DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Jumaat, 16 Januari 2009

Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu!

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu. “Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

“Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.

Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan.

Sumber : Pribumi Perkasa

1 ulasan:

Taminsari berkata...

1. Jika dulu penempatan semula Kampung Baru pada tahun 1950 dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu. Maka pemberian tanah secara kekal pada ketika ini dianggap apa?.

2. Si pemberi tanah secara kekal pula dianggap apa?

3. Tindakan seorang remaja membakar bendera Malaysia ketika Tragedi Batu Buruk dianggap tindakan yang melampau. Namun tindakan Nizar ini lebih melampau, kejam dan zalim dari si pembakar bendera kerana menyerahkan tanah kepada bangsa lain.

4. Rancangan Nizar ini lebih jahat daripada Rancangan Briggs kerana Briggs sekadar membuka penempatan untuk 400,000 penduduk setinggan Cina. Manakala Nizar memberi tanah secara kekal selama 999 tahun, “mati hidup semula” pun belum tentu dapat semula tanah itu.

5. Kerajaan tidak dapat mengambil semula tanah tersebut untuk tujuan pembangunan kerana tanah tersebut adalah hak milik secara kekal. Maka tanah milik orang Melayu di kampung akan menjadi mangsanya kerana tanah mereka berstatus sementara.

6. Apakah Nizar telah diugut oleh DAP Perak sehingga menjadi MB Boneka dengan menuruti sahaja kehendak mereka?. Beliau bukan tidak tahu, masih ramai orang Melayu yang tidak mempunyai tanah dan merempat di tanah setinggan.

7. Apakah Nizar mahu tarik balik kelulusan tanah kepada penduduk Kampung Baru setelah Karpal tidak mahu menyokong HUDUD. Perkara yang menghairankan, DAP konsisten menolak HUDUD tetapi PKR dan PAS tidak konsisten menolak DAP kerana masih mahu menjalin bibit kepentingan politik.

8. Jika dulu Raja-Raja Melayu tidak senang dan sedih dengan Rancangan Briggs. Pada hari ini sudah tentulah mereka lebih sedih kerana orang Melayu sendiri yang menggadaikan tanah tersebut. Benarlah kata pepatah “Menang Sorak Kampung Tergadai”.

9. PAS dilihat bertuankan DAP, sepatutnya cadangan pemberian tanah secara kekal dirujuk dulu kepada Sultan Perak. Jelas sekali PAS membelakangkan Sultan Perak.

10. Nizar tidak belajar daripada sejarah. Titah Tuanku ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) mengajak kita menjadikan sejarah sebagai panduan, pedoman dan pengajaran.

Warisan Pahang