DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Jumaat, 22 Januari 2010

Nik Aziz marah laporan ‘cah keting’!

Nik Abdul Aziz Nik Mat berang dengan laporan berlakunya ‘cah keting’ atau cantas mencantas dalam Pas sebagaimana yang tersiar dalam media minggu ini.

Mursyidul Am Pas itu dalam nada yang keras menegaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk menyebut ia berlaku dalam Pas sebaliknya mengatakan ia wujud di semua peringkat dalam masyarakat termasuk dalam parti lain.

Katanya laporan yang hanya mengaitkan parti itu dengan 'cah keting' adalah tindakan yang bersifat ‘khianat’. “'Cah keting' tak semesti ada dengan Pas, tidak ada niat sedikit habuk saya sebut Pas ni ada 'cah keting.

“'Cah keting' laki bini (suami isteri) ada 'cah keting', kenapa tuju kepada Pas sahaja, laki bini cerai sebab cah keting lah, bini nama Limah, ngorat Mek Jenab, akhir jadi cerai, cah ketinglah tu orang panggil. (Media) tak sebut. “Dalam syarikat kongsi empat, lima orang lama-lama bankrap, kerana apa, ada seorang cah keting, (tetapi) tidak sebut pun, sebut-sebut Pas,” katanya ketika mengampaikan kuliah mingguan di perkarangan Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan hari ini.

Warna-warni Politik
Torashah

2 ulasan:

oyabun berkata...

Budaya "cas keting" sememangnya sinonim kepada pemimpin-pemimpin politik. Sama ada diperingkat tertinggi sehinggalah ke peringkat kepimpinan akar umbi. Tidak mengira sama ada UMNO, PAS, PKR mahupun DAP, "cas keting" sering menjadi "igauan ngeri" bagi pemimpin politik. Ada yang sanggup bergaduh, berbalah dan "bermasam muka" dengan rakan karib sendiri kerana "takut" kehilangan kuasa dan jawatan. Baru-baru ini, "bekas ustaz" lulusan India yang sekian lama "selesa" menjawat jawatan MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS telah meluahkan kebimbangannya tentang perihal "cas keting" di dalam parti PAS yang selama ini digambarkan sebagai "suci", "holy molly" & "parti ke syurga".

Benarkah dakwaan Nik Aziz Nik Mat itu? Benarkah kemelut politik PAS Kelantan sedang berada di dalam polemik "cas keting"? Siapa yang di"cas keting" itu, Pok Nik? Pok Nik di"cas keting"kah? Atau anak menantu Pok Nik yang telah menjadi mangsa "cas keting"? "Keting" siapakah yang mem"bengkak"?

Selama 20 tahun memerintah Kelantan sebagai MB, baru kini Nik Aziz bersuara tentang "cas keting". Nampaknya, "keting" Nik Aziz yang sedang "sakit membengkak"? Siapa yang dok "cas keting" Pok Nik? Husam & erdogannya? Kolonel Mat? Hadi? Nasa? Harun Taib? Harun Din? Hasan Ali? Atau Pok Nik sendiri yang dok "cas keting" sendiri? Kenapa sekarang baru Pok Nik "terasa" bagai ada "orang" yang nak "cas keting" Pok Nik? Selama ini, sudah banyak pemimpin PAS Kelantan yang di"cas keting", namun ada Pok Nik peduli? Setelah "keting" sendiri di"cas", maka baru Pok Nik nak meluahkan rasa "bimbang"? Rasanya, kalau "keting" Nik Aziz tidak di"cas", pastinya Nik Aziz akan terus "seronok" dibuai mimpi indah ditakhta MB Kelantan.

bersambung...

oyabun berkata...

sambungan..

Sayang juga Nik Aziz pada jawatan MB. Cintakan jawatan, "gila" jawatan! Takut dan risau jawatannya itu "terlepas" dari tangannya. Padahal, selama 20 tahun memerintah, Nik Aziz gagal memakmurkan Kelantan melainkan membina patung buddha tertinggi dan terbesar di sana. Walaupun majoriti penduduk Kelantan adalah Islam, tiada pula masjid didirikan mahupun diperbesarkan demi keselesaan jemaah. Apatah lagi jika disebut bab ekonomi. Lagilah hancur! Bila ditanya mengapa ekonomi Kelantan semakin teruk, maka dengan "bangga"nya Nik Aziz menyalahkan Kerajaan Pusat yang tidak memberikan peruntukan kepada Kelantan. Sepatutnya Nik Aziz ingat pada "bidasan" Bung Nuar ketika membentangkan bajet kewangan dahulu, "sepatutnya Kerajaan PAS Kelantan bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat, bukannya merungut...". "La in syakartum la azidannakum, wa la in kafartum, inna azabi la syadid..". Jika beginilah kepimpinan Nik Aziz, patutlah yang nak "cas keting"nya.

Sebelum ini, Nik Abduh Nik Mat, anak lelaki Nik Aziz pernah di"cas keting". Nik Aziz tak "mengamuk". Ketika mana Ariffahmi di"cas keting"nya, Nik Aziz mula menunjukkan sedikit "ketidakpuasan hati"nya. Malah Nik Amalina anak perempuannya dengan lantangnya menyuarakan pendapat diblognya membela "suami"nya, Si Ariffahmi. Lajnah PAS Kelantan terus bergolak apabila mempamerkan drama swasta Husam Musa dan "kickdefella", arahan Bung Nuar. Rajuk merajuk, cium tangan, peluk memeluk..namun dibelakangnya ada "pisau belati" ditangan! Semakin parah PAS Kelantan. Nampaknya "keting" Nik Aziz sudah parah membengkak!

Hakikat ini, mahu tidak mahu, haruslah dipertanggungjawabkan kepada Nik Aziz Nik Mat. Dia sepatutnya tahu "malu" dan "sedar diri"nya yang tidak layak sama sekali menerajui Kelantan. Dikhabarkan juga bahawa Kolonel Mat sudah lama "menanti". Husam pula sudah lama menyusun strategi. Kronisme dan nepotisme Nik Aziz bakal tumbang. "Keting" Nik Aziz sudah membengkak. Patutlah Nik Aziz "terpekik terlolong kesakitan". "Sakit" nak tinggalkan jawatan rupanya!. Wallahuallam.

Salam perjuangan