DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Isnin, 12 Januari 2009

Melayu Perak perlu sepakat !


Orang Melayu di negeri ini yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun wajar meminta kerajaan negeri melanjutkan tempoh pajakan sehingga 999 tahun atau mengurniakan hak milik kekal seperti diperolehi penduduk di kampung-kampung baru.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, selaku golongan bumiputera, orang Melayu perlu serius dan sepakat dalam hal tersebut supaya tanah di negeri ini tidak terlepas kepada kaum lain.

‘‘Tanah pajakan selama 99 tahun boleh diambil oleh kerajaan negeri apabila tamat tempoh kelak, maka masa itu orang Melayu sudah tidak ada tanah lagi sedangkan penduduk kampung baru masih ada tanah sebab mempunyai hak milik kekal.

‘‘Apabila sudah tidak ada tanah, di manakah kedaulatan bangsa Melayu pada masa itu. Sebab itu adalah amat wajar orang Melayu berpakat untuk memohon hak yang sama daripada kerajaan negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Torashah
Puncak Alam

Tiada ulasan: