Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan mengedarkan satu juta cakera padat (CD) bagi menjelaskan pembohongan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai isu ancak.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun berkata, pengedaran CD dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan rakyat mengetahui gambar dan cerita sebenar isu ancak yang diputar belitkan oleh Nizar itu.
Beliau berkata, isu ancak yang dibangkitkan Pas Perak itu jelas merupakan satu fitnah dan pembohongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk mengelirukan rakyat.
"Kita mempunyai gambar yang menunjukkan majlis itu bukan ancak kerana ada kenduri kesyukuran oleh penduduk kampung apabila membina rumah baru.
"Nizar dan pembangkang turun ke kampung berceramah dan mengedar risalah berbaur fitnah ke atas Zambry walaupun majlis yang dihadiri Menteri Besar empat bulan lalu di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar bukannya ancak.
"Isu itu pernah dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang lalu dan telah dijawab oleh Zambry, tetapi Nizar masih tidak berpuas hati dengan masih menuduh Zambry dengan isu berkenaan," katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO Perak di sini hari ini.
Khairul Azwan berkata, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan tentang kehadiran Menteri Besar pada majlis itu tidak bertentangan dengan akidah.
Menurutnya, Nizar sengaja membangkitkan isu tersebut semata-mata bagi mengelak isu beliau yang pernah memegang lilin dalam satu upacara diketahui sedangkan perbuatannya itu dilarang di sisi agama.
Warna-warni politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan