampung apabila membina rumah baru.
"Nizar dan pembangkang turun ke kampung berceramah dan mengedar risalah berbaur fitnah ke atas Zambry walaupun majlis yang dihadiri Menteri Besar empat bulan lalu di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar bukannya ancak.
"Isu itu pernah dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang lalu dan telah dijawab oleh Zambry, tetapi Nizar masih tidak berpuas hati dengan masih menuduh Zambry dengan isu berkenaan," katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO Perak di sini hari ini.
Khairul Azwan berkata, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan tentang kehadiran Menteri Besar pada majlis itu tidak bertentangan dengan akidah.
Menurutnya, Nizar sengaja membangkitkan isu tersebut semata-mata bagi mengelak isu beliau yang pernah memegang lilin dalam satu upacara diketahui sedangkan perbuatannya itu dilarang di sisi agama.

Langgan:
Catatan (Atom)