DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Rabu, 13 April 2011

Nga Kor Ming tunjuk 'taiko' pada Raja Nazrin!

Benar, tindakan Nga Kor Ming, ADUN DAP Pantai Remis tidak memakai pakaian istiadat pada majlis pembukaan rasmi penggal keempat DUN ke-12 Perak semalam tidak menyalahi undang-undang dan peraturan Dewan. Namun ia amat janggal, lebih-lebih lagi ia melibatkan seorang wakil rakyat.

Kita cukup faham kenyataan Kor Ming bahawa pakaian beliau semalam seratus peratus mengikut Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Negeri Perak dan ia merupakan antara pakaian pilihan yang dibenarkan. Tetapi soalnya, apakah ia suatu kelaziman mengenakan pakaian sebegitu bagi majlis yang beliau hadiri semalam?

Selaku YB, Kor Ming sewajarnya menjadi teladan kepada rakyat cara-cara menghormati majlis, apatah lagi majlis itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Penampilan setiap ADUN pada majlis-majlis rasmi dan penuh istiadat perlulah menuruti kelaziman supaya selari dengan peribahasa ‘di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung; masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak’.

Beliau perlu mengambil semangat tersebut di Dewan yang dimuliakan itu supaya dapat menjadi wakil rakyat pembangkang contoh. Beliau tidak akan rugi apa-apa malahan beroleh keuntungan.

Hormatilah institusi yang patut dimuliakan seperti mana ketika beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri dahulu kerana beliau lebih maklum dan lebih memahami semua itu.

Sekadar renungan buat mereka yang biaDAP!!!

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan: