DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Isnin, 8 Februari 2010

Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah!

PUTRAJAYA 9 Feb. – Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pelantikan Sultan Azlan sah ikut Perlembagaan – Mahkamah:
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong. Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

Keputusan mahkamah di luar jangkaan, menyedihkan - Nizar :
Keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan amat menyedihkan, kata Datuk Seri Dr, Nizar Jamaluddin.
Kata beliau, ini kerana keputusan sebulat suara lima panel hakim itu mengetepikan semua prinsip undang-undang yang dihujahkan oleh pihak beliau.

Penyokong Nizar buat solat hajat di hadapan mahkamah:
Seramai 23 orang penyokong Mohd. Nizar Jamaluddin mengadakan solat hajat di dataran perkarangan Istana Kehakiman.

Suasana di hadapan mahkamah kecoh:
Berlaku kekecohan di perkarangan Istana Kehakiman apabila para penyokong Mohd. Nizar Jamaluddin tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

Nizar tiba di Istana Kehakiman :
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin tiba di Istana Kehakiman pukul 9.06 pagi bagi mendengar keputusan rayuan beliau berhubung kedudukan jawatan Menteri Besar Perak.

500 penyokong BN berbaju kuning banjiri Istana Kehakiman : Kira-kira 500 penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) berbaju kuning membanjiri perkarangan Istana Kehakiman di sini sejak pukul 8 pagi sambil melaungkan 'daulat Tuanku'.

Syukur alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Dr.Zambry diatas keputusan ini, semuga dengan kemenangan ini dapat memberi kekuatan dan semangat kepada Datuk dalam memikul tanggungjawab berat untuk memerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Teruskan perjuangan demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Hidup BN..Hidup UMNO..Dulu, Kini dan Selamanya.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan: