DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Ahad, 22 September 2013

Pemuda UMNO Perak Setuju Keputusan PM Tidak Benarkan Abu Mendiang Ching Peng Masuk Malaysia - Khairul Azwan Harun!


Pergerakkan Pemuda UMNO Perak, bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan abu mendiang Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan seperti yang digambarkan oleh pemimpin pembangkang sebaliknya dia adalah seorang 'Terorist'.

"Berhubung dengan desakan daripada pihak pembangkang terutama pemimpin DAP yang mahukan abu Chin Peng ini dibawa ke Malaysia.

"Kami bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang tidak membenarkan abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke negara kita.

"Kerana Chin Peng ini merupakan seorang terorist bermakna walaupun beliau sudah meninggal tetapi terorist tetap dianggap terorist dan kita tidak boleh menerima terorist itu datang ke negara kita walaupun dalam bentuk abu.



Beliau menambah, rakyat perlu sedar akan akibat tindakan Chin Peng di dalam Parti Komunis Malaya telah menyebabkan begitu banyak nyawa terkorban.

"Kerana yang lebih penting adalah kita mengetahui disebabkan tindakan Chin Peng dalam Parti Komunis Malaya itu telah menyebabkan ramai yang terseksa dan dia tidak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.

"Bagaimanapun perkara ini sering diputar belit oleh pihak pembangkang dengan mengatakan kononnya Chin Peng telah berjuang menghalau British dari negara.

"Kita perlu ingat balik, tindakan komunis yang enggan meletakkan senjata walaupun setelah negara kita merdeka dan akibat daripada tindakan itu ramai rakyat yang diseksa oleh mereka.

"Bagaimanapula tindakan itu boleh dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan selepas negara kita merdeka pun mereka masih mengangkat senjata," katanya ketika mengulas mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mahukan abu mendiang Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan: