DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Isnin, 29 Disember 2008

Nizar terkilan wakil rakyat PKR ingkar !

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terkilan dengan tindakan dua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingkari larangan kerajaan negeri yang tidak membenarkan proses pemilihan ketua kampung baru.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye menyerahkan laporan berhubung pemilihan ketua kampung baru bagi Kampung Gunung Rapat yang akan diadakan Khamis ini.

"Saya terkilan dengan tindakan kedua-dua mereka kerana larangan itu sudah dimaklumkan sebelum ini. Justeru, saya mahu mereka menghantar laporan mengenai perkara itu kepada saya secepat mungkin.

"Saya ingin melihat kewajaran kedua-duanya meneruskan niat mereka sebelum tindakan susulan dilakukan ke atas mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ming Kai dan Boon Chye masih meneruskan proses penamaan calon ketua kampung baru bagi Kampung Gunung Rapat di sini semalam, walaupun kerajaan negeri telah mengeluarkan larangan berhubung perkara itu.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga telah mengarahkan proses penamaan calon bagi jawatan berkenaan yang diadakan semalam dibatalkan dan tidak membenarkan mana-mana pihak mengadakan pemilihan bagi jawatan berkenaan.

Dalam proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Fook Tat Chee itu, seramai lima penduduk kampung berkenaan berusia 39 hingga 68 tahun menawarkan diri bagi merebut jawatan itu.

Jumaat lepas, Menteri Besar membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak membenarkan mana-mana pihak termasuk parti dalam Pakatan Rakyat mengadakan pemilihan ketua kampung baru kerana mesyuarat Exco kerajaan negeri telah memutuskan jawatan berkenaan hanya dibuat secara lantikan.
Torashah

Jumaat, 26 Disember 2008

HUDUD Senjata Politik Pas!

Bagi orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.

Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO. Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi.

Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum 1990, PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji kepada rakyat, khasnya di Kelantan sekiranya parti itu berkuasa mereka akan melaksanakan hukum tersebut.Setelah PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan, maka janji yang dibuat oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu hanya tinggal janji, kerana sebelum itu tidak ada apa-apa persediaan yang dibuat bagi melaksanakan hukum tersebut. Tetapi apabila Pilihanraya Umum yang baru heboh diperkatakan yang ianya akan diadakan tidak lama lagi, maka mahu tak mahu janji itu harus diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kalau tidak ianya akan mengancam kedudukan parti yang membuat janji itu.

Justeru itu dalam tempoh yang singkat, secara tiba-tiba pada 24 dan 25hb November 1993, maka bergemalah suara-suara yang lantang dan bersemangat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, menandakan lahirnya hukum Hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.Oleh kerana hudud itu sudah dan diluluskan berdasarkan kepentingan politik dan bukan berdasarkan kebenaran serta perancangan yang rapi dan menyeluruh, maka banyaklah kelemahan dan kelonggaran yang tidak mencerminkan Hudud Islam tetapi lebih mencerminkan Hudud PAS.

Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil. Kajiannya amat terhad tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah Biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.

Walaupun hukum itu ditolak, tetapi bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS bukanlah merupakan masalah pokok yang perlu dikesali, yang penting mereka dapat melepaskan diri daripada ikatan janjinya terhadap rakyat Kelantan, kalau tidak janji itu akan mengancam kedudukan mereka dalam pilihanraya yang akan datang, sekarang mereka telah terselamat dari ancaman itu bahkan mereka juga telah mendapat modal baru untuk memancing undi dan modal itu sekarang telahpun kedengaran di sana-sini terkeluar dari lidah-lidah PAS yang panas dan membakar, kononnya UMNO menentang Hukum Hudud, UMNO membuat tipu helah untuk melaksanakan hukum hudud, UMNO menggunakan ulamak ala Amerika untuk menolak Hukum Hudud dan bermacam-macam tuduhan lagi dibuat.

Walau apa pun diperkatakan, UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu seperti juga ia menuduh orang lain kafir, sekiranya tuduhan itu tidak benar maka tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh itu sendiri.

Ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Zar dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud;

"Barangsiapa yang menuduh fasik dan kafir, terhadap seseorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir, jika tuduhan itu tidak benar".

Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah beerti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.

UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan.

Taminsari
Shah Alam

Kafirkan UMNO Angkara Militan Pas – Nik Aziz!

Jika kenyataan Nik Aziz itu boleh diterima mewakili keseluruhan pandangan kepemimpinan Pas, ia jelas membuktikan selama ini parti itu tidak mengkafirkan UMNO. Ia juga bermakna UMNO, parti yang didokong oleh orang Islam, tidak pernah bercanggah dengan kehendak Islam.Soalnya mengapa perkara ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini?

Mengapa perkara ini dibiarkan berlarutan hingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, berlaku perceraian suami, isteri dan perbalahan anak-beranak yang berbeza parti hinggakan berlaku sembahyang dua imam. Apa yang diketahui umum, pemimpin Pas turut mengkafirkan UMNO.Ia bukan sekadar inti ucapan di majlis ceramah, malah jelas membuktikan daripada pandangan orang Pas, UMNO adalah kafir.Mengapa hanya selepas Pas bercadang membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam, pandangan Pas terhadap UMNO berubah.

Umum mengetahui salah satu sebab UMNO dicap kafir ialah kerana ia bekerjasama dengan parti lain yang bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). Sebaliknya apabila Pas cuba rapat dengan parti pembangkang lain yang bukan Islam, mereka menganggap ia dibenarkan oleh Islam kerana tujuannnya ialah untuk menegakkan keadilan.Apakah UMNO selama ini tidak pernah memperjuangkan keadilan terhadap rakyat? Apakah UMNO tidak pernah memperjuangkan nasib umat Islam?

Isu mengkafir UMNO berlarutan agak panjang. Sepatutnya, jika menyedari bahawa isu mengkafirkan UMNO dilakukan oleh pelampau dalam Pas, pemimpin parti itu segera memperbetulkan keadaan itu. Bukankah disebabkan ketika itu Pas melihat isu kafir-mengkafir itu memberi kelebihan politik, maka mereka mengizinkan UMNO dibelasah dengan tohmahan yang tidak sewajarnya dilakukan sesama Islam.

Mengapa ketika itu mereka sendiri tidak mengecam ahli-ahli yang dianggap pelampau dalam parti itu? Dengan membenarkan mereka membuat tuduhan seperti itu bermakna kepemimpinan parti itu juga turut bersubahat.Setidak-tidaknya, dengan kenyataan Nik Aziz itu jelas menunjukkan dalam Pas sendiri memang wujud kalangan ahli parti itu bersikap melampau. Islam tidak pernah merestui umat yang bersikap demikian.

Apakah dengan menjadikan pelampau dalam Pas sebagai sasaran, kepemimpinan Pas cuba mencuci tangan? Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum ini jelas menunjukkan ketika debat UMNO-Pas diheboh-hebohkan apakah isu sebenar yang hendak dibincangkan? Bukankah ia mengenai isu kafir-mengkafir? Siapakah pemimpin Pas yang dinamakan untuk mengambil bahagian bahagian dalam debat? Bukankah mereka adalah pemimpin kanan Pas? Bukankah ketika itu Pas mendakwa sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan, tidak sah berkahwin dengan orang UMNO dan berlaku peristiwa pengkebumian di tanah perkuburan berasingan?

Bolehkah Pas menutup kes sembahyang dua imam kerana menganggap tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO. Apakah Pas boleh menafikan hakikat ini?Sekiranya Pas benar-benar ikhlas, mereka sepaturnya mengeluarkan pendirian yang mengatakan UMNO adalah parti yang berjuang mengikut lunas Islam. Tidak perlu lagi parti itu berdolak dalik kerana apa saja isu yang dikemukakan oleh parti itu, adalah semata-mata untuk tujuan politik.

Kemungkinan besar kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu boleh menimbulkan kemarahan pemimpin Pas yang lain. Bagaimanapun mereka mungkin sukar untuk menyangkal kenyataan Nik Aziz itu kerana berbuat demikian hanya akan meletakkan diri mereka sebagai pelampau dalam Pas. Disebabkan Nik Aziz menyatakan isu itu dibangkitkan oleh pelampau dalam Pas, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan tuduhan itu, adalah tergolong dalam kumpulan pelampau dalam parti itu.

Adalah diharapkan dengan penjelasan Nik Aziz itu, isu UMNO kafir tidak sepatutnya lagi ditimbulkan. Sekiranya ada pandangan baru mengenainya bermakna mereka yang berbuat demikian menolak Nik Aziz. Jika kepemimpinan Pas berfikiran panjang, mereka seharusnya melihat diri sendiri dan bertanding dalam pilihanraya dengan isu yang lebih munasabah.
Bolehkah Amanat Hadi dimansuhkan. Hanya pemimpin-pemimpin Pas sahaja yang boleh menjawapnya?

Taminsari
Shah Alam.

Rabu, 17 Disember 2008

BUKTI HUBUNGAN DAP DAN PAP MASIH KENTAL!


LAWATAN KERJA TEKNIKAL PBT KE SINGAPURA

Pada 18 Disember hingga 20 Disember 2008, lawatan kerja teknikal dari semua pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Yang di Pertua dan Setiausaha PBT, termasuk beberapa Pegawai Kerajaan Negeri dan Ahli Exco serta ADUN pergi melawat sambil belajar kerja ke negara Singapura . Kunjungan bertemu Pihak Berkuasa Bandaraya Singapura di susun oleh kerajaan Perak dengan kerjasama Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat Pesuruhjaya Singapura ke Malaysia, Mr. Jasudasen ke pejabat MB Perak tempoh hari telah memperakui lawatan ini serta aturan majlis lawatan kerja sewaktu berada di negara tersebut.
Nizar! Rakyatmu resah... Tolonglah mereka....! DAP loves PAP!
Kata Negeri Berkebajikan, apa lagi? Kebajikan Oh! Kebajikan!besi said...Dato seri...harga getah jatuh la..orang kampung banyak mengeluh... kerajaan negeri ada program yang boleh meringankan beban penoreh penoreh getah...ini?


Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Selasa, 16 Disember 2008

Kaum India mesti bersatu angkat taraf hidup!

Seperti yang disiarkan di ruangan rencana Utusan Malaysia pada hari ini Selasa 16-12-2008.

AGAK pelik juga apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendakwa hak kaum India telah diabaikan termasuk sukar menyertai sektor awam, gagal memasuki universiti awam, tidak diagihkan rumah murah dan tersisih daripada tender kerajaan.

Apakah tujuan sebenar Samy Vellu hendak memburukkan kerajaan Barisan Nasional dan di mana semangat setiakawan yang dijunjung sebelum ini. Jika semasa menjadi menteri, beliau menyatakan telah melakukan yang terbaik untuk kaum India di Malaysia, tetapi mengapa sekarang lain pula nada nadanya.

Sepatutnya Samy Vellu, MIC dan parti-parti yang mewakili masyarakat India berkerja keras untuk memperbaiki taraf hidup kaum India serta membendung penyakit sosial di kalangan mereka supaya tidak menjadi wabak. Samy Vellu pun tahu beberapa tempat di Lembah Klang, penduduk setempat hidup dalam ketakutan akibat gangguan daripada kumpulan-kumpulan haram.

Hindraf sendiri dalam salah satu tuntutannya mendakwa pihak polis tidak mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah sosial kaum India. Mereka menyalahkan pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa. Dan apabila pihak polis bertindak agak keras dan tegas, mereka menuduh pihak polis cuba menghapuskan kaum India. Dengan sebab itu timbullah satu laman web yang diberi nama police watch oleh Hindraf sendiri dengan matlamat untuk mengawasi pergerakan polis. Inilah Hindraf yang dikatakan memperjuangkan hak asasi kaum India di Malaysia di mana Samy Vellu sendiri sudah mula terikut-ikut rentaknya.

Sebenarnya masalah masyarakat India hendaklah diselesaikan sendiri oleh orang- orang India seperti ketua-ketua masyarakatnya. Samy Vellu mungkin telah cuba sedaya upaya semasa beliau berada di dalam Kabinet. Malangnya, masalah terbesar di kalangan pemimpin-pemimpin India adalah kerana mereka tidak boleh bersatu. MIC dengan Samy Vellu-nya, IPF dengan ketua barunya, PPP dengan Kayveas-nya manakala MIUP dengan Nalakarupan-nya.

Walaupun mewakili penduduk minoriti iaitu lebih kurang 2 juta dari penduduk Malaysia, namun pemimpin-pemimpin mereka tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Masyarakat keturunan India Malaysia sebenarnya masih kuat berpegang dengan 'sistem kasta' seperti yang diamalkan di negara India itu sendiri.

Perkara itu memang tidak boleh dinafikan. Kita boleh lihat sendiri cara-cara golongan bertaraf sederhana dan tinggi (kasta atasan) berinteraksi dengan golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf tinggi pada kebiasaan akan memandang rendah golongan bertaraf rendah. Agak sukar untuk dipercayai apabila ada kalangan masyarakat India yang masih berpegang kepada amalan ini. Sebab itu kita boleh lihat orang kaya dari golongan bertaraf tinggi akan bertambah kaya, manakala yang miskin dari golongan bertaraf rendah akan menjadi bertambah miskin.

Yang kaya agak sukar untuk membantu golongan miskin. Mereka tiada kata sepakat dalam mencari jalan untuk membantu kaum mereka sendiri. Mungkin di atas sebab-sebab inilah mendiang Tan Sri Pandithan keluar dari MIC dan menubuhkan parti IPF kerana kecewa dengan tindak tanduk MIC tidak mahu membantu golongan miskin di kalangan penduduk keturunan India. Contohnya penduduk-penduduk India di estet-estet di seluruh negara.

Selagi ikatan 'kasta' tidak terlerai, selagi itulah masyarakat India akan berdepan dengan masalah kemiskinan tegar dan masalah-masalah lain kerana di kalangan mereka sendiri tiada kata sepakat. 'Sistem kasta' inilah yang sebenarnya menjadi batu halangan kepada masyarakat India di Malaysia untuk bersatu dalam memajukan bangsa mereka sendiri.

Dan apabila mereka gagal, mereka akan menyalahkan orang lain terutamanya UMNO seperti yang didakwa oleh Hindraf kononnya kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO gagal membantu mengatasi masalah kaum India di Malaysia. Hakikatnya orang India sendiri yang gagal membantu kaum mereka sendiri. Akhir sekali satu soalan kepada Datuk Seri Samy Vellu. Mengapa hendak mendapatkan bantuan dari luar setelah anda sendiri berasa gagal memimpin kaum India di Malaysia?


TAMINSARI
Shah Alam

Selasa, 9 Disember 2008

Satu lagi usaha menghina bahasa kebangsaan !

MASALAH papan tanda pelbagai bahasa di George Town, Pulau Pinang belum selesai, kini Perak pula mahu memanaskan lagi isu ini. Walau apa pun hujah mengenai cadangan untuk menggantikan papan tanda jalan yang sedia ada dengan papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka, Ipoh, ia tidak patut dilaksanakan.

Apa yang dapat dirasakan, parti pembangkang yang berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Perak sejak lapan bulan lalu cuba mencabar kedaulatan bahasa kebangsaan.
Terdapat sesetengah pemimpin pembangkang terutama bukan Melayu langsung tidak menghormati Perlembagaan negara. Kenapa tembok di pintu masuk Taman Cempaka dan papan tanda jalannya hendak ditukar dengan pelbagai bahasa?

Kenapa mereka 'sakit hati' dengan papan tanda bahasa Melayu sedia ada?
Sudah terang lagi bersuluh, Taman Cempaka itu bukan kawasan pelancongan. Jadi apa kewajaran hendak ditukar papan tanda dalam tulisan rumi bahasa Malaysia itu?Kita percaya ada motif tersembunyi cadangan penukaran papan tanda yang cuba dilakukan oleh pemimpin pembangkang terutama bukan Melayu.

Daripada Pulau Pinang, tindakan tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sudah menular ke Ipoh. Jika perbuatan dan cabangan sebegini tidak dikawal atau dibantah habis-habisan, kita percaya banyak lagi kawasan yang dikuasai pembangkang bukan Melayu akan melakukan perubahan pada papan tanda jalan.

Apa yang kita bimbang ialah atas nama untuk menggambarkan kehidupan masyarakat pelbagai kaum di kawasan terbabit, banyak lagi cadangan untuk mencabar perkara yang termaktub dalam Perlembagaan akan dilanggar dan 'diceroboh'.

Bermula dengan usaha yang boleh dianggap penghinaan terhadap bahasa kebangsaan, ditakuti ia akan mengotak-katikkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan pusat. Penggunaan papan tanda pelbagai bahasa dan tulisan perlu dihentikan. Kita perlu mencari jalan penyelesaian supaya tidak diketawakan oleh generasi cucu cicit kita nanti.

Melihat perkembangan yang semakin tidak sihat ini, maka Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1967 patut dipinda dan dibentangkan di Parlimen dalam kadar segera. Ini kerana terdapat kelemahan dalam Akta itu hingga menyebabkan DBP tidak mempunyai 'taring' dan kuasa undang-undang dalam soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

DBP yang diletakkan tanggungjawab memartabatkan bahasa kebangsaan tidak dapat bertindak ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang yang menggunakan pelbagai bahasa untuk papan tanda jalan di negeri tersebut. Tanggungjawab penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh diserah kepada Pihak Berkuasa Tempatan lagi. Banyak kepincangan telah berlaku sehingga penggunaan bahasa Melayu menjadi lintang-pukang.

Kita menyeru dibuat sesuatu. Semua ini perlukan kesungguhan politik dan keberanian di kalangan pemimpin. Jika kesilapan masa lalu kita perbetulkan dari sekarang, mungkin kita akan dapat melihat papan-papan tanda di kedai-kedai yang pada masa ini menggunakan pelbagai bahasa akan diturunkan dan diseragamkan dengan tulisan bahasa Melayu sahaja.

Suara Rakyat

Politik Tuntut-Menuntut

Isu ketuanan Melayu bukanlah satu isu baru yang telah dibangkitkan oleh parti-parti politik Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP. Ia adalah isu lama yang kerap kali digunakan sebagai senjata untuk mencari publisiti murahan dan pengaruh.

Seperti yang telah penulis tulis sebelum ini, parti-parti politik Cina tidak pernah serik, malah semakin berani dan lantang serta sengaja membangkitkan isu-isu perkauman yang berkaitan sensitiviti orang Melayu.

Ia sengaja dibangkitkan untuk menguji reaksi orang Melayu. Apatah lagi kedudukan orang Melayu berada dalam keadaan yang lemah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) Mac 2008. Apa yang dapat penulis katakan, orang Cina tetap tidak rugi apa-apa sama ada berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Mereka tetap menang sama ada berada dalam Kerajaan Pusat (BN) mahupun kerajaan negeri (Pakatan Rakyat).

Pada hemat penulis, inilah bentuk perubahan dikehendaki oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Pada persepsi Soi Lek, PRU 12 adalah petanda rakyat mahukan perubahan daripada perjuangan perkauman kepada perjuangan untuk semua bangsa Malaysia.

Inilah intipati ucapan beliau yang penulis layari dalam laman blognya. Pada Soi Lek, ucapannya telah dipolitikkan. Setelah membaca sepenuhnya teks ucapan beliau bertajuk Change the Game, penulis tidak nampak, ucapan beliau dipolitikkan oleh media, khususnya Utusan Malaysia.

Perubahan

Seperti kata-kata pemimpin-pemimpin Cina sebelum ini, Soi Lek mahukan rakyat Malaysia berubah seperti mana rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barack H. Obama, merentasi batasan bangsa dan warna kulit. Perubahan yang dimaksudkan beliau termasuklah ungkapan ketuanan Melayu.

Katanya: "The slogan/phrase of 'Ketuanan Melayu', of Master and Servant relationship becomes unacceptable… the younger generation of various races will not accept it. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy. "We must change the concept of power sharing. We accept Malay Leadership, but not Malay Supremacy."

Semua sedia maklum bahawa setiap negara yang dijadikan oleh Allah SWT ada tuan punya asal sesuatu bangsa. Dengan sebab itu, kita dapati bangsa-bangsa yang dijadikan Tuhan akan menjadi tuan di tempatnya. Misalnya, Ketuanan Melayu membentuk negara Melayu, Ketuanan Cina membentuk negara China, Ketuanan India membentuk negara India, Ketuanan Siam membentuk negara Siam (Thailand) dan lain-lain negara yang boleh dijadikan contoh.

Sepanjang tinjauan penulis, belum ada sesebuah negara menjadi majmuk secara semula jadi. Setiap negara bermula dengan satu bangsa. Dalam hal ini, sudah tentu kita menerima Orang Asli adalah penduduk asal dalam setiap negara di dunia ini. Kemajmukkan berlaku melalui proses migrasi.
Perlu diingatkan, penggunaan istilah ketuanan Melayu bukan perkara baru. Ia adalah bagi menggambarkan bahawa orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti mana yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dipolitikkan
Penulis fikir orang Cina faham makna sebenar ketuanan Melayu tetapi sengaja dipolitikkan untuk mendapatkan political mileage terutama kalangan pemimpin mereka. Persepsi yang mengatakan jika orang Melayu adalah tuan, maka hambanya orang Cina sengaja diada-adakan. Begitu juga dengan ungkapan "Hidup Melayu". Jika Melayu hidup, siapa pula yang mati?Apa yang nyata, orang Cina sengaja memperbesar-besarkan isu ini, walaupun mereka tahu tujuan sebenar penggunaan istilah ini. Lebih ekstrem lagi, mereka menggunakan isu ini sebagai faktor kehilangan banyak kerusi BN dalam PRU 12.

Justeru, penulis ingatkan pemimpin-pemimpin Melayu supaya melayari laman web parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Cina ini serta buletin mereka untuk menyelami betapa kiasunya mereka. Isu-isu yang menjadi sensitiviti kaum bukan hanya diperdebatkan, malah dihina dan dikeji. Saya tidak menafikan juga laman-laman pemimpin Melayu yang lain.

Mewakili MCA, Ong Tee Keat ketika itu menjadi Naib Presiden, dengan nada keras meluahkan perasaan orang Cina terhadap istilah tersebut (The Star, 9 Mei 2008). Kenyataan Tee Keat bertepatan dengan dengan temu bual yang telah dilakukan oleh penulis sebelum ini (Temubual, 7 September 2007). Tee Keat menolak sama sekali istilah ketuanan Melayu, dengan anggapan orang Melayu adalah tuan, manakala orang Cina adalah hamba.

Ini bermakna, kenyataan Soi Lek bukanlah isu baru tetapi telah dibangkitkan sebelum ini, terutama ketika Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang ada kaitannya dengan ketuanan Melayu.Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2007, Hishammuddin telah memberikan penjelasan berhubung isu ini. Beliau memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu (orang Cina) tidak membangkitkan isu keris kerana ia merupakan sebahagian adat budaya Melayu dan bukan isu perkauman.

Orang Cina diingatkan supaya "jangan mencipta musuh yang tiada dan jangan takut dengan bayang-bayang". UMNO tidak akan melayan lagi polemik melulu mengenai keris yang masih belum reda sejak tahun lalu. Keris dianggap sebagai lambang perpaduan. Beliau turut menyindir orang Cina yang masih tidak memahami budaya Melayu setelah 50 tahun merdeka.

Apa juga alasan UMNO berhubung isu keris dan ketuanan Melayu, pemimpin Cina sengaja memutar-belitkan isu ini. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berakarkan bangsa Melayu (Comber, 2007). Walaupun ada yang beranggapan bahawa Orang Asli yang menjadi penduduk asal, namun sejarah menunjukkan bahawa Malaysia yang berasal dari nama Tanah Melayu berakar umbikan bangsa Melayu. Sebab itu, dalam banyak perkara, bangsa Melayu mendapat lebih keistimewaan dan keutamaan berbanding yang lain. Ini dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan sejak awal-awal lagi (Haas, 1967).

Maka tidak hairanlah istilah 'Ketuanan Melayu' dan 'Hidup Melayu' selalu digunakan. Istilah ini telah menjadi sinonim dengan UMNO. Begitu juga dengan lambang keris yang menjadi simbol bendera UMNO. Secara mudah, ketuanan Melayu merujuk kepada suatu keadaan yang mana orang Melayu dan warisan mereka diberikan kedudukan yang wajar selaras dengan status sebagai bangsa atau penduduk asal negara ini. Ia sering dikaitkan dengan kedudukan orang Melayu dalam politik dan pemerintahan; sebagai pengendali utama negara.

Unsur-unsur penting lain yang dapat dilihat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan adalah kedudukan dan peranan Raja-raja, peranan Islam, kedudukan bahasa Melayu (Perkara 152) dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu (Perkara 153).

Ini termasuk juga adat istiadat dan seumpamanya, sehinggalah membawa kepada isu Tanah Rizab atau Simpanan Melayu. Semua perkara ini telah wujud sebelum Perlembagaan yang ada sekarang mula beroperasi pada tahun 1957 (Abdul Aziz Bari, 2006).
Penulis fikir orang Cina menyedari makna ketuanan Melayu yang merujuk kepada perkara-perkara di atas, tetapi mereka sengaja mencari publisiti murahan ketika pengaruh MCA dan Gerakan mula merosot di kalangan kaum Cina yang telah beralih kepada DAP.

Kata-kata Soi Lek yang mahukan perubahan adalah satu pembohongan. Soi Lek mahukan rakyat Malaysia menerima perubahan. Perubahan yang meletakkan kepentingan semua, bukan hanya satu-satu kaum sahaja. Katanya lagi, isu sekolah Cina bukan isu bangsa Cina tetapi isu nasional.

Dalam mengulas isu ini, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, menyarankan supaya sekolah vernakular ditutup. Sistem satu sekolah iaitu sekolah kebangsaan mesti diperkasakan. Ini bukanlah isu baru dan bukan mudah untuk menghapuskan sekolah vernakular yang telah menjadi agenda politik tuntut-menuntut dan ugut-mengugut.

Orang Cina akan menggunakan isu ini untuk mendapatkan political mileage dalam BN dan Pakatan Rakyat. BN dan Pakatan Rakyat terpaksa tunduk kepada ugutan ini demi survival politik.Penulis tidaklah menyokong sangat saranan Mukhriz ini, tetapi pengalaman penulis memimpin PIBG di sekolah yang majoritinya pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC), menyebabkan penulis terpaksa bersependapat dengan Mukhriz .

Berkomunikasi

Kebanyakan pelajar vernakular tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, apatah lagi bahasa Inggeris. Akhirnya, mereka tidak bergaul dengan pelajar-pelajar Melayu dan seterusnya ketinggalan dalam pelajaran apabila sampai ke peringkat menengah.Penulis cukup teruja apabila Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali begitu mempertahankan sekolah vernakular agar setanding dengan sekolah kebangsaan, dalam perbahasan Parlimen baru-baru ini.

Persoalannya, pernahkah Azmin membuat kajian kemampuan berbahasa Melayu dan tahap integrasi di kalangan pelajar di sekolah-sekolah vernakular? Sekadar mendengar aduan dan pergi membuat lawatan ke sekolah vernakular selaku Yang Berhormat adalah tidak mencukupi.

Cubalah menyelidiki dan berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya. Penulis berani beri jaminan bahawa sebahagian besar pelajar SJKC/T tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Ramai yang langsung tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

Inilah akibatnya apabila sistem pendidikan diasing-asingkan dan dipolitikkan. Matlamat perpaduan nasional masih terlalu jauh untuk dicapai, apatah lagi untuk menanamkan semangat patriotik yang tinggi. Justeru, sudah sampai masanya kita jangan terlalu berpolitik sesama sendiri sehingga melupakan kepentingan masa depan negara yang lebih besar.


Suara Politik

Isnin, 1 Disember 2008

Apa Lagi Yang Bukan Melayu Mahu Dari Orang Melayu!

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.

Sama-samalah kita renungkan.

Taminsari
Shah Alam.

Rabu, 26 November 2008

Dimanakah Fatwa Pas Untuk Undi Bukan Islam Kepada Pas!

Tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional ( BN ) yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihanraya Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin. Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN. "Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka. Bagaimana pula undi bukan Islam kepada Pas? Halal ke Haram ?

Bagi saya persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas? Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja? Jadi apa sebenarnya tujuan Pas menubuhkan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-ratanya bukan orang Islam. Abdul Hadi dengan bangganya melancarkan Kelab Penyokong Pas sebelum pilihanraya ( PRU – 12 ) baru-baru ini dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tak haram ke?

Bila UMNO buat dituduh kafir, tapi bila Pas buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke, janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada Pas yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke Pas dengan Kelab Penyokong Pas mereka yang rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam. Sebenarnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini, malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula oleh ahli.

Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut Pas yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul,' maka Pas – Abdul Hadi dan Nik Aziz perlu menjawab persoalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.

Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. ``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: ``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sebelum ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. Pas atau UMNO.

Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang mengadakan kerjasama dengan DAP dan Keadilan dalam Barisan Alternatif dikecualikan? Mungkin itu sebabnya Hadi boleh berpelukan dengan Lim Kit Siang, pemimpin yang secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas. Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya. Orang kampung boleh dianggap sebagai kumpulan yang tertutup minda kerana sikap percayakan tok guru sahaja, tidak baca akhbar atau majalah dan mengehadkan pergaulan kepada kelompok mereka sahaja, tetapi bagaimana pula dengan cerdik pandai dan golongan profesional yang menyokong Pas?

Adakah mereka juga menjadi golongan taksub sehingga tidak mampu berfikir? Mereka mungkin menyokong sebagai satu eskapisme akibat persoalan hati - mungkin merajuk, mungkin marah, mungkin kecewa dan mungkin juga gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati - tetapi tidakkah boleh mereka fikirkan soal percanggahan dan keanehan fatwa yang dibawa oleh Pas? Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.

Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa' dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya lalu. ``Kita anggap dia ( Kit Siang dan Karpal Singh ) tokoh yang sudah luput masa, macam ubat yang habis tempoh,'' adalah ayat yang disuarakan. Tetapi apabila Karpal Singh dan Lim Kit Siang menang di tempat masing-masing keadaan berubah. Sekarang kedua-duanya adalah kawan baik Abdul Hadi.

Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR. Halal ke Haram ? Ingatlah PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan pemimpin-pemimpin mereka. Perjuangan mereka sebenarnya tak jelas. Banyak kepada politik berdendam dan perjuangan individu. Salahkah Pas bergabung dengan UMNO yang telah lama berjuang dan terang-terang mempertingkatkan syiar Islam itu sendiri daripada bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak negara Islam di Malaysia. Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa,hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.

Slogan undi Pas masuk syurga tidak akan membolehkan parti itu menyaingi UMNO yang diterima oleh semua kaum kerana pendekatannya yang adil dalam soal agama dan dinamik dalam membangunkan negara. Malah Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah diiktiraf pula oleh negara-negara Islam dan bukan Islam di persada antarabangsa sebagai negara Islam contoh. UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara paling pesat membangun, tetapi turut menjadi pemimpin dalam perbankan Islam, takaful dan kini sedang merobah sistem kewangan antarabangsa ke arah sistem Islam melalui penggunaan dinar emas.

Pada penyokong-penyokong Pas yang fanatik dan para profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri. Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga kerana beliau sendiri pun tiada kepastian. Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.

Mudah-mudahan Allah Taala memberi petunjuk kepada mereka yang semakin keliru itu kembali kepanggal jalan. Insya Allah.
Amin.

TAMINSARI
Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.

DIGUGUR AKIBAT TIDAK TAHAN DITEGUR

Bagi kebanyakan penyokong pembangkang jika berita ini keluar dari media massa mereka akan katakan ini sebagai dakyah kerajaan. Tetapi jika menunggu media mereka mengeluarkan artikel yang tidak baik pasti umpama pungguk rindukan bulan yang tidak akan kunjung tiba. Kini menjadi trend media pembangkang untuk menyatakan hanya yang betul tentang mereka... walaupun mereka menuduh media massa dalam masa yang sama. Mereka kini hanya menyebarkan berita-berita baik sahaja tetapi mengenai masalah dalaman mereka pasti tidak akan ditimbulkan.

Terbaru ialah berita pengguguran dua pemimpin kanan parti itu yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

"Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani," kata sumber.Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Nampaknya apa yang berlaku dalam parti ini menampakkan kelemahan dan perpecahan serta tidak mahu mendengar suara dan pendapat akar umbi.Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu berunsur perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam kerajaan Selangor tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

"Isu-isu Melayu ini kita sudah tidak mahu layan," kata sumber... Persoalannya ini bukan isu Melayu sahaja bahkan isu agama Islam yang sepatutnya menjadi perjuangan PAS... Apakah Pas telah meninggalkan perjuangan Islam!?Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu dan beliau mahu segera menggantikan pemimpin korporat itu dengan seorang calon Melayu. Tindakan Dr Hassan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan "PAS Untuk Semua" yang dilaungkan parti itu.Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS "kembali kepada asal" dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.Dihubungi selepas sidang parlimen hari ini, Khalid (foto atas, kiri) mengakui rombakan PAS negeri terpaksa dibuat kerana perbezaan pendapat, kaedah dan cara beliau menyebabkan Dr Hassan tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Nampaknya Dr Hassan terpaksa mengorbankan ahli yang tidak bersependapat dengan beliau yang terpaksa mengikut 'buntut' DAP dan PKR. Sungguh malang bagi orang yang mempunyai idea dan pandangan akar umbi ditolak oleh kepimpinan PAS Selangor. Namun itu hakikatnya demi kepentingan politik, kepentingan kaum Melayu dan agama Islam dipinggirkan walau terpaksa mengorbankan suata akar umbi. Pas kini tidak boleh lagi melaungkan slogan membangun bersama Islam kerana kini tidak relevan untuk selamanya.

Aspirasi Bangsa

Selasa, 25 November 2008

Terima adat tempatan

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menegaskan betapa pentingnya komuniti imigran di sesebuah negara menghormati dan menerima adat, sejarah serta sistem pemerintahan yang diamalkan di negara mereka berhijrah dan menetap sepanjang masa.

Baginda bertitah, mereka sepatutnya mempunyai garis sempadan dalam mempersoalkan sesuatu perkara yang membabitkan antara hak seseorang individu untuk memilih cara hidup pilihannya di negara mereka berhijrah atau keperluan untuk mewujudkan sebuah masyarakat bersatu padu. Titah baginda, dalam membuat pilihan itu, masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.’

“Anggapan bahawa beban tanggungjawab hanya terletak di bahu negara penerima mungkin tidak tepat,” titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Isu Kepelbagaian Mengenai Diaspora di Kalangan Negara Komanwel di Universiti Monash Kampus Sunway, Bandar Sunway di sini hari ini. Raja Nazrin bertitah, Malaysia merupakan contoh terbaik bagaimana diaspora atau penghijrahan besar-besaran orang Cina, India dan kaum-kaum lain yang membawa kepada sebuah bangsa yang makmur dan majmuk.

“Hari ini semua mereka menjadi sebahagian daripada landskap negara ini dan pada masa yang sama, warga Malaysia turut berhijrah ke serata dunia untuk meneroka pelbagai bidang,” titah baginda. Baginda menjelaskan, proses integrasi di antara golongan imigran di negara yang mereka berhijrah berlaku dari semasa ke semasa dan melibatkan banyak generasi. Bagaimanapun menurut baginda, secara umum, kemahuan dan keperluan imigran di mana-mana negara adalah sama iaitu makanan, wang, pendidikan untuk anak-anak dan kehidupan yang lebih bermakna, selain rumah dan perlindungan pada hari tua.

“Namun, generasi imigran yang seterusnya akan mengimpikan identiti dan semangat kekitaan yang lebih mendalam. Mereka juga mahu diserapkan dalam komuniti yang lebih besar dan tidak dilayan sebagai orang asing,” titah baginda. Dalam hal ini, Raja Nazrin bertitah, usaha sesetengah kerajaan negara Komanwel untuk memperkenalkan polisi yang pelbagai dalam perkhidmatan awam adalah pendekatan yang tepat dan responsif.

“Dalam sebuah negara yang mempunyai budaya majmuk, masyarakat daripada pelbagai budaya perlu dibenarkan hidup bebas tanpa dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak mahu,” titah baginda. Menurut baginda, kehidupan yang demokrasi bermakna seseorang itu boleh memilih untuk lebih menyesuaikan diri dalam masyarakat, diserap atau diterima dalam masyarakat atau tidak menunjukkan sebarang minat. “Pada masa yang sama, keperluan untuk mewujudkan masyarakat yang berkongsi nilai dan kepentingan tetap menjadi keutamaan,” titah baginda.


Nota: utusan malaysia

Isnin, 24 November 2008

Kenyataan Dangkal Seorang Profesor Bernama P. Ramasamy!

Baru-baru ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kita dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu. Beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan.

P. Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja. Tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik. Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya.

Bagi penulis ini adalah satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji seolah-olah ianya satu mainan politik yang mahu memporak perandakan masyarakat majmuk di negara ini. Kenyataan P.Ramasamy ini seakan-akan senada dengan tindakan Hindraf yang menyalahkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO apabila masalah kaum India tidak dapat diselesaikan oleh mereka sendiri.

Sebagai seorang Profesor, sepatutnya P.Ramasamy membuat kaji selidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang telah menyakitkan hati orang Melayu kenapa pembabitan kaum India dan Cina sangat kurang didalam sektor awam di Pulau Pinang dan juga seluruh negara. Tidak cukupkah dengan tindakan Hindraf yang telah melukakan perasaan orang Melayu dengan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal?

Apakah P.Ramasamy telah lupa akan Kontrak Sosial tentang pengorbanan orang Melayu yang menerima kaum India dan Cina sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka? Apakah P.Ramasamy telah lupa akan kata-kata Tun V.T. Sambanthan Merangkap Menteri Kerjaraya, Pos Dan Telekom, semasa berucap di Dewan Rakyat Pada 1 Jun 1965.

P.Ramasamy perlu ingat sebelum “ revolusi industri ” berlaku dinegara ini iaitu zaman semasa Tun Mahathir mula-mula memerintah pada awal tahun 80-an peluang pekerjaan amatlah kurang sekali terutamanya di sektor swasta. Berapa ramaikah kaum India yang bekerja disektor awam pada ketika itu seperti JKR, JPT, LLN, Talikom dan majlis-majlis daerah dan perbandaran. Tentu ramaikan!

Berapa ramaikah diantara mereka yang menikmati faedah-faedah yang diterima sebagai kakitangan kerajaan semasa didalam perkhidmatan dan juga selepas pencen. Berapa ramai dikalangan anak-anak mereka yang berjaya didalam pelajaran dan kehidupan mereka. Adakah P.Ramasamy hendak menutup mata dengan menafikannya. Semasa revolusi industri bermula, pelabur-pelabur dari luar negara telah mula memindahkan operasi pengeluaran mereka ke Malaysia.

Semenjak dari itu hinggalah sekarang kaum India sudah mula menjauhkan diri dari sektor awam kerana hendak bekerja di sektor swasta yang memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan sektor awam. Ini adalah fakta. Sebab itu P.Ramasamy janganlah sewenang-wenangnya hendak salahkan kerajaan jika peluang pekerjaan disektor awam sekarang dipandang dingin oleh masyarakat kaum India.

Berapa ramai yang datang memohon apabila peluang pekerjaan dibuka kepada umum. Amat menyedihkan. Mereka lebih berminat di sektor swasta kerana pulangan yang tinggi. Penulis rasa P.Ramasamy sendiri tahukan jawapannya. Jadi tak perlulah cuba mencari isu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Beliau perlu tahu yang proses pemilihan kakitangan sektor awam diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

Jangan lupa ada juga ramai kakitangan pentadbiran awam yang menyokong pembangkang semasa PRU ke-12 yang lalu. Tengok sahaja keputusan pilihanraya di PutraJaya. Berapa banyak undi yang diperolehi oleh pembangkang? P.Ramasamy perlu ingat yang kenyataan dangkal seperti ini perlu dielakkan bagi mengelakkan sesuatu yang buruk akan berlaku dalam hubungan kaum dinegara ini.

Nasihat kepada P.Ramasamy supaya jangan lupa sejarah pembentukan Tanah Melayu. Ingat, kaum Melayu sudah banyak berkorban sejak sebelum merdeka supaya kaum-kaum lain dapat hidup dengan amam dan damai dinegara ini. Hormatilah sedikit perasaan orang Melayu.

Taminsari
Shah Alam

Apabila Kaum Lain Cuba Mencampuri Urusan Agama Islam

Hindu Sangam urges Fatwa Council to “ be more sensitive”

Sekarang ini, boleh dilihat sebagai sesuatu yang merbahaya bila satu golongan ugama lain mula mencampuri urusan ugama lain! Sepatut nya, pihak lain tidak layak untuk mencampuri urusan agama lain, apatah lagi jika perkara itu melibat kan agama Islam yang juga ugama rasmi negara!! Kita harap pihak berkenaan dapat bertindak sesuatu agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku!!

PETALING JAYA: The National Fatwa Council must respect the sensitivities and feelings of other religions in Malaysia while giving guidance to Muslims on the religion’s practices and tenets. “Many Hindus have been deeply disturbed by the Fatwa Council’s announcement,” Malaysia Hindu Sangam president Datuk A. Vaithilingam said in a statement Sunday.

He said it was regrettable that the Council had not consulted with the Malaysia Hindu Sangam first so that the religious and non-religious aspects of yoga could have been explained. The Fatwa Council on Saturday issued an edict banning Muslims from practising yoga on grounds that it involved chants and acts of worship in order to be one with the god of another religion.

“To call this ancient practice ‘haram’ and saying that it can ‘corrupt’ a person is very hurtful and demeaning,” said Vaithilingam. He added that as many Hindus and non-Hindus practised yoga together in a non-religious manner, the fatwa could drive a wedge between those of different religions. National Fatwa Council chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin on Saturday said yoga had been practised by the Hindu community for thousands of years and incorporated physical movements, religious elements together with chants and worshipping, with the aim of “being one with God”.

“Because of this, we believe that it is inappropriate for Muslims to do yoga. The council is declaring that practising yoga, when it comes together with the three elements, is haram,” he told a press conference. - IsuHot

Ahad, 23 November 2008

Adakah Ladang Babi Sistematik Akan Selesaikan Masalah Rakyat!

Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan.

"Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Komen :

Tak tahulah berapa banyak lagi kandang babi yang hendak dibina di negara yang agama rasminya Islam. Bagi penulis cara terbaik untuk menyelesaikan perkara ini adalah dengan “ mentiadakan “ lagi apa bentuk ladang babi. Ladang-ladang babi yang ada hendaklah dikurangkan atau dimusnahkan sama sekali. Pas kena fikirkan bagaimana hendak melenyapkan babi-babi ini dari bumi Malaysia. Import babi dari luar seperti mana yang dilakukan oleh Singapura.

Singapura kata mereka tak layak membela babi kerana babi ini kotor dan pengotor. Tapi mereka nak makan juga. Maka terpaksalah di impot dari negara luar seperti Malaysia, Thailand dan lain-lain negara. Terang-terang dah tahu babi ini kotor dan pengotor, ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi hendak menternak babi. Tak serik-serik lagi dengan serangan JE di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu. Malah ianya disokong pula oleh parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa Salahuddin kata perkara kerkenaan babi ini jangan diungkit? Kalau babi-babi ini kena penyakit siapa yang akan menghapuskannya sehingga ada diantara mereka terkena jankitan.

Tidakah Salahuddin terlupa yang pekerja-pekerja itu adalah terdiri dari orang-orang Melayu? Adakah Salahuddin hendak perkara ini berulang lagi. Semoden-moden mana ladang babi itu, kalau sudah diserang virus, tiada siapa yang dapat menghalang. Yang taukeh babi cuma tahu akan kerugian mereka sahaja. Yang nak menyempurnakan upacara “ pengkebumian babi “ adalah orang Melayu itu sendiri.

Takkan Salahuddin terlupa apabila semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi.

Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum". Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat.

Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004. Jadi kepada Salahuddin Ayob, sebelum hendak memberi alasan sila rujuk atau bertanya dahulu kepada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz supaya nanti tidak bercanggah dengan apa yang telah dikatakan oleh kedua-dua pemimpin utama Pas itu. Tak tahu jalan, jangan malu bertanya?

Torashah

Jumaat, 21 November 2008

UMNO Masih Pilihan Terbaik Semua Kaum

Kalau rakyat memilih UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang bermakna majoriti rakyat yakin seribu kali yakin dengan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang dalam keperkasaan BN. Ia juga memberi petunjuk bahawa rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum menghormati dan menyanjung tinggi kepimpinan UMNO yang terus menerus menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan kemerdekaaan negara.

Sejak merdeka hingga sekarang majoriti orang Melayu tidak pernah menderhaka terhadap UMNO oleh kerana mereka menganggap UMNO itulah Melayu dan Melayu itulah UMNO.
Justeru itu Melayu tidak ada pilihan lain untuk memperjuangkan nasib mereka kecuali UMNO. Parti-parti pembangkang tidak boleh mendabik dada bahawa mereka adalah payung perlindungan orang Melayu oleh kerana mereka tidak pernah menerajui kepimpinan kerajaan di peringkat Pusat.

Sekiranya Melayu mengharapkan pembangkang memperjuangkan kepentingan mereka bermakna mereka merelakan diri mereka, orang Melayu, sebagai bangsa pinggiran yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan politik untuk memimpin Kerajaan. Memilih UMNO bererti hak dan kepentingan Melayu terjamin dan dengan sendirinya menjadikan Melayu sebagai pemimpin Kerajaan yang akan menentukan destinasi negara, agama dan bangsa.

Rakyat Malaysia bertuah dan patut bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berbagai bangsa dan suku kaum yang menjadi warganegara sanggup menerima kepimpinan Melayu menerajui Kerajaan pusat sejak merdeka hingga sekarang. Sejak 51 tahun yang lalu orang Melayu memimpin Kerajaan dan membawa perubahan yang besar dalam kehidupan seluruh rakyat. Banyak negara berbilang kaum di dunia sukar menjamin kestabilan politik, perdamaian dan kesejahteraan untuk semua.

Tapi para pemimpin Melayu dalam UMNO telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa mereka berjaya mengekalkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum dan kepimpinan Melayu tidak pernah dipertikaikan oleh bukan Melayu. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 menjadi pengajaran kepada semua bangsa dan suku kaum bahawa tanahair kita yang tercinta ini perlu dipupuk dan disirami perasaan muhibbah dan hormat menghormati antara satu dengan lain demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta kedamaian untuk semua.

Oleh itu orang Melayu seharusnya sedar bahawa sekiranya mereka berpecah belah dan menyokong pembangkang bermakna mereka sendiri mengkhianati bangsa sendiri sekiranya orang Melayu hilang kuasa politik selepas pilihanraya diadakan. Orang Melayu harus sedar bahawa tidak ada parti politik Melayu yang lain yang dapat menguasai kepimpinan negara tanpa kerjasama dengan orang bukan Melayu.

Orang bukan Melayu memberi sokongan padu kepada BN kerana mereka yakin dengan kepimpinan UMNO yang mengutamakan perpaduan kaum dan bersifat adil kepada mereka.
Hari ini bukan Melayu tidak mempertikaikan kepimpinan BN sebagai Kerajaan tetapi mereka bimbang perbalahan di kalangan masyarakat Melayu boleh menyebabkan UMNO kehilangan sebahagian dari kerusi yang ia sandang sekarang.

Kalau ini berlaku bermakna wakil rakyat UMNO dalam Parlimen akan berkurangan dan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan orang Melayu sebagai pemimpin kerajaan. Mereka bimbang kestabilan politik akan tergugat sekiranya UMNO lemah. Sekiranya kuasa politik orang Melayu menjadi lemah akibat UMNO kehilangan sebahagian dari kerusi Parlimen yang dipegangnya sekarang bermakna maruah dan penghormatan Melayu juga tercemar.

Parti-parti pembangkang Melayu tidak boleh berbangga kerana UMNO hilang beberapa kerusi Parlimen yang dipegangnya sekarang bermakna maruah dan penghormatan Melayu juga tercemar. Parti-parti pembangkang Melayu tidak boleh berbangga kerana UMNO hilang beberapa buah kerusi yang berpindah kepada mereka. Sekiranya pembangkang Melayu memenangi beberapa buah kerusi dari UMNO mereka masih lagi kekal sebagai pembangkang dan selaku pembangkang mereka tidak boleh melaksanakan dasar untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Akibatnya Melayu menjadi lemah oleh kerana perpecahan di kalangan Melayu menyebabkan kekuatan Melayu dalam kepimpinanan kerajaan lemah dan tidak berdaya mengimbangi kekuatan dan pengaruh bukan Melayu. Perlulah diingat kejatuhan kerajaan-kerajaan Melayu di zaman silam dan penjelmaan kuasa-kuasa asing dalam kancah politik orang Melayu adalah disebabkan oleh perpecahan dan kerakusan raja-raja Melayu di zaman silam.

Sejarah tragedi ini akan berulang sekiranya masyarakat Melayu berpecah-belah dan meruntuhkan kekuasaan Melayu yang wujud dewasa ini. Memanglah rakyat boleh mengubah selera politik mereka sekali dalam lima tahun melalui pilihanraya. Ini jaminan demokrasi yang kita amalkan.

Tetapi sejak 51 tahun yang lalu rakyat telah memberi sokongan dan kepercayaan yang tulus ikhlas kepada UMNO untuk membela nasib mereka, dan kita dapat saksikan reformasi dalam berbagai bidang hidup rakyat yang dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO. Tentulah tidak masuk akal orang Melayu menolak UMNO yang banyak jasanya kepada mereka untuk menyokong PAS atau Parti Keadilan Nasional yang tidak punya rekod kepimpinan negara langsung.

Juga tidak masuk akal sekiranya orang Melayu terlalu taksub terhadap seorang pemimpin yang tercemar hingga sanggup menyingkirkan UMNO yang banyak berjasa dan berkorban untuk mereka. Fikirlah dengan mata hati yang terbuka. Janganlah bangsa kita dianggap sebagai bangsa yang tidak tahu membalas jasa orang lain, yang tidak tahu menilai antara intan dengan batu jalanan. Janganlah sekali-kali bangsa kita hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara tergadai.

Sepuluh tahun yang lalu pihak pembangkang membuat fitnah kononnya mereka membenci Tun Dr. Mahathir dan bukan UMNO. Bukankah Tun Dr. Mahathir pada masa itu adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia? Membenci Mahathir bermakna membenci kerajaan yang dipimpin Mahathir.

Ini bermakna pembangkang hendak mengelirukan fikiran rakyat supaya rakyat menolak UMNO/BN dan memilih pembangkang. Kita percaya orang Melayu tidak sebodoh itu.
Kita yakin orang Melayu inginkan perubahan nasib, kemajuan dan pemimpin yang dinamik memimpin kerajaan . Justeru itu mereka mesti memberi sokongan penuh kepada parti politik yang banyak berjasa dan banyak membawa reformasi dalam kehidupan mereka.

Jasa Tun Dr. Mahathir besar. Usah kita nafikan itu hanya kerana diruntun oleh kemarahan dan emosi yang tidak terkawal. Jangan marahkan pijat kelambu dibakar. Jangan kita menjadi Lebai Malang menang sorak kampung halaman tergadai. Bangsa yang berjiwa besar adalah bangsa yang tahu menghargai jasa-jasa pemimpin, mempunyai maruah negara, bangsa dan agama.
Kita bukan orang asing di tanahair kita tercinta, Malaysia. Inilah bumi subur yang memberi rezeki kepada kita dan langit biru yang kita junjung. Selama 51 tahun negara kita mencapai kemerdekaan rakyat tetap setia kepada UMNO/ BN.

Sekiranya pucuk pimpinan UMNO dianggap kurang memuaskan dan tidak mencerminkan perjuangan sebagai pembela rakyat sudah pasti UMNO sudah lama terkubur tanpa nisan dan tidak akan sampai 51 tahun memimpin kerajaan. Tetapi rakyat sedar dan tahu bahawa mereka tidak dapat mempercayai parti pembangkang yang ada untuk memimpin negara.

Ya, memang mereka mahu pembangkang menegur kerajaan tetapi mereka tidak mahu mana-mana parti pembangkang memimpin kerajaan. Mereka sedar pembangkang lebih banyak menabur angan-angan tentang jenis kerajaan yang mereka khayalkan dalam fikiran mereka.
Kerajaan yang ada dan banyak berbakti tetap UMNO/BN. Memanglah orang ramai amat gemar mendengar pembangkang mengecam dan memaki-hamun kerajaan kerana ia merupakan keseronokan dan hiburan dalam politik. Tapi bila memberi undi dan memimpin kerajaan majoriti rakyat tetap memilih UMNO/BN. Ini kenyataannya.

Orang Melayu tidak ada pilihan lain kecuali UMNO untuk mewakili kepentingan mereka. Kalau mengharapkan PAS mereka terlepas. Hanya sibuk berkuntau dengan serban leso mereka sahaja. Harapkan Keadilan mereka akan mati beragan sebab ia hanya ingin memulihkan Anwar ( Abang Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ). Ini yang dijaja oleh isteri Anwar, Wan Azizah.

Nampaknya PAS dan Keadilan lebih percaya kepada DAP untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dari UMNO hingga mereka sanggup menggugat kepimpinan UMNO yang banyak berjasa. Tapi majoriti orang Melayu tahu kilat dalam kilau mainan politik DAP dan mereka akan menghanyutkan PAS dan Keadilan seperti mana majoriti orang Melayu menghanyutkan DAP dalam beberapa pilihanraya yang lalu.

Yang lebih penting ialah sikap ahli-ahli dan para penyokong UMNO lebih dari 2 juta orang itu. Mereka mesti memberi sokongan padu kepada semua calon UMNO dan BN untuk mencapai kemenangan yang gemilang. Jangan sekali-kali menjadi gunting dalam lipatan atau talam bermuka dua. Jangan sekali-kali ada ahli UMNO sanggup menjadi pengkhianat bangsa dan parti setelah menikmati rahmat Allah S.W.T dari perjuangan UMNO.

Sekiranya seluruh ahli UMNO memainkan peranan mereka memenangkan semua calon parti, besar kemungkinan parti-parti pembangkang tidak berjaya menumbangkan BN dan menubuhkan kerajaan baru di bumi bertuah ini. Pendayung sudah ada di tangan, perahu sudah di air dan marilah kita bersama-sama dengan penuh semangat, sebagai patriot bangsa dan negara, menjamin kemenangan yang besar kepada UMNO/BN. Hanya Allah S.W.T yang menentukan segala tetapi ikhtiar dan usaha mestilah di pihak kita.

Taminsari
Shah Alam

Selasa, 18 November 2008

Kasari Wartawan : Pemuda Selar Sikap Tidak Matang MB Perak

Ipoh -- Kepimpinan Pemuda UMNO Perak hari ini menyelar dan melihat tindakan kasar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin terhadap jurugambar Utusan Malaysia sebagai satu contoh kepribadian sebenar beliau. Malah mereka menyifatkan tindakan tersebut di luar kewajaran apatah lagi prinsip kebebasan media yang sering dilaungkan pakatan pembangkang selama ini.

Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Zainudin Helmi Baharudin berkata peristiwa berkenaan menyerlahkan sikap dan keperibadian Menteri Besar yang sebenarnya. Menurut beliau sebagai Ketua kerajaan negeri, YB Nizar sepatutnya menunjukkan sahsiah dan budi pekerti yang mulia sebagai tauladan kepada rakyat khususnya pengikut dan penyokong parti terbabit.

"Bukankah kita orang Melayu terkenal dengan adat dan budi bahasa. Adakah kerana kuasa dan jawatan yang disandang hari ini menyebabkan budi bahasanya luntur. "Jika inilah sikap MB Perak, kita benar-benar kecewa dan kesal kerana difahamkan beliau digelar ustaz dikalangan penyokong mereka”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin semalam bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Kejadian berlaku semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini apabila jurugambar, Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, merakamkan gambar Mohammad Nizar menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Lenggong, Mohamad Iruan Zulkifli pula berkata peristiwa berkenaan merupakan bukti betapa pemimpin pakatan pembangkang "cakap tak serupa bikin".
Soalnya dimanakah prinsip kebebasan media yang sebelum ini lantang diperkatakan oleh parti pembangkang terbabit.

"Sebelum ini merekalah kononnya juara kepada kebebasan media dan memperjuangkan demokrasi pemberitaan di negara ini. "Cara tindakan kasar terhadap wartawan ini sebenarnya mencerminkan sikap hipokrit pemimpin parti pembangkang yang akan dinilai rakyat", ujarnya.
Manakala bagi Ketua Pemuda Teluk Intan, Yuzaille Yusof berkata peristiwa tersebut tidak sepatutnya berlaku sungguh pun mereka dikatakan memboikot akhbar terbabit.

"Jika Nizar profesional, beliau seharusnya memahami tugas dan tanggungjawab seorang jurugambar biarpun beliau tidak selesa atau tidak suka dengan senario tertentu. "Malah beliau tiada hak untuk mengganggu dan menghalang tugas jurugambar terbabit. Kejadian MB menghalang tugas intistusi kewartawanan adalah kejadian pertama dan Nizar mencatat sejarah tersendiri", katanya.

Dalam kejadian semalam, jurugambar Utusan Malaysia telah diherdik dan diminta keluar dengan berkata ''Go.. go..". Selepas meminta Mohd. Najib keluar, Mohammad Nizar kemudian dengan memanggil semula Mohd. Najib. "Woi, mari sini. Saya nak 'memory card' kamera tu," katanya.


Laman Pemuda UMNO

Isnin, 17 November 2008

Kebajikan Nizar, DAP bajet menodai Melayu!

MB Nizar menyatakan bahawa kerajaan Negeri akan memperuntukkan pemberian 1,000 hektar tanah kepada Sekolah Agama Rakyat. Yang dinyatakan adalah "akan". Maknanya belum lagi. Maknanya juga, mungkin belum lagi ada keputusan Exco mengenainya. Bagaimana pula peruntukan tanah untuk sekolah Tamil. Hindraf takkan tak minta tanah dari MB Nizar?

Adakah penyataan itu hanya sekadar gimik politik berbanding perenggan 34, MB Nizar menyatakan bahawa "kerajaan telah meluluskan 1,000 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina. "Kebajikan" kah begini bila nasib Sekolah Agama Rakyat yang daif dimain-mainkan?

"Kebajikan"kah dasar kerajaan Negeri kerana meluluskan permohonan tanah seluas 1000 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina yang telah dikenali sebagai sekolah yang kaya dan hebat bergaya, yang mana, para penuntutnya boleh hadir ke sekolah menaiki kereta-kereta sendiri dan bapa-bapa mereka kebanyakkan adalah orang-orang yang berada. Dan ini adalah hakikat dan realiti. Sekolah Persendirian Cina telah telah diketahui umum mempunyai kekuatan dana tersendiri. Mereka semuanya hebat dan system pendidikannya moden jika dibandingkan dengan Sekolah Agama Rakyat.

MB Nizar juga menyatakan bahawa pemberian yang tersebut hanya akan berlaku setelah Badan Pentadbir dan Pemegang Amanah diwujudkan. Tidakkah pendaftaran Sekolah Agama Rakyat tersebut di Jabatan Agama Islam telah mewujudkan satu Jemaah Pengurusan yang sememangnya berperanan sebagai badan pentadbir dan Pemegang Amanah.

Kita berharap kerajaan Negeri bertegas memastikan tanah 1,000 hektar untuk Sekolah Agama Rakyat dikenalpasti dengan segera dan dipercepatkan kelulusannya. Pada perenggan 33, terlalu "kebajikan" kah kerajaan Negeri hanya kerana memberikan bekalan air percuma RM10 atau ini semua hanyalah polemik politik? Itupun hanya melibatkan lebih kurang 4 ribu akaun (bil air) berbanding hampir 3 juta kependudukan di negeri Perak.

"Kebajikan"kah kerajaan negeri yang kononnya telah memperuntukkan RM1 juta kepada Miskin tegar, yang mana pada sidang Dewan yang lepas isu ini dilihat lebih kepada nak memberikan "projek" kepada syarikat kroni. Syarikat Kroni yang supply kan....
Pada perenggan 36 dinyatakan bahawa Dasar Negeri Berkebajikan memperuntukkan hanya 12juta dan separuh daripadanya adalah peruntukan derma siswa hanya kepada 6,000 anak Perak.

"Kebajikan" kah dengan hanya 6 juta sahaja diperuntukkan bagi lain-lain program dan usaha. Inilah yang saya tegaskan bahawa Dasar Negeri Berkebajikan itu hanyalah polemik istilah politik semata-mata. Semua ini hanya untuk mengaburi mata rakyat. Kerajaan Negeri diminta agar lebih berhati-hati menggunakan istilah "kebajikan" itu kerana sekiranya ianya tidak membawa maksud sebenar kebajikan, maka istilah itu sendiri akan menjadi rosak.

Pada perenggan 37, kita mengalu-alukan peruntukan RM4.09 juta, antaranya, bagi menambah elaun penyelia dan guru KAFA. Tapi perlu dijelaskan di sini sumbangan asas sebanyak RM750 untuk penyelia dan RM500 untuk guru KAFA itu disediakan oleh kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional. Maknanya, kerajaan Barisan Nasional 8 ke 10 kali ganda lebih berkebajikan daripada kerajaan Negeri pimpinan parti Campuran PAS, DAP & PKR.

Menyentuh perenggan 11, tentang hasrat kerajaan Negeri dalam usahanya menzahirkan Negeri Berkebajikan juga adalah suatu penyataan yang cukup kabur tentang soal kebajikan yang ingin dinyatakan. Tanpa menyatakan ianya adalah kebajikan sudah pastilah pembentangan bajet oleh kerajaan sebenarnya bertujuan menjaga kebajikan rakyat. MB Nizar semakin dilihat keliru tentang apa yang ingin diterjemahkan tentang maksud kebajikan itu sendiri.

Merujuk kepada perenggan 10 berkenaan soal jaminan kerajaan Negeri untuk melaksanakan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan. Ditegaskan di sini Fasal tersebut yang berkenaan Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

Merujuk kepada Sub Fasal (2) iaitu; Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

Dengan itu tidak nampak secara SERIUS kerajaan Negeri melaksanakan maksud Fasal 153 yang dinyatakan dalam soal MELINDUNGI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU.

Nizar, Kebebasan Akhbar dan Perak FM

MB Nizar dikatakan oleh ahli PAS Perak sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sanggup bersusah-payah membantu rakan separti yang dalam kesusahan. Contohnya menukar tayar kereta sahabatnya yang tayar keretanya pancit ketika melintasi negeri ini.

Oh! Itu dulu. Sekarang, hidungnya lebih tinggi dari Piramid Giza. Pemikirannya lebih senget dari Menara Pisa. Emosinya lebih tak stabil dari plat tektonik di Parit Sunda. Begitulah sifat seorang Menteri Besar yang mana akhlaknya dibunuh oleh golongan yang merayakan sesuatu dengan 'beer-tossing'. Berdiam pada isu yang mungkar, dan mempertikaikan isu rakyat yang lebih makruf. Berskandal dengan isu dan polemik yang memalukan diri.

Juga berisi dendam kesumat yang membarah serta cuba mencedok fahaman Barat mengenai demokrasi sementara isi hati bercampur baur dalam memberi erti sebuah percaturan politik yang beliau sendiri bingung menangani. Tindakan meminta memory card dari jurugambar Utusan Malaysia kelmarin merupakan satu lagi pertunjukkan emosi beliau.

Mengapa Pakatan Rakyat takutkan Utusan Malaysia sehingga terpaksa menyalahkan Utusan Malaysia dalam banyak perkara? Kerana seruan DAP? Kerana seruan Anwar Ibrahim? TIDAK! Ini kerana mereka sedar, hanya pengikut totok mereka yang menyahut seruan mereka memboikot akhbar Utusan Malaysia!

Utusan Malaysia kekal menjadi bahan bacaan sebahagian besar rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang mahukan kupasan dari pemerintahan Pakatan Rakyat di satu sudut yang tidak terlihat. Memboikot Utusan Malaysia bererti menutup mata rakyat pada buruk laku mereka. Sedangkan akhbar mereka seperti Suara Keadilan dan Harakah tidak pernah diboikot walaupun bersikap bias, penuh tohmahan keji dan langsung tiada berita masyarakat melainkan politik semata-mata dan tidak memperkasa syiar Islam. Sebenarnya, akhbar mana yang bertaraf sampah sarap? Dan pada sudut lain, mengapa paranoid sangat?

MB Nizar juga menuduh Perak FM, bersikap tidak sedar diri kerana tidak menyebarkan aspirasi Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Perak. Katanya Perak FM sepatutnya tidak melupa hakikat bahawa negeri Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat atas kuasa rakyat. Rakyat mana?
Dalam hal ini, beliau lupa bahawa golongan pendengar Perak FM adalah orang-orang Melayu manakala yang menjadikan Pakatan Rakyat memerintah Perak dan yang meletakkan beliau di kediaman Menteri Besar adalah orang-orang bukan Melayu. Mana ada Cina dengar Perak FM? Mana ada Tamil nak dengar Perak FM. Adoi.. apekeheinye Nizar ni? Sasau ke?

Jadi, siapakah yang cuba menggunakan medium penyiaran kerajaan persekutuan untuk menyebarkan propaganda Pakatan Rakyat terhadap majoriti orang Melayu yang telah meletakkan wakil rakyat dari UMNO seramai 26 dari 59 orang ahli Dewan Undangan Negeri? Lebih separuh orang Melayu Perak menyokong kerajaan Barisan Nasional!

Pakatan Rakyat tidak diundi oleh 100% dari 980,000 pengundi berdaftar di negeri Perak. Hampir 50% pengundi memilih Barisan Nasional. Jika Pakatan Rakyat GILA SANGAT nak menjaguhi kaum minoriti, perlu diingat, pengundi BN bukan seratus dua ratus orang di negeri ini. Mereka mewakili hampir separuh dari penduduk negeri dan majoritinya orang Melayu.
Siapa sebenarnya yang tidak berpijak pada bumi nyata? Engkau la Nizar!!.. Sapa lagi..??

Suara Politik

Bersatulah Umat Melayu

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah An-Nissa’-Ayat 59) . Demi Melayu dan demi Islam, tanganilah segera perpecahan yang sedang melanda umat Melayu hari ini. Memang segala yang telah berlaku ke atas orang Melayu ini mempunyai sebab-musababnya. Tetapi, perlu diingat bahawa memang sudah menjadi hukum alam ini bahawa sebab-sebab itu sebenarnya telah diatur oleh Allah Ázza Wa Jalla.

Begitulah hakikatnya di sisi Islam. Kalau Islam menuntut setiap umatnya supaya hanya Allah sahajalah yang kita sembah, Islam juga menuntut supaya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Oleh itu, usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini. Ikhtiarkanlah. Segala daya usaha itu dijalankan seiringan dengan restu dan hidayat yang dipohonkan dari Allah yang maha besar lagi maha sempurna.

Waspadalah, dalam sesuatu pertelingkahan, setiap pihak yang terbabit akan mengatakan bahawa dia berada di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya satu. Bukannya dua atau tiga. Dan kebenaran itu pula datangnya dari Allah SWT jua. Beginilah seharusnya perlawanan Melayu sesama Melayu hari ini berakhir. Kembalilah ke pangkal jalan. Berdamailah pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana.

Berwaspadalah, kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah sampai patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul usahlah pula sampai lekuk. Melayu harus berpadu. Melayu mesti bersatu. Melayu harus bersatu dan berpadu dalam politik dan seluruh aspek kehidupan yang sewajarnya. Perlu diingat bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang menjamin kesejahteraan masa depan.


Taminsari
Shah Alam