DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Sabtu, 2 Januari 2010

PAS rela dipijak kepala demi POLITIK!

PAS rela "dipijak kepala"! PAS sanggup! Demi menjaga setiakawan "politik" Pakatan Rakyat, PAS rela berkorban prinsip dan pegangan agama Islamnya. Begitulah "keteguhan" ikatan "Perosak Rakyat" dipersada politik negara.

Salahuddin dengan "bangga"nya menjawab kepada para wartawan tentang persoalan "apakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat". Walaupun sejak terciptanya ikatan "Pakatan Rakyat" (yang tidak didaftarkan sebagaimana BN) PAS telah berkali "dipijak kepala" oleh PKR dan DAP, PAS tetap "tegar".

Dahsyat sungguh "pegangan" PAS kepada politik! Pengakuan Salahuddin menunjukkan PAS meletakkan kedudukan "politik" melebihi kedudukan agama Islam dan agenda nasionalismanya. Bukankah sepatutnya kedudukan Islam itu diletakkan pada kedudukan yang paling atas sekali dalam prinsip pegangan politik? Berlainan pula prinsip PAS kali ini. PAS nampaknya meletakkan "kuasa politik" melebihi "kepentingan Islam".

Inikah prinsip sebuah parti yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam sebagai dasarnya? Pemimpin DAP, Loke Siew Fook hina Islam pun tak mengapa, PAS tak kisah. Asalkan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR bebas mengutuk dan mencaci Islam. Apa lagi DAP dan PKR, kutuklah Islam sepuas-puasnya. PAS sudah memberi "green light"!PAS rela "bisu" untuk menjaga hati "sahabat-sahabat kafir"nya.

Apa tidaknya? Sahabat-sahabat politiknya lebih penting dari Islam. Agama PAS membenarkan agama Islam dihina dan diperkotak-katikkan, asalkan yang menghina itu adalah DAP dan PKR. PAS rela membiarkan arak dan "pub" berleluasa di kawasan-kawasan Melayu Islam. PBT Shah Alam rampas arak.

Ronnie Liu marah & suruh pulangkan. PAS marah Ronnie sekejap untuk "berlakon" depan rakyat kononnya PAS memang tak suka arak. Bila Ronnie sergah sikit, terus PAS jadi "bisu". "Jinak" terus! Macam "Rottweiller" yang disergah "tuan"nya, PAS merelakan "kepalanya dipijak". "Arak pun araklahhhh", mungkin itu dalam fikiran PAS.DAP dan PKR tak hormat PAS pun tak apa, asalkan PAS boleh jadi Exco.

Demi jawatan exco dan kuasa politik, tak ada maruah pun tak apa. Satu-satunya ADUN DAP Kedah, sanggup keluar dari Pakatan Rakyat Negeri Kedah hanya semata-mata mempertahankan "maruah" diri dan dasar DAP. Begitu sekali ADUN DAP itu mempertahankan "maruah"nya, walaupun DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja di dalam Dewan Undangan Negeri.

Tapi berlainan pula dengan PAS. Walaupun mempunyai 8 kerusi DUN di Selangor, seorang pun tidak berani mempertahankan "maruah" diri dan perjuangan dasar PAS! Saya tidaklah kisah sangat dengan maruah diri dan perjuangan PAS, tapi kalau dah sampai "maruah" Islam pun tidak mampu dibela oleh PAS, Parti Islam apa ini???

Ini parti yang ber"topeng"kan Islam untuk memenuhi nafsu serakah kekuasaan politik dan kepentingan peribadi. Inikah pilihan rakyat?Jauh dalam sudut hati penulis yang sedih dan kecewa dengan pendirian PAS. PAS yang "dulu" kelihatan amat berbeza dari PAS zaman millenium. PAS yang sebelum ini dihormati kawan dan lawannya berdasarkan prinsip agama yang kuat, amat jarang sekali membuat "u-turn" mengenai hal ehwal agama Islam.

PAS rela bergabung sesama parti politik lain termasuk UMNO demi kedaulatan agama Islam di Malaysia. Namun kini? PAS sudah "terbalik kuang". Apakah ini salah Hadi? Atau apakah ini berpunca dari Nik Aziz? Amat membimbangkan situasi dan suasana nasionalisme di Malaysia sekarang. Hatta DYMM Sultan Azlan pun bimbang dengan keadaan ini. Namun, PAS nampaknya "relax" sahaja sambil membiarkan "kepala"nya terus dipijak oleh pengkhaianat bangsa dan DAP!

Warna-warni politik
Torashah

1 ulasan:

Hapi berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....