Orang ramai perlu menilai sendiri tingkah laku pemimpin dan penyokong parti politik yang memaki hamun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya disebabkan kesungguhannya mahu menyatukan orang Melayu dan Islam.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau yakin rakyat di negeri itu dan di seluruh negara mempunyai pemikiran waras untuk membuat kesimpulan sendiri terhadap perangai sebenar kumpulan itu.
"Salahkah mufti mengajak umat Islam bersatu? Saya melihat sebarang tindakan yang keterlaluan dalam isu itu, rakyat dapat melihat dan menilainya sama ada mereka ini di kalangan orang yang benar-benar memahami Islam atau tidak.
"Lebih penting, apabila ada anjuran untuk mengadakan perpaduan, ini perlu dilihat dengan penuh keinsafan supaya suara perpaduan yang lahir dari ahli agama tidak dilihat dalam konteks politik tetapi melangkaui batas politik, katanya selepas melancarkan Program Anak Angkat anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan di kediaman Menteri Besar di sini, kelmarin.
Zambry berkata demikian ketika mengulas tindakan penyokong pembangkang menghentam dan memaki hamun Harussani dengan kata-kata kesat dalam blog serta laman web ekoran usaha Mufti Perak itu untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu dan Islam.
Warna-warni politik
Torashah
1 ulasan:
Gua nak tergelak plak kat zambry....ahaks ahaks ahaks..Memang gua hina brader sunny, sbb dia ajak melayu bersatu! Bro, nabi tak ajak melayu je bersatu tapi semua kaum! tapi tgk apa yg umno bhgn lumut dah buat? ajak org ramai hadir program tapi pemplate jemputan diedarkan dgn perli pakatan rakyat! ni ke nak ajak perpaduan? Lu kena tahu tempat gua cawangan umno dah pupus! Umno yg tinggal ni yg jenis duk kampung je, kampung serdang, kampun dato' seri kamaruddin dan kampung zambry je. Maklumlah, byk org kampung buta i.t. dan tak disampaikan berita alternatif. Bab hina brader sunny, gua nak bgtau, dulu brader ni cukup tegas bab 'sure heboh', jadi tv3suku tukar ke jom heboh dlm ertikata baru ajak saja umat utk ber'heboh' belum 'sure heboh' lagi,bila zambry rampaskuasa rakyat, mangkuk ni g setuju program ni dijalankan di TLDM Lumut dan itu dah kira hina brader sunny, tapikan daya bila tanya brader sunny, dia ckp," wa tak tahu apa pasal ni, kerajaan negeri tak rujuk dia pun"...kah kah kah..brader sunny kena kencing dgn zambry! Fyi, hari pertama zambry jadi mb, tangan bonda gua dicium tanda kasih seorang anak sblm naik bot ke yatch club utk ke rumah bonda kandungnya di Pulau Pangkor! Dan 3 hari kemudian, datin saripah dipandu oleh pemandunya dgn kereta rasmi kerajaan negeri dtg ke rumah bonda gua, meluahkan perasaan sbg seorang anak utk menghargai perjuangan bonda gua yg selama ini dihormati masyarakat setempat dan sekitar manjung, begitu juga org2 PAS menghulurkan sumbangan kpd bonda gua utk menunaikan haji! Bonda gua tidak lari dari perjuangan asal org melayu dan menerima perubahan semasa politik mahupun sosial kemasyarakatan! kita di bumi ini bukan melayu shj yg hidup! No more hidup melayu, bersatulah kita dlm ukhwah Islam dan kerana Allah! Hindarkan perjuangan bangsat! Gua nak quote skit sini, ketika jatuhnya umno di perak 2008, sms2 datin saripah yg menitis air mata dan kehilangan arah kerana 'nikmat' yg sebati dlm dunia pemimpin umno ditarik oleh rakyat yg tidak mahukan lagi umno terutamanya, begitu jualah bonda gua memberi dorongan dan semangat utk terus 'hidup tanpa jawatan' yg dipinjamkan oleh Allah, terima kenyataan dan takdir! Maaf gua bukan nak malukan puak2 umno ni, tapi itulah kenyataannya bila mana mereka hilang kuasa dari rakyat! Menggelabah bila 'harta nikmat ditarik balik', Muhasabah diri buat kita semua, namun kami semua dah biasa tanpa 'kuasa' dan harus ingat kuasa yg ada tidak akan kekal, hanya sementara waktu semasa waktu hidup.
Catat Ulasan