DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Sabtu, 11 Julai 2009

Anwar buat janji selesaikan isu Kampung Buah Pala - DAP!

Bukan DAP tetapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji untuk menyelesaikan kemelut tanah di Kampung Buah Pala.

Itu penjelasan Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri, R.S.N Rayer berhubung isu berkenaan apabila Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj berterusan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, DAP memang ada membuat janji menyelamatkan Kampung Buah Pala pada pilihan raya umum tahun lalu, namun pihak pertama yang berbuat demikian adalah Anwar sendiri.
''Kenyataannya kebelakangan ini seolah- olah menghentam pakatan pembangkang tetapi beliau harus faham bahawa salah seorang pemimpin dan antara yang pertama pergi ke situ menabur janji untuk cuba selamatkan kampung tersebut adalah Anwar,'' ujarnya.

Beliau turut membidas tindakan Tharmaraj yang berhasrat mengedarkan lebih 20,000 cakera video digital (DVD) mengandungi rakaman janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang. Menurutnya, beliau difahamkan Tharmaraj merupakan Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, justeru sebagai seorang yang menyandang jawatan dalam parti dia seharusnya perlu lebih faham, sekali gus bersama-sama bertanggungjawab atas masalah itu.

Rayer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima berkata, tindakan serta kenyataan Tharmaraj kebelakangan ini dilihat seolah-olah mempersoal dan mencabar pucuk pimpinan partinya sendiri iaitu PKR. ''Memang diakui janji dibuat, tetapi adakah Tharmaraj selaku Bendahari AMK telah bertindak sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, adakah beliau mempersoal pucuk pimpinan PKR sendiri dan tindakannya ini juga macam mencabar serta tohmahan kepada pakatan pembangkang.

''Saya berasakan PKR perlu melihat isu ini sebagai masalah pakatan, jadi mengapa tiada sebarang tindakan diambil kerana sepatutnya beliau perlu diberi amaran dan kalau boleh saya bagi pihak DAP meminta dia dikeluarkan daripada PKR," katanya. Beliau ditemui selepas mengiringi Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang yang juga ADUN Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan berhubung isu pemberian milik tanah lot 698 Bandar Gelugor atau lebih dikenali sebagai Kampung Buah Pala di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rayer menegaskan, beliau bukan meminta Tharmaraj supaya menutup mulut berhubung isu tersebut tetapi mahu dia lebih bertanggungjawab semasa membuat kenyataan sekiranya ia dibuat atas pakatan pembangkang. ''Saya dukacita kerana kita dapati ada kalangan ahli pakatan pembangkang bertindak sebaliknya dan cuba membuat masalah ini sebagai isu perkauman, ini adalah sesuatu yang memalukan pakatan pembangkang terutama PKR," tegasnya.

Sementara itu, Wei Aik yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dalam laporan polis tersebut pihaknya mempersoalkan proses pemberian kelulusan tanah kampung diberikan walaupun terdapat dua permohonan awal telah ditolak oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum itu.
Komen : Nak berpolitik, tapi tak pandai. Masing-masing saling menuduh antara satu sama lain. Masing-masing tak mengaku berak ditengah jalan, ni.........siapa nak basuk taik korang ni???
Kepada penduduk Pulau Pinang, fikir-fikirkanlah pada PRU-Ke13 nanti...masih nak kekalkan pemerintah yang ada sekarang ni ke... Wallahuallam.
Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

oyabun berkata...

Guan Eng hina saya dan Islam - Darshan

PULAU PINANG 16 Julai - Peguam penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini, Darshan Singh Khaira membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan menghina beliau dan Islam.

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Pattani di sini kira-kira pukul 3.30 petang ini dengan ditemani beberapa penduduk kampung berkenaan termasuk Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj.

Beliau juga menyifatkan Guan Eng sebagai kurang ajar dan cuba memecahbelahkan hubungannya dengan penduduk kampung tersebut yang kebanyakannya Hindu.

''Guan Eng secara berterusan mempersendakan nama saya mengikut agama lama dan nama Islam sekarang. Ia merupakan satu penghinaan,'' katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan oleh sebuah akhbar bahasa Cina pada 11 Julai lalu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris pada 15 Julai.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dipetik sebagai berkata; ''Adakah dia Darshan Singh atau Dahan Abdullah.''

Dalam hubungan ini Darshan berkata: ''Nama seseorang tidak menggambarkan pegangan agama.

''Ia hanya label, saya akan tetap menggunakan nama Darshan Singh walaupun beragama Islam.''

Sehubungan itu, Darshan yang memeluk Islam pada awal 1980-an mahu Guan Eng disiasat mengikut Seksyen 4 (1) dan 298 (a) Akta Hasutan 1948 bersama Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Beliau juga mendakwa Guan Eng sengaja berbuat demikian bagi mengalih isu penduduk Kampung Buah Pala ketika ini kepada isu perkauman walaupun mengguris hati banyak pihak.

''Beliau membuat pelbagai serangan peribadi terhadap saya, beliau tidak layak menjadi Ketua Menteri atas pelbagai sebab,'' katanya.