Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
DAULAT TUANKU
Khamis, 23 Mei 2013
'Balaslah sokongan pengundi'!
Sekumpulan anak muda mengadakan demonstrasi aman meminta kerajaan memberi tumpuan kepada ekonomi orang Melayu dan India serta penduduk Sabah dan Sarawak di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak, semalam.
Kerajaan diminta membalas semula sokongan pengundi Melayu, India serta penduduk Sabah dan Sarawak yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dengan memberi tumpuan dalam aspek membangunkan ekonomi golongan tersebut.
Gesaan itu dibuat sekumpulan pemuda yang berkumpul di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini bagi mendesak supaya pemimpin negara bersikap adil dengan membela golongan yang selama ini setia menyokong aspirasi kerajaan.
Mereka yang bertopeng dan memakai baju hitam dengan pelekat 'ABC' turut membawa pelbagai sepanduk yang antaranya tertera perkataan TQ Orang Melayu Kerana Tidak Khianat, TQ Kaum India Kerana Tidak Khianat, Wahai Melayu Pertahankan Kalimah Allah, Bangunkan Ekonomi Melayu/India, dan 5 Mei Hari Pengkhianatan.
Kumpulan tersebut yang terdiri daripada kira-kira 30 lelaki turut melaungkan "ABC" dan beredar selepas membuat demonstrasi secara aman selama kira-kira lima minit.
Jurucakap kumpulan tersebut yang enggan dikenali berkata, mereka membuat demonstrasi itu bagi meminta kerajaan Persekutuan mengenang jasa serta budi orang Melayu, India, Sabah dan Sarawak yang telah memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.
Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan BN memberikan tumpuan dan komitmen tinggi kepada pembangunan ekonomi kaum-kaum tersebut.
"Bantulah kami, kaum yang mundur dalam bidang ekonomi. Kami menyeru kepada Melayu, India serta Sabah dan Sarawak agar bantu sesama sendiri untuk kepentingan ekonomi bersama," katanya.
Menurut jurucakap itu, sepanduk yang dibawa oleh mereka hari ini juga jelas menunjukkan apa yang tersirat di dalam hati mereka.
"Biarlah rakyat Malaysia sendiri mentafsir apa yang tersirat di sebalik mesej perhimpunan kami hari ini.
"Bagi saya, ABC ialah bermulanya perjuangan nenek-moyang kita dulu. Kita mula dari ABC tetapi sekarang telah menyimpang jauh," katanya sambil memberitahu pihaknya akan mengadakan satu lagi perhimpunan serupa di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Warna-warni politik
Torashah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan