Sebulan lalu PembangkangSelangor.com telah pun membuat pendedahan mengenai pembelian Camry yang ketika itu dianggarkan RM 2.1 juta untuk 14 buah. Malangnya ia dinafikan oleh Khalid Ibrahim. Semalam Menteri Besar tersebut mengakui pembelian tetapi dengan jumlah dan kos yang berlainan. Kenyataan Menteri Besar Selangor semalam bahawa kos pembelian Toyota Camry tidak melebihi RM 1.3 juta merupakan satu pembohongan dan pemalsuan fakta yang sangat menakjubkan.
Harga dan Jumlah Kereta
Kenyataan beliau hanya 10 buah Toyota Camry yang dibeli bukan sahaja tidak benar malah bertujuan mengelirukan orang ramai. Menurut maklumat yang diterima jumlah pesanan yang dibuat sekitar 15 buah dengan harga RM 2.5 jutaJika kerajaan Selangor terima jumlah pesanan kereta tersebut sebanyak 10 buah sahaja pun kos pembelian sudah sekitar RM 1.7 juta. Jadi di mana logiknya Khalid menjustifikasikan harga kesemua kereta tersebut di bawah RM 1.3 juta?
Proses Sebut Harga Memperbodohkan Umum?
Lebih melucukan, Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa proses pembelian kereta dilakukan secara sebut harga dengan memanggil pengedar-pengedar kereta lain termasuk Proton, Honda dan sebagainya. Persoalan kita ialah bagaimanakah menentukan sebut harga yang terbaik sedangkan harga kereta merupakan perkara subjektif bergantung kepada model dan pengeluar?Apakah Khalid ingin memberitahu umum bahawa 10 buah kereta proton Perdana V6 lebih mahal dari Toyota Camry 2.4v?
Janganlah memperbodohkan orang ramai dengan alasan yang tidak masuk akal.Kita juga sudah mengetahui bahawa Selangor membuat keputusan membeli kereta Camry jadi mengapa perlu mengambil sebut harga dari pengedar kereta jenama lain? Bukankah sepatutnya kerajaan negeri mengambil sebut harga dari beberapa pengedar Camry?Alangkahnya aneh apabila mahu membeli epal tetapi meminta sebut harga pisang untuk dibandingkan?Kenyataan mengenai sebut harga ini menimbulkan beberapa tanda tanya baru. Ini kerana ia disebut seolah-olah untuk melindungi tuduhan bahawa ada orang tertentu mempunyai kepentingan peribadi dalam isu ini.
1. Siapakah pengedar (dealer) Toyota Camry yang berjaya mendapat tender membekalkan kereta ini?
2. Adakah EXCO YB Ronnie Liu mempunyai kepentingan tertentu dalam pembelian ini? Pertanyaan ini tidak dapat dielakkan kerana beliau merupakan orang yang terkehadapan dalam menggesa kerajaan negeri di bawah Pakatan rakyat menukar kereta Proton V6 kepada Camry.
Sumber : pembangkangselangor.com
BPR HARUS SIASAT : RONNIE LIU TERLIBAT
BPR harus memulakan siasatan secepat mungkin terhadap pembelian kereta Toyota Camry 16 biji oleh Kerajaan Negeri Perak utk kegunaan MB dan Exco-ExcoSebagaimana yg diketahui umum di Perak walaupun MB nya drp PAS tetapi kuasa pemerintahan di tangan DAP.Beliau ibarat "CHAIRMAN" yg dilantik dan dibayar elaun sahaja,tetapi "DIRECTOR" yg mempunyai kuasa penuh dan menandatangani cek adalah DAP.
Begitu juga dalam kes pembelian Toyota Camry ini,kuasa membeli bukan di tangan Pak Pandir Nizar bahlol,tetapi kuasa sialan Ngeh drp DAP.Pak Pandir ni hanya tahu mengumumkan dan menghentam Proton sahaja.Hubungan kawan sesama DAP antara Ronnie Liu dan Ngeh Koo Ham telah lama terjalin sebelum kedua-dua ekor beruk sial ini menjadi Exco di Selangor dan Perak.Ronnie Liu sebelum menjadi exco adalah seorang penjual kereta model Toyota.
Setelah menjadi Exco beliau lepas jawatan tersebut dan beri kepada satu proksi menjaga perniagaan kereta itu.Beliau mempunyai kawan yg ramai yg menjadi jurujual dan pengedar kereta Toyota.Malah ada dikalangan saudara terdekat beliau juga menjadi pengedar Toyota. Sebab itu saya amat terkejut bulan lepas apabila Ronnie ada membuat kenyataan meminta Kerajaan Selangor menukar kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry.
Kenapa Toyota sahaja yg sering meniti dimulut Ronnie,? Tidak jenama lain ?Saya amat terkejut beruk apabila Kerajaan Perak umumkan pembelian Toyota Camry semalam.Di hati saya terus terdetik "sah kerja siberuk Ronnie yg suruh sibabi Ngeh ni beli Toyota Camry". Padahal sebelum ini MB Pandir Perak ni pernah berkata kemungkinan Kerajaan Negeri Perak akan tukar Perdana v6 kepada Honda.
Alih-alih Toyota yg diumumkan.Saya yakin 100 % Ronnie Liu terlibat sama dalam kes pembelian kereta Toyota Camry Kerajaan Perak ini.Memang ramai orang tidak mengetahui yg Ronnie adalah penjual kereta Toyota sebelum ini,tetapi saya tahu dan tahu........
Sumber: http://zemi-tko.blogspot.com/2008/12/bpr-harus-siasat.html
2 ulasan:
Saya amat sedih dan kesal dengan sikap Kerajaan Perak dan Selangor yang tidak menampakkan semangat patriotik kerana lebih mementingkan produk luar apabila membeli kenderaan untuk kegunaan rasmi mereka. Produk tempatan diketepikan begitu sahaja.
Pemimpin kedua-dua negeri itu adalah orang Melayu dan dibesarkan dengan bantuan sekolah-sekolah kerajaan yang dibantu 100 peratus hinggalah ke peringkat universiti sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Tanpa bantuan kerajaan, saya percaya mereka berdua tidak akan mencapai kedudukan di mana mereka berada sekarang. Ini terutamanya kepada Menteri Besar Selangor yang pernah diangkat untuk menjadi orang nombor satu untuk menjaga kepentingan Melayu - PNB dan sering muncul di kaca TV dengan pendapat-pendapat yang hebat, sedikit masa dulu.
Apa sudah jadi dengan kedua-dua mereka ini? Jika kedua-duanya sedar dan mahu menginsafi diri serta sayangkan negara, maka tindakan membeli kereta buatan luar negara tidak akan dilakukan untuk kegunaan kerajaan negeri yang dipimpinnya. Tak payah jauh, cuba kedua-dua pemimpin ini sedar betul-betul dan cuba menghayati seni kata Lagu Negaraku. Di manakah letaknya konsep kepada negara apabila mereka menidakkan dasar pembangunan negara yang selama ini telah diterapkan.
Tiada siapa menyangka bahawa negara kecil seperti Malaysia telah dapat membuat keretanya sendiri. Ini sudah pasti dan sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia khususnya. Di luar sana terdapat rakyat negara asing mengagungkan kepimpinan Malaysia kerana dapat membawa pembangunan yang cukup drastik sehingga digelar sebagai pelopor negara dunia ketiga dengan pembangunan yang memberangsangkan dan kehidupan rakyat yang baik.
Namun, masih ada segelintir rakyat seperti kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak menghargai hakikat ini semata-mata disebabkan pemahaman politik yang berbeza.
Sedarkah mereka berapakah sumbangan sosial yang telah diberikan kepada rakyat negara ini oleh Proton, terutamanya di kedua-dua negeri tersebut? Di Perak dan Selangorlah terdapatnya pelaburan kilang-kilang pemasangan dan pembuatan Proton, yang telah memberikan ruang pekerjaan kepada rakyat kedua-dua negeri tersebut. Namun pimpinan negeri-negeri berkenaan telah menolak kereta buatan rakyatnya sendiri. Apakah justifikasi kerajaan negeri seperti ini masih diperlukan dan relevan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya?
Sedarkah mereka, di dalam saat negara serta dunia global sedang menghadapi krisis ekonomi, sepatutnya kita saling membantu organisasi tempatan dalam mengharungi dan mengatasi kemelut ini.
Tetapi tidak demikian halnya dengan kedua-dua pemimpin negeri-negeri berkenaan. Alasan yang mereka berikan juga tidak wajar.
Alasan mereka bahawa kereta nasional tidak berkualiti, tetapi adakah kereta luar begitu berkualiti tanpa cacat celanya? Bukti laporan yang disediakan kebanyakan kereta Proton yang rosak adalah kereta yang telah menjangkau usia lebih lima tahun. Ini, saya merasakan memanglah wajar jika ia rosak kerana telahpun berusia dan cara penggunaan (long-journey driving) amat sering dilakukan.
Laporan kerosakan Perdana sering menjadi isu di dada akhbar, namun apabila dilakukan pemeriksaan lanjut , ia didapati tidak benar. Jika kos pembaikan tersebut didakwa begitu mahal, setelah diteliti terdapat kegiatan tidak amanah oleh pihak tertentu, misalnya bengkel. Ini adalah tidak adil jika hanya Proton dipersalahkan.
Permasalahan teknikal adalah perkara lumrah. Sedangkan pengeluar kereta yang hebat dan telah berada dipasaran melebihi 100 tahun pun masih menghadapi masalah yang serupa, inikan Proton. Sewajarnya rakyat negara tetap dan masih setia bersama-sama Proton dalam memastikan kejayaannya. Kejayaan Proton adalah kejayaan dan kebanggaan Malaysia.
MR. CHARM
Ipoh, Perak
IPOH 12 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini dibidas kerana dilihat malu-malu untuk menggunakan Toyota Camry 2.4 yang baru dibeli menggantikan Proton Perdana V6 Executive.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ramly Zahary berkata, tindak-tanduk beliau itu seolah-olah cuba untuk menyelamatkan diri atau mengambil tindakan berkecuali dalam isu pembelian kereta mewah tersebut.
''Dalam pada kebanyakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menerima Toyota Camry, Mohammad Nizar pula belum terima lagi kereta itu atas alasan kereta sedia ada masih boleh digunakan.
''Kenapa? Malukah hendak pakai kereta baru? Mungkin beliau tahu rakyat tidak suka kerajaan negeri beli Toyota Camry maka beliau sanggup jadi orang terakhir terima kereta itu," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai penerimaan sembilan daripada 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive.
Mengulas lanjut, Ramly yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkata, Proton Perdana V6 Executive adalah sebuah kereta yang baik jika diselenggara dengan betul.
Jelas beliau, kos penyenggaraan yang agak tinggi memang tidak boleh dielakkan kerana kereta nasional itu digunakan secara maksimum.
''Jika kos penyenggaraan tinggi sekalipun ia berbaloi kerana kita dapat berkhidmat kepada rakyat dan wang yang kita belanja itu tidak mengalir keluar.
''Kalau kita sudah guna kereta luar maka wang yang dibelanjakan itu juga akan mengalir keluar. Maka ini akan merugikan negara, Proton serta usahawan bumiputera yang telah dilantik sebagai vendor alat ganti," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana akhirnya berjaya juga membeli kereta baru yang lebih mahal harganya.
Jelas beliau, apa yang jelas kerajaan negeri sekarang sudah membazirkan wang rakyat kira-kira RM2.5 juta hanya semata-mata mahu mendapatkan kereta baru demi kepentingan mereka.
''Saya harap rakyat dapat menilai sama ada tindakan kerajaan negeri itu wajar atau tidak. Dulu janji untuk tidak mahu melakukan pembaziran tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya.
''Pada masa sama, kita juga mahu Proton anggap apa yang berlaku ini sebagai satu cabaran dan buktikan kepada kerajaan negeri bahawa produk Proton adalah lebih baik,'' katanya. - Utusan Malaysia
Catat Ulasan