DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Sabtu, 6 Februari 2010

Lompat parti: Choo Keong akan saman Jeff Ooi!

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong memberi tempoh 48 jam kepada Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi untuk menarik balik dakwaan kononnya beliau antara empat wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan melompat parti dalam masa terdekat ini.

Menurut Choo Keong, sekiranya dakwaan yang serius itu tidak ditarik balik dalam tempoh ditetapkan, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahli Parlimen DAP itu. Katanya, tindakan menyaman Jeff Ooi yang juga Ketua Staf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu, akan diteruskan jika dakwaan seperti yang terdapat dalam akhbar The Sun hari ini tidak ditarik balik dalam tempoh 48 jam.

"Saya tidak mahu terlibat dalam kontroversi yang dialami pakatan pembangkang dan enggan beri komen kepada media mengenainya walaupun dalam hati bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakan PKR sebelum ini.

"Apabila Jeff Ooi memilih untuk menarik saya ke dalam kontroversi ini, saya tiada pilihan selain bertindak balas terhadap tuduhan liar yang dilemparkan ke atas saya," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Choo Keong, pemimpin DAP sering bermain 'politik melabel' setiap kali para pemimpinnya berdepan masalah dan seterusnya memulakan kempen mencemar serta menuduh orang lain sebagai 'ejen BN', ahli politik kecewa, dan melompat parti.

Beliau yang merupakan bekas pemimpin kanan DAP mendakwa, cara tersebut bagaimanapun tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu. Katanya, perbuatan seumpama itu sama seperti amalan McCarthysme di Amerika Syarikat pada 1960 apabila pihak berkuasa akan mendakwa kebanyakan masalah politik yang dihadapi sebagai perbuatan sabotaj komunis.

"Permainan politik 'kelas rendah' itu boleh diteruskan dalam DAP tetapi mesti dihentikan di kalangan pakatan pembangkang jika mereka ingin melihat pertukaran kerajaan berlaku pada pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Ditanya mengenai masalah dalam pakatan pembangkang, Choo Keong berkata, masalah pokoknya PKR telah dianak tiri oleh pemimpin DAP. Katanya, walaupun banyak rungutan didedahkan pemimpin PKR terhadap pemimpin DAP yang berkenaan namun tiada tindakan seperti siasatan dilakukan ke atas pemimpin terlibat.

Menurutnya, PKR dilihat seperti lebih kecil daripada DAP kerana sebarang rungutan dan dakwaan ke atas pemimpinnya tidak disusuli dengan siasatan dan tindakan.

Lawan jangan tak lawan!!!

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan: