DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Isnin, 22 Februari 2010

MB samakan pemimpin lompat parti dengan Orang Asli!

Masyarakat Orang Asli Suku Jakun mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya di Kota Bharu, Rabu lalu, menyamakan pemimpin pembangkang yang lompat parti seperti jakun.

Wakil Orang Asli suku Jakun Rompin, Othman Gudei, mendakwa masyarakatnya amat sedih dan terguris hati dengan kenyataan Nik Aziz yang juga seorang ulama. "Kami (Orang Asli suku Jakun) amat tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu. Beliau tidak seharusnya menyamakan tindakan pemimpin politik yang keluar parti seperti jakun.

"Jangan kaitkan soal politik dengan kaum. Ia benar-benar mengguris hati Orang Asli suku Jakun."Oleh demikian, kami amat berharap Nik Aziz memohon maaf secara terbuka atas kenyataan beliau itu," katanya menghubungi Berita Harian, semalam. Masyarakat suku Jakun kebanyakannya berada di Pahang dan Johor dengan bilangannya melebihi 20,000 orang.

Rabu lalu, Nik Aziz pada sidang media di pejabatnya, membidas wakil rakyat (keluar parti) kerana mereka bukan setakat keluar parti, malah mengeruhkan keadaan dalam pembangkang dengan menghebohkan masalah kepada media."Ini perangai orang kita, masih jakun, masih baru dengan politik," kata Nik Aziz pada sidang media itu.

Othman berkata, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Pas itu di Rompin hari ini kerana kenyataan Nik Aziz juga dilihat seolah-olah menyindir Orang Asli suku Jakun."Kita mahu tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan Nik Aziz sebagai jakun, mengapa beliau menggunakan perkataan itu?

"Apabila saya melihat perkataan Jakun dalam kamus ia membawa maksud penduduk Asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan)," katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan: