DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Selasa, 3 Februari 2009

Rentetan Pergolakkan Politik Di Perak!











Jamaluddin, Mohd. Osman kekal sebagai ADUN.
03/02/2009 1:12pmPUTRAJAYA 3 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu kekal sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Sehubungan itu pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang tidak perlu diadakan.Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, keputusan itu dibuat ekoran wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan yang dihantar kedua-dua ADUN tersebut kepada Speaker DUN Perak.
- Utusan


Pernyataan UNDI TIDAK PERCAYA oleh para ADUN kepada MB Nizar AlBongoki
Cadangan : A. Sivanesan (DAP) EXCO, Sungkai
Sokongan : Chang Lih Kang (PKR) ADUN, Teja
Undian menyokong Sebanyak 34 Undi

1. 26 daripada ADUN BN-UMNO
2. 1 daripada ADUN BN-MCA
3. 3 DAP - A. Sivanesan (Sungkai), Sivasubramaniam (Buntong), Hee Yit Foong (Jelapang)
4. 4 PKR - Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Jamaluddin (Behrang) ,
Osman Jailu (Changkat Jering)
Berkecuali/Tak Hadir
1. PKR - Nasarudin (Bota)
2. DAP - V. Sivakumar (Tronoh)
Menentang hanya 23 ADUN sahaja
1. PAS - 6 kerusi
2. DAP - 14 kerusi
3. PKR - 3 Kerusi

Petang tadi.... satu perjumpaan...... Hampir selesai......Kerajaan Baru akan ditubuhkan.....
Marilah kita teruskan doa, solat dan bersabar.....
Salam perjuangan..

2 ulasan:

oyabun berkata...

DAP cabar keputusan SPR, beri tempoh 48 jam..

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Pakatan Rakyat, yang memimpin kerajaan negeri Perak pula memberi SPR tempoh 48 jam uutuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan.

BOLEH CABAR

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati.

"Kita negara demokrasi. Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menentukan," kata beliau selepas selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).

SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam.

Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkit Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan.

Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata.

"Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama." katanya.

KATA DUA PAKATAN

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat memberi SPR tempoh 48 jam untuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian.

"Kami juga menggesa SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP negeri di sini.

Kata beliau, SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.

Jelas beliau, di bawah Perkata 113 Perlembagaan Persekutuan SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dan tidak wajar mengetepikan keputusan Speaker.

"Undang-undang tidak membolehkan SPR menjalankan sebarang inkuiri, sebaliknya jika ada rasa tidak puas hati ia harus diputuskan oleh mahkamah," katanya.

"Malah, dalam kes, mereka masih boleh mengelak daripada meneruskan pilihan raya meskipun dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Parlimen telah dibubarkan," katanya.

TIDAK DEMOKRATIK

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

"Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.

Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.

Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Taminsari berkata...

MB gagal bubar DUN Perak

Feb 4, 09 12:23pm
kemaskini 9.26pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak belum dibubarkan selepas menteri besar menghadap Sultan petang ini walaupun kerajaan Pakatan Rakyat itu ingin memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghabiskan masa hampir dua jam di istana menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas empat wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Selain tiga bekas Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) PKR dan DAP keluar parti masing-masing, wakil rakyat Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - menyertai PKR selama 10 hari - kembali menyokong parti asalnya.

Mohamad Nizar kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak selepas mengumumkan kerajaan pimpinannya ingin membubarkan DUN dan berharap baginda memperkenan keputusan tersebut.

Desas-desus tentang pembubaran DUN itu sejak menjelang tengah hari berakhir dengan kenyataan menteri besar bahawa "terserah kepada tuanku" sewaktu keluar istana jam 5.35 petang.

Difahamkan baginda tidak memberi perkenan kepada Pakatan Rakyat membubarkan DUN.

Mohamad Nizar dijadual mengadakan sidang akhbarnya jam 10 malam ini di kediaman rasminya berhubung perkembangan terbaru kerajaan pimpinannya itu.

Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini sejak bermula desas-desus ini, enggan memberi sebarang ulasan buat masa sekarang.

Adun Jelapang dan juga Timbalan Speaker DUN Hee Yit Foong meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Jamaluddin Mohd Radzi (wakil rakyat Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - memulakan pergolakan politik di negeri itu yang kelihatan berakhir dengan pembentukan kerajaan baru BN.

Dengan tindakan empat Adun itu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 28 daripada 59 kerusi DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan menyatakan sokongan kepada BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis tiga kerusi.