DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Isnin, 2 Februari 2009

Menghindrafkan Masyarakat Melayu!

Semasa melayari laman blog MB Perak Ir.Mohd.Nizar, penulis terjumpa satu artikel yang agak menarik. Artikel ini merupakan rancangan atau strategi Pas untuk menghindrafkan Melayu atau dalam ertikata lain bagaimana rancangan mereka untuk menarik gulongan muda profesional Melayu untuk menyertai Pas. Rancangan ini diatur sebelum PRU ke-12 yang lalu.

Menghindrafkan Masyarakat Melayu

PRU 12 akan datang menyaksikan gelombang tsumani dalam trend pemilihan calun parlimen dan ADUN khususnya dari kalangan masyarakat India dan Cina.Kenapa perkara ini berlaku? Ianya disebabkan perasaan kecewa menggila dikalangan mereka terutama kaum India yang cepat sedar oleh pembohongan besar MIC-BN.

Pembohongan besar MCA-BN juga berlaku tetapi tidak keterlaluan dan kaum Cina tidak dianayai teruk macam kaum India. Tetapi jika diamati penghinaan kaum Melayu, maka ianya bukanlah baru-baru ini malahan telah berkurun lama Melayu dipijak oleh pemerintahan dari penjajah hingga dewasa ini.

Maka agak sukar dan payah untuk berubah atau membuat gelombang baru. Apa yang perlu sekarang ialah satu usaha menghindrafkan kaum melayu. Proses penghindrafan kaum melayu ini merupakan strategi cepat kearah melahirkan gelombang perubahan.

Apa yang dimaksudkan dengan proses penghindrafan kaum melayu ini ialah " suatu usaha berani kearah perubahan total dalam masyarakat melayu bagi menolak UMNO-BN " kerja ini mestilah menggunakan atau dipimpin oleh 5-10 orang professional melayu yang muda dan handal. Ianya tidak melibatkan mana-mana pemimpin parti pembangkang teras Melayu (malay based political party) seperti PAS & PKR.

Yang dimaksudkan dengan 5-10 pemimpin ini ialah seperti para pengamal undang (peguam), pensyarah Universiti Swasta , pemaju, kontraktor, jurutera dan doktor swasta yang semua melayu dan beragama Islam.Suatu himpunan besaran hendaklah diadakan di masjid negara pada hari Jumaat sebelum solat jumaat. Ini hendaklah disebar luas seluruh Malaysia.

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Komen : Pas mengatakan yang jika diamati penghinaan terhadap kaum Melayu, maka ianya bukanlah baru-baru ini malahan telah berkurun lama Melayu dipijak oleh pemerintahan dari penjajah hingga dewasa ini. Penulis hendak bertanya kepada Pas, Melayu mana yang pijak Melayu mana? Zaman Melayu dipijak oleh penjajah, siapa yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Melayu Pas ke Melayu UMNO? Adakah kerajaan UMNO-BN sekarang " memijak Melayu Pas"? Apakah yang dimaksudkan dengan " dipijak " oleh Pas. Adakah Pas disebabkan tidak dapat berkuasa, mengatakan kerajaan UMNO-BN memijak mereka? Kerajaan tidak adil, menipu ,sekular dan bermacam-macam lagi. Inilah dinamakan tidak tahu bersyukur. Tidak tahu bersyukur dengan apa yang mereka sudah dapat selama ini? Tidakkah ini dinamakan berdusta?

Kerajaan UMNO-BN sudah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan untuk rakyatnya sejak merdeka tanpa mengira apa fahaman politik mereka. Adakah ini yang hendak dinafikan oleh PAS?Penulis mengambil MB Perak Ir.Mohd. Nizar sebagai contoh terbaik bagaimana dikatakan Pas " melayu dipijak kerajaan UMNO-BN ". Meminjam kata-kata abang sulong MB Mohd.Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin.

Beliau mengatakan yang adiknya Mohd.Nizar bagaikan kacang lupakan kulit. Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang. Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga.

Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.''

Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara. ''Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

''Parti UMNO yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya yang telah membantu kami, perjuangan parti itu membela orang Melayu telah membolehkan ramai adik beradik saya masuk ke universiti," katanya. Mohammad Nizar merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science and Technology di Birmingham, England.

Jadi adakah ini yang dikata kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO " memijak " Melayu Pas? Adakah setelah madu diberi, tuba yang dibalas. Adakah setelah kenyang memakan " madu " yang diberi, kemudian cuba pula untuk menghasut gulongan muda profesional agar menyokong perjuangan mereka. Adakah MB Mohd.Nizar seorang " hindraf Melayu" yang sudah dihindrafkan oleh Pas? Sama-samalah kita fikirkan " siapa yang memijak siapa ".
Wallahuallam.

Sumber : Taminsari
belantan.blogspot.com

3 ulasan:

oyabun berkata...

Salam singgah...
Drama Makin Menjemukan..

Mohammad Nizar mengadap Sultan Perak
02/02/2009 11:38am

IPOH 2 Feb. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengadap Sultan Perak di Istana Kinta, di sini.

Beliau dilihat memasuki Istana Kinta kira-kira pukul 10 pagi dan keluar pada pukul 10.25 pagi.

Difahamkan perjumpaan itu berkaitan isu politik yang ‘genting’ di negeri ini.

Beliau yang enggan ditemubual pemberita terus meninggalkan pintu masuk istana sambil berkata “Selamat tinggal, jumpa lagi”.

Sebelum itu beliau enggan menemui pihak media selepas majlis ceramah eksekutif di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Perak. - Utusan

Speaker maklumkan SPR kekosongan DUN Behrang, Changkat Jering
02/02/2009 11:43am

IPOH 2 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat rasmi memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak hari ini. - Bernama

ADUN Behrang, Changkat Jering tidak keluar PKR
02/02/2009 1:20pm

IPOH 2 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu yang “hilang” sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

“Kita tidak ada menerima sebarang surat meletak jawatan atau keluar dari parti (daripada mereka),” katanya kepada pemberita di pejabat PKR Perak di sini hari ini. - Bernama

"Tunggu esok" - SPR Perak
02/02/2009 3:42pm

IPOH 2 Feb. _ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak telah memaklumkan tentang kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan DUN Behrang kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya.

``Tunggu esok SPR di Putrajaya akan mengeluarkan kenyataan,'' kata Pengarahnya, Ahmad Adli Abdullah. - Utusan

Pakatan Rakyat tidak akan bubar DUN Perak
02/02/2009 4:12pm

IPOH 2 Feb. - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan kerana kerajaan negeri masih stabil, kata Exco Kanan Perak Datuk Ngeh Koo Ham. - Bernama

Taminsari berkata...

Kerajaan Pakatan Perak goyah?

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

PETALING JAYA: Kemelut politik yang melanda negeri Perak, diterajui Pakatan Rakyat, dilihat semakin meruncing ekoran keputusan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - yang menjadi fokus kontroversi terbaru - memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), petang semalam.

Dengan keputusan ADUN terbabit, Jamaluddin Mohd Radzi dari Behrang, kerajaan Pakatan Rakyat kini kurang seorang wakil rakyat.

Pakatan Rakyat kini hanya menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) pula menguasai 27 kerusi. Jamaluddin mahu bertindak sebagai calon Bebas.

Dalam pada itu, kedudukan rakan sejawatannya, Mohd. Osman Jailu iaitu ADUN Changkat Jering pula menjadi tanda tanya.

Sehingga pagi tadi, Mohd. Osman tidak dapat dihubungi.

Bagaimanapun difahamkan Mohd. Osman akan mengambil langkah yang sama seperti keputusan Jamaluddin -yang kedua-dua mereka telah diisytiharkan telah meletakkan jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan sebaliknya.

Kedua-dua mereka juga merupakan exco kerajaan negeri.

Apakah pilihan yang ada bagi kerajaan negeri Perak?
Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam berkata, Pakatan Rakyat akan menggunakan segala ruang yang ada untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Difahamkan antara beberapa opsyen yang sedang diteliti ialah Menteri Besar memanggil sidang tergempar DUN ataupun membubarkan DUN untuk mengadakan pilihan raya negeri tergempar yang memerlukan perkenan Sultan.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin berkata, dalam keadaan politik di Perak yang tidak stabil, DUN wajar dibubarkan berikutan kerajaan berada dalam keadaan yang tidak mantap.

"Bagaimanapun, pada masa ini, Pakatan Rakyat masih boleh memerintah tetapi jika kedudukan kerusi antara Pakatan dan BN menjadi semakin berkurang, maka ia wajar dilakukan berlandaskan sistem demokrasi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ghazali berkata, kerajaan negeri mempunyai hak untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya di peringkat negeri jika mendapat perkenan Sultan bagi membina kerajaan yang lebih mantap.

"Itu menjadi hak kerajaan negeri untuk menentukan perlu atau tidak perlu mengadakan pilihan raya di peringkat negeri.

"Berikan semula hak kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang mereka mahukan," katanya.

Bagaimanapun katanya, tindakan lompat parti tidak sepatutnya berlaku memandangkan wakil rakyat dipilih berdasarkan parti yang diwakili mereka.

"Selain itu, dua ADUN berkenaan turut menafikan mereka telah meletak jawatan. Atas dasar apa penafian itu dilakukan sedangkan mereka tahu isi kandungan surat tersebut dan menandatanganinya semasa ia tidak bertarikh.

"Pada saya, apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu betul. Beliau memaklumkan mengenai peletakan jawatan itu kerana beliau mendapat surat tersebut," katanya.

Ghazali berkata, keputusan SPR pada hari yang memutuskan Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing masih lagi ADUN Behrang dan Changkat Jering berikutan wujud keraguan pada surat peletakan mereka juga adalah alasan yang tidak kukuh.

"Mengapa tidak dipertimbangkan surat pertama itu sama ada ia benar-benar surat peletakan jawatan yang sah daripada dua ADUN berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Zaini Othman berkata, kerajaan negeri Perak tidak boleh tergesa-gesa membubarkan DUN dan seterusnya mengadakan pilihan raya kerana ia melibatkan amanat rakyat dan isu dalaman yang dihadapi Pakatan masih boleh diselesaikan.

"Dalam keadaan sekarang, Speaker atau Menteri Besar tidak boleh tergesa-gesa membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya kerana isu dua ADUN ini masih boleh diselesaikan.

"Ini isu dalaman Pakatan, bukannya mereka kehilangan kepercayaan melalui undi tidak percaya yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa dibubar.

"Pilihan raya melibatkan pemilihan dan amanat rakyat dan kita ada undang-undang khusus mengenainya," katanya.

Beliau berkata, dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, pilihan raya patut dielakkan kerana ia akan membabitkan kos yang besar.

Berhubung keputusan SPR pada hari ini berhubung kedudukan Jamaluddin dan Mohd Osman yang masih kekal sebagai ADUN, Zaini berkata, SPR membuat keputusan setelah mengambil kira dari sudut perundangan pilihan raya.

"Bagaimanapun, jika wujud ketidakpuasan hati tetang keputusan itu, terpulang kepada pihak yang berkenaan untuk mencabarnya.

"Pada ketika itu nanti, kita akan lihat undang-undang mana yang lebih mengatasi undang-undang yang satu lagi dalam memutuskan isu ini," katanya.

Taminsari berkata...

Thursday, February 5, 2009

Rentetan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak

Setelah 2 kali berulang alik ke Istana Kinta mengadap Tuanku.. masih tidak membuahkan hasil!

4.05pm: Setiausaha Kerajaan Abdul Rahman Hashim arah Menteri Besar Mohd Nizar dan semua EXCO mengosongkan pejabat di SUK secepat mungkin. Mereka diberi peringatan agar tidak membawa keluar sebarang dokumen bersama. Mereka juga diarah menyerah kunci kereta dan juga kunci pejabat.
State secretary Abdul Rahman Hashim instructs Menteri Besar Mohd Nizar and all exco members to vacate their offices at the state secretariat as soon as possible. They have been reminded not to take any official documents with them. They were also told to hand in their official car keys as well as the keys to their offices

(2.25pm): Berita Bernama melaporkan, Sultan Azlan tidak setuju untuk membubarkan DUN Perak dan mahu Nizar menyerah jawatan sebagai Menteri besar, seperti kenyataan dari Pejabat Sultan. Jika gagal berbuat demikian bermaksud tempat itu kosong.
Sultan Azlan Shah does not consent to dissolution of state assembly and asks Nizar to resign as Perak Mentri Besar, reports Bernama quoting a statement from the Sultan's office. If Nizar fails to do so, the post would be considered as vacant.

(1:10pm) MB Nizar nampak ceria, baru saja meninggalkan Istana Kinta dan berkata memberi kenyataan media bersama Anwar Ibrahim jam 3 petang di kediaman nya.
MB Nizar, looking cheerful, just left Istana Kinta and said that Anwar will give a press conference at 3pm at his residence

(12:30pm) Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mengambil tindakan terhadap penyokong Pakatan rakyat yang hadir dalam perhimpunan haram di Ipoh.
IGP Tan Sri Musa Hassan warns of stern action against Pakatan Rakyat supporters who take part in illegal gatherings in Ipoh

(11:56am) Najib memberitahu pemberita yang dia telah mengemukakannya kepada Sultan Azlan Shah tentang Barisan mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan Negeri Perak. Tambah Najib Sultan akan umumkan keputusan kemudian.
Najib told reporters that he has informed Sultan Azlan Shah that Barisan has the majority to form the Perak state government. He said the Ruler will announce his decision soon.

(11:55am) Perak speaker V. Sivakumar has just left the High Court after applying to the court to declare the resignation letters of the three assembymen as valid and, therefore, their seats vacant.

(11:38am) Perak Mentri Besar Nizar told reporters in Bagan Serai that he has just been summoned to Istana Kinta.

(11:34am) Najib has left Istana Kinta with the four assemblymen.

(11:21am) Najib returned to Istana Kinta, this time with four former Pakatan Rakyat elected representatives Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang),Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jelapang Hee Yit Foong (Jelapang) and Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) to meet the Sultan of Perak.

(10:35am) Perak Umno state chief Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi leave Istana Kinta. Najib is expected to chair the state liaison committee meeting to discuss the Barisan candidate for the Perak Mentri Besar's post.