DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Khamis, 29 Januari 2009

PENGKHIANATAN TERHADAP ANGGOTA KESELAMATAN

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyatakan rasa sokongan dan terharu terhadap titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah mengenai rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu. Semangat titah tersebut harus dihayati oleh rakyat dan pemerintah, khususnya Kerajaan Negeri Perak.PERKASA sedih kerana semangat pendirian Raja-raja Melayu pada tahun 1950 itu telah dilupakan oleh pimpinan kerajaan Negeri Perak yang berkuasa sekarang.

Ada banyak cara di mana kaum bukan Melayu telah dan boleh memiliki tanah-tanah di negeri itu melalui kuasa ekonomi dan pembangunan. Selama ini proses tersebut tidak pernah dibangkitkan oleh orang Melayu. Tetapi kelulusan 999 tahun kepada kampung-kampung baru merupakan pengkhianatan dan tindakan yang tidak prihatin terhadap perasaan orang Melayu seluruhnya dan anggota keselamatan khususnya.

Kewujudan kampung-kampung baru oleh penjajah Inggeris ketika itu bertujuan untuk mengasingkan penempatan kaum Cina daripada bekerjasama dengan penganas-penganas komunis yang pernah memerintah Negara dibawah kuasa bintang tiga. Maka penempatan yang dinamakan sebagai kampung baru itu diberikan segala kelengkapan insfrastuktur yang tidak dimiliki oleh kampung Melayu tradisional ketika itu.

Sewajarnya, sekiranya Kerajaan Negeri Perak ingin memberikan kelulusan tanah untuk tempoh yang begitu lama, ianya wajib diberikan kepada anggota keselamatan, polis dan tentera, yang telah bekorban mempertahankan Negara daripada ancaman Komunis. Mereka bertungkus lumus dan berkorban nyawa dan darah untuk Negara. Keluarga anggota keselamatan ini lebih layak dan berhak dianugerahkan pemilikan tanah sehingga 999 tahun malahan wajib untuk hak milik kekal selama-lamanya.

PERKASA berharap kerajaan Negeri Perak tidak akan melupakan hakikat sejarah perjuangan ini.Jika anggota keselamatan tersebut telah meninggal dunia maka kaum keluarga mereka wajib diberikan pengiktirafan melalui pemberian tanah hak milik kekal. Keluarga mereka ini masih melarat dirumah-rumah setinggan dan rumah-rumah pangsa sekangkang kera.Janganlah mengharapkan hujan dilangit air tempayan dicurahkan.

Kerana ingin mendapatkan sokongan politik sementara dari kaum lain maka perasaan anggota keselamatan dan kaum bumiputra umumnya dilukakan. Keputusan politik semasa yang silap boleh mengubah sejarah Negara yang akan datang. Ketika itu penyesalan tidak mempunyai apa-apa makna lagi. PERKASA percaya jika permainan politik begini berterusan banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan ‘nyawa’ bangsa Melayu akan dikorbankan.

Yang Benar
Dato’ Fuad Hassan
Timbalan Presiden Perkasa

Khamis, 22 Januari 2009

Herald cabar undang-undang!

PUTRAJAYA 21 Jan. - Walaupun Kabinet memutuskan perkataan Allah tidak boleh digunakan dalam Herald Catholic, namun perkataan tersebut masih disiarkan akhbar mingguan itu dalam edisi terbaru minggu ini.

Ditanya perkembangan tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata: ''Tindakan Herald Catholic seolah-olah mencabar kedaulatan undang-undang negara.

''Perbuatan ini juga boleh menimbulkan konflik serta mencetuskan kemarahan umat Islam''.
Katanya, Herald Catholic selalu agresif dan bertindak seolah-olah apa yang mereka buat adalah betul.

''Kita ada banyak persatuan di negara ini dan jangan ingat kita sahaja ada hak dan orang lain tidak ada hak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung, pemangku Ketua Setiausaha KDN, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Sehubungan itu, Syed Hamid berkata, KDN akan menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Katanya, akhbar tersebut perlu menghormati kesucian agama lain tanpa mencetuskan ketegangan dan konflik dalam masyarakat.

Menurut beliau, pihaknya cukup berlembut dalam hal itu dan menghormati agama lain.
Tambahnya, pihak berkenaan perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut.

Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Ketua Paderi Kuala Lumpur untuk memohon semakan penghakiman terhadap keputusan KDN yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar itu.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan terhadap permohonan Ketua Paderi itu Februari ini. Syed Hamid berkata, adalah lebih baik perkara seperti itu tidak dilayan dan mereka yang terlibat juga perlu bertanggungjawab dengan perbuatan mereka.

''Kalau kita haramkan, dia kata kita tidak bagi kebebasan jadi kita benarkan mereka, kita harap dia ikut arahan dan undang-undang," katanya. Sementara itu katanya, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes blog menghina Nabi Muhammad SAW kepada pejabat Peguam Negara.

Katanya, sekarang terpulang kepada Peguam Negara untuk menyemak dan membuat pendakwaan. Tambahnya, dalam kepesatan alam siber hari ini amat sukar bagi pihak berkuasa membendung penyebaran maklumat daripada Internet kerana ia disalurkan oleh pembekal perkhidmatan dari luar.

Ulasan :

Inilah akibatnya apabila Anwar dan Dewan Ulama Pas telah memberi " lampu hijau " kepada puak Kristian untuk menggunakan Bahasa Malaysia dan kalimah Allah didalam penerbitan majalah mereka. Mereka dah naik tochang!!! kerana orang Melayu Islam sendiri yang memberi sokongan kepada mereka. Selepas ini Gereja Terbesar di Asia Tenggara yang sedang dalam pembinaan bakal menjelma di Bukit Jalil...jangan terkejut bila Pas akan bertakbir di sana nanti..wallahuallam

Torashah

Jumaat, 16 Januari 2009

Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu!

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu. “Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.

Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan.

Sumber : Pribumi Perkasa

Khamis, 15 Januari 2009

Dimanakah Fatwa Pas Untuk Undi Bukan Islam Kepada Pas!
























Masih teringat lagi dengan ulasan yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional ( BN ) yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihanraya Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.

Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN. "Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.

Bagaimana pula undi bukan Islam kepada Pas? Halal ke Haram ? Bagi penulis persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas? Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja? Jadi apa sebenarnya tujuan Pas menubuhkan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-ratanya bukan orang Islam.

Ustaz Abdul Hadi dengan bangganya melancarkan Kelab Penyokong Pas sebelum pilihanraya ( PRU – 12 ) tidak lama dahulu dengan harapan untuk menarik undi bukan Islam. Tidak haram ke? Bila UMNO buat dituduh kafir, tapi bila Pas buat tak apa asalkan dapat undi. Dah tak kira halal ke haram ke, janji dapat undi . Hina sangat ke UMNO kepada Pas yang mana rata-ratanya beragama Islam. Bangga sangat ke Pas dengan Kelab Penyokong Pas mereka yang rata-ratanya bukan Islam. Adakah ini mengikut kehendak Islam.

Sebenarnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini, malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula oleh ahli. Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut Pas yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul,' maka Pas – Ustaz Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz perlu menjawab persoalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.

Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. ``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: ``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina?

Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. Pas atau UMNO.Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang mengadakan kerjasama dengan DAP dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat dikecualikan? Mungkin itu sebabnya Ustaz Abdul Hadi boleh berpelukan dengan Lim Kit Siang, pemimpin yang secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas.

Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya. Orang kampung boleh dianggap sebagai kumpulan yang tertutup minda kerana sikap percayakan tok guru sahaja, tidak baca akhbar atau majalah dan mengehadkan pergaulan kepada kelompok mereka sahaja, tetapi bagaimana pula dengan cerdik pandai dan golongan profesional yang menyokong Pas?

Adakah mereka juga menjadi golongan taksub sehingga tidak mampu berfikir? Mereka mungkin menyokong sebagai satu eskapisme akibat persoalan hati - mungkin merajuk, mungkin marah, mungkin kecewa dan mungkin juga gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati - tetapi tidakkah boleh mereka fikirkan soal percanggahan dan keanehan fatwa yang dibawa oleh Pas?Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.

Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Ustaz Abdul Hadi pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai `sudah luput masa' dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding dalam pilihan raya lalu.`

`Kita anggap dia ( Kit Siang dan Karpal Singh ) tokoh yang sudah luput masa, macam ubat yang habis tempoh,'' adalah ayat yang disuarakan. Tetapi apabila Karpal Singh dan Lim Kit Siang menang di tempat masing-masing keadaan berubah. Sekarang kedua-duanya adalah kawan baik Abdul Hadi. Satu soalan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap diri mereka terlalu Islam. Apakah hukumnya bekerjasama dengan DAP dan PKR. Halal ke Haram ?

Ingatlah PKR tidak memperjuangkan Islam. Lihatlah barisan pemimpin-pemimpin mereka. Perjuangan mereka sebenarnya tak jelas. Banyak kepada politik berdendam dan perjuangan individu. Salahkah Pas bergabung dengan UMNO yang telah lama berjuang dan terang-terang mempertingkatkan syiar Islam itu sendiri daripada bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menolak negara Islam di Malaysia. Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa, hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.

Slogan undi Pas masuk syurga tidak akan membolehkan parti itu menyaingi UMNO yang diterima oleh semua kaum kerana pendekatannya yang adil dalam soal agama dan dinamik dalam membangunkan negara. Malah Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah diiktiraf pula oleh negara-negara Islam dan bukan Islam di persada antarabangsa sebagai negara Islam contoh.

UMNO bukan sahaja berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara paling pesat membangun, tetapi turut menjadi pemimpin dalam perbankan Islam, takaful dan kini sedang merobah sistem kewangan antarabangsa ke arah sistem Islam melalui penggunaan dinar emas.Pada penyokong-penyokong Pas yang fanatik dan para profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri.

Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga kerana beliau sendiri pun tiada kepastian. Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali yang maha esa.Mudah-mudahan Allah Taala memberi petunjuk kepada mereka yang semakin keliru itu kembali kepanggal jalan. Insya Allah.

Amin.

Sumber terbaru :

KOTA BAHARU 3 Dis — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Katanya Pas perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong Pas serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu. “Bukan Islam pun dah mula undi Pas, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Negeri di sini hari ini.

Pada muktamar Pas yang lepas, Abdul Hadi menolak cadangan berkenaan dan berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai Pas mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.Mungkin rakyat tertanya-tanya mengapa sebelum pilihanraya dahulu Uztaz Abdul Hadi yang melancarkan Kelab Penyokong Pas, tetapi sekarang beliau sendiri tidak bersetuju pula.

Adakah semata-mata sebelum pilihanraya Pas menggunakan Kelab Penyokong Pas ini sebagai umpan untuk memancing undi bukan Melayu? Menghalalkan cara untuk berkuasa. Adakah undi dari bukan Islam ini halal? Harap dapat Pas melalui Presidennya Ustaz Abdul Hadi dapat menerangkan hal ini kepada rakyat. Undi bukan Melayu halal atau haram?


TAMINSARI
Shah Alam.

Selasa, 13 Januari 2009

Camry Oh Camry!!!

Sebulan lalu PembangkangSelangor.com telah pun membuat pendedahan mengenai pembelian Camry yang ketika itu dianggarkan RM 2.1 juta untuk 14 buah. Malangnya ia dinafikan oleh Khalid Ibrahim. Semalam Menteri Besar tersebut mengakui pembelian tetapi dengan jumlah dan kos yang berlainan. Kenyataan Menteri Besar Selangor semalam bahawa kos pembelian Toyota Camry tidak melebihi RM 1.3 juta merupakan satu pembohongan dan pemalsuan fakta yang sangat menakjubkan.


Harga dan Jumlah Kereta

Kenyataan beliau hanya 10 buah Toyota Camry yang dibeli bukan sahaja tidak benar malah bertujuan mengelirukan orang ramai. Menurut maklumat yang diterima jumlah pesanan yang dibuat sekitar 15 buah dengan harga RM 2.5 jutaJika kerajaan Selangor terima jumlah pesanan kereta tersebut sebanyak 10 buah sahaja pun kos pembelian sudah sekitar RM 1.7 juta. Jadi di mana logiknya Khalid menjustifikasikan harga kesemua kereta tersebut di bawah RM 1.3 juta?

Proses Sebut Harga Memperbodohkan Umum?

Lebih melucukan, Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa proses pembelian kereta dilakukan secara sebut harga dengan memanggil pengedar-pengedar kereta lain termasuk Proton, Honda dan sebagainya. Persoalan kita ialah bagaimanakah menentukan sebut harga yang terbaik sedangkan harga kereta merupakan perkara subjektif bergantung kepada model dan pengeluar?Apakah Khalid ingin memberitahu umum bahawa 10 buah kereta proton Perdana V6 lebih mahal dari Toyota Camry 2.4v?

Janganlah memperbodohkan orang ramai dengan alasan yang tidak masuk akal.Kita juga sudah mengetahui bahawa Selangor membuat keputusan membeli kereta Camry jadi mengapa perlu mengambil sebut harga dari pengedar kereta jenama lain? Bukankah sepatutnya kerajaan negeri mengambil sebut harga dari beberapa pengedar Camry?Alangkahnya aneh apabila mahu membeli epal tetapi meminta sebut harga pisang untuk dibandingkan?Kenyataan mengenai sebut harga ini menimbulkan beberapa tanda tanya baru. Ini kerana ia disebut seolah-olah untuk melindungi tuduhan bahawa ada orang tertentu mempunyai kepentingan peribadi dalam isu ini.

1. Siapakah pengedar (dealer) Toyota Camry yang berjaya mendapat tender membekalkan kereta ini?

2. Adakah EXCO YB Ronnie Liu mempunyai kepentingan tertentu dalam pembelian ini? Pertanyaan ini tidak dapat dielakkan kerana beliau merupakan orang yang terkehadapan dalam menggesa kerajaan negeri di bawah Pakatan rakyat menukar kereta Proton V6 kepada Camry.

Sumber : pembangkangselangor.com

BPR HARUS SIASAT : RONNIE LIU TERLIBAT

BPR harus memulakan siasatan secepat mungkin terhadap pembelian kereta Toyota Camry 16 biji oleh Kerajaan Negeri Perak utk kegunaan MB dan Exco-ExcoSebagaimana yg diketahui umum di Perak walaupun MB nya drp PAS tetapi kuasa pemerintahan di tangan DAP.Beliau ibarat "CHAIRMAN" yg dilantik dan dibayar elaun sahaja,tetapi "DIRECTOR" yg mempunyai kuasa penuh dan menandatangani cek adalah DAP.

Begitu juga dalam kes pembelian Toyota Camry ini,kuasa membeli bukan di tangan Pak Pandir Nizar bahlol,tetapi kuasa sialan Ngeh drp DAP.Pak Pandir ni hanya tahu mengumumkan dan menghentam Proton sahaja.Hubungan kawan sesama DAP antara Ronnie Liu dan Ngeh Koo Ham telah lama terjalin sebelum kedua-dua ekor beruk sial ini menjadi Exco di Selangor dan Perak.Ronnie Liu sebelum menjadi exco adalah seorang penjual kereta model Toyota.

Setelah menjadi Exco beliau lepas jawatan tersebut dan beri kepada satu proksi menjaga perniagaan kereta itu.Beliau mempunyai kawan yg ramai yg menjadi jurujual dan pengedar kereta Toyota.Malah ada dikalangan saudara terdekat beliau juga menjadi pengedar Toyota. Sebab itu saya amat terkejut bulan lepas apabila Ronnie ada membuat kenyataan meminta Kerajaan Selangor menukar kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry.

Kenapa Toyota sahaja yg sering meniti dimulut Ronnie,? Tidak jenama lain ?Saya amat terkejut beruk apabila Kerajaan Perak umumkan pembelian Toyota Camry semalam.Di hati saya terus terdetik "sah kerja siberuk Ronnie yg suruh sibabi Ngeh ni beli Toyota Camry". Padahal sebelum ini MB Pandir Perak ni pernah berkata kemungkinan Kerajaan Negeri Perak akan tukar Perdana v6 kepada Honda.

Alih-alih Toyota yg diumumkan.Saya yakin 100 % Ronnie Liu terlibat sama dalam kes pembelian kereta Toyota Camry Kerajaan Perak ini.Memang ramai orang tidak mengetahui yg Ronnie adalah penjual kereta Toyota sebelum ini,tetapi saya tahu dan tahu........

Sumber: http://zemi-tko.blogspot.com/2008/12/bpr-harus-siasat.html

Isnin, 12 Januari 2009

Melayu Perak perlu sepakat !


Orang Melayu di negeri ini yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun wajar meminta kerajaan negeri melanjutkan tempoh pajakan sehingga 999 tahun atau mengurniakan hak milik kekal seperti diperolehi penduduk di kampung-kampung baru.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, selaku golongan bumiputera, orang Melayu perlu serius dan sepakat dalam hal tersebut supaya tanah di negeri ini tidak terlepas kepada kaum lain.

‘‘Tanah pajakan selama 99 tahun boleh diambil oleh kerajaan negeri apabila tamat tempoh kelak, maka masa itu orang Melayu sudah tidak ada tanah lagi sedangkan penduduk kampung baru masih ada tanah sebab mempunyai hak milik kekal.

‘‘Apabila sudah tidak ada tanah, di manakah kedaulatan bangsa Melayu pada masa itu. Sebab itu adalah amat wajar orang Melayu berpakat untuk memohon hak yang sama daripada kerajaan negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Torashah
Puncak Alam

Ahad, 4 Januari 2009

Pakatan Rakyat Perak Tutup Sekolah Tadika!





Esok, 5 Januari 2009, sejumlah 13,000 orang murid tadika KEMAS di Perak tidak dapat meneruskan pengajian bila kerajaan Pakatan Rakyat Perak bertindak menutup 700 kelas tadika KEMAS. Setelah memberi kelulusan geran tanah kampung baru di Perak, kali ini kerajaan negeri Perak bertindak menutup pula sekolah tadika.
Apakah kerajaan PAS, DAP dan PKR di Perak mahu mengikut jejak langkah kerajaan PAS Terengganu yang bertindak menutup tadika semasa memerintah Terengganu dulu?
Mengapa anak-anak kecil berusia 5 dan 6 tahun menjadi mangsa Pakatan Rakyat? Anak orang PAS dan PKR pun diterima masuk ke KEMAS, tiada siapa yang dinafikan untuk mendapat hak pendidikan. PAS pun ada sekolah tadikanya sendiri yang dikenali sebagai TASKI. Biarpun sudah memerintah Kelantan selama 18 tahun, tetapi sistem sekolah TASKI tidak pun diperkemaskan dan diperluaskan bilangannya. Setelah perintah Kedah dan Perak pun, tidak banyak wang kerajaan Pakatan Rakyat dihabiskan untuk sistem pendidikan.

Oleh itu, ramai keluarga masih memilih untuk masuk ke tadika KEMAS. Malah ramai lagi anak-anak orang PAS di Kelantan turut memasuki tadika KEMAS. Tanpa mengira apa warna politik keluarganya, anak-anak kecil diberikan hak untuk masuk tadika KEMAS. Namun, tindakan terbaru kerajaan negeri Perak menutup tadika KEMAS adalah sesuatu tindakan yang amat tidak wajar. Sila buka kembali kunci tadika demi pendidikan anak-anak kecil, mereka belum faham pun erti politik. Jangan jadikan mereka mangsa kebencian Pakatan Rakyat pada Barisan Nasional.
AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
13,000 murid tadika terjejas

Oleh AZMI ABDUL MALEK

BAGAN DATOH 3 Jan. - Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka.

"Bagaimanapun masih ada pegawai Kemas yang belum menyerahkan kunci berkenaan kerana mempertahankan hak masing-masing. "Kerajaan Perak tidak berhak mengguna dan mengendalikan program dalam bangunan yang dibina sendiri oleh Kerajaan Pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Rakyat dan Sukaneka anjuran Kemas Negeri Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kakitangan dan guru Kemas di negeri ini berhak mempertahankan kepentingan 13,000 kanak-kanak yang seharusnya mendapat pendidikan awal apabila sesi persekolahan bermula Isnin ini. Beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang menidakkan hak anak-anak penduduk miskin di negeri ini untuk menerima pendidikan awal.
Sehubungan itu, beliau meminta kakitangan Kemas meneruskan program mereka walaupun dipaksa keluar daripada premis berkenaan.

"Saya juga meminta kerajaan negeri menarik balik arahan yang boleh merugikan masyarakat itu,'' tegasnya. Menurutnya, adalah tidak wajar kanak-kanak prasekolah menjadi mangsa akibat keangkuhan dan permainan politik pihak tertentu di negeri ini.
Utusan Malaysia