DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Sabtu, 18 Mei 2013

Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X?


Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz diminta meletak jawatan sekiranya gagal mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani yang mengeluarkan kenyataan mencemuh pendirian akhbar Utusan Malaysia mempertahan hak orang Melayu.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, penjelasan Rafidah berhubung kontroversi yang dicetuskan Azran itu dianggap tidak memuaskan dan seperti ingin mengelak isu sebenar.

Menurut beliau, penjelasan dan tindakan Rafidah dalam isu tersebut sama seperti yang dilakukan beliau ketika berdepan isu permit import kereta (AP) 10 tahun lalu.

"Rafidah tidak boleh mengamalkan dwi standard iaitu satu untuk beliau sendiri dan satu untuk orang lain.

"Apabila kena batang hidung sendiri, beliau begitu senang menyatakan kenyataan Azran bersifat peribadi dan tidak kena pada tempat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Aminah mengulas reaksi Rafidah semalam terhadap kenyataan Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya bagi menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu.

Menurut Aminah, kepentingan orang Melayu dan pengkhianatan terhadap bangsa sendiri tidak boleh dianggap sebagai perkara bersifat peribadi.

Beliau juga meminta Rafidah menjelaskan secara terbuka tindakan yang akan diambil terhadap Azran berikutan kenyataannya yang membabitkan maruah orang Melayu.

"Jika Rafidah tidak mampu bertindak kita nasihatkan beliau pencen sahaja dan duduk senyap-senyap di rumah.

"Jangan terus memalukan golongan wanita dengan hipokrasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, Rafidah seharusnya menyatakan pendirian tegas ekoran kenyataan Azran yang tidak sensitif terhadap orang Melayu.

Beliau memberitahu, kegagalan Rafidah mengambil tindakan tegas akan memberi gambaran seolah-olah Azran tidak menghormati Pengerusi AirAsia X itu.

"Seharusnya Rafidah mengeluarkan kenyataan memohon maaf bagi pihak Azran untuk menutup isu ini daripada menjadi kemarahan rakyat," ujarnya.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan: