DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Rabu, 20 April 2011

Tentang anasir cemar kedaulatan raja!

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini berikrar untuk menentang habis-habisan sebarang anasir yang mencemarkan martabat serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, Raja-Raja Melayu yang diberikan pengiktirafan sebagai ketua agama Islam di negara ini wajib dihormati dan jangan sesekali diperlekeh serta jauh sekali disanggah.

''Sejajar dengan seruan dalam titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa merasmikan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 pada 12 April lalu, setiap warga dan semua pihak di negeri ini akan senantiasa disuntik dengan semangat serta amalan yang memahami dan menghormati Islam.

''Mereka juga akan disuntik dengan semangat yang tidak sama sekali mencabar perkara-perkara yang sensitif menyentuh kesucian Islam yang boleh menghiris perasaan umat Islam," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau dianugerahkan Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Diraja'.

Dalam pada itu, Zambry berkata, jumlah hasil negeri pada tahun ini dijangka melebihi sasaran RM784 juta yang dianggarkan dalam Bajet 2011 berdasarkan kutipan hasil setakat Mac ini yang melebihi sasaran semasa dengan kadar 26 peratus.

''Dari segi urusan pentadbiran tanah pula, semenjak Barisan Nasional (BN) menerajui semula kerajaan negeri, penyelesaian fail-fail bersabit hal ehwal tanah berjaya ditingkatkan iaitu sebanyak 3,547 kes pada 2009 dan 6,715 kes pada 2010, berbanding 1,092 kes semasa pemerintahan pembangkang pada 2008.

''Selain itu, kerajaan negeri memperkenalkan kaedah pelaburan melalui penggunaan dinar emas yang pertama kali diperkenalkan di negara ini dengan ketulenan emas sebanyak 99 peratus," katanya.

Beliau juga memberitahu, bidang pendidikan di negeri ini akan diperkasakan dengan kewujudan sebanyak empat buah institusi pengajian tinggi yang baru iaitu Premier International University of Perak (PIUP) dan Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) akan dinaik taraf kepada kolej universiti dalam masa terdekat.

Warana-warni politik
Torashah..

Tiada ulasan: