DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Ahad, 20 Februari 2011

Pas gagal dakwah pemimpin DAP!

Pas disifatkan gagal untuk menyebarkan dakwah kepada bukan Islam di negara ini biarpun telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan DAP.

Malah dua tokoh agama di negeri ini menyifatkan Pas sanggup menjadi 'bisu' semata-mata untuk menjaga hati pemimpin parti itu demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama suci ini.

Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, Zainal Abidin Awang berkata, tujuan Pas bukan untuk berdakwah kepada bukan Islam kerana ia jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Minda Pondok berkata, kenyataan-kenyataan daripada kepemimpinan parti itu juga menunjukkan bahawa mereka tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya.

"Tidak ada apa-apa perubahan yang dibawa oleh Pas selepas berkawan dengan DAP, malah lagi teruk jika dibandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang.

"Exco DAP telah berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sudah teruk sangat mereka 'menyerang' Islam. Apa yang Pas buat, di mana suara mereka yang katanya mahu berdakwah kepada DAP," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu.

Sementara itu, Jurucakap Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, Pas terlalu banyak berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP.

"Pas berdolak-dalih dan sudah lari daripada prinsip berkerjasama DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi.

"Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Nik Abdul Aziz dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar.

"Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

"Mungkin kerana dari segi kerusi yang dimenangi DAP menyebabkan DAP monopoli dalam pakatan pembangkang.

"Oleh itu, saya melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya," ujar beliau.

Sementara itu : JMM tuntut Nik Aziz jelaskan cara Islamkan ahli DAP

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menuntut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat.

Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Omar Saleh berkata, dalam hal ini timbul persoalan sama ada Nik Aziz sudah mempunyai pelan atau cara yang akan digunakannya bagi mencapai tujuan tersebut.

''Menteri Besar Kelantan itu perlu memberikan penjelasan cara-cara yang akan digunakan untuk mengislamkan DAP.

''Ini termasuk bagaimana Nik Aziz akan meyakinkan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pada satu ketika dahulu pernah menyatakan bahawa jika Pas mahu menubuhkan negara Islam, Pas terlebih dahulu perlu bertempur dengannya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia Khamis lalu menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan hubungan dengan DAP membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada parti itu kerana perkara tersebut gagal dilakukan oleh UMNO.

Jawapan itu diberikan Mursyidul Am Pas itu berhubung kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum itu yang membangkitkan hubungan Pas dengan DAP.

Tambah Omar, pihaknya bersetuju dengan cadangan Nik Aziz yang mahu memperkenalkan Islam kepada penganut agama lain dan sebagai pemimpin, JMM yakin beliau telah mempunyai pelan dan cara pelaksanaannya nanti.

Sehubungan itu, katanya, Mursyidul Am Pas itu harus berkongsi dengan umat Islam cara yang beliau akan gunakan di dalam memastikan apa yang diucapkan dan dijanjikan beliau pada Khamis lalu benar-benar akan menjadi kenyataan.

''JMM berkeyakinan Nik Aziz sebagai pemimpin sudah pasti telah menyelidik dan mengkaji sedalam- dalamnya mengenai janji-janji beliau ini.

''Asas dan teras seorang pemimpin wajib memegang nilai jujur dan amanah terhadap diri sendiri serta pengikut-pengikutnya,'' jelasnya.- UM.

Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

Fakeh berkata...

Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota asal ceramah (sebelum dipinda ke tajuk di atas)
http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.